Zurich Takaful Damansara

Zurich Takaful Damansara

Share

Takaful Hibah merupakan pelan untuk mengekalkan pendapatan sekiranya anda mengalami 3 perkara iaitu,

28/07/2021

🔎Gaji RM4000 pun belum tentu boleh buat simpanan, habis bayar hutang je. Dapat gaji hujung bulan tak sampai 10 hari dah mengeluh sebab poket dah kering.

🔎kenapa anda tak cukup duit? MARI KITA CARI KAT MANA SILAPNYA..

🤔BAYANGKAN❗️❗️❗️
DALAM HIDUP KITA SEKARANG NI 4 KOS SARA HIDUP dibawah pasti ada pada setiap orang.

⚠️pinjaman perumahan -4.5% effective rate
⚠️pinjaman kereta-6% effective rate
⚠️pinjaman peribadi-7% effective rate
⚠️belanja kad kredit-24% setahun

purata kenaikan gaji tahunan rakyat malaysia 2017 ialah sekitar 5.3% SETAHUN

5.3% (KENAIKAN GAJI) - 41.5% (KOS SARA HIDUP) = DEFISIT 36.2%

Jadi anda kena berusaha untuk tambah pendapatan sebanyak 36.2% dari income anda sekarang, Insyaallah,masalah tak cukup gaji dapat diatasi.

Untuk para pekerja kerajaan/swasta yang susah nak buat simpanan sebab duit selalu tak cukup, maka boleh ambil peluang ini tanpa ganggu kerja anda sekarang.

Bertindaklah dengan BIJAK! 👍👍

📱📱 untuk dapatkan link invitation code,whatsapp saya segera dengan klik butang whatsapp dibawah.

15/07/2021
19/06/2021

Zurich Takaful Sure Cover Plan.

Apakah manfaat yang saya perolehi?
Guaranteed Acceptance

Penerimaan Dijamin dari usia 35 tahun sehingga usia 80 tahun
Sama seperti namanya, Takaful SureCover mempunyai ciri Penerimaan Dijamin yang unik; ia memberi perlindungan kepada Orang Yang Dilindungi dari umur 35 tahun sehingga 80 tahun. Ini adalah pilihan yang hebat untuk individu yang menginginkan perlindungan untuk diri mereka sendiri dan ibu bapa tersayang.

Affordable Contribution

Caruman berpatutan serendah RM75 sebulan
Dengan hanya serendah RM75 sebulan, anda boleh menikmati manfaat-manfaat hebat daripada produk yang prihatin terhadap keperluan khusus anda.

Easy and Hassle Free

Permohonan yang mudah dan tanpa kerumitan, tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan
Takaful SureCover semestinya pilihan hebat tanpa kerumitan disebabkan ciri-cirinya dimana pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan dan tiada soalan kesihatan yang perlu dijawab! Kami tidak akan menolak permohonan anda tanpa mengambil kira keadaan kesihatan anda.

Maturity Benefit

Ganjaran Manfaat Matang
Pelan ini memberi anda ganjaran Manfaat Matang pada hujung tahun sijil selepas anda berusia 90 tahun. Anda akan menerima nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) sebagai Manfaat Matang.

Coverage Up To Age 90

Perlindungan sehingga usia 90 tahun
Anda boleh menikmati kehidupan yang selesa dengan pelan ini. Ia memberi anda perlindungan sehingga usia 90 tahun untuk ketenangan fikiran anda. Kini tiba masanya untuk anda berehat dan menikmati kehidupan yang selesa. Biarlah kami melindungi anda, seperti mana anda melindungi orang yang tersayang.

Repatriation Benefit

Manfaat Penghantaran Balik
Bayaran balik sehingga RM3,000 untuk perbelanjaan yang ditanggung bagi penghantaran jenazah Orang Yang Dilindungi sekiranya kematian berlaku semasa berada di luar negara Malaysia.

