Siti Rokiah Ismail

Siti Rokiah Ismail

Share

Pejuang Hartanah Advisor (Financial) dibawah Team Ahyat Ishak

-Mrtt vs Mltt
-Kira-Kira Hartanah
-Personal Financial Guidelines

14/10/2022

Bila kita (suami) meninggal dunia, hilanglah tanggungjawab memberi nafkah kat isteri dan anak-anak kita. Tapi, kena ingat ya, bukan sesenang tu nak melepaskan tanggungjawab 😕

Bagi mereka yang berfikiran jauh, menyediakan Hibah Takaful memberi kesan yang besar dalam kehidupan keluarga.

Bayangkan jika si isteri cuma seorang surirumah sepenuh masa dan anak-anak p**a masih kecil, masih bersekolah. Macamana mereka nak meneruskan hidup sama seperti semasa suami/ayah mereka masih hidup?

Sebab tu, Hibah Takaful yang kita sediakan mampu mengisi tanggungjawab yang kita tinggalkan (walaupun tak sama) sebaik mungkin dalam memenuhi keperluan keluarga.

Hibah Takaful - Tanggungjawab nafkah tak terputus.

Nak info pasal Hibah Takaful? Jomlah!

013 406 9056













13/10/2022

1. Hidup ini tiada jaminan untuk masa depan. Hari ini kita usaha, esok lusa belum tahu pengakhiran.

2. Waktu suami hidup, masih boleh berjuang untuk mencari nafkah anak isteri.

3. Andai suami yang pergi dulu, bermula episod baru dalam kehidupan keluarga.

4. Jarang kita dengar suami hidup susah bila kematian isteri, tapi selalu kita dengar isteri hidup susah lepas kematian suami.

5. Belum lagi masuk kisah campur tangan orang luar untuk rebutkan harta.

6. Bukan bersangka buruk pada keluarga mentua, tapi sekadar ingatan bersama. Hati manusia ini berbolak balik.

7. Jika suami sediakan Hibah takaful kepada isteri, ini sebagai pelampung kehidupan untuk dia dan anak.

8. Kena ingat, sekarang semunya perlukan duit.

9. Nak uruskan pusaka pun perlukan kos. Itu jika ada harta yang ditinggalkan, jika tiada cukuplah hibah takaful sebagai penganti.

10. Pampasan hibah tidak termasuk dalam harta pusaka, jika nama isteri 100% maka hak isteri 100%.

11. Penama boleh bagi kepada sesiapa sahaja. Kalau hari ini si suami masih tanggung ibu ayah, boleh juga letak bahagian untuk mereka.

12. Buatlah perancangan sekarang, selagi sihat tiada istilah terlambat.

Hubungi siti segera
013 406 9056













12/10/2022

Muhasabah diri,













11/10/2022

MEDICAL CARD ARWAH AYAH BOLEH BUAT BELI BERAS?

Kisah Benar,
Arwah meninggalkan seorang balu yg bekerja sebagai suri rumah dan beberapa orang anak. Saya tak ingat jumlah anaknya, tapi lebih dari 2 orang.

Arwah suaminya seorang yg kaya. Beliau seorang usahawan dan kontraktor, ambil LEBIH dari SATU POLISI INSURANS.

MALANGNYA, semua polisi yg diambil adalah POLISI INSURANS PENDIDIKAN.

Jadi, apabila kematian arwah, apakah manfaat yg diperolehi oleh balu dan anak-anak yatim yg ditinggalkan?

Hanyalah MANFAAT SAMBUNG BAYAR / WAIVER OF CONTRIBUTION.

Walhal, jika bajet yg sama diambil utk melanggan LIFE POLICY / INCOME PROTECTION, sekurang-kurangnya dapat sedikit pampasan utk membeli beras....

Hendak dijadikan cerita, rumah yg mereka duduki ialah rumah yg dibina oleh arwah suami selaku seorang kontraktor (bukan dibeli melalui fasiliti bank), dan DICAGARKAN kpd bank utk pinjaman perniagaan arwah.

Maka bank mengambil rumah tersebut dan balu bersama anak-anak malang itu terpaksa meninggalkan rumah tersebut.....

Itu kisah lama, diceritakan oleh seorang rakan yg pernah bertugas di sebuah syarikat amanah yg menguruskan kes arwah.

Jadi sekarang, apa kesimp**an rakan-rakan dari kartun ini?













