26/02/2023
Kenangan.
Hampir 4 tahun lepas since last dapat sertai dinner bersama top-top consultant Public Mutual.
Akhirnya malam tadi, abam bersama 3 lagi consultant RS Empire mendapat jemputan khas untuk sertai dinner gilang gemilang bertempat di DoubleTree Hilton Melaka.
Berbagai perasaan bercampur baur semasa event malam tadi.
Excited ada.
Inspired ada.
Gembira ada.
Terharu ada.
Yang penting, gembira sangat dapat jumpa dan bergambar bersama kawan2 seangkatan yang lain. Ada yang last jumpa sejak sebelum PKP. Ada yang tak pernah jumpa depan2, tapi pernah tengok muka dalam zoom je. Ada yang pernah add n follow dari Facebook je.
As a sales person, event2 macam sangat penting. Bukan setakat nak berhibur semata2, tetapi jugak untuk dapatkan semula semangat yang mungkin agak tenggelam, atau untuk berkongsi rahsia dan tap energy dengan top-top consultant yang lain.
Bila dah ada energy, baru la semangat berkobar2 nak buat sales n jadi top consultant jugak kan๐
Akhir kata, to be a top consultant, we need to be always focus n stay productive all the time. InsyaAllah, siapa yang berusaha, dialah yang akan berjaya๐ช
P/s: Next stop: Kota Bharu Branch Annual Award Dinner. LETS GO!!๐
01/04/2022
yesterday
Alhamdulillah, amazinggg at the special luncheon for for RS Empire champions semalam.
Sporting semua my team yang hadir, celebrate sama-sama, makan sama-sama, bergambar sama-sama. Yang penting semua happy. A perfect get together sebelum kita start berpuasa Ahad ni๐
All in the RS Empire family, thank you so muchโค๏ธ
See you in Ramadhan๐
01/10/2021
๐๐ฒ๐๐ฎ ๐๐ป๐๐ฒ๐๐๐บ๐ฒ๐ป๐ ๐ข๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐๐น๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ข๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด
Teringat lagi Mama Ross pernah cerita. Masa beliau muda-muda dulu sebelum kahwin, nenek pesan:
|โKumpul duit. Kalau ada peluang beli tanah, guna duit tu untuk beli tanah. Tu kat hujung kampung tu ada orang nak jual tanah, pegi beli tanah tu. Murah je tuโ
Begitulah setiap kali ada orang offer nak jual tanah, nenek mesti suruh anak-anak dia ambil peluang untuk beli tanah. Tak kisah besar macam mana tanah tu, beli je.
Tak kisah nak buat apa dengan tanah tu, nak bercucuk tanam ke, nak buat rumah ke, beli je dulu, nanti baru fikir nak buat apa.
Hasilnya..
Lepas beberapa tahun, bila kawasan tu semakin membangun. Makin banyak pembangunan di sekeliling, tanah kat situ pun naik harga. Ada yang sampai berkali ganda naiknya. Tu baru kalau ada 1 tanah, kalau ada 5 tanah. Lagi berganda untungnya kan.
Itulah cara orang dulu-dulu menyimpan dan invest.
Zaman sekarang?
Ada jugak yang invest kepada tanah. Tapi mungkin dah tak banyak tanah dah sekarang compare dengan dulu. Orang zaman sekarang banyak dah beralih ke invest to property, saham, crypto, unit amanah dan sebagainya.
Dari segi peluang, memang banyak pilihan dan peluang yang terhidang. Macam Unit Trust pun, ada beratus fund untuk dipilih untuk invest. Cakap je nak fund macam mana, semua ada.
Macam ada sahabat abam sorang ni. Beliau start invest lebih kurang lima tahun lepas.
Masa tu gaji beliau taklah banyak. Beliau start invest dalam satu fund Legend ni.
Modal permulaan pun tak lah banyak, RM10,000 je. Hasil beliau menyimpan dari zaman study. Plannya duit ni nanti beliau nak guna untuk buat deposit beli rumah.
