26/10/2022
Assalamualaikum hi semua!
Pagi ni Min ada satu pesanan untuk bisnes owner yang masih gunakan akaun personal atau saving account buat bisnes. Sebenarnya Min tak galakkan sangat korang pakai saving account ni untuk buat bisnes. Tapi kalau korang masih baru buat bisnes, it's ok. Pesanan ni untuk korang.
Untuk yang dah lama buat bisnes tapi masih pakai saving account, Min harap korang cepat2 la gunakan current account untuk urusan bisnes korang. Baru la senang korang nak urus duit bisnes dengan lebih baik. Semoga bermanfaat! 😉
Nak banyak lagi tips urus duit bisnes?
📌 https://t.me/nanakamarul
19/10/2022
Assalamualaikum hi semua!
Pagi ni Min ada satu pesanan untuk bisnes owner yang buat bisnes secara online. Benda ni nampak simple tapi penting kalau korang betul2 nak urus duit bisnes dengan lebih baik. Semoga bermanfaat! 😉
Nak banyak lagi tips urus duit bisnes?
📌 https://t.me/nanakamarul
02/11/2020
BERAPA GAJI DIRECTOR UNTUK ENTERPRISE?🤔
First of all, untuk bisnes Enterprise ni sebenarnya takde istilah “director”. Kenapa? Sebab Enterprise ni bukan sebuah syarikat tapi hanya sebuah perniagaan. Untuk perniagaan, pemilik bisnes tu kita panggil sebagai owner/pemilik untuk milikan tunggal dan rakan kongsi/partners untuk perniagaan perkongsian.
Berapa gaji owner untuk enterprise?
Well, itu bergantung kepada keperluan owner tu sendiri dan berapa yang bisnes kita mampu bayar kita. Takde minimum dan tiada maksimum. Kalau bisnes mampu bagi RM500, then amik je RM500 dulu.
At the same time, tingkatkan sales. Bila sales banyak and hopefully untung pun banyak, kita boleh amik lebih. Yang penting kos2 lain lepaskan dulu. Ok? 😉
30/10/2020
MACAM MANA NAK SHOPPING PAKAI “DUIT BISNES”?! 🤔
Haaa, kami tahu mesti anda excited kan dengan tajuk yang kami nak share hari ni? Yela, tiap2 hari duk cakap simpan duit simpan duit, bilanya boleh nak merasa shopping beli kasut baru beg baru pakai duit bisnes?!
Jom, hari ni kami nak share dengan anda 3 benda yang anda kena buat supaya dapat shopping dengan gembira lepas penat buat sales sebulan.
Anda WAJIB buat bukan salah satu je tau, tapi tiga2 benda ni. Baru la anda dapat shopping dengan lebih tenang dan gembira.
Kalau anda rasa sharing kami kali ni bermanfaat, jangan lupa untuk share dengan kawan2 bisnes yang lain ok? Have a nice day!
29/10/2020
“Bukan saya tak nak tulis, tapi kadang2 tu tak sempat nak tulis. Tak sempat nak rekod. Banyak sangat benda yang nak kena buat nak kena pikir!”
Korang percaya ke percaya, antara penyebab utama kegagalan satu bisnes tu bukan sebab takde sale. Tapi sebab kegagalan bisnes owner dalam menjaga dan mengurus kewangan bisnes mereka.
Jom kami share dengan anda 3 sebab kenapa kita sebagai bisnes owner wajib rekod perbelanjaan bisnes kita. Jangan lupa share dengan kawan2 bisnes yang lain ok? Semoga bermanfaat!
27/10/2020
Siapa kata bisnes Enterprise ni bisnes main-main?
Siapa kata bisnes Enterprise ni susah dapat loan?
Siapa kata bisnes Enterprise ni tak boleh dapat dana kerajaan?
Jangan salahkan bisnes “enterprise” tapi salahkan diri kita sebab tak pernah ambil tahu.
Sebenarnya, tak kira lah bisnes kita ni Enterprise ke Sdn Bhd, as long as kita berdaftar dengan SSM, banyak benda yang kita boleh dapat. Tak kiralah dari kerajaan atau badan-badan swasta yang lain.