10/10/2022

Bagaimana Hibah Pasangan ia berfungsi?😉

Dipetik daripada FB Muhammad Afiq Ali

Untuk makluman, setiap suami isteri akan menerima satu polisi setiap orang .

Suami -satu polisi- perlindungan RM200,000
Isteri -satu polisi - Perlindungan RM200,000

☂️Jika suami Meninggal dunia, maka Isteri akan mendapat pampasan sebanyak RM 200,000 dan polisi suami tutup.

Bagi pasangan (Isteri) yang hidup boleh teruskan perlindungan dan membayar sumbangan polisinya sahaja seperti biasa kerana polisi Isteri masih tetap Valid & Isteri boleh menukar nama Penerima Hibah kepada anak/sesiapa sahaja yg dikehendakinya.

☂️Setelah dua bulan pasangan (isteri) p**a meninggal dunia. Maka pampasan kematian RM200,000 akan diterima Penerima Hibah seperti anak anak yang dinamakan sebagai penerima hibah.

Jadi jumlah keseluruhan pampasan adalah RM400,000 ( Suami RM200K+ Isteri RM200K)

Atau Sebaliknya,

☂️Jika isteri Meninggal dunia dahulu, maka pasangan (suami) akan mendapat pampasan sebanyak RM 200,000 dan polisi isteri tutup.

Bagi pasangan (suami) yang hidup boleh teruskan perlindungan dan membayar sumbangan polisinya sahaja seperti biasa kerana polisi Suami masih tetap Valid & Suami boleh menukar nama Penerima Hibah kepada anak/sesiapa sahaja yg dikehendakinya.

☂️Setelah dua bulan pasangan (suami) p**a meninggal dunia. Maka pampasan kematian RM200,000 akan diterima Penerima Hibah seperti anak anak yang dinamakan sebagai penerima hibah.

Jadi jumlah keseluruhan pampasan adalah RM400,000 ( Suami RM200K+ Isteri RM200K)

Persoalan :

Bergunakah pampasan yang diterima setelah Kematian insan tersayang⁉️

❗️Perlu diingat, dalam kes suami/isteri yang meninggal dunia,

Ya wang pampasan tersebut sangat berguna untuk:

1️⃣Meneruskan kehidupan pasangan bersama anak2/waris yg masih hidup (Lebih2 lagi jika yg meninggal adalah Ketua pencari nafkah Keluarga semasa hidup)

2️⃣ mengurangkan beban pasangan dalam menanggung perbelanjaan keluarga terutamanya perbelanjaan bulanan sebelum ini dikeluarkan oleh suami .

Kesimp**annya, Hibah Takaful adalah satu alat Kewangan Yang terbaik yang berfungsi sebagai Income Replacement yg akan digunakan untuk merancang pengurusan risiko jangka panjang dalam kehidupan keluarga/waris2 kita kelak.

☂️ SEDIAKAN PAYUNG, SEBELUM HUJAN ☂️

09/10/2022

Tugas Sebenar Perunding Kewangan Kepada Prospek

Tugasan sebenar seorang perunding kewangan seperti perunding takaful adalah seperti doktor, bukan seperti penjual ubat.

Perunding takaful yang bagus akan membuat analisa keperluan kewangan sebelum mencadangkan perlindungan takaful yang sesuai, bukan sekadar mempromosi produk takaful kepada prospek.

Perunding takaful yang berkualiti akan memberi cadangan berdasarkan keperluan sebenar kewangan prospek, bukan sekadar menyediakan quotation kepada pelanggan berdasarkan produk mereka sahaja.

Analogi mudahnya begini; Jika ada pesakit yang batuk datang menemui doktor, adakah seseorang doktor akan terus memberikan ubat batuk?

Sudah tentu tidak sama sekali. Doktor akan diagnos pesakit untuk menentukan sama ada batuk yang dihidapinya itu sakit biasa atau ada sakit-sakit lain seperti TB, Asma atau lain-lain.

Dia akan periksa suhu pesakit, kerongkong pesakit, malah jika perlu mungkin tekanan darah dan jantung pesakit. Jadi, setiap sakit memerlukan ubat berbeza-beza. Sudah tentu ubat batuk biasa tidak menyembuhkan pesakit yang sedang batuk kerana TB.
Begitulah halnya dengan perunding kewangan.