Dan beliau buat sekali auto invest RM300 setiap bulan. Selama 5 tahun ni, walau apa yang berlaku, beliau akan pastikan beliau masukkan RM300 dalam akaun beliau.
Hasilnya..
Last week dia datang jumpa abam untuk check investment dia.
Dari modal permulaan RM10,000 dan RM 300 setiap bulan yang dia buat 5 tahun lepas:
Duit yang beliau keluarkan untuk invest : RM 28,300
Nilai terkini duit beliau (termasuk keuntungan) : RM 45,340
Dalam 5 tahun, duit beliau berkembang lebih 60%.
Kemain s**a beliau. Terus cakap nak tambah lagi investment lagi. Katanya kalau tau return dia macam ni, lagi banyak dia invest dulu.
Tapi kita kena ingat, past performance does not indicate future performance.
Tak ada siapa yang boleh guarantee return kita esok. Apa yang abam boleh guarantee, siapa yang pandai ambil peluang, InsyaAllah takkan rugi.
Fund legend yang sahabat abam masuk ni telah ditutup kerana telah fully subscribed. Ia hanya ditawarkan dalam tempoh tertentu sahaja. Dan tempoh yang ditawarkan sangat singkat. Sebab once dibuka, berebut orang nak beli.
Last dia buka, tahun 2019. Dalam 4 hari je, quota RM 50 juta habis terjual. Macam tu sekali sambutan orang tentang fund legend ni.
Berita baik untuk anda, hari ini fund legend ini dibuka semula untuk pelaburan tambahan.
Kalau ada kawan-kawan yang nak ambil peluang melabur dalam fund legend ni, boleh roger abam ya. Ia hanya dibuka dalam tempoh yang sangat terhad.
So, jangan tunggu-tunggu lagi. Jomm saukk๐คฉ
Syafiq Razali
Unit Trust Consultant
18/09/2021
๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฑ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ ๐ฆ๐๐๐จ๐๐๐ก!
Ini kisah gaji masa depan sebanyak RM15,000 sebulan!
Bila saya berbual dengan prospek. Dua soalan yang biasa saya akan tanya prospek:
โBerapa yang awak perlukan untuk bersara?โ
Sekiranya prospek buntu, saya bantu lagi mudahkan pemahaman prospek. Utarakan soalan lebih mudah.
โEsok-esok, agaknya berapa perbelanjaan sebulan yang awak perlukan untuk teruskan kehidupan seperti sekarang ?"
Haa..biasanya soalan kedua lebih senang untuk prospek jawab. Concern saya adalah untuk bantu prospek nampak jalan persaraan dengan lebih jelas.
Jarang sekali berlaku bila saya suarakan soalan diatas, prospek akan menjawab dengan yakin. Biasanya melalui perbincangan, gali sana gali sini..baru boleh keluarkan anggaran yang prospek mahukan.
Semalam saya berhadapan dengan jsituasi ini. Soalan ini biasanya saya ajukan kepada prospek muda (bawah 40 tahun) bila berjumpa secara berhadapan atau online kali pertama. Kebetulan semalam prospek berumur 30 an.
โBerapa yang awak perlukan untuk bersara?โ
Dan semalam buat pertama kalinya saya kagum dengan jawapan yang saya dapat.
Beliau jawab dengan yakin!
โRM15,000 sebulan.โ
Fuhโฆpower jawapan adik. Jelas!
Dia nampak saya hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah kata-kata semasa zoom session
Prospek sambung lagi,
โKenapa kak? RM15,000 tu basic sangat kan? Cukup-cukup makan bila saya tua nanti,โ balas beliau. Prospek ini berumur 30 tahun.
Saya bersetuju dengan jawapan beliau. Saya mengangguk bukan sebab amaun itu banyak, tapi sebab saya kagum dengan beliau. Beliau cukup yakin memberi jumlah yang di perlukan pada usia persaraan nanti.
