Prima Fin.

Prima Fin.

Share

Pembiayaan peribadi khas kakitangan Gov, GLC, Badan Berkanun & Swasta Profesional. Semak kelayakan secara PERCUMA sekarang!

SAA / AKPK / Restructure / Legal CTOS / Blacklist / Gaji Over 60% layak memohon. Klik link dibawah πŸ‘‡

linktr.ee/PrimaFin

07/01/2026

MESEJ BANTUAN SARA RM300 HANYA SCAM, JANGAN TERPEDAYA

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap satu mesej Bantuan SARA yang mendakwa penerima layak menerima bantuan sekali bayar berjumlah RM300 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan akan dikreditkan ke dalam akaun Touch ’n Go.

Mesej berkenaan turut menggesa penerima supaya mengesahkan kelayakan dengan menekan satu laman web melalui pautan yang disertakan.

Gaya penulisan serta alamat URL dalam mesej tersebut direka seakan-akan komunikasi rasmi kerajaan bagi mengelirukan mangsa dan meningkatkan tahap kepercayaan.

Bagaimanapun, semakan mendapati pautan berkenaan bukanlah laman web rasmi kerajaan. Lebih membimbangkan, tindakan mengklik pautan tersebut dan memasukkan maklumat peribadi atau perbankan berisiko menyebabkan kecurian identiti serta kerugian kewangan.

RM0 SARA: Bermula 1 Januari 2026, bantuan sekali bayar RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun bank Touch ’n Go anda. Sila sahkan kelayakan dan log masuk ke laman web rasmi untuk menghantar permohonan – Kementerian Kewangan (M*F). contoh mesej tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar mengabaikan sebarang SMS atau e-mel tidak diminta yang mendakwa menawarkan bayaran atau bantuan kerajaan.

Sumber : Sirap Limau, 2026

06/01/2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengumumkan beberapa inisiatif bantuan kewangan kerajaan antaranya bantuan SARA 2026 dan STR.

Pengumuman itu dibuat semasa Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari serta amanat tahun 2026.

Menurut Perdana Menteri, bantuan SARA bulanan akan dikreditkan kepada penerima bermula 9 Januari 2026, manakala bantuan STR fasa pertama dijadualkan menyusul pada 20 Januari 2026.

Selain itu, kerajaan turut menyediakan bantuan β€˜One-Off’ RM100 yang akan diagihkan pada 9 Februari 2026 sebagai tambahan sokongan kewangan kepada rakyat.

Sumber : SirapLimau, 2026

05/01/2026

tips realistik simpan duit kalau gaji RM2,000 sebulan

1️⃣ Simpan dulu (WAJIB walau sikit)

πŸ‘‰ 10% = RM200
Terus asingkan lepas gaji masuk. Jangan tunggu hujung bulan.

Kalau rasa berat:
Mula RM100 dulu, naikkan perlahan-lahan

2️⃣ Keperluan asas (Β± RM1,300)

Contoh:
Sewa / rumah: RM500
Makan: RM400
Pengangkutan: RM200
Bil & internet: RM200

πŸ“Œ Tip jimat:

Masak lebih, kurangkan makan luar
Guna pelan data ikut keperluan
Elak komitmen besar (phone mahal, motor mahal)

3️⃣ Kehendak / lifestyle (Β± RM500)

Coffee, shopping, hiburan
Hadkan ikut bajet, bukan ikut nafsu

Gunakan kaedah:
πŸ‘‰ Sistem sampul / akaun berasingan

02/01/2026

IPOH: Kerajaan Negeri Perak menutup tirai 2025 dengan prestasi kewangan yang memberangsangkan apabila sekali lagi merekodkan lebihan pendapatan berjumlah RM85 juta, sekali gus mencerminkan pemulihan ekonomi negeri yang semakin stabil dan berdaya tahan.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pencapaian itu hasil tadbir urus kewangan yang berhemat, pengurusan perbelanjaan tersusun serta kestabilan politik berterusan di negeri berkenaan.

Beliau berkata kejayaan itu turut membuktikan keupayaan kerajaan negeri memulihkan kedudukan kewangan Perak selepas pernah berdepan situasi mencabar apabila mencatatkan defisit selama tiga tahun berturut-turut.

