06/08/2021
Antara pencapaian yang paling membanggakan saya bila saya berjaya membawa perubahan dalam kehidupan setiap insan.
Sejak covid 19 dan Variant Delta yang semakin mengganas ni, banyak sektor ditutup dan akibatnya ramai kehilangan sumber pendapatan utama.
Buat masa sekarang ni, kita perlu mengekalkan status isi rumah kita supaya masing-masing tak tergelincir.
Buat mereka yang masih di B40 dan M40 p**a kita perlu sentiasa ada rasa untuk meningkatkan taraf hidup pada masa sama belajar cara yang betul menguruskan kewangan.
Ya, betul pada zaman meleset macam ni kita semua stress. Tak kan nak duduk diam dan hadap dinding je. Kita kena cepat betulkan mindset segera.
Mulakan dengan sekecil-kecil perkara up-grade mindset, cara berfikir, cara belajar, cara bergaul, cara invest dari B40 ke M40, dari M40 jadi ke T20.
Semakin lama, semakin ramai yang tergelincir dari T20 jatuh ke M40, begitu juga banyak berlaku kepada M40 jatuh ke B40.
Kalau dulu isi rumah pendapatan berdua suami+isteri, namun sekarang ni dah tergelincir terpaksa berpaut pada seorang je.
Berpaut pada suami pon dah terasa berat bahu memikul apatah lagi jika terpaksa berpaut pada isteri kerana bekerja dalam sektor kerajaan...
Ramai yang terkesan tak kira bangsa dan golongan. Banyak syarikat telah mengambil langkah mengecilkan operasi syarikat.
Miskin baru atau miskin pandemik semakin wujud. Jangan harapkan kerajaan. Mereka pun tengah tenat dengan pergolakan politik yang tak sudah.
Bantuan kewangan dan mora yang diberikan memang membantu tetapi ia bersifat as โpain killerโ dan sementara saja. Pendapatan kita yang dah jatuh rendah adalah permulaan kepada โeconomic scarringโ.
Nasihat buat kita semua, sebagai ketua keluarga yang merupakan tunggak harapan keluarga, kita bertanggungjawab mencari kepelbagaian dalam menjana pendapatan.
Meningkatkan sumber pendapatan lebih mudah berbanding mencatu perbelanjaan bulanan sekeluarga.
Kawal emosi kita, kawal emosi dan mental keluarga kita. Dalam menangani kehilangan punca pendapatan. Buatla apa kerja pun, asalkan ianya mampu menjana pendapatan untuk meneruskan kehidupan.
Buat mereka yang mempunyai lebihan simpanan. Cari la tempat untuk melabur di tempat yang selamat dan memberikan p**angan yang lebih baik.
Akhir sekali, belajarlah ilmu kewangan asas. Jaga inflow dan outflow. Jangan cepat selesa dengan yang ada. Keluarkan diri kita dari comfort zone.
Kepada yang hilang sumber pendapatan, nak tambah pendapatan dan forensik kewangan, boleh hubungi saya, insyaallah kita boleh berkongsi pengalaman.
Zamsani
Agency Supervisor Unit Trust