Kawan-kawan tahu tak, sebenarnya Jawapan โRM15,000 sebulanโ itu menunjukkan prospek saya ini faham 3 perkara di asas untuk persaraan:
๐ญ. ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐๐ฝ๐ฒ๐ธ ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐บ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ณ๐น๐ฎ๐๐ถ ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ช๐ฎ๐ป๐ด
Jika ada sekarang hidup beliau selesa dengan RM6,000 sebulan. Nilai wang ini akan susut menjadi hampir RM15,000 dengan kesan inflasi 3% setahun dalam tempoh 30 tahun.
Samalah seperti nasi lemak zaman kita sekolah 50sen, zaman adik kita sekolah RM1, zaman anak-anak kita RM2, zaman cucu kita nanti tak mustahil akan jadi RM5.
Nampak tak, nilai barang kelihatan seperti makin mahal kan?
Tapi sebenarnya nilai wang kita yang makin susut.
๐ฎ. ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐๐ฝ๐ฒ๐ธ ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ฟ ๐๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฎ๐ป
Prospek tahu waktu usia tua adalah waktu untuk berehat dan bertenang-tenang. Kalau kita ambil jangka hayat sehingga 75 tahun, dan umur persaraan adalah 60 tahun..maksudnya prospek perlu sediakan dana persaraan bagi 15 tahun.
Sebab 15 tahun ini prospek dah tiada gaji bulanan. Jadi beliau perlu adakan pendapatan pasif RM15,000 sebulan atau tabung dana RM2.7 juta untuk bersara dengan tenang.
๐ฏ. ๐๐ฒ๐น๐ถ๐ฎ๐ ๐ง๐ฎ๐ต๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐๐น๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ
Hanya orang yang merekod dan merangka bajet bulanan saja yang tahu berapa mereka perlukan setiap bulan dan berapa yang sebenarnya mereka belanjakan saban hari. Barulah mereka boleh plot dana persaraan yang mereka perlukan.
Mr Prospek memulakan pelaburan dengan RM10,000 dan secara bulan ataupun DDA bagi tahun pertama RM1000 setiap bulan.
Saya juga sarankan buat beliau tambah pelaburan sebanyak 1/3 dari kenaikkan gaji tahunan untuk beliau enjoy pencen RM15,000 sebulan nanti. Boleh lah pencen dengan tenang nanti!
Tersenyum saya! Tahniah Mr Prospek!
Syafiq Razali
Perancang kewangan anda dan keluarga
18/09/2021
๐ ๐๐๐๐๐จ๐ฅ ๐๐ ๐จ๐ก๐๐ง ๐ง๐ฅ๐จ๐ฆ๐ง ๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐?
"Syafiq, selamat ke saya nak invest kat Unit Trust ni?"
Ni antara soalan yang selalu kami dapat sebagai seorang Unit Trust Consultant. Jom saya kongsikan buat rujukan semua.
Ya. Selamat.
Bakal-bakal pelabur jangan risau. Unit Amanah adalah satu pelaburan yang selamat & sah di sisi undang-undang.
Sebab apa?
Sebab ianya berdaftar dengan Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Tambahan p**a ianya dilindungi oleh trustee sebagai pemegang amanah.
Semua syarikat pengurusan unit amanah perlu berdaftar dengan Bank Negara Malaysia sebelum dibenarkan beroperasi di Malaysia.
Manakala Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berperanan sebagai penilai kesemua dana unit amanah supaya ianya selamat untuk dilaburkan oleh orang ramai.
Semua dana unit amanah dalam pasaran telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia & selamat untuk dilaburkan.
Trustees p**a bertindak sebagai pemegang amanah kepada duit pelabur unit amanah. Jika berlaku kegagalan dalam operasi syarikat pengurusan unit amanah, duit kesemua pelabur adalah selamat kerana ianya dilindungi oleh Trustees.
Semoga sedikit ilmu yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak mampu meningkatkan keyakinan anda untuk menjadikan platform unit amanah sebagai pilihan simpanan anda untuk mencapai objektif kewangan anda.
Jika berminat untuk membuka akaun unit amanah atau nak tahu lebih lanjut, sila klik link di bawah. FREE consultation , usah gusar. Biar faham dulu baru invest.
https://bit.ly/jominvestUT
https://bit.ly/jominvestUT
https://bit.ly/jominvestUT
Kongsikan agar kawan-kawan lain mendapat manfaatnya.๐
Syafiq Razali
Perunding Kewangan Anda Sekeluarga
18/09/2021
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Lembaga itu benar. Cukai itu benar.
