01/08/2025
“Syarat Trump Untuk Diskaun Tarif Malaysia Melampau?”
Kalau semalam Indonesia dah kantoi kena game dengan Trump sampai sanggup beli 50 jet Boeing, hari ni kita cerita pasal Malaysia p**a yang nyaris-nyaris kena trick yang sama.
Bezanya, Malaysia masih belum ‘termakan’ umpan. Umpannya datang dengan syarat-syarat yang boleh bawa negara tergadai kalau kita tak berhati-hati.
Menurut Menteri MITI, Tengku Zafrul Aziz, ada tiga syarat utama yang Trump kenakan kalau Malaysia nak dapat potongan tarif import dari AS.
Pertama, Malaysia mesti benarkan syarikat US miliki sepenuhnya sektor-sektor strategik negara.
Kedua, sistem pensijilan halal kita yang dikawal JAKIM kena ‘longgar’ untuk bagi laluan produk AS.
Ketiga, AS nak bebas masuk tender kerajaan Malaysia tanpa sekatan.
Maksudnya, kalau Malaysia setuju, Trump boleh masuk dan ‘shopping’ apa saja dalam negara ni dari telekomunikasi, tenaga sampai perolehan kerajaan.
Tanpa tapisan, tanpa had.
Tapi Malaysia kata TIDAK.
Akibatnya, tarif ke atas barangan Malaysia kekal pada 25%. Naik lagi 1% daripada sebelum ni.
Biarpun kita dah runding lebih 20 kali, siap Tengku Zafrul terbang ke Washington, hasilnya tetap sama.
Bila ditanya kenapa tarif makin naik? Trump jawab: “Sebab boleh dik.”
Pelik tapi benar. Negara macam Jepun pun kena. Ini bukan dasar ekonomi, ini dasar s**a hati Presiden.
Trump memang jenis ‘ugut dulu, peluk kalau kau sanggup bayar’. Sama macam dia buat kat Indonesia. Mula ugut 32%, lepas tu bagi diskaun 19% tapi dengan syarat negara tu kena belanja USD 19 bilion untuk beli barang dari Amerika.
Malaysia? Setakat ni tak ada komitmen beli Boeing, tak ada janji borong minyak dan gas Amerika. Tapi itu tak bermaksud Trump tak cuba. Dia cuba juga. Bezanya, Malaysia masih ‘hold’ sebab kalau kita terima syarat dia bulat-bulat, kita akan hilang kawalan ke atas sektor penting negara.
Amerika juga bising pasal sistem halal Malaysia. Mereka anggap SOP JAKIM terlalu ketat macam rumah sembelihan khas, pengangkutan asing pun kena patuh.
AS nak kita buka laluan macam negara lain yang kongsi fasiliti halal dan non-halal. Masalahnya, sistem halal kita paling ketat dalam dunia sebab itu kepercayaan umat Islam yang tak boleh dikompromi.
Bukan tu saja. Syarat minimum 30% ekuiti Bumiputera dalam syarikat asing pun dijadikan alasan kenapa AS naikkan tarif. Kononnya itu ‘halangan pelaburan’. Tapi kalau kita buang semua syarat tu, apa lagi yang tinggal untuk rakyat tempatan?
Dalam laporan rasmi USTR, semua benda ni disenaraikan sebagai ‘masalah’. Tapi peliknya, bila Malaysia minta penjelasan kenapa tarif naik, AS pun tak ada jawapan. Sebab dalam pentadbiran Trump, semuanya ikut kepala dia.
Sekarang ni, Malaysia ada dua pilihan sama ada tunduk pada syarat AS dan dapat diskaun tarif atau terus pertahan dasar negara walaupun eksport kita kena cukai lebih tinggi.
Menurut Apex Securities, kalau kita berjaya runding, tarif boleh turun ke 15%-19%. Tapi kalau kita tak setuju, kemungkinan kekal 25% atau lebih teruk, jatuh ekonomi bawah 4%.
Soalnya sekarang berbaloi ke buka pintu seluas-luasnya semata-mata nak jimat 6% tarif?
Ni belum cakap pasal ni lah penggal terakhir pemerintahan Trump, lepas Trump dah blah, hutang-hutang tu masih tetap perlu dibayar.
Sama macam kes Indonesia, Trump cuba jual produk dia guna tekanan politik. Malaysia sekarang jadi target seterusnya. Bezanya Malaysia masih belum tertipu. Belum.
Tapi kalau kita leka, jangan terkejut satu hari nanti kita pun akan tersenarai dalam ‘senarai negara yang dah kena scam Trump’.
___
Nak faham lagi strategi Amerika dalam permainan kuasa global ni?
Dapatkan buku AMERIKA: PENGUASA DUNIA BAHARU yang kupas sejarah AS dari zaman Red Indian sampai ke Trump 2.0.
Ditulis dengan padat dan penceritaan seperti video saudara Ahmad Faezal, buku ni memang wajib baca.
Kredit: Azizul Farhan
06/06/2025
23/05/2025
14/05/2025
05/05/2025
29/04/2025
11/04/2025
23/03/2025