Nak apply loan? Nak dapatkan dana? Semua boleh. Semua senang. Yang jadi susah, yang jadi tak boleh tu bila kita tak sediakan documentation yang betul untuk mereka. Tu yang jadi susah nak dapat!
When it comes to applying for loan ataupun dana tak kira lah dari kerajaan atau badan-badan swasta yang lain, antara dokumen yang diperlukan ialah penyata kewangan bisnes. Kalau dalam Bahasa matsalleh dia kita panggil accounting report.
Apa tu Accounting Report?
Accounting Report atau Penyata Kewangan ni ialah rekod rasmi kewangan bisnes kita. It consists of Profit and Loss (penyata untung rugi) dan Balnce Sheet (kunci kira-kira). Profit and Loss ni menunjukkan sama ada bisnes kita ni untung atau rugi. On the other hand, Balance Sheet pulak menunjukkan sama ada bisnes kita ni kaya atau miskin. Gittew!
Haa, tak kiralah bisnes kita Enterprise ke Sdn Bhd, kita wajib sediakan accounting report. Sebab apa? Sebab dari accounting report ni la bank atau agensi tu boleh tahu kedudukan bisnes kita yang sebenar. Baru la dieorang boleh tentukan sama ada bisnes kita ni layak atau tak untuk dapatkan pinjaman atau bantuan tersebut.
Ni tak, keluar masuk duit pun tak penah rekod, memangla sampai bila-bila pun kita takkan dapat. Lepas tu salahkan bisnes kita sebab bisnes kita ni “enterprise” je. Haihhhhh!
Anda dapat sesuatu?
Cuba komen kat bawah ni sikit. Semoga bermanfaat!
26/10/2020
YANG MANA SATU, ENTERPRISE KE SDN BHD?
“Saya baru nak daftar bisnes saya dengan SSM tapi saya taktahu nak daftar sebagai Enterprise ke Sdn Bhd? Orang kata kalau nak buat bisnes betul2 kena daftar Sdn Bhd, tapi saya tak berani la. Tapi kalau saya buat Enterprise je, nanti orang ingat bisnes saya main-main pulak. Please help!”
To be honest, Enterprise ke Sdn Bhd ke, both ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang ni nanti Inshaa Allah kami akan share in detail one by one. Tu pun kalau ada yang nak. Hehee!
Ok, to answer the question above, nak daftar sebagai Enterprise ke Sdn Bhd, kalau anda baru nak start bisnes, atau keuntungan bisnes anda, I repeat, UNTUNG (PROFIT) BUKAN JUALAN (SALES), kalau keuntungan bisnes anda kurang dari RM10,000 sebulan, mulakan atau stick to Enterprise dulu. Build your business dulu. Betulkan dan improvise dulu mana2 yang perlu. It can be your marketing strategies ke, your team ke, anything. Betulkan dulu benda ni semua. At the same time, expose yourself dengan ilmu pensyarikatan. When the right time comes, then barulah bertukar ke Sdn Bhd.
So yea, take baby steps ok? Tak dosa pun buat bisnes pakai Enterprise. Yang dosa bila kita buat bisnes tapi kita tak mampu jalankan tanggungjawab dan amanah kita sebagai bisnes owner. Tak kiralah Enterprise ke Sdn Bhd. Ok?
Anda dapat sesuatu tak ni? Jangan lupa share dengan kawan2 bisnes atau kawan2 yang baru nak start bisnes ok? Semoga bermanfaat!
22/10/2020
KENAPA BISNES OWNER KENA SIMPAN RESIT?
“Alamak, takkan resit RM10 pun nak kena simpan? Penuhlah purse saya!”
Yes! Tak kiralah resit tu resit anda beli barang berapa ringgit pun. RM1 ke RM10 ke RM100 ke. Selagi anda beli barang tu dengan duit bisnes, anda wajib simpan resit tersebut.
Nak tahu kenapa? Jom, hari ni kami share dengan anda beberapa sebab kenapa kita sebagai bisnes owner yang nak ada bisnes yang berjaya dan mudah berkembang, kita wajib simpan resit.
Jangan lupa like dan share dengan kawan2 bisnes yang lain. Semoga bermanfaat!
21/10/2020
MACAM MANA NAK DECLARE INCOME TAX?
“Walaupun saya dah buat bisnes ni lama, tapi saya tak pernah lagi declare income tax. Bukan tak nak declare tapi saya taktahu macam mana nak buat!”
