Shazmie Kewangan

Directions Website Contact the business

Shazmie Kewangan Perkongsian kewangan. Solusi Hibah

Tiada perniagaan yang labur beribu harini, untung dijamin berpuluh ribu masuk minggu depan.TAPI, ada plan yang kita masu...
23/06/2023

Tiada perniagaan yang labur beribu harini, untung dijamin berpuluh ribu masuk minggu depan.

TAPI, ada plan yang kita masuk RM100 sahaja hari ni, dan kalau meninggal minggu depan, dijamin waris dapat beratus ribu.

Untung ke rugi? Rugi ke untung?

Tidak untung sangat sebab kita dah tiada bersama mereka. Sedih lah kan.

Tetapi sekurang-kurangnya mereka bukan sedih sebab kita wariskan hutang beratus ribu, tapi kita hadiahkan wang tunai untuk mereka teruskan kehidupan dengan baik walau tanpa kita disisi.

Kalau belum ada plan macam ini, jangan segan silu PM ke whatsapp ke call ke.

Shazmie Nadziri
wa.me/601151134976
Al-Isra Associates

𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒈𝒆𝒍𝒂𝒓 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊, 𝒔𝒊𝒍𝒂 𝒃𝒂𝒄𝒂.Beritahu suami anda untuk sediakan hibah takaful demi kebaikan keluargaJom...
13/06/2023

𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒈𝒆𝒍𝒂𝒓 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊, 𝒔𝒊𝒍𝒂 𝒃𝒂𝒄𝒂.

Beritahu suami anda untuk sediakan hibah takaful demi kebaikan keluarga
Jom bincang lebih lanjut :

Shazmie Nadziri
Hibah Solution
https://wa.me/601151134976

𝑨𝑷𝑨 𝒀𝑨𝑵𝑮 𝑷𝑬𝑹𝑳𝑼 𝑰𝑺𝑻𝑬𝑹𝑰 𝑻𝑨𝑯𝑼 𝑩𝑬𝑹𝑲𝑨𝑰𝑻𝑨𝑵 𝑯𝑰𝑩𝑨𝑯?⁣⁣1. Jika suami tidak menghibahkan hartanya atau tidak mewasiatkan hartanya, ...
13/06/2023

𝑨𝑷𝑨 𝒀𝑨𝑵𝑮 𝑷𝑬𝑹𝑳𝑼 𝑰𝑺𝑻𝑬𝑹𝑰 𝑻𝑨𝑯𝑼 𝑩𝑬𝑹𝑲𝑨𝑰𝑻𝑨𝑵 𝑯𝑰𝑩𝑨𝑯?⁣
⁣
1. Jika suami tidak menghibahkan hartanya atau tidak mewasiatkan hartanya, semua hartanya akan menjadi harta pusaka dan akan dibahagikan secara faraid kepada waris-waris yang berhak;⁣
⁣
2. Jika suami telah menghibahkan harta tak alih secara lisan seperti rumah atau tanah kepada isteri dan bila suami meninggal dunia, harta tak alih tersebut masih nama suami dalam geran, isteri hendaklah membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memohon perintah pengesahan hibah; ⁣
⁣
3. Jika suami telah menghibahkan harta alih secara lisan atau melalui dokumen perisytiharan hibah seperti wang dalam akaun bank, tetapi selepas meninggal dunia wang tersebut masih lagi dalam akaun bank arwah suami dan tiada penguasaan dari isteri, hibah itu berkemungkinan menjadi tidak sah. Namun isteri boleh memohon ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memohon perintah pengesahan hibah; ⁣
⁣
4. Jika suami telah menghibahkan harta tak alih kepada isteri dengan membuat dokumen perisytiharan hibah dan telah sempurna rukun-rukunnya, hibah tersebut dianggap telah menjadi sah. Namun, isteri tetap perlu membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi mendapatkan perintah pengesahan hibah jika harta tersebut masih mempunyai nama suami yang telah meninggal dunia dalam geran; ⁣
⁣
5. Jika suami telah menghibahkan harta tak alih kepada isteri dengan membuat dokumen perisytiharan hibah, sempurna rukun-rukunnya dan telah melakukan pindah milik melalui borang 14A KTN 1965, maka harta itu tidak menjadi harta pusaka jika sekiranya suami meninggal dunia kemudiannya.