Jom saya kongsi tips cara jimatkan cukai anda lagi dan lagi.
Ramai yang rasa bila dah bayar zakat dah jimat cukai. Ada yang parking duit kat sspn-i anak, beli buku & alat s**an, bayar medical card, takaful dan lain-lain.
Tapi masih ramai tak tahu, ada lagi cara nak kurangkan cukai sebenarnya.
Ada orang ingat, Skim Persaraan Swasta (PRS) ini untuk orang kerja swasta sahaja.
Oh tidak!!
Untuk makluman anda, ia terpakai juga untuk semua orang termasuklah yang kerja kerajaan dan bekerja sendiri. Asalkan anda kena bayar cukai, maka anda layak dapat pelepasan cukai tambahan PRS ni.
Dan kalau anda nak tahu, dengan simpanan Skim Persaraan Swasta ini, anda bukan sahaja boleh jimat cukai, tapi kalau kena cara, anda boleh dapat refund lagi banyak.
Jom saya ajar.
Ini contoh paling mudah:
Contoh:
Pendapatan Bercukai (selepas ambil kira pelepasan & rebat cukai lain) = RM151,000
First 100k = RM10,900
Next 51,000 x 0.24 = RM12,240
Cukai kena bayar = RM23,140
Kalau anda ada buat PCB (Potongan Cukai Berjadual) :
Sebulan : RM 1,700 (contoh)
Setahun : RM 1,700 x 12 = RM 20,400
Zakat tahunan yang telah dibayar: RM 2,000
Oleh itu lebihan cukai yang akan anda dapat;
Formula:
๐๐บ๐ฎ๐๐ป ๐๐๐ธ๐ฎ๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฎ๐๐๐ ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ - ๐ฃ๐๐ - ๐ญ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐
RM 23,140 - RM 20,400 - RM2,000 = RM 740
Tapi kalau anda buat PRS, ikut anda punya pendapatan bercukai, anda boleh jimat extra lagi RM720.
RM 740 - RM 720 = RM 20.
Tu dia.. Bestkan kalau kena top up bayar cukai RM 20 ja tahun tu?
Yang lagi best, simpanan PRS anda tu akan dilaburkan dan dapat dividen setiap tahun sehingga umur persaraan. 2 kali best.
Jom buat PRS untuk jimatkan cukai atau maksimumkan refund. Sambil-sambil tu boleh tambahkan simpanan persaraan.
Syafiq Razali
-S**a Bantu Anda Jimat Cukai-
18/09/2021
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Disini saya kongsikan beberapa keratan akhbar.
Mengikut statistik 60% pesara dengan tabungan KW5P, kena bekerja balik, sebab tabungan pencen habis, biasanya selepas 3 tahun. Hanya 40% sahaja dapat bersara dengan menikmati tabungan pencen.
Hairan kan kenapa boleh habis cepat?
Mungkin sebab belanja yang terlalu tinggi, atau tabungan yang ada tu, tak cukup.
Rugi dan sayang jika anda bekerja bertahun2 tapi tak ambil peluang yg ada di depan mata.
Ini adalah saranan kerajaan supaya kita semua pencen dengan lebih banyak simpanan dan tidak bergantung kepada simpanan di KW5P sahaja.
Harapan saya, ianya mampu memberi kesedaran pada semua untuk celik IQ tentang pelaburan..bukan utk masa depan saya tetapi utk masa depan anda sendiri.
Sebaiknya, sebelum kita bersara, kita kena plan supaya tabungan pencen kita cukup.
Jadi, dari sekarang, kita dah kena plan untuk melabur.
Banyak platform yang boleh kita guna, seperti hartanah, emas, saham & unit amanah.
Namun, harus diingatkan supaya anda sentiasa diversified investment anda. Jangan bergantung kepada 1 jenis pelaburan sahaja.
