Ahmad Humaizi

Call Directions Website

Ahmad Humaizi Takaful Coach Melahirkan Usahawan Takaful Jutawan Dermawan & Beriman www.ahmadhumaizi.com

30/09/2026

Tak semua nikmat itu tanda Allah reda.

Kadang-kadang hidup makin senang, rezeki makin luas, urusan makin mudah… tetapi hati makin jauh daripada Allah. Itulah yang kita perlu takutkan.

Jangan hanya minta nikmat bertambah. Minta juga agar setiap nikmat membawa kita lebih dekat kepada-Nya.

اللَّهُمَّ اجْعَلِ الْإِيمَانَ لَنَا سِرَاجًا وَلَا تَجْعَلْهُ اسْتِدْرَاجًا

Semoga Allah jauhkan kita daripada istidraj dan tetapkan hati dalam iman.

28/09/2026

Sibuk mencari salah orang lain tak akan menjadikan hidup kita lebih betul.

28/09/2026

Tak perlu berhenti kerja untuk mulakan kerjaya takaful dengan pendapatan yang hensem!

26/09/2026

Tadabbur Ayat Pilihan Juz 8

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.”

Al-An’am, Ayat 116

Jangan ikut trend, sekiranya trend tersebut bertentangan dengan syariat.

Hari ini, asal sesuatu perkara itu dilakukan oleh banyak orang, kita pun nak ikut sekali, walaupun benda itu haram.

Bila ramai orang couple, kita nak couple. Bila ramai minat K-Pop, kita minat K-Pop. Bila ramai pakai seksi, kita pakai seksi. Bila ramai buat content menari-nari, kita pun buat content menari-nari.

Ingat, bila kita banyak ikut trend, kita ada potensi untuk tersesat dari jalan Allah, tersesat jauh dari kebenaran.

Maka, setialah pada kebenaran walaupun ia dibenci ramai dan bukan trend.

BILA MASUK HOSPITAL, MASA TU BARU KITA TAHU NILAI SEBUAH MEDICAL CARD.Seorang pelanggan Etiqa Takaful berkongsi sendiri ...
26/09/2026

BILA MASUK HOSPITAL, MASA TU BARU KITA TAHU NILAI SEBUAH MEDICAL CARD.

Seorang pelanggan Etiqa Takaful berkongsi sendiri pengalamannya. Bukan ejen, bukan paid review, tetapi pengalaman sebagai pengguna.

Anaknya perlu mendapatkan rawatan di hospital. Bila melibatkan kemasukan wad, sudah tentu antara perkara yang merisaukan ialah urusan GL dan berapa banyak bil yang perlu ditanggung sendiri.

Tapi pengalaman kali ini membuatkan beliau sendiri terkejut.

GL untuk kemasukan wad diluluskan dengan cepat. Selepas discharge, urusan GL juga berjalan lancar dan proses tuntutan terus berjalan.

Jumlah bil hospital RM4,069.30.
Jumlah yang diluluskan melalui GL RM3,984.90.
Bahagian tidak dilindungi hanya RM84.40, berdasarkan butiran kes tersebut.

Sampai beliau sendiri tulis:

“Selepas aku guna Etiqa baru aku tahu GL cepat approved.”

Inilah titik yang ramai hanya akan faham apabila benar-benar perlu menggunakan medical card.

Medical card bukan sekadar tengok limit berjuta-juta atas quotation. Yang kita perlukan ketika kecemasan ialah perlindungan yang boleh digunakan, proses yang membantu dan ejen yang boleh dihubungi bila diperlukan.

Pengajarannya mudah, jangan tunggu sakit baru nak cari medical card. Masa masih sihatlah kita ada lebih banyak pilihan.

Kalau anda masih survey Medical Card Etiqa Takaful, boleh PM saya. Saya bantu terangkan dahulu ikut keperluan dan bajet. Tak perlu terus buat keputusan.

Kelulusan GL dan tuntutan adalah tertakluk kepada terma sijil, keadaan kes serta penilaian pihak takaful. Pengalaman setiap pelanggan mungkin berbeza.

Nak kenal akhlak seseorang, jangan tengok bagaimana dia melayan orang yang boleh beri manfaat kepadanya.Tengok bagaimana...
26/09/2026

Nak kenal akhlak seseorang, jangan tengok bagaimana dia melayan orang yang boleh beri manfaat kepadanya.

Tengok bagaimana dia melayan orang yang tiada pangkat, tiada kepentingan dan tiada apa-apa untuk ditawarkan.

Sebab mudah untuk berbuat baik apabila kita perlukan seseorang.

Yang lebih susah ialah tetap menghormati, membantu dan menjaga hati orang lain walaupun kita tak dapat apa-apa.

Di situlah nilai sebenar akhlak manusia terlihat.

Kadang-kadang kita sibuk menilai akhlak orang lain. Mungkin hari ini, lebih baik kita tanya diri sendiri, bagaimana p**a cara kita melayan orang yang kita rasa “tak penting” dalam hidup kita?

25/09/2026

Kalau setiap hari cerita orang lain lebih menarik daripada impian sendiri, mungkin sudah tiba masanya kita periksa semula arah hidup.

24/09/2026

Orang yang sibuk membina hidup sendiri, biasanya tak punya masa untuk menyibuk tentang hidup orang lain.

24/09/2026

Kadang-kadang kita tunggu hari Jumaat untuk rehat. Tapi sebenarnya Jumaat juga datang membawa satu peluang besar untuk “menghidupkan” hati.

Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat.

Cahaya itu mengingatkan kita tentang petunjuk, keteguhan iman dan perlindungan daripada fitnah kehidupan. Surah Al-Kahfi sendiri penuh dengan kisah ujian iman, harta, ilmu dan kuasa — perkara yang kita hadapi dalam hidup hari ini.

Tak perlu tunggu lapang sempurna. Buka Al-Quran, baca sedikit demi sedikit dan cuba fahami maknanya.

Semoga Jumaat ini bukan sekadar berlalu, tetapi menjadi titik kita kembali dekat dengan Allah.

Sudah baca Surah Al-Kahfi hari ini?

31/05/2026

Sebelum anda fikir nak berhenti sebagai ejen takaful…

Tanya diri dulu.

Saya betul-betul gagal, atau saya belum cukup lama bertahan dengan cara yang betul?

Industri ini boleh ubah hidup, tapi bukan untuk orang yang sekadar cuba-cuba.

Ia untuk orang yang sanggup belajar, ikut sistem, konsisten, dan terus buat kerja walaupun hasil belum nampak.

Struggle bukan tanda anda tak sesuai.

Kadang-kadang itu cuma fasa sebelum anda jadi lebih matang.

Address

TTDI Grove
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahmad Humaizi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share