Dr Ekin Zakaria

Dr Ekin Zakaria

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dr Ekin Zakaria, Financial Consultant, Rnz Integrated (m) Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Great Eastern Takaful Berhad.
#Perunding Kewangan Hibah Takaful
#Tabung Pelupusan Hutang
#Tabung Penggantian Pendapatan
#Medical Card
#Konsultansi Urus Gaji
#Pelan Persaraan
#Keyman Planning
Appointment fizikal/ zoom
https://wassap.io/go/hibahtakaful

01/08/2025

“Syarat Trump Untuk Diskaun Tarif Malaysia Melampau?”

Kalau semalam Indonesia dah kantoi kena game dengan Trump sampai sanggup beli 50 jet Boeing, hari ni kita cerita pasal Malaysia p**a yang nyaris-nyaris kena trick yang sama.

Bezanya, Malaysia masih belum ‘termakan’ umpan. Umpannya datang dengan syarat-syarat yang boleh bawa negara tergadai kalau kita tak berhati-hati.

Menurut Menteri MITI, Tengku Zafrul Aziz, ada tiga syarat utama yang Trump kenakan kalau Malaysia nak dapat potongan tarif import dari AS.

Pertama, Malaysia mesti benarkan syarikat US miliki sepenuhnya sektor-sektor strategik negara.

Kedua, sistem pensijilan halal kita yang dikawal JAKIM kena ‘longgar’ untuk bagi laluan produk AS.

Ketiga, AS nak bebas masuk tender kerajaan Malaysia tanpa sekatan.

Maksudnya, kalau Malaysia setuju, Trump boleh masuk dan ‘shopping’ apa saja dalam negara ni dari telekomunikasi, tenaga sampai perolehan kerajaan.

Tanpa tapisan, tanpa had.

Tapi Malaysia kata TIDAK.

Akibatnya, tarif ke atas barangan Malaysia kekal pada 25%. Naik lagi 1% daripada sebelum ni.

Biarpun kita dah runding lebih 20 kali, siap Tengku Zafrul terbang ke Washington, hasilnya tetap sama.

Bila ditanya kenapa tarif makin naik? Trump jawab: “Sebab boleh dik.”

Pelik tapi benar. Negara macam Jepun pun kena. Ini bukan dasar ekonomi, ini dasar s**a hati Presiden.

Trump memang jenis ‘ugut dulu, peluk kalau kau sanggup bayar’. Sama macam dia buat kat Indonesia. Mula ugut 32%, lepas tu bagi diskaun 19% tapi dengan syarat negara tu kena belanja USD 19 bilion untuk beli barang dari Amerika.

Malaysia? Setakat ni tak ada komitmen beli Boeing, tak ada janji borong minyak dan gas Amerika. Tapi itu tak bermaksud Trump tak cuba. Dia cuba juga. Bezanya, Malaysia masih ‘hold’ sebab kalau kita terima syarat dia bulat-bulat, kita akan hilang kawalan ke atas sektor penting negara.

Amerika juga bising pasal sistem halal Malaysia. Mereka anggap SOP JAKIM terlalu ketat macam rumah sembelihan khas, pengangkutan asing pun kena patuh.

AS nak kita buka laluan macam negara lain yang kongsi fasiliti halal dan non-halal. Masalahnya, sistem halal kita paling ketat dalam dunia sebab itu kepercayaan umat Islam yang tak boleh dikompromi.

Bukan tu saja. Syarat minimum 30% ekuiti Bumiputera dalam syarikat asing pun dijadikan alasan kenapa AS naikkan tarif. Kononnya itu ‘halangan pelaburan’. Tapi kalau kita buang semua syarat tu, apa lagi yang tinggal untuk rakyat tempatan?

Dalam laporan rasmi USTR, semua benda ni disenaraikan sebagai ‘masalah’. Tapi peliknya, bila Malaysia minta penjelasan kenapa tarif naik, AS pun tak ada jawapan. Sebab dalam pentadbiran Trump, semuanya ikut kepala dia.

Sekarang ni, Malaysia ada dua pilihan sama ada tunduk pada syarat AS dan dapat diskaun tarif atau terus pertahan dasar negara walaupun eksport kita kena cukai lebih tinggi.

Menurut Apex Securities, kalau kita berjaya runding, tarif boleh turun ke 15%-19%. Tapi kalau kita tak setuju, kemungkinan kekal 25% atau lebih teruk, jatuh ekonomi bawah 4%.