Bagaimanapun, Saarani berkata dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, kerajaan negeri berjaya bangkit, mengubah landskap ekonomi dan kini bergerak dengan lebih yakin dalam memperkukuh asas pembangunan negeri.

Alhamdulillah, hari ini Perak bukan sahaja kembali stabil, malah berada di landasan yang tepat untuk terus berkembang secara mampan, katanya ketika berucap pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.

Sumber : Astro Awani, 2026

31/12/2025

Isu kebankrapan dalam kalangan golongan muda semakin membimbangkan. Berdasarkan data Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), 2,776 kes kebankrapan akibat pinjaman peribadi direkodkan sepanjang tahun lalu, meningkat daripada 2,225 kes pada 2023. Majoriti adalah individu berusia antara 25 hingga 44 tahun.

Ia menunjukkan betapa kritikal isu pengurusan kewangan dalam kalangan pekerja muda yang sering terjerumus dalam perangkap hutang akibat kurang literasi kewangan.

Golongan muda sering tertarik dengan gaya hidup mewah yang dipaparkan di media sosial sehingga mengabaikan keperluan untuk mengurus kewangan secara bijak. Mereka cenderung membuat pinjaman peribadi tanpa perancangan kukuh sehingga gagal membayar balik dan akhirnya diisytihar muflis. Ini membuktikan bahawa kurang pengetahuan mengenai kewangan peribadi boleh membawa akibat buruk kepada individu dan negara.

Kebankrapan dalam kalangan pekerja muda perlu ditangani segera bagi mengelakkan kesan jangka panjang terhadap ekonomi dan kesejahteraan sosial.

Sumber : Metro,2025

30/12/2025

Sebab kenapa BNPL (Buy Now, Pay Later) berbahaya.

1️⃣ Hutang jadi β€œtersembunyi”

BNPL nampak kecil (RM20, RM50, RM100), tapi bila banyak transaksi dibuat serentak, jumlah hutang sebenar jadi besar tanpa disedari.

2️⃣ Mudah lulus, kurang tapisan

Kebanyakan BNPL tidak buat semakan kewangan yang ketat. Ini menyebabkan individu yang sebenarnya tidak mampu tetap diluluskan untuk berhutang.

3️⃣ Galakkan perbelanjaan impulsif

Konsep β€œbayar kemudian” buat orang rasa mampu beli lebih daripada keperluan sebenar, walaupun kewangan tidak stabil.

4️⃣ Risiko denda & caj tersembunyi

Jika lewat bayar, caj penalti dan faedah boleh dikenakan, menyebabkan jumlah bayaran meningkat tanpa disedari.

5️⃣ Ganggu aliran tunai bulanan

Komitmen BNPL yang bertindih setiap bulan boleh menekan gaji bulanan dan menjejaskan perbelanjaan asas.

24/12/2025

cara-cara menguruskan gaji dengan lebih teratur & berkesan

1️⃣ Senaraikan komitmen tetap dahulu
- Asingkan gaji untuk keperluan wajib:
-Sewa / rumah
-Bil utiliti (air, elektrik, internet)
-Hutang / loan

Makanan asas
πŸ‘‰ Ini keutamaan pertama sebelum belanja lain.

2️⃣ Guna formula mudah (contoh 50/30/20)
-50% keperluan
-30% kehendak (shopping, makan luar, hiburan)
- 20% simpanan
Kalau gaji kecil, boleh mula 10% simpanan pun dah bagus.

3️⃣ Asingkan duit sebaik terima gaji
- Jangan tunggu hujung bulan.
- Terus pindahkan duit simpanan ke akaun lain
- Anggap duit tu β€œtak boleh usik”

4️⃣ Sediakan bajet bulanan
-Tulis atau guna apps:
-Had belanja mingguan
-Elak belanja ikut perasaan

19/12/2025

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak tiga sen dan dua sen masing-masing kepada RM3.24 dan RM2.62 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Dis 2025.

Kementerian Kewangan (M*F) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga diturunkan empat sen kepada RM3.02 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95(BUDI95) juga kekal pada RM1.99 seliter.
Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia serta menyokong kestabilan harga, menurut kenyataan itu.

Harga mingguan petroleum ditetapkan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik, selaras dengan dasar penetapan harga runcit produk petroleum.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesanperubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Sumber : Bernama , 2025

17/12/2025

πŠπŽπŒπˆπ“πŒπ„π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐀𝐋𝐔 π“πˆππ†π†πˆ 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐁 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍𝐆 πŠπ€πƒ πŠπ‘π„πƒπˆπ“?