Seseorang prospek akan di“diagnos” terlebih dahulu sebelum mencadangkan “ubat” yang sesuai. Dalam proses diagnos tersebut, sebagaimana doktor, konsultan akan tanyakan soalan-soalan yang berlegar sekitar kedudukan kewangannya dari segi;

1. Pendapatan,
2. Perbelanjaan,
3. Aset,
4. Liabiliti.

4 perkara ini sebagai asas dalam apa sahaja perancangan kewangan, bukan sekadar takaful.

Ya, apa sahaja. Nak beli rumah, nak beli kereta, nak rancang persaraan, nak bayar zakat – perlu bermula dengan 4 perkara di atas.

Dari situ, barulah kita boleh mencadangkan apakah produk yang paling sesuai untuk seseorang prospek.

Dapat sesuatu ?













08/10/2022

“Takaful zalim! Hanya terima orang sihat sahaja. Sepatutnya orang yang dah sakit patut kita bantu dan takafulkan. Perangai Yahudi!”

Ini respon yang sesuai;

1. Respon cara berhikmah

“Syarikat takaful adalah institusi bisnes, bukan badan kebajikan.

Jika takaful terima orang yang sakit, sah-sah akan ada claim. Dan apabila ada banyak claim, syarikat tak mampu nak tampung dan berisiko rugi.

Apabila rugi, syarikat terpaksa tutup, langsung semua yang sihat dan tak sihat pun tak dapat sertai takaful”

2. Respon cara berhikmah 2

“Ya, takaful untuk orang yang sihat. Ia bukan macam ubat yang perlu dicari sebelum sakit. Ia macam payung, yang perlu disediakan sebelum hujan”.

(Kalau tak jalan juga jawapan berhikmah, boleh guna respon sentap di bawah)

3. Respon sentap

“Habis, kau yang sihat ni taknak masuk takaful? Nanti dah sakit baru terhegeh-hegeh cari ejen. Takaful tolak kau kata Yahudi”

4. Respon sentap kuasa 2

“Kau je la buat kompeni takaful. Aku nak tengok Yahudi ke Nasrani atau Palestin”.

Ops! semoga diberi kesedaran dalam sertai takaful,

inginkan quotation takaful secara percuma wasap siti segera ya

013 406 9056













07/10/2022

Apabila kita menggunakan medical card untuk masuk hospital, soalan pertama yang akan diajukan ialah:

"Berapa limit medical card ni boleh cover?"

"Berapa harga bilik harga yang layak?".

"Dapat masuk bilik 1 katil atau kena kongsi bilik 4 orang?"

Soalan yang tidak akan ditanya:

"Berapa saving medical card saya"

"Kompeni takaful saya ni dapat no berapa apa tahun ni?"

"Ejen saya dapat award apa tahun ni?"

Jadi, apabila amembuat perbandingan takaful medical card, fokus 3 faktor ini sebagai asas perbandingan.

1. Caruman
2. Had bilik
3. Limit tahunan (bukan limit seumur hidup)

Sebab, kita mahukan coverage limit tahunan dan bilik paling besar dengan caruman paling mampu milik.

Limit tahunan lebih penting dari limit seumur hidup kerana itulah kos yang bakal ditanggung oleh medical card.

Manakala had bilik p**a memberikan keselesaan bilik dan hospital yang bakal kita duduki nanti.

Kemudian barulah masuk faktor-faktor lain;

4. Limit seumur hidup (tak pernah lagi jumpa kes pelanggan habis limit seumur hidup. Habis limit tahunan biasa jumpa)

5. Ada waiver atau tak (kalau tak ada pun, boleh back up dengan coverage Critical illnes dalam polisi income protection)

6. Elaun hospital (tak ada pun, tidak menjejaskan kecuali bekerja sendiri)

7. Hospital panel (kena ikut lokasi kita tinggal)

8. Ko-takaful, ko-payment (ada pro & con)

9. Cash value (kalau nak cash value banyak, simpan dalam bank)

10. Brand / kompeni (semua kompeni ada SOP dan dikawal selia BNM. Dan semua kompeni akan reject claim kalau tak layak)

11. Medical card stand alone atau rider (yg penting coverage, bukan jenis)

Dapatkan quotatio Medikal Card secara percuma dengan wasap siti segera
013 406 9056













06/10/2022

Mengikut kajian, hampir 80% orang Malaysia tidak ada wang kecemasan. Fakta yang pahit, tapi kita kena terima.

Memang susah nak menyimpan dengan ekonomi dan kos hidup yang tinggi.

Nak tak nak,kita kena fikir apa akan berlaku pada keluarga andai kita dah tak ada atau hilang punca pendapatan?