Soalnya sekarang berbaloi ke buka pintu seluas-luasnya semata-mata nak jimat 6% tarif?

Ni belum cakap pasal ni lah penggal terakhir pemerintahan Trump, lepas Trump dah blah, hutang-hutang tu masih tetap perlu dibayar.

Sama macam kes Indonesia, Trump cuba jual produk dia guna tekanan politik. Malaysia sekarang jadi target seterusnya. Bezanya Malaysia masih belum tertipu. Belum.

Tapi kalau kita leka, jangan terkejut satu hari nanti kita pun akan tersenarai dalam ‘senarai negara yang dah kena scam Trump’.

___

Nak faham lagi strategi Amerika dalam permainan kuasa global ni?

Dapatkan buku AMERIKA: PENGUASA DUNIA BAHARU yang kupas sejarah AS dari zaman Red Indian sampai ke Trump 2.0.

Ditulis dengan padat dan penceritaan seperti video saudara Ahmad Faezal, buku ni memang wajib baca.

Kredit: Azizul Farhan

Photos from Dr Ekin Zakaria's post 23/05/2025

♥️MALAYSIA TAKAFUL ASSOCIATION STAR AWARDS ♥️

Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah

🥰Tahniah my IO MJ Ieza Yusof dan Tahniah all team “AL AQYAS GROUP” untuk achievement ini

Tersenarai sebagai Potential Qualifier dalam MTA Awards🥰

Anugerah berprestij dalam industri Takaful.
Hanya agensi yg mempunyai jualan produk yg berkualiti kepada pelanggan akan tersenarai.

Really proud of you MJ as my superb leader dan proud to be as part of team “AL AQYAS GROUP” . Alhamdulillah.

Hampir 3 tahun tahun saya berjuang bersama MJ dalam bisnes ini dan kami membina & membangunkan agensi AL AQYAS Group.

Moga Allah swt permudahkan perjuangan kami seterusnya untuk bantu lebih ramai rakyat Malaysia celik ilmu pengurusan risiko kewangan.

Serta merancang kewangan dengan baik serta rezekikan kami untuk melahirkan lebih ramai usahawan, pejuang, leader takaful yang berjaya. amiin ya rabbal alamiin 🤲

Ayuhh gais..

Siapa nak join team AL AQYAS Group bersama Dr Ekin & MJ serta Ahyat Ishak. Bersama-sama kita bina kerjaya & bisnes sehingga kejayaan bersama. 💞

👇PM untuk join sesi slot briefing "Jom Buat Duit" secara online :

www.wasap.my/60192600370/NakJoinBriefingJomBuatDuit

14/05/2025

APABILA RUMAH JADI BEBAN

Realiti Penyelenggaraan Istana Mewah Aliff Syukri

Ramai impikan rumah besar bak istana. Tapi usahawan dan penyanyi terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, membuktikan bahawa memiliki rumah mewah datang dengan "tag harga" yang jauh lebih berat daripada sekadar tanda status.

Dalam satu pendedahan jujur, beliau berkongsi bahawa kos penyelenggaraan rumahnya yang berkeluasan 28,000 kaki persegi di Petaling Jaya boleh mencecah RM40,000 sebulan. Ini termasuk:

• Bil elektrik
• Penyelenggaraan kolam renang
• Gaji 12 staf tetap (termasuk pembantu rumah dan pengawal keselamatan)

Bukan itu saja, Aliff turut menanggung penyelenggaraan empat lot banglo yang mengandungi 28 bilik kesemuanya.

Walaupun kediaman itu menjadi simbol kejayaannya, beliau mengakui realiti sebenar jauh lebih mencabar — dari tandas bocor hingga jubin meletup, semuanya perlu duit dan masa.

Setakat ini, lebih RM3 juta telah dibelanjakan untuk pembaikan, termasuk RM300,000 hanya untuk kos cat rumah sahaja!

“Dulu saya fikir rumah besar tanda kejayaan… sekarang saya sedar, ia datang dengan beban dan tanggungjawab besar juga,” katanya.

Sebagai pengajaran, Aliff menyeru generasi muda agar berfikir jauh ke depan sebelum membeli rumah idaman. Jangan hanya kira harga beli — fikirkan juga kos jangka panjang seperti servis, baiki dan gaji kakitangan jika perlu.

Pengajaran dari situasi ini:
Impian rumah besar itu indah, tapi pastikan poket juga cukup mewah untuk kekal menikmatinya.

