31/08/2021
*Merdeka! Merdeka! Merdeka!*
Apakah erti laungan ini buat anda?
Adakah anda betul-betul menyelami apa itu erti kemerdekaan?
Ia bukan sekadar ucapan tetapi menuntut kepada penghayatan…
Malaysia Prihatin tema yang dikekalkan sejak tahun lepas, menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Namun, apa makna sebenar kemerdekaan untuk diri seseorang hanya dapat ditentukan oleh individu itu sendiri.
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64!
10/08/2021
Salam Maal Hijrah 1443H 🌸
30/07/2021
MAAF TUMPANG IKLAN. SEBAB INFO TERKINI 30 JULAI INI AMAT BAIK UNTUK KITA SEMUA. KINI ETIQA TAKAFUL SATU-SATUNYA COMPANY MEDICAL CARD YANG COVER KOS RAWATAN DI PRIVATE HOSPITAL AKIBAT COVID 19. Jika ada yang berminat boleh hubungi saya. Terima kasih. Maaf sekali lagi.
28/07/2021
SAYA TIDAK PERLUKAN HIBAH TAKAFUL SEBAB DAH ADA FARAID
“Kan dah ada hukum faraid, harta aku semua nanti lepas aku mati dapat jugak dekat waris, so kenapa nak kena buat hibah takaful lagi?”
Selepas seseorang itu meninggal dunia, segala jenis harta miliknya sama ada harta alih atau tidak alih akan dibekukan oleh undang-undang.
Kenapa ianya dibekukan?
1. Supaya harta itu dapat digunakan dahulu untuk melangsaikan sebarang hutang si mati sekiranya ada.
2. Supaya harta itu tidak diambil secara batil oleh ahli waris, kerana setiap daripada baki harta peninggalan si mati itu sudah ada bahagian tertentu untuk setiap ahli waris.
Ini lah yang kita namakan sebagai faraid, ianya adalah satu proses pembahagian baki harta pusaka si mati mengikut bahagian yang telah ditetapkan.
Proses ini mengambil masa sekurang-kurangnya 4-6 bulan hingga bertahun-tahun untuk diselesaikan. Bergantung kepada kerumitan setiap kes.
Ianya adalah satu proses yang panjang & kemungkinan bertambah rumit apabila tidak diselesaikan cepat.
Perkara pertama yang kita perlu tahu adalah pembahagian faraid tidak dapat dilaksanakan tanpa melalui proses pentadbiran terlebih dahulu.
Yes, bukan boleh terus pergi bank cakap nak keluarkan duit arwah lepastu bahagi-bahagikan duit tu dekat waris. Ianya tidak semudah itu.
Bagi harta yang tiada penamaan, para waris perlu bersepakat melantik pentadbir bagi menjalankan proses pencairan harta si mati sebelum boleh dibahagikan mengikut faraid.
Proses pentadbiran ini memakan masa, tenaga & wang banyak pihak, ia memerlukan komitmen dari setiap ahli waris.
Di sini lah hibah takaful membantu.
Dengan adanya hibah takaful, duit itu dapat digunakan oleh waris untuk membayar sebarang fi atau kos yang berkaitan dalam proses pentadbiran ini seperti fi khidmat pengurusan, kos guaman & lain-lain kos tersembunyi.
Selain itu, waris dapat gunakan duit tersebut untuk meneruskan kehidupan sementara menunggu proses pentadbiran harta pusaka ini selesai.
Nah, beginilah cara hibah takaful bantu memudahkan proses pentadbiran harta pusaka & menjamin pemberian faraid kepada waris.
Tahu tak? Lebih RM70 bilion harta pusaka tergantung beku & tidak dituntut setakat tahun 2020 dan angka ini meningkat setiap tahun.
Rancang pewarisan harta anda & permudahkan urusan waris anda hari esok, percayalah mereka pasti berterima kasih kepada anda suatu hari nanti.
26/07/2021
Salah satu sebab kenapa takaful itu penting 💯