1 - Sebab tu penting nya untuk ada Takaful Hibah. Jangan rasa ralat dengan bayaran bulanan. Ada macam-macam pakej boleh kita pilih ikut kemampuan kita.

2 - Yang penting, isteri dan anak kita terjaga andai benda tak baik terjadi pada kita.

3 - Nak simpan RM100 sebulan, untuk emergency. Makan bertahun baru kita boleh dapat jumlah yang besar.

4 - Jadi Takaful Hibah ni la yang akan membantu kita. Bayaran yang rendah, tapi pampasan yang dapat tinggi.

Dapatkan quo secara percuma dengan wasap siti segera ya

013 406 9056













05/10/2022

Dibayar Mahal, Dibayar Murah

"Awak punya plan ini memang berbaloi sangat la. Syarikat lain punya plan mahal!"

Begitu kata seorang prospek selepas diberikan quotation takaful.

Setiap produk takaful ada kelebihan tersendiri tidak kira dari mana syarikat sekali pun.

Ada ejen takaful akan tambah 'add-on' rider lain dalam quotation supaya keperluan lain peserta itu juga dilindungi.

Dan setiap pertambahan add-on pastinya menambah jumlah yang perlu dibayar setiap bulan.

Jadi definisi 'berbaloi' itu berbeza mengikut setiap individu.

Ada orang hanya mahu perlindungan yang asas sahaja iaitu pampasan kematian, lumpuh, dan sakit kritikal.

Ada orang lain tak ada masalah untuk tambah.

Apa yang kita boleh buat adalah dapatkan quotation daripada ejen tersebut.

Lihat apa yang ditawarkan oleh produk tersebut dan fikir adakah kita perlukan tambahan-tambahan tersebut.

Bak kata Warren Buffet, "Risk comes from not knowing what you're doing."

Jika ada yang tak difahami, kita terus tanya ejen kenapa dia tambah add-on tersebut dalam quotation.

Tugas ejen sebenarnya bantu kita memahami setiap benda yang kita ambil.

Dan jika semua add-on itu kita perlu, tanya diri sendiri adakah bajet kewangan bulanan kita mampu untuk bayar setiap bulan pelan tersebut tanpa gagal.

Dibayar murah, dibayar mahal ini bergantung kepada duit poket kita.

Polisi takaful terbaik adalah polisi yang kita bayar setiap bulan.

Jom Takaful
013 406 9056













04/10/2022

MAHU WARISKAN HUTANG ATAU WANG??

HIBAH TAKAFUL ni Penting yer..Musibah berlaku tak kira masa, tempat dan keadaan.

Pastikan Kita buat persediaan supaya Kita tinggalkan "HADIAH" buat Waris tersayang❤️
Tak mampu banyak, sedikit pun tak mengapa..Asalkan waris tersayang yg ditinggalkan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa...
Bagaimana p**a Sekiranya diuji SAKIT KRITIKAL??
Berapa Jumlah Simpanan/Kewangan yg Kita ada??
DAN..
Berapa Jumlah PAMPASAN TAKAFUL yg Anda sudah ada??

ADAKAH MENCUKUPI??
HUTANG?? MCM MANA WARIS HENDAK MELUNASKAN HUTANG-HUTANG ANDA??

SAYANGI diri, SAYANGI Keluarga ANDA❤️🥰

Jom Takaful
013 406 9056













03/10/2022

BIAR HIBAH, JANGAN HIBA
====================

Selepas ketiadaan anda, ramai yang sedar proses pembahagian harta akan melalui proses faraid dan wasiat dan perlukan masa yang agak panjang..
Pemergian anda satu kehilangan besar buat keluarga sebelum selesai nya urusan pembahgian yang sangat rumit.

Hibah adalah satu jalan yang membantu waris dari segi ekonomi dan emosi yang terkejut atas kehilangan anda.

Hibah bukan sekadar hadiah selepas ketiadaan anda. Ia juga persediaan kewangan sekiranya anda diuji dengan cacat kekal.

Bayangkan tanpa persedian hibah, keluarga anda bukan menerima takdir kehilangan anda tetapi derita dan sengsara dengan bebanan kewangan yang tidak boleh dielak..

Jadi biar hibah jangan hiba.. Mudah sebenarnya nak mohon, serendah RM50/mth je..

WhatsApp sekarang juga untuk penerangan serta quotation percuma..

Siti :
https://www.wasap.my/60134069056/hibah













Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kuala Lumpur