Kredit: Impiana

Jom audit diri, duit kita 😍
Nak hibah harga rahmah?
pm 👇

https://wassap.io/go/hibahtakaful

Dr Ekin
Aqyas Group
Team Ieza Yusof Ahyat Ishak

05/05/2025

Lembaga Penyedut Duit Rumah Puaka

Mungkin benda ni berlaku pada korang 👇

Bayangkan hari-hari kau tengok kawan kau termenung makan maggi, hujung minggu duduk dalam bilik je. Kejap okay, kejap murung. Sentiasa kerja overtime macam takde hari esok. Itulah cerita Fikri, kawan aku yang pernah tersalah langkah besar.

(Dia minta aku sebar cerita ni untuk jadinpengajaran semua)

1. Cerita dia berlaku tahun 2010. Dia ni jenis semangat tinggi nak beli rumah, umur baru 28 dah sibuk cari property. “Kau tengok, kalau aku tak mula sekarang, bila lagi nak ada aset?” Aku pun angguklah, kagum dengan cita-cita dia.

2. Dia jumpa satu rumah, harga hampir RM400K. Sales agen promote habis-habisan. Katanya, “Dekat dengan MRT, kawasan tengah naik, boleh buat sewa lagi!”

3. Lepas tu diumpan p**a dengan lefall fee Dan spa fee free dan rebate Cashback 25k bagai. Fikri pun rasa macam jackpot. Tanpa fikir panjang, dia terus angkat.

4. Mula-mula nampak macam okey je. Tapi bila dah sign S&P, baru dia sedar. “Weh, aku punya loan RM2K sebulan, tapi bila tengok kadar sewa area ni, maksimum pun RM1K je orang sanggup bayar!”

5. Dia cuba naikkan sewa. Tapi siapa nak sewa mahal kalau rumah lain lagi murah? Penyewa pun bijak sekarang. Akhirnya, dia kena turunkan sewa ke RM1K, tak ada pilihan.

6 Setiap bulan, Fikri kena top up RM1K dari gaji untuk bayar baki loan. “Weh, duit gaji aku habis macam tu je, ghaib tiap bulan kat rumah puaka”

7. Dia mula rasa stress. Bila duit gaji separuh kena bayar rumah, dia struggle nak cukupkan perbelanjaan lain. Belanja makan pun dah kena potong.

8. Satu hari dia luah: “Weh, aku rasa kena tipu dengan agen tu. Dia kata investment, tapi aku rasa macam sponsor tenant aku je sekarang.” Aku tak tahu nak jawab apa. Betul juga dia cakap.

9. Dia cuba cari penyelesaian. Tapi nak jual rumah bukan senang. Harga pasaran tak naik pun, malah ada risiko jatuh lagi sebab kawasan tu tak cukup demand.

10. Aku tanya dia: “Weh, kenapa kau beli terus dulu? Tak fikir panjang ke?” Dia balas, “Aku fikir ni pelaburan, aku ingat untung. Tapi aku lupa nak kaji dulu kadar sewa, kos tambahan, semua tu.”

11. Masa tu baru aku sedar, ramai kawan-kawan muda macam Fikri tersilap langkah. Sebab apa? Sebab ikut hype. Sebab ikut kawan-kawan. Beli rumah sebab orang lain beli, tak buat kira-kira betul.

12. Fikri cakap agen banyak janji manis. Siap tunjuk graf naik harga kawasan tu. Tapi graf tak bayar loan, bro! Duit gaji kau yang kena cover.

13. Dia tak semak lokasi betul-betul. Walaupun ada MRT, kawasan tu belum matang lagi. Tak ramai orang nak tinggal situ. Hasilnya, kadar sewa rendah.

14. Aku pun cakap dengan dia: “Kalau kau buat research lebih sikit, mesti kau nampak benda ni awal-awal.” Dia angguk, menyesal.

15. Aku cerita balik pengalaman senior aku aka mentor aku. Dia cakap, “Pelaburan rumah kena ada ROI yang jelas. Kalau loan tinggi, sewa rendah, jangan sentuh.”

16. Aku bagi nasihat untuk elakkan benda ni. Sebelum beli, kaji dulu kadar sewa kawasan. Tengok rumah lain sekitar. Jangan percaya agen bulat-bulat.