Death Benefit

Manfaat Kematian dengan Manfaat Kematian Akibat Kemalangan yang tinggi
Pelan ini memberikan perlindungan terhadap perkara yang tidak dijangka. Sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia, manfaat kematian akan dibayar seperti berikut:

MANFAAT KEMATIAN BUKAN AKIBAT KEMALANGAN
TAHUN SIJIL JUMLAH DIBAYAR
Dalam 2 tahun dari tarikh permulaan sijil
Bayaran balik semua Caruman
Selepas 2 tahun dari tarikh permulaan sijil
Jumlah Perlindungan Asas atau Jumlah yang telah dicarum (yang mana lebih tinggi); dan
Nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP)

MANFAAT KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN
UMUR YANG DICAPAI ORANG YANG DILINDUNGI KETIKA TARIKH KEMATIAN JUMLAH DIBAYAR

35-65
500% Jumlah Perlindungan Asas atau Jumlah yang telah dicarum (yang mana lebih tinggi); dan
Nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP)

66-80
300% Jumlah Perlindungan Asas atau Jumlah yang telah dicarum (yang mana lebih tinggi); dan
Nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP)

81-90
200% Jumlah Perlindungan Asas atau Jumlah yang telah dicarum (yang mana lebih tinggi); dan
Nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP)

19/06/2021

Gaji 2,000 sebulan perlukan coverage RM300,000.

Gaji 3000 sebulan perlukan coverage RM450,000.

Gaji 4,000 sebulan perlukan coverage RM600,000

25/02/2021

PENTING!!!

Masih ramai tak tahu PENTINGNYA MLTT ni🥺
Ramai ambil MRTT je

Hujung tahun 2018 saya telah membeli sebuah rumah under-construction di Bertam, Kepala Batas.

Oleh kerana itu adalah rumah ketiga, maka loan yg lulus cuma 70%, iaitu RM335,678. Sbg perlindungan (seandainya saya mati dlm tempoh pembiayaan), pihak bank tlh menawarkan saya MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful). Total MRTT adalah RM23,125.

Apabila jumlah ini ditambah ke dalam loan rumah, ia menjadikan total loan rumah saya adalah RM358,803. Dgn kadar faedah 4.47%, dan tempoh bayaran balik adalah 25 tahun, maka setiap bulan saya perlu membayar RM1990.

Perhatikan gambar yg saya kepil di bawah. Kita boleh lihat, tempoh bayaran balik pinjaman saya adalah 25 tahun. Akan ttp, MRTT "cover" sehingga 19 tahun saja. Jadi, kalau saya mati pada tahun ke 20 meminjam, anak² saya perlu menjelaskan jumlah pinjaman yg masih berbaki.

Menyedari beberapa kelemahan MRTT, saya maklumkan kpd pihak bank, saya tak mahu perlindungan Takaful ini.

Tahukah anda bahawa MRTT bukanlah syarat wajib ketika membeli rumah melalui pinjaman bank?

"Habis tu, kalau mati siapa nak bayar baki pinjaman rumah?" Inilah persoalan yg bermain di fikiran kita.

Fahami perkara ini...

Katakan housing loan anda berjumlah RM350k. Dgn loan sebanyak ini, premium MRTT anda ialah RM25k. Apabila bank masukkan nilai RM25k ini bersama loan rumah, ia dikenakan caj (interest/kadar keuntungan) mengikut kadar loan rumah anda, dan interest itu berjalan selama tempoh pinjaman tersebut. Kalau 25 tahun tempoh pinjaman anda, maka selama 300 bulanlah nilai RM25k tadi di-interestkan. Banyak kan?

Biar saya berikan contoh.. Katakan MRTT yg anda perlu bayar ialah RM25,000. Tempoh pinjaman 25 tahun (300 bulan). Kadar interest 4.45%. Maknanya anda kena bayar keseluruhan MRTT sebanyak RM41,687.44. Berapa jumlah yg di-interest dlm ringgit? Jawapannya RM16,687.44. Secara bulanannya anda membayar MRTT sebanyak RM138.96 sebulan selama 25 tahun, termasuk nilai yg di-interestkan.

Maknanya kalau bayaran rumah anda RM1800 sebulan, anda perlu bayar RM1938.96 sebulan termasuk payment MRTT (termasuk interest). Ada org menyedari hal ini, tp mrk mengganggap ini saja pilihan yg ada... Namun, ramai jg yg tak menyedarinya. Yg kita sedar, payment bulanan rumah kita hampir RM2000.