Haaa, anda ingat lagi sharing kami berkenaan dengan tax minggu lepas?
Minggu lepas kami dah share apa kelebihan kita sebagai bisnes owner bila kita declare tax, jadi hari ni kami nak share pulak cara macam mana nak declare income tax atau cukai pendapatan anda dengan LHDN.
Yes gais, untuk bisnes Enterprise, kita tak perlu bayar cukai syarikat (company tax). Kita Cuma perlu bayar cukai pendapatan (income tax) sahaja!
Jangan lupa like dan share dengan kawan2 bisnes yang lain ye? Semoga bermanfaat!
20/10/2020
BOOKKEEPING VS ACCOUNTING: MANA NAK BUAT DULU?
Hai semua! Anda apa khabar hari ni? Kami doakan semuanya sihat termasuklah kewangan bisnes anda.
Haritu ada orang tanya kami, untuk bisnes yang kecil-kecilan macam saya, mana yang nak kena buat dulu, bookkeeping ke accounting?
Ok, sebelum kami jawab soalan tu, kami nak tanya sikit. Anda tahu tak apa tu bookkeeping dan apa tu accounting? Kalau taktahu, jom kami explain sikit.
Bookkeeping ni ialah sistem merekod dan mengatur semua transaksi kewangan bisnes kita. Basically, bookkeeper ni kerja dia deal dengan dokumen kewangan bisnes macam invois, resit, penyata bank, dan lain-lain. Kerja dia rekod semua dokumen ni tadi dalam excel atau sistem perakaunan yang ada kat luar sana.
On the other hand, accounting ni pulak ialah sistem mengumpul dan menganalisa maklumat dan data yang disediakan oleh bookkeeper tadi. Lepas akauntan dah buat analysis bekenaan kewangan bisnes anda, barulah akauntan anda boleh ceritakan keadaan kewangan bisnes anda yang sebenar. Untung ke rugi ke, berapa harta bisnes yang ada, berapa hutang bisnes yang ada, kat mana yang boleh tambah, kat mana nak kena kurang. Semua tulah! Haaa, bila anda dah tahu keadaan kewangan bisnes anda, barulah senang anda nak buat keputusan yang terbaik untuk bisnes.
Dapat sesuatu tak ni?
Oh ye, untuk menjawab soalan tadi, mana yang nak kena buat dulu? Jawapan kami ialah buat bookkeeping dulu sebab kalau kita takde maklumat dan data yang lengkap, macam mana akauntan nak buat analysis untuk bisnes! Betul ke betul sangat? 😉
Taktahu macam mana nak buat bookkeeping?
Klik link untuk team kami bantu.
http://bit.ly/bantubookkeeping
http://bit.ly/bantubookkeeping
19/10/2020
BUAT APA DAFTAR SSM? BUAT HABIS DUIT JE!
.
As we already know, tiap2 hari ada je bisnes baru yang muncul, especially online. Lagi2 sejak PKP haritu. Semua orang sibuk nak cari income lebih. Semua orang sibuk nak cari duit lebih untuk support diri dan family.
Believe it or not, walaupun statistic menunjukkan ada 362,600 perniagaan yang telah berdaftar dengan SSM sepanjang 2019, hakikatnya ramai lagi bisnes owner kat luar sana yang dah buat bisnes lama tapi masih lagi belum berdaftar dengan SSM. Bila kami tanya kenapa, macam2 alasan yang kami dapat.
“Saya tak sempatlah nak daftar. Takde masa!”
“Takutlah nak daftar. Nanti kena kejar LHDN!”
“Malaslah nak daftar. Buat habis duit je. Saya beniaga online je!”
Ok gais, tak kiralah kita buat bisnes online ke offline, selagi kita berniaga kat Malaysia ni, kita digalakkan untuk daftar bisnes kita dengan SSM. Alaa, bukan mahal pun. RM70 je setahun. Tapi dari RM70 yang kita keluarkan tu, sebenarnya banyak lagi kelebihan yang kita boleh dapat.
Jom kami share dengan anda beberapa kelebihan bila bisnes kita berdaftar dengan SSM. Jangan lupa like dan share dengan kawan2 bisnes yang lain ye? Semoga bermanfaat!