05/10/2026
📢 TAHNIAH & SYABAS! 🎉
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Fakulti Perakaunan, UiTM Kampus Segamat atas kejayaan mara ke peringkat Semi Final Deloitte Tax Challenge 2026. Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan buat fakulti dan membuktikan komitmen, usaha serta semangat tinggi yang telah ditunjukkan oleh para pelajar.
Bagi Kategori Individual, tahniah kepada Nurfakhirah Hanani Binti Hashim, pelajar AC240 Bachelor in Accounting, Part 4 atas kejayaan melayakkan diri ke peringkat semi final.
Bagi Kategori Berkumpulan, tahniah kepada pasukan yang terdiri daripada pelajar AC220 Bachelor in Accounting, Part 7, atas pencapaian membanggakan ini:
1. Nur Dania Anatasha Binti Abd Aziz (Leader),
2. Nur Nabilah Huda Binti Bahzan,
3. Nik Nur Aliya Bahirah Binti Mardzi
4. Muhammad Danial Hakimi Bin Zamri,
Peringkat Semi Final akan berlangsung pada 16 Oktober 2026, manakala pengumuman finalis dijadualkan pada 26 Oktober 2026.
Seluruh warga Fakulti Perakaunan, UiTM Kampus Segamat mendoakan agar semua peserta dapat memberikan persembahan terbaik dan seterusnya berjaya melangkah ke peringkat akhir. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang dan mengharumkan nama fakulti serta universiti.
Tahniah dan selamat maju jaya! 🌟