Paling penting, dapatkan nasihat & bimbingan consultant anda, supaya anda ada idea untuk mula dari mana dengan modal yang anda.
Jom Ubah Sikap Kita Ke Arah Pengurusan Kewangan Yang Lebih Baik.
Kalau nak detail explanation, boleh hubungi saya. Kita bantu consult free saje.
SEMOGA POSTING INI BERMANFAAT UNTUK ANDA.
Jangan lupa share jika post ini bermanfaat.
Syafiq Razali
-Sayang tabung pencen-
18/09/2021
๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ก๐๐ก๐ฌ๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ก๐๐ ๐๐ก๐๐
Keratan akhbar Metro ni buat saya termenung sejenak.
Teringat balik kisah bagaimana susahnya ibubapa kita dulu nak cari duit buat bayaran nak masuk universiti anak-anak.
Adakah ibu bapa di luar sana terfikir simpanan untuk anak-anak?
Jika anda terfikir dan membuat simpanan masa depan anak-anak ia satu tindakan yang bijak.
Ada yang berpendapat,
"alaa..nanti anak belajar pandai2, dapat biasiswa."
Aduh.. Ini bukan jaminan. Belum tentu dapat. Sebelum dapat pun banyak nak guna duit. Jadi, tanggungjawab kita sebagai ibubapa ada kesedaran awal untuk menabung.
"Takpe..Anak saya kecik lagi.."
Salah! Anak kecik la perlu di buat sekarang.
Kini semuanya memerlukan wang. Contohnya untuk melanjutkan pelajaran anak.
Beberapa tahun yang dulu, kos mendapatkan ijazah di universiti tempatan hanya memerlukan sekitar RM16 ribu. Pada ketika itu amat mudah mendapat bantuan pinjaman mudah alih (ke biasiswa) daripada badan kerajaan.
Sekarang jumlah yuran agak mahal. Boleh buat pinjaman namun kemudian setiap bulan selepas tamat belajar akan dibebankan p**a untuk membayar hutang pinjaman.
Bayangkan 10 ke 20 tahun dari sekarang, tentu sekali jumlah yuran yang perlu dibayar berlipat kali ganda dari sekarang.
Tidak semestinya juga untuk melanjutkan pelajaran anak-anak, jika anak-anak tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh dijadikan modal untuk memajukan diri seperti modal perniagaan.
Atau mungkin untuk kenduri kahwin anak jika anda sudah memikirkan untuk membuatnya secara besar-besaran!
Tempat simpanan?
Terdapat pelbagai simpanan yang boleh dibuat seperti simpanan di bank, takaful, ASB, tabung haji, amanah saham atau emas.
Anda perlu berdisiplin tidak mengeluarkan duit berkenaan jika simpanan melalui bank atau badan seperti tabung haji. Jika anda mengetahui mengenai cara simpanan yang memberikan keuntungan yang lebih dengan membuat perbandingan, jumlah yang anda simpan akan lebih banyak.
Cuma bagi kita semua untuk umat Islam perlu ambil kira juga halal haram.
Contohnya amanah saham (unit amanah) adalah simpanan yang patuh syariah di mana ada jawatankuasa syariah diwujudkan bagi memantau tahap kepatuhan syariah sesuatu amanah saham itu.
Di samping itu, dalam jangka masa panjang unit amanah mampu memberikan p**angan & keuntungan yang tinggi.
Sangat sesuai untuk simpanan pendidikan anak-anak sebab kita perlukan duit selepas 10 tahun. Jadi kita berpeluang menjana keuntungan yang lebih besar dengan menyimpan di tempat yang betul.
Untuk mereka yang belum mempunyai simpanan untuk anak-anak, mula fikirkannya dan ambil tindakan segera! Serendah RM100 pun boleh.
Saya boleh bantu anda merangka pelan simpanan pendidikan anak anda dan menguruskan proses membuka akaun simpanan unit amanah.
SEMOGA POSTING INI BERMANFAAT UNTUK ANDA.
Jangan lupa share jika post ini bermanfaat.
Syafiq Razali
Perunding Kewangan Anda Sekeluarga