17. Fikri tanya aku, “Kalau aku tak beli rumah ni, aku nak buat apa dengan duit tu?” Aku jawab, “Simpan. Kalau cukup simpanan, kau boleh cari rumah yang betul-betul berbaloi.”

18. Jangan beli rumah sebab nak berlumba dengan orang. Rumah ni tanggungjawab jangka panjang, bukan aset untuk s**a-s**a.

19. “Kenapa kau tak pernah beli rumah?” Fikri tanya. Aku balas, “Aku beli rumah yang below market je. Aku pastikan simpanan cukup, ada emergency fund, lokasi betul, dan aku tak nak bayar lebih dari apa aku mampu.”

20. Terus dia terdiam. “Weh, aku rasa ni pelajaran paling mahal dalam hidup aku,” dia kata.

21. “Kau kena jadikan pengalaman ni panduan. Jangan ulang kesilapan ni lagi. Kau pun boleh ajar orang lain lepas ni.”

22. Sebelum balik, aku sempat pesan “Bukan semua rumah tu pelaburan. Ada rumah yang jadi beban kalau tak pandai pilih.” Ibarat lembaga penyedut duit.

23. Dia mula nampak hikmah. “Lepas ni aku kena lebih berhati-hati. Buat research lebih sebelum buat keputusan besar.”

24. Aku cakap dengan dia “Kita semua belajar dari kesilapan. Tapi jangan biarkan kesilapan ni hancurkan kewangan kau.”

25. Dia mula rancang semula kewangan. Buat bajet, cari cara nak kurangkan beban loan, dan mula bina simpanan baru.

26. Aku harap kita semua belajar dari sini. Beli rumah ni kena ada ilmu. Kalau tak, duit gaji kau yang jadi mangsa.

27. Aku kongsi cerita dia kat kawan-kawan lain. Aku nak semua orang tahu, jangan buat keputusan besar tanpa kajian mendalam.

28. Mesej aku jelas. Rumah bukan perlumbaan. Jangan terburu-buru ikut orang lain.

29. Aku tambah lagi, “Kalau kau tak pasti, tanya pakar. Dapatkan nasihat sebelum sign apa-apa.”

30. Moral cerita Fikri ni, jangan biar agen atau hype media sosial, ikutan kawan-kawan kawal keputusan kewangan kau.

31. Aku tutup cerita dengan nasihat terakhir

32. Pelaburan yang sebenar ialah pelaburan dalam ilmu. Fahamkan betul-betul sebelum kau serahkan gaji kau kepada ‘lembaga penyedut duit’ macam ni.

33. Ada ke yang pernah tersilap percaturan?

Kredit: Ejen Hartanah- Azzam

Photos from Dr Ekin Zakaria's post 29/04/2025

CUKAI TAHUN 2024

Due date

♥️ Borang BE - pemastautin makan gaji dan tak berniaga : 30 April 2025 extend 15 Mei 2025

💚 Borang B - pemastautin makan gaji dan berniaga: 30 Jun 2025 extend 15 Julai 2025.

Cakna;
1. Pengecualian (Exemption)
2. Pelepasan (Relief)
3. Rebat (rebate)

Jom study 😀

1. Pengecualian Cukai 🌻

• Definisi: Pendapatan tertentu tidak dikenakan cukai kerana dikecualikan oleh undang-undang.
• Contoh:
• Pendapatan dari dividen tertentu, faedah simpanan di institusi kewangan yang diluluskan, atau elaun perjalanan tertentu untuk kerja.
• Individu yang menetap di kawasan bebas cukai seperti Langkawi.
• Kesan: Pendapatan yang dikecualikan ini terus dikeluarkan daripada asas pendapatan bercukai sebelum pengiraan cukai dimulakan.

2. Pelepasan Cukai🌹

• Definisi: Jumlah tertentu boleh ditolak daripada jumlah pendapatan bercukai individu sebelum kadar cukai dikenakan.
• Tujuan: Memberikan kelegaan kepada pembayar cukai berdasarkan perbelanjaan atau tanggungan tertentu.
• Contoh Pelepasan:
• Pelepasan untuk perbelanjaan perubatan ibu bapa, pendidikan anak-anak, pembelian buku, insurans, KWSP, dan sebagainya.
• Pelepasan individu (contoh: RM9,000 untuk individu bujang).
• Kesan: Mengurangkan jumlah pendapatan bercukai. Semakin banyak pelepasan, semakin kecil asas pendapatan bercukai, dan ini boleh menyebabkan cukai lebih rendah dikenakan.