Kedua. MRTT hanya cover "baki semasa" hutang rumah kita. Sekiranya hari ini ia cover RM350k (kalau loan sebanyak itu), 20 tahun kemudian mungkin ia cover cuma RM50k (sebab baki loan dah tinggal 50k). Anda mungkin akan kata, "ok la.. nak apa lagi.."

Jangan lupa, telitikan juga tempoh cover yg diberikan oleh pihak bank. Ada bank beri tempoh cover sehingga 20 tahun saja, sedangkan tempoh meminjam adalah 25 tahun. Kalau pembeli meninggal ketika tahun yg ke 21 meminjam, baki hutang yg ada tak dicover lagi oleh insurans. Apakah kesannya? Boleh fikir-fikirkan sendiri..

Jadi, apa solusi pilihan yang ada..

Pertama sekali, ketika nak apply pinjaman, atau ketika pinjaman dah lulus, kita maklumkan kpd pihak bank, kita tak mahu MRTT. Sbb kita nak gantikan dgn Mortgage Level Term Takaful (MLTT), dan maklumkan juga kita nak uruskan sendiri pembelian MLTT tersebut.

Apa kelebihan MLTT.

Kita belilah MLTT sama nilai dgn jumlah loan rumah. Katakan loan rumah RM350k, maka nilai MLTT pun kita beli RM350k juga. Dengan jumlah ini, payment bulanan MLTT anda mungkin sekitar RM130-RM250 sebulan bergantung kpd umur. Nampak mcm mahal sikit kan? Ok tak pa.. Baca dulu.

Pertama, premium bulanan anda adalah 0% interest, sbb ia tak termasuk dalam loan.

Kedua.. Nilai perlindungan (cover) yang anda dapat ialah kekal RM350k sepanjang hayat anda, sama ada tahun pertama anda buat pinjaman, mahupun tahun ke 25. Ia sama sekali tak terjejas dgn pengurangan baki pinjaman.

Katakan tahun ke 20 dalam tempoh pinjaman, anda meninggal. Ketika itu baki pinjaman rumah cuma tinggal RM50k saja lagi. Dgn nilai cover RM350k dlm MLTT tadi, waris anda hanya perlu gunakan RM50k utk selesaikan baki hutang yg masih ada. Baki RM300k dari pampasan itu waris anda boleh gunakan utk tujuan lain. Kelebihan ini tiada dlm MRTT.

Ketiga. MLTT mempunyai nilai tunai atau simpanan. Pada tahun ke 20 polisi MLTT, mungkin nilai tunai yg ada melebihi RM50k. Anda boleh keluarkan nilai tunai ini utk menyelesaikan baki pinjaman rumah, tanpa menjejaskan nilai cover RM350k tersebut.

Maknanya anda boleh selesaikan hutang lebih awal, dan sekiranya anda hilang upaya selepas itu, anda diberi pampasan berjumlah RM350k. Atau jika anda mati, waris anda akan menerima nilai bersih RM350k. Boleh juga waris anda gunakan utk selesaikan hutang² 'jahat' anda yg lain. Sekali lagi kelebihan ini tiada dlm MRTT.

Jadi, sebelum anda beli rumah dan sign perjanjian jual beli, pertimbangkanlah hal ini. Tindakan anda hari ini akan memberi kesan sepanjang 25 tahun anda berhutang dgn bank.

Abaikan MRTT jika anda inginkan manfaat dalam MLTT

Kredit to Cg zakariya

SyNakTahuMLTT

0126576946

31/01/2021

NASIHATKAN CLIENT DENGAN BETUL

Seorang prospek berkeluarga dengan income RM12,000 sebulan, mintak pandangan saya tentang perancangan takaful dia. Umur dalam 35, bekerja di pejabat.

Boleh Tuan cerita sikit apa perancangan yang tuan dah buat?

"So far, saya ada invest dalam RM120,000 ke sebuah sykt unit trust. Kata ejen dapat coverage Takaful percuma RM120,000 jugak. Cuma bila saya tanya ejen unit trust tu, perlu ke saya tambah dengan polisi Takaful lain? Dia cakap TAK PAYAH. Ambik Takaful lain kena bayar. Baik invest kat dia je sampai RM400,000. Nanti boleh dapat coverage Takaful hingga 400,000 jugak secara PERCUMA" jelasnya

Ohhh gitu. Gaji tuan 12,000 sebulan ni penting tak?
"Tentulah penting rul."