6. Jika suami telah menghibahkan harta alih kepada isteri seperti sebuah kereta sama ada dengan membuat dokumen perisytiharan hibah atau tidak, tetapi telah sempurna rukun-rukunnya, maka harta itu tidak menjadi harta pusaka jika sekiranya suami meninggal dunia kemudiannya. Namun isteri perlu memohon ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memohon perintah pengesahan hibah jika kereta tersebut masih nama arwah suami; ⁣

7. Jika suami telah menghibahkan harta-hartanya kepada isteri, menyempurnakan rukun-rukunnya dan mendapatkan perintah pengesahan hibah di Mahkamah Tinggi Syariah semasa hidup, harta yang telah dihibahkan tidak akan menjadi harta pusaka jika sekiranya suami meninggal dunia kemudiannya;

8. Jika suami telah menghibahkan harta-hartanya kepada anak-anak dan tidak menamakan isteri sebagai penerima hibah. Hibah tersebut tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah Tinggi Syariah kecuali jika tidak sempurna rukun-rukunnya.
⁣
9. Jika suami memiliki takaful, simpanan ASB dan simpanan Tabung Haji, ia boleh dihibahkan kepada isteri secara hibah bersyarat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh institusi-institusi berkenaan;

10. Harta-harta yang telah dihibahkan oleh suami dan telah sempurna qabd (diterima) oleh isteri tidak boleh ditarik balik, diruju' atau dibatalkan walaupun berlaku perceraian atau kematian isteri. ⁣

Rasulullah SAW mengumpamakan orang yang menarik semula hibahnya melalui hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a.: "𝘖𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘳𝘪𝘬 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘩𝘪𝘣𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘴𝘦𝘦𝘬𝘰𝘳 𝘢𝘯𝘫𝘪𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘪𝘭𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘮𝘶𝘯𝘵𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢." (Riwayat al-Bukhari)

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan dengan hibah, boleh tekan link di bawah👇🏻👇🏻👇🏻

wa.me/601151134976
wa.me/601151134976
wa.me/601151134976
⁣
Info lanjut layari laman web Majlis Agama Islam Selangor: www.mais.gov.my

Shazmie Nadziri
Hibah Solution
https://wa.me/601151134976

5 Kesilapan Bila Nak Beli Rumah Pertama1. Tak tahu had pembiayaan2. Tak tahu tentang CCRIS, CTOS, DSR3. Pandang rendah r...
22/04/2021

5 Kesilapan Bila Nak Beli Rumah Pertama

1. Tak tahu had pembiayaan
2. Tak tahu tentang CCRIS, CTOS, DSR
3. Pandang rendah rumah flat/apartmen
4. Tak tahu kos sebenar
5. Terlalu yakin dengan gaji besar

5 Kesilapan Bila Nak Beli Rumah Pertama1. Tak tahu had pembiayaan2. Tak tahu tentang CCRIS, CTOS, DSR3. Pandang rendah rumah flat/apartmen4. Tak tahu kos seb...

Apa Itu Double Transfer dan Direct Transfer?🌎Dalam proses jual beli rumah, salah satu perkara yang sering berlaku adalah...
07/09/2020

Apa Itu Double Transfer dan Direct Transfer?

🌎Dalam proses jual beli rumah, salah satu perkara yang sering berlaku adalah double transfer dan direct transfer. Keadaan ini berlaku jika strata title telah dikeluarkan oleh pihak pemaju dan dalam proses penukaran nama dari pihak pemaju kepada pembeli.

🌍Double transfer (pemindahan berganda) bermaksud nama di dalam geran akan ditukarkan kepada pembeli pertama (tuan rumah semasa), kemudian baru ditukarkan nama kepada pembeli kedua.

🌎Untuk proses penukaran nama dari pemaju kepada pembeli pertama (tuan rumah semasa), pembeli pertama tersebut perlu membayar yuran guaman dan duti setem.

