16/11/2024
Bayangkan, keluarga tersayang dapat hibah RM250,000 hanya dalam beberapa hari selepas claim! 🤲 Tak payah pening kepala fikir nak teruskan hidup tanpa beban kewangan. Inilah kuasa takaful—pelan perlindungan untuk masa depan yang lebih terjamin. Jom mula rancang sekarang sebelum terlambat!
16/11/2024
Perlindungan terbaik untuk yang tersayang, hari ini dan masa depan. Miliki medical card anda sekarang untuk ketenangan dan kesejahteraan keluarga!
13/11/2024
Setiap pagi, saya akan join Morning Booster khas untuk agensi Alhamra, dari pukul 8 hingga 8:30 pagi, setiap Isnin hingga Jumaat. Sesi ni bukan sekadar boost semangat, ianya penuh dengan tips dan ilmu untuk pastikan saya sentiasa bersedia berikan servis terbaik. Bukan itu sahaja, commitment Alhamra yang trusted ni adalah bukti kami betul-betul serius nak beri yang terbaik buat setiap pelanggan.
25/10/2024
Moga semua keluarga mangsa diberi kekuatan atas ujian yang berat begini.
=====================================
Kita yang masih hidup hari ini, sampai masa pergi mengadap ilahi jua. Rancang hidup kita, jangan sampai keluarga kita terkial-kial untuk meneruskan hidup.
Jika kita ketua keluarga hari ini, ahli keluarga sedih kehilangan tonggak dalam hidup mereka, lagi tertekan jika tiada sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan akibat kehilangan orang yang menyara keluarga seperti sebelumnya.
Sediakan hibah untuk isteri dan anak-anak, jika kita meninggal, mereka ada sumber kewangan dari bayaran pampasan dari syarikat takaful yang kita mencarum itu.
Sayangi isteri dan anak-anak seperti sayangnya kita kepada mereka ketika hayat. Jangan biarkan mereka sedih bertimpa-timpa akibat kehilangan ketua keluarga dan juga berat memikirkan dari mana untuk mendapatkan sumber kewangan bagi meneruskan hidup serta paling penting memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik.
25/10/2024
Saya telah berkampung selama 2 hari untuk menghadiri sesi latihan yang dianjurkan oleh Great Eastern Takaful. Pengalaman ini sungguh berharga dan membuka mata saya kepada pelbagai aspek yang boleh diperbaiki sebagai satu proses menempatkan diri dalam industri takaful.
Sepanjang program ini, banyak ilmu baharu diperoleh dan mengemas kini pengetahuan sedia ada. Tujuan utama saya menyertai latihan sebegini adalah untuk memastikan anda, para pelanggan yang dihargai akan sentiasa menerima perkhidmatan yang terbaik daripada saya.
Saya berjanji untuk menggunakan segala ilmu yang diperolehi untuk memberi khidmat nasihat yang lebih tepat dan menyeluruh. Keprihatinan terhadap perlindungan diri anda dan keluarga adalah fokus saya. saya akan terus berusaha untuk menjadi ejen takaful kepercayaan anda.
Jika mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk-produk takaful atau ingin berbincang tentang perancangan kewangan, jangan segan untuk menghubungi saya. Saya sentiasa bersedia untuk membantu!
25/10/2024
Perhatian kepada Abang-Abang Rider dan mereka yang ulang-alik kerja menunggang motosikal. Pakej ini untuk anda..
Ujian kemalangan kita tidak mampu halang, apa yang mampu bersedia sebaik mungkin dengan perlindungan diri melaui plan takaful Great Eastern tika waktu sukar.
-MC dibayar
-Pampasan tunai dibayar
-Duit tunai tersedia dari pampasan untuk sara diri dan keluarga sepanjang tempoh tidak dapat bekerja.
25/10/2024
Takaful ni benda tak mahal pun sebenarnya. Cuma yang mahal adalah kesedaran diri untuk urus risiko melalui medium takaful, tu jer..