Simpanan emas fizikal atau akaun emas tidak menghasilkan dividen atau faedah berkala.
Emas adalah aset penyimpan nilai, bukan penjana aliran tunai. Strategi keuntungan sangat mudah beli harga rendah jual harga tinggi
1001 Rahsia ILMU EMAS
Berkongsi maklumat tentang kepentingan menyimpan dinar (emas) dan dirham (perak) sebagai persediaan
Tahniah pinjaman perumahan anda lulus.
Pinjaman rumah 400k. Hutang selama 30 tahun. Kadar faedah 4.4%. Bayaran bulanan RM2003.
Ramai orang fikir bank dicipta untuk memudahkan urusan manusia tanpa mereka sedar mereka menjadi hamba bank sepanjang hidup.
Penyimpan emas - Fokus penambahan berat gram emas dengan kos terendah
Collector - Utamakan design, rare, low mintage.
We Are Not The Same
Sebenarnya yang bekerja keras kayakan bank dan kapitalis adalah kita melalui riba yang melampau-lampau.Lahir ke dunia kita dah dikawal oleh sistem ni. Memang s**ar nak elak.
Harga Emas 999.9 Akaun GAP
18.02.2026 RM668/g
18.02.2025 RM448/g
Peraturan nombor satu pelaburan ialah jangan sesekali berhutang untuk melabur, kerana risiko sentiasa lebih besar daripada pulangan.
28/11/2025
*Mengapa Orang Kaya Membeli Emas?*
Kebanyakan orang fikir orang kaya beli emas untuk buat keuntungan.
Itu bukan sebab orang kaya membelinya.
Mereka beli emas kerana tidak percaya kepada nilai RM.
Orang kaya menyimpan emas dan perak bukan kerana mengharapkan harganya melambung tinggi, tetapi kerana mereka tahu nilai RM sentiasa jatuh.
Setiap kali kerajaan mencetak lebih banyak wang, nilai tunai anda semakin merosot.
Emas tidak menjanjikan keuntungan.
Ia menjanjikan perlindungan.
Setiap orang mampu bermula walaupun sedikit — sekeping syiling perak, atau sedikit emas.
Kita tidak perlu ada duit berjuta-juta untuk mula melindungi kekayaan anda.
Tetapi kebanyakan orang tidak akan buat.
Mereka akan terus skrol media sosial dan tunggu kerajaan datang menyelamatkan mereka.
Emas ialah wang sebenar.
Wang kertas ialah wang palsu.
Dan semakin lama anda simpan wang palsu, semakin miskin anda jadi.
Orang kaya tidak menyimpan RM tetapi mereka menyimpan aset sebenar.
Emas dan perak sudah menjadi wang selama ribuan tahun.
RM? Ia mula “mati” sejak tahun 1971.
Anda boleh pilih terus percaya kepada kerajaan.
Atau anda boleh mula percaya kepada emas.
Menyimpan bukan soal mampu atau tidak. Tetepi soal keutamaan. Kalau kita rasa ia penting? Kita akan paksa buat walaupun susah. Kerana masa depan yang kukuh bermula dengan disiplin hari ini.
Bonus Penjawat Awam Persekutuan : RM500
Bonus Penjawat Awam Negeri :-
Terengganu : RM500
Kelantan : RM500
Kedah : RM2000
Johor : 2 bulan Gaji
Penang : ¾ bulan Gaji