Kalau tuan nak ganti semula gaji 12,000 sebulan ni, atau 144,000 setahun, tuan perlukan modal sebanyak 1.8 JUTA pada pulangan pelaburan 8% setahun. Tuan dah ada harta sampai 1.8 juta tak? tanya saya

"Errr takde la sampai banyak tu. Saya ada KWSP dalam 300,000 dan simpanan Tabung Haji sikit dalam 60,000"

Okay, dari senarai tuan cakap,
Unit trust + takaful = 240,000
KWSP = 300,000
Tabung Haji = 60,000
---------------
TOTAL 600,000

Masih ada baki 1.2 juta tuan perlu cover
So, nasihat saya pada tuan, KENA ADA POLISI TAKAFUL minima 1 juta atau 1.2 juta
Itu baru betul punya perancangan

"Oh gitu ya rul. Pelik saya ejen unit trust saya cakap tak payah takaful lain. Buat membazir bayar je kata dia"

Mungkin dia nak jual produk dia saja tuan. Tak nak kongsi tuan dengan ejen ejen lain barangkali sebab tuan good customer. Hehehe

06/01/2021

Salah satu kategori penyakit terbesar dan terkenal ialah penyakit berjangkit yang merupakan penyakit yang disebarkan oleh agen jangkitan/vektor seperti bakteria, fungi, parasit, virus, dan prion. Ada juga yang jenis penyakit yang disebarkan oleh protozoa dan cacing. Terdapat juga penyakit genetik yang disebabkan oleh kekurangan, keterlebihan, atau kecacatan gen dalam DNA orang yang terbabit; penyakit toksik disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada toksin alam sekitar seperti logam berat; Penyakit kekurangan(zat) yang disebabkan oleh kekurangan zat dalam makanan tertentu; penyakit autoimun yang disebabkan oleh sistem pertahanan badan menyerang tisu badan sendiri; penyakit yang disebabkan oleh kepercayaan pesakit sendiri; dan penyakit yang menggabungkan jenis-jenis penyakit tersebut, termasuklah yang disebabkan oleh punca yang tidak diketahui.

05/01/2021

🔥 Hibah Takaful Serendah RM88 UNTUK LELAKI yang berumur 40... Murahnya! itu kalau umur 40...kalau muda lagi? jawapannya lagi murah la....

Anda mampu sediakan Hibah Takaful RM150,000 kepada insan yang tersayang. ❤️

☑️ Perlindungan kematian dan hilang upaya kekal keseluruhan, RM150,000

☑️ Perlindungan sehingga Tempoh 20 tahun.

☑️ Ada Nilai serahan Tunai apabila Sijil Matang.

☑️ Privileage untuk 4 ahli keluarga iiatu anak dan isteri memohon Takaful yang dijamin LULUS tanpa perlu buat pemeriksaan tahap kesihatan.

Berminat?

https://nakprotectgaji.wasap.my/

5 SEBAB UTAMA KENAPA SUAMI WAJIB ADA HIBAH TAKAFUL.
==========

WAHAI LELAKI, korang WAJIB tahu pasal hibah takaful ni!! Lagi-lagi kalau kau adalah seorang suami dan seorang ayah, memang kena ada hibah takaful ni sebagai INCOME PROTECTION.

1. SUAMI PENYUMBANG UTAMA PENDAPATAN KELUARGA.

2. SUAMI PALING BANYAK HUTANG.

3. SUAMI ADALAH KETUA KELUARGA.

4. SEDIAKAN DANA PENDIDIKAN ANAK

5. LELAKI ADALAH ORANG HARAPAN KELUARGA.

HIBAH TAKAFUL RM100K & RM500K
==========

Lelaki / 25 Tahun / Tidak Merokok
RM150K: RM73.61 sebulan

Lelaki / 35 Tahun / Tidak Merokok
RM150K: RM81.02 sebulan

Lelaki / 40 Tahun / Tidak Merokok
RM150K: RM88.39 sebulan

Tetapi, apa-apa pun ikutlah bajet masing-masing. Asalkan jangan sampai rasa terbeban setiap bulan sudah ler.

Berminat?

https://nakprotectgaji.wasap.my/

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Damansara
Kuala Lumpur
47830