23/07/2026
Minggu lalu, 17 Julai 2026 menandakan lengkapnya perjalanan seorang lagi pelajar praktikal bersama kami. Setinggi pernghargaan dan terima kasih atas dedikasi dan komitmen yang diberikan sepanjang tempoh menjalani latihan praktikal di sini. Semoga terus sukses dan berjaya mendepani peringkat-peringkat yang seterusnya.
20/06/2026
Farewell intern. Tq for joining us. Wishing u all the best from us!!!
15/04/2026
Nak buat cam mana dah ofis sebelah dayat studio. Tq dayat studio payung sesi hari ini.
13/04/2026
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Puan Nor Azah bt Mad Arshad, Pegawai SISC+ Teknik dan Vokasional, Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama dan Cikgu Zaliana binti Zakaria atas peluang yang diberikan kepada kami untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan maklumat dalam Program Jelajah Hala Tuju Lepasan SPM 2026 pada Sabtu yang lalu, 11 April 2026.
Program ini melibatkan seramai 108 orang calon SPM 2026 subjek Prinsip Perakaunan daripada 27 buah sekolah di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak.
Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan membantu para pelajar dalam merencana pengajian dan laluan kerjaya mereka pada masa hadapan dalam bidang perakaunan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari tersebut.
P/S: Satu kegembiraan buat wakil kami Muhammad Budiman Mohamed Nazri kerana berpeluang bertemu dengan guru beliau di sekolah menengah dahulu dan para pelapis daripada sekolah menengah beliau sendiri, SMK Taman Tasik, Taiping.
18/03/2026
Para pelanggan dan rakan niaga yang dikasihi.
Sempena perayaan aidilfitri ini, pejabat kami akan ditutup sementara bermula Khamis, 19/3/2026 hingga Ahad 29/3/2026.
Kami akan beroperasi semula pada Isnin, 30/3/2026.
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Hati-hati memandu dan semoga dilancarkan perjalanan serta dipermudahkan segala urusan.
21/02/2026
Semalam, Jumaat 20 Februari 2026 menandakan berakhirnya tempoh latihan praktikal dua orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM Sungai Petani bersama kami.
Selamat maju jaya dan semoga dilancarkan serta dipermudahkan laluan kerjaya kalian di masa yang mendatang.
10/02/2026
Terima kasih atas kepercayaan dan penghargaan selama ini. Semoga M Talent terus maju. Wakil dari pihak auditor untuk sampaikan audit report 2025.
08/02/2026
We are open for internship application. Diploma or degree in accountancy.
31/12/2025
Untuk tahun 2026 ini, terdapat beberapa perubahan dan item baharu pada penolakan cukai individu (termasuk untuk individu yang ada perniagaan enterprise atau partnership).
Boleh rujuk dalam gambar-gambar di bawah untuk perincian dan merancang bagi tahun hadapan. Kami tanda biru pada bahagian yang ada perubahan berbanding 2025.
Jangan lupa untuk simpan resit-resit, invois-invois dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan bagi tempoh 7 tahun.
Dalam pos kami sebelum ini, kami juga telah perincikan tarikh-tarikh penting dan penolakan cukai untuk tahun 2025. Boleh rujuk link di bawah:
https://www.facebook.com/share/p/16mpbRPCcT/