🌎Untuk proses penukaran nama dari pembeli pertama (tuan rumah semasa) kepada pembeli kedua, pembeli kedua tersebut perlu membayar yuran guaman dan duti setem.

🌏Proses double transfer ini memakan masa yang agak lama.

🌏Direct transfer (pemindahan terus) p**a adalah proses pertukaran nama di dalam geran daripada pemaju terus kepada pembeli kedua.

Proses ini adalah lebih cepat, dan pembeli pertama (tuan rumah semasa) tidak perlu membuat bayaran yuran guaman dan duti setem bagi proses tersebut dan hanya pembeli kedua sahaja yang perlu membayar yuran guaman dan duti setem.

Walaubagaimanapun tidak banyak pemaju yang bersetuju untuk melakukan direct transfer.

Untuk hartanah yang masih lagi master title (geran masih lagi atas nama pemaju) dan strata title masih belum dikeluarkan, Deed of assignment akan digunakan.

Semoga perkongsian kali ini, memberi manfaat kepada semua.

Shazmie Nadziri
https://wa.me/601151134976

31/08/2020

Semua orang tahu rumah itu aset. Tetapi tak semua orang tahu rumah boleh dijadikan sebagai mesin ATM dan tutup hutang lapuk. 😋😋😋

Apa kekurangan /keburukan buat pinjaman rumah nama bersama?1️⃣ CCRIS ▫️Apabila rumah buat pinjaman bersama suami & ister...
30/08/2020

Apa kekurangan /keburukan buat pinjaman rumah nama bersama?

1️⃣ CCRIS
▫️Apabila rumah buat pinjaman bersama suami & isteri. Pinjaman rumah ini akan keluar dalam CCRIS suami & Isteri. Kalau kata bayaran installment rumah ini ada tunggakan, ini akan kacau profile suami & isteri sekali, sebab rumah ini adalah pinjaman bersama.

2️⃣Quota 90%
▫️Setahu kita pinjaman rumah boleh dapat 90% untuk rumah pertama & rumah kedua. Kalau suami & isteri buat pinjaman rumah dengan nama masing masing boleh dapat 4 buah rumah dengan 90% pinjaman.

▫️Kalau kata suami & isteri buat pinjaman rumah bersama, maximun 3 buah rumah sahaja boleh dapat 90%.

3️⃣Refinance
▫️Sekarang buat pinjaman rumah nama bersama, beberapa tahun kemudian kalau cerai berlaku, rumah ini nak refinance atau nak jual perlu dapatkan persetujuan dari 2 pihak.

Kalau kata rumah ini suami nak refinance kepada nama dia seorang, Tapi isteri tidak setuju. Refinance ini tidak dapat diteruskan.

▫️Kalau pinjaman rumah nama seorang,kita boleh jual & refinance rumah bila bila masa tanpa dapatkan persetujuan orang lain.

kredit: financial coach

Teringin nak beli rumah, tapi zero ilmu hartanah?
Jangan risau,

Saya akan guide anda tentang:
1. ILMU PELABURAN HARTANAH
2. ILMU JUAL BELI HARTANAH

Shazmie Nadziri
https://wa.me/601151134976

Pengelasan baharu isi rumahDi manakah kita?Persoalan yang lagi penting adalah, bagaimana untuk menguruskan kewangan dala...
30/08/2020

Pengelasan baharu isi rumah

Di manakah kita?
Persoalan yang lagi penting adalah, bagaimana untuk menguruskan kewangan dalam keadaan sekarang?

Moga kita dimurahkan rezeki ameen 😊😊

Sumber (DOSM, 2020)

Macam mana nak pilih bank yang sesuai? 🔹Saya ada pengalaman lebih 10 tahun  dalam bidang pinjaman rumah. Semasa saya sem...
29/08/2020

Macam mana nak pilih bank yang sesuai?

🔹Saya ada pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pinjaman rumah. Semasa saya semak slip gaji & CTOS report customer saya dah tahu customer ini sesuai bank mana satu.