3. Rebat Cukai 🌺

• Definisi: Potongan terus ke atas jumlah cukai pendapatan yang telah dikira.
• Tujuan: Memberikan pengurangan terus pada jumlah cukai yang perlu dibayar.
• Contoh Rebat:
• Rebat RM400 untuk individu dengan pendapatan bercukai di bawah RM35,000.
• Rebat zakat yang dibayar oleh individu Muslim.
• Kesan: Rebat terus mengurangkan jumlah cukai kena bayar. Sekiranya rebat melebihi jumlah cukai, pembayar cukai tidak mendapat bayaran balik, kerana ia hanya mengurangkan jumlah cukai kepada sifar.

Ha.. yang ambil insuran / takaful tu.. untung tau.
Dapat relief sehingga RM 3000 tau!
Banyak tu.

Mari saya bantu.

Dr Ekin🩵
Takaful Advisor
Stifin Certified Trainer & Speaker

11/04/2025

Salah faham tentang ejen takaful kaya raya.

Ramai beranggapan ejen takaful hidup kaya raya. Dah lah kaya raya, menunjuk p**a.

Namun, pernah ke fikir berapa usaha yang dia dah buat untuk dilabel kaya raya?

Ok dekat sini saya tunjuk kiraan bagi cerah sikit:

Target Income: RM10,000

Kebiasaan komisen berbeza mengikut produk dan tempoh bayaran antara 10% ke 40% (termasuk bonus).

Untuk kiraan saya ambil purata25%

Jadi untuk dapat target income, jumlah caruman bulanan perlu buat sebanyak: RM10,000 bahagi 25% = RM40,000

Produk takaful ada yang semurah RM15 sebulan dah boleh pergi sampai ribu-ribu. Untuk team saya, purata setiap polisi yang klien ambil dalam RM150 sebulan.

Jadi untuk buat income RM10,000, seorang ejen perlu close RM40,000 / RM150 = 267 polisi klien.

Menurut kajian LIMRA (Life Insurance Market Research Association), seorang ejen perlu hubungi 10 prospek klien untuk dapat 3 perjumpaan dan close 1 polisi.

Untuk close 267 polisi klien, seorang ejen perlu membuat panggilan yang berjawab sekurangnya 2670 panggilan dan 800 perjumpaan.

Kategori ejen yang kerja kuat, dia akan bekerja 12jam sehari untuk pergi 3 appointment. Jadi keluar pagi balik malam.

Kebiasaan 1 appointment ambil masa 2-3jam termasuk perjalanan. Dan ejen juga perlu spend masa 2-3 jam sehari untuk buat kerja servicing dan kerja admin. Itu belum dikira kecemasan lepas waktu tidur.

Jika ejen itu masih nak juga income RM10,000 dia kena kerja 12jam sehari selama ;

800 perjumpaan bahagi 3 perjumpaan sehari = 267 hari, tolak hujung minggu = 373 hari ~ 1 tahun.

Saya pun sendiri ambil masa hampir 3 tahun untuk dapat income purata bulanan lebih RM10,000.

Namun kena ingat, RM10,000 income kasar belum tolak:

1. Duit minyak & tol pergi balik jumpa klien, ke office dan training
2. Duit bayar parking & saman dbkl
3. Duit makan minum untuk 3 perjumpaan sehari = RM70 x 22 hari sebulan = RM1,540
4. Duit servis kenderaan
5. Bil telefon
6. Penalti dari syarikat sebab klien bayar tak cukup setahun

Itu belum dikira modal pergi balik hospital / klinik ambil report, bawa klien check up, hantar buah / bunga.

Dari RM10,000 berapa yang tinggal?

Begitulah.

Kadang-kadang kita s**a buat tuduhan tanpa ambil tahu dulu. Sudah tahu, buat pura-pura tak tahu p**a.

Saya yakin dan percaya, setiap dari kita yang berusaha pasti ada rezeki buatnya.

Dan tak salah untuk kita berbahagia dengan rezeki yang kita dapat. Niat kita berkongsi cerita, itu antara kita dengan Allah.

Saya doakan moga kita yang berusaha terus dilimpahkan rezeki seluas lautan dan dipermudah urusan.

Amin yra ❤️

Kredit: Syed Amirul

Gift & ang pow raya utk anak2 Kak Shidah 😍🌹

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Rnz Integrated (m) Sdn Bhd
Kuala Lumpur