05/10/2026
Going concernโฆ
โSyarikat saya rugi. Auditor kata ada isu Going Concern. Maksudnya syarikat saya nak tutup?โ
Tidak semestinya.
Ini antara salah faham biasa apabila pemilik SME dengar perkataan Going Concern.
Rugi โ syarikat akan tutup.
Negative working capital โ automatik gagal.
Kurang aktif โ perniagaan sudah mati.
โRehatโ sementara โ mesti gulung syarikat.
Bagi owner-managed SME, realiti perniagaan kadang-kadang berbeza.
Ada masa kontrak habis.
Ada masa customer utama hilang.
Ada masa owner sengaja kurangkan operasi dan kos.
Ada juga syarikat yang โrehatโ sementara sebelum owner mencari projek atau customer baharu.
Sebab itu dalam penilaian Going Concern di bawah ISA 570, auditor bukan sekadar melihat satu angka kerugian.
Antara perkara yang perlu difahami:
1. Apa sebenarnya berlaku kepada business?
Masalah sementara atau business memang sudah tidak viable?
2. Berapa cash minimum diperlukan untuk survive?
Bukan semata-mata berapa sales yang owner berharap akan dapat.
3. Apa komitmen yang tetap perlu dibayar?
Bank, creditor, tax, payroll, rental dan lain-lain.
4. Apa sumber yang masih ada?
Cash, collection daripada customer, financing dan sebagainya.
5. Kalau bergantung kepada owner/director, apakah bentuk support tersebut?
Existing director funding yang tidak dituntut semula tidak semestinya sama risikonya dengan syarikat yang memerlukan fresh cash injection.
6. Apa rancangan sebenar owner?
Scale-down? Cari customer baharu? Tender? Restructure financing? Kurangkan kos?
Akhirnya persoalan auditor bukan sekadar:
โCompany rugi atau tidak?โ
Tetapi lebih kepada:
โBerdasarkan keadaan sebenar perniagaan, sumber yang tersedia dan rancangan management, adakah syarikat mempunyai keupayaan untuk terus beroperasi?โ
Dan satu perkara penting kepada business owner:
Financial Support Letter bukan โmagic letterโ.
Kalau survival syarikat benar-benar bergantung kepada financial support owner, auditor mungkin perlu memahami dan menilai intent serta ability owner untuk memberikan support tersebut.
Jadi apabila auditor bertanya banyak soalan tentang business plan, cash flow, customer, hutang atau director support โ bukan semestinya auditor hendak โqualifiedโ akaun.
Auditor sedang cuba memahami real business story di belakang nombor-nombor tersebut.
Going Concern bukan semata-mata cerita tentang syarikat yang hendak tutup.
Ia adalah cerita tentang kemampuan perniagaan untuk terus hidup.