20/06/2022
Kanser ovari adalah kanser ke-4 yang paling tinggi di kalangan wanita di Malaysia.
Ovari adalah organ yang menghasilkan telur wanita dan juga menghasilkan hormon wanita seperti estrogen dan progesteron.
Siapa berisiko dapat Kanser Ovari?
1. Wanita yang tidak pernah hamil
2. Wanita yang tidak mempunyai banyak anak
3. Makan makanan tinggi lemak dan obesiti
4. Wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos
5. Wanita yang hamil pada usia lewat
6. Sejarah keluarga kanser ovari
Apa tanda-tanda Kanser Ovari?
1. Keletihan yang melampau
2. Kesakitan semasa hubungan seks
3. Kesakitan di bahagian perut, pelvis, belakang, atau kaki
4. Bengkak di bahagian perut(perut membesar/membusung)
5. Loya, senak, gas, sembelit, atau cirit-birit
6. Pendarahan f***j yang luar biasa
Apakah peringkat Kanser Ovari?
Peringkat 1: Kanser adalah pada salah satu daripada kedua-dua ovari. Ia tidak merebak ke bahagian lain badan.
Peringkat 2: Kanser telah merebak di luar ovari ke rantau pelvik. Ini boleh melibatkan rahim, tiub fallopian, pundi kencing dan rektum.
Peringkat 3: Kanser telah merebak di luar pelvis ke bahagian perut.
Peringkat 4: Kanser telah merebak di luar abdomen ke organ-organ lain seperti hati dan paru-paru.
Rawatan Kanser Ovari
1. Pembedahan membuang ketumbuhan kanser ovari
2. Rawatan kemoterapi: rawatan ubat yang membunuh sel-sel kanser
3. Rawatan radioterapi: menggunakan dos radiasi yang tinggi untuk membunuh sel-sel kanser
Salam takziah buat pemergian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor.
Al- fatihah.
Dr. Ahmad Samhan
15/06/2022
Salah faham wasiat Dan pelan Hibah.
Rumah bernilai RM460,000 diwasiatkan kepada isteri. Boleh atau tidak?
Rumah perlu difaraidkan mengikut pembahagian waris-waris tersenarai. 1 unit rumah perlu dibahagikan mengikut bahagian-bahagian hak Waris. Langkah mudah, dengan menjual rumah tersebut Dan tunai dibahagikan kepada waris yang hak.
Atau,
Tunai pelan hibah boleh digunakan untuk menggantikan nilai yang setara Dan diberikan kepada waris. Waris menerima pembahagian mengikut kiraan faraid, dalam masa yang sama rumah masih dimiliki isteri melalui proses tukar hak milik. Duit hibah juga boleh digunakan untuk menanggung kos pindah milik.
12/12/2021
APAKAH 3 KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL?
1. Duit sara diri dan nafkah keluarga
Hibah Takaful merupakan tunai segera ‘Instant Cash’ kepada keluarga, terutamanya anak isteri untuk berbelanja harian.
Ini kerana, selepas kematian semua simpanan di akaun bank, rumah, kereta, Tabung Haji, dan ASB akan dibekukan untuk proses pengagihan harta.
Ini bermakna isteri dan anak tidak boleh keluarkan duit tersebut untuk berbelanja. Perbelanjaan makan minum, hutang rumah dan kereta, pembayaran bil bulanan, persekolahan anak-anak, dan petrol tetap diperlukan.
Jadi dengan adanya Hibah Takaful, isteri boleh gunakan duit tersebut berbelanja tanpa meminta sokongan kewangan daripada ahli keluarga yang lain. Duit pampasan ini boleh diperolehi seawal 7 ke 30 hari selepas tuntutan dibuat.
2. Simpan duit cara takaful
“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Itulah perumpamaan yang kita selalu gunakan untuk menyimpan. Kita tahu jika kita menyimpan hari ini dan duit itu akan bertambah dari semasa ke semasa.
Jika ditanya tujuan simpanan tersebut, sudah pasti jawapan kita adalah untuk kegunaan akan datang jika memerlukan.
Jika kita menyimpan RM200 sebulan:
RM200 x 12 bulan = RM2,400
RM2,400 x 10 tahun = RM24,000
Maka, selama setahun simpanan adalah RM2,400. Untuk dapat RM24,000, kita perlu konsisten menyimpan sebanyak RM200 sebulan selama 10 tahun.
Dengan mendaftar Hibah Takaful, jika anda mencarum hari ini, dalam masa 24 jam selepas lulus, adalah sudah menyediakan simpanan kecemasan RM50,000 kepada ahli keluarga sekelip mata.
Padahal jika anda hendak menyimpan RM50,000, dengan komitmen bulanan RM200. Anda memerlukan 250 bulan. Bersamaan 20 tahun.
RM50,000 / RM200 = 250 bulan
250 bulan / 12 bulan = 20 tahun
Berbaloikan menyimpan dengan takaful?
3. Sebagai modal menguruskan harta pusaka
Seperti saya nyatakan di No 1, jika seseorang meninggal dunia, semua harta kepunyaan si mati akan dibekukan. Jika duit simpanan ada di bank, tidak boleh dikeluarkan. Jika harta dalam bentuk fizikal, tidak boleh ditukar nama. Kekal nama si mati.
Mengikut rekod terkini tahun 2021, harta pusaka yang dibekukan berjumlah RM70 Billion. Jumlah ini sangat banyak bila ditulis dalam bentuk digit iaitu RM70,000,000,000. Satu kerugian kepada ekonomi umat islam sendiri kerana harta ini tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Antara punca harta pusaka ini tidak dapat diuruskan adalah kerana masalah ketiadaan modal bagi pengurusan harta pusaka ini. Waris perlu menggunakan wang mereka sendiri dahulu bagi menyelesaikan harta ini.
Masalah yang berlaku adalah tiada waris melainkan isteri yang sanggup mendahulukan duit sendiri untuk menyelesaikan harta pusaka ini. Ini kerana mereka sendiri tiada duit atau risau duit mereka tidak dipulangkan.
Hibah takaful yang dihadiahkan kepada isteri dapat membantu isteri menyelesaikan masalah ini. Isteri boleh mendahulukan duit pampasan ini bagi menyelesaikan harta pusaka suami. Kemudian, barulah isteri dan waris lain dapat memanfaatkan harta peninggalan si mati.
10/10/2021
Semua takut untuk keluar rumah??
Ada yang nak ambil insurance last minute tapi takut dgn appointment?
Follow je step mudah bawah ini:
1. Ambil fon, click link 👇
https://linktr.ee/cikgutakafulmurah
2. Hantar maklumat diri iaitu Nama, jantina, umur dan pekerjaan
3. Ketahui perlindungan kegunaan medical biasa dan kegunaan utk Covid-19.
Mudah Je....
A.Yahaya,
AIA Life Planner,
https://linktr.ee/cikgutakafulmurah
https://linktr.ee/cikgutakafulmurah
31/08/2021
*Selamat Hari Kebangsaan yang ke 64*
"Kita semua adalah rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita semua. Marilah kita menyakini bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebuah negara"
- Tunku Abdul Rahman -
Tugas saya sebagai "Frontliners" menyediakan perlindungan Takaful buat semua rakyat Malaysia dalam menyelesaikan masalah kewangan berkaitan 3D iaitu Disease, Disability & Death.
In Sya Allah, semua orang berkemampuan memiliki perlindungan takaful mampu milik.
Ingatan Tulus Ikhlas Daripada
*A.Yahaya*