Ramai yang tak sedar, bayaran minimum + faedah tinggi boleh buat kewangan makin tertekan.

Melalui program penyusunan semula komitmen kewangan, kami membantu pelanggan:

‒⁠ ⁠Menggabungkan hutang kad kredit
‒⁠ ⁠Mengurangkan kadar faedah
‒⁠ ⁠Menyusun bayaran bulanan agar lebih terkawal

πŸ‘‰ Contoh kes sebenar:
Pendapatan bulanan sekitar RM5,000, dengan hutang kad kredit yang tinggi dan faedah tahunan yang membebankan.
Melalui penyelesaian kewangan yang sesuai, komitmen bulanan berjaya dikurangkan dengan lebih terurus.

Setiap kes adalah berbeza dan tertakluk kepada kelayakan.

πŸ“Œ Konsultasi adalah percuma
Hubungi kami untuk semakan awal dan cadangan yang bersesuaian dengan situasi anda.

Klik butang di bawah untuk info lanjut

17/12/2025

1. Tetapkan matlamat yang jelas
Contoh: dana kecemasan RM3,000, kahwin, beli rumah atau bercuti. Bila ada tujuan, lagi senang untuk disiplin.

2. Simpan terus bila gaji masuk
Amalkan konsep β€œpay yourself first” – asingkan tabungan dulu (contoh 10–20%) sebelum guna untuk belanja lain.

3. Guna akaun berasingan untuk simpanan
Jangan campur dengan akaun harian supaya tak tergoda nak keluarkan duit.

4. Mulakan dengan jumlah kecil tapi konsisten
Tak perlu besar. RM5–RM20 sehari atau RM100 sebulan pun okay, yang penting berterusan.

5. Automatikkan simpanan
Set auto-transfer dari akaun gaji ke akaun simpanan setiap bulan. Ini paling berkesan

16/12/2025

🌱 Tips Menguruskan Kewangan Untuk Masa Depan

Urus kewangan bukan sekadar cukup untuk hari ini,
tapi persediaan untuk hari esok.

βœ”οΈ Mulakan simpanan awal walaupun kecil
βœ”οΈ Kawal perbelanjaan, bukan ikut emosi
βœ”οΈ Rancang kewangan jangka panjang
βœ”οΈ Sediakan dana kecemasan
βœ”οΈ Elakkan hutang yang membebankan

Kewangan yang terurus hari ini
adalah ketenangan untuk masa depan.

✨ Sedikit disiplin sekarang, banyak manfaat kemudian.

15/12/2025

P. Pinang dijangka catat lebihan hasil tahun 2026

GEORGE TOWN – Kedudukan kewangan Pulau Pinang menunjukkan prestasi terbaik apabila berdasarkan kutipan hasil terkini serta jangkaan sehingga penutupan akaun tahun semasa, negeri ini berkemungkinan mencatat surplus atau lebihan hasil bagi tahun 2026.

Perkembangan positif itu diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Menurut Kon Yeow, unjuran tersebut seiring dengan penurunan defisit negeri yang kini berada pada paras terendah dalam beberapa tahun.

Berdasarkan anggaran terkini, defisit bagi tahun 2026 dijangka hanya RM19.92 juta, berbanding RM33.63 juta pada 2025 dan RM514.53 juta pada 2024. Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan.

Berdasarkan kutipan hasil terkini dan jangkaan hasil diterima sebelum penutupan akaun tahun semasa, berkemungkinan dijangka akan mencatat surplus atau lebihan hasil,” katanya.

Kon Yeow (PH-Padang Kota) berkata, Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 memperuntukan anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM1.087 bilion dan anggaran Pembangunan sebanyak RM318.62 juta, manakala anggaran hasil negeri bagi 2026 ialah RM1.068 bilion.

Katanya, pencapaian fiskal tersebut membuktikan keberkesanan dasar pengurusan kewangan kerajaan negeri, terutama melalui usaha meningkatkan hasil, kawalan perbelanjaan berhemah serta perancangan fiskal yang lebih teratur.

Sumber : Kosmo, 2025

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


KLTS
Kuala Lumpur
53000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 12:00