🔹Bagi sesiapa yang bergaji bersih RM3000-RM4000, saya akan pilih bank sotong, sebab bank ini boleh ambil 70% DBR. Bank lain cuma boleh bagi 50% atau 60%
🔹Bagi sesiapa yang bergaji bersih RM5,000 ke atas,mereka ada lebih banyak pilihan bank, Sebab bank akan ambil DBR 80% bagi jenis pendapatan gaji RM5,000 ke atas. Bank yang boleh bagi 80% DBR adalah Alliancx Bank, MBSX Bank dan bank lain lain.

🔹Kalau customer adalah buat niaga tidak ada slip gaji,cuma ada bank statment & income Tax, Saya akan rekomend kepada bank Sotong & Alliancx bank. Bank harimau dan bank MBSX tidak s**a customer buat niaga. Mereka lebih s**a customer makan gaji.
🔹Contoh customer nak beli & refinance rumah yang tidak ada copy geran, masih master ttile. Saya akan pefer kepada Bank Unta, & Publix Bank. Tapi Bank ini tidak boleh masuk kos loan agreement & valuetion dalam loan sekali.

🔹Kalau nak bank valuetion lebih tinggi, boleh ambil Bxnk Islam & MBSX Bank.

🔹Sebenarnya saya pilih bank untuk customer ,bukan sahaja rujuk kepada pendapatan gaji mereka. Saya juga akan semak commitment dalam ctos report dan juga status geran rumah.

🔹Selepas study semua info baru pilih bank yang sesuai untuk customer, kadang kadang customer tidak faham kenapa bank A boleh lulus ,bank B & C reject pinjaman dia. Sebab setiap bank mempunyai polisi dan guileline masing masing.

kredit: financial coach
***

Shazmie Nadziri
https://wa.me/601151134976

BELI KERETA NAK LOAN 5 TAHUN & 9 TAHUN???🔹Seorang kawan nak beli sebuah kereta  jenama M dengan harga RM200k , dia beker...
29/08/2020

BELI KERETA NAK LOAN 5 TAHUN & 9 TAHUN???

🔹Seorang kawan nak beli sebuah kereta jenama M dengan harga RM200k , dia bekerja sebagai senior manager dengan gaji 5 angka . Dia tidak pasti nak ambil pinjaman kereta 5 tahun atau 9 tahun.

🔹Semalam saya dah buat kiraan untuk dia. Kalau ambil pinjaman kereta 5 tahun installment sebulan adalah RM3,700. Kalau ambil 9 tahun installment adalah RM2,200 sebulan.

🔹Dia kata dengan gaji dia mampu bayar installment kereta RM3,700 sebulan. Dia ingin ambil pinjaman 5 tahun. Tapi saya cadangkan dia ambil 9 tahun pinjaman. Dia tanya kenapa?

****

Saya terangkan detail kepada dia👇🏻

▫️Kalau ambil pinjaman 5 tahun installment adalah RM3,700, ambil pinjaman 9 tahun installment adalah RM2,2000. Setiap bulan perbezaan adalah RM1,500.

▫️Walaupun dia mampu bayar RM3,700 sebulan, saya rekomend dia bayar RM2,200. Setiap bulan masih ada cash flow sebanyak RM1500.

▫️Kalau dia simpan RM1,500 sebulan dalam tabung investment dengan kadar p**angan 8% setahun. Setahun dia dapat simpan RM18,000 (RM1500x 12 bulan)

▫️Pada tahun ke2 juga simpan RM18,000 dalam tabung dengan p**angan 8% juga, Pada tahun 2 dalam tabung sudah adalah RM37,440.

▫️Sampai tahun ke 9 apabila kereta ini bayar habis bayar hutang dalam tabung investment ini dah ada RM263,419.💰💰💰

▫️Dalam 9 tahun ini dia dah buat bayaran installment kereta RM2,200 x 12 bulan x 9= RM237,600. Tapi tabung ada RM263,419,masa itu dia nak tukar kereta baru dalam RM400-500k tidak ada masalah. 👌🏻

kredit: financial coach

****

Shazmie Nadziri
https://wa.me/601151134976

Address

Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shazmie Kewangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Shazmie Kewangan:

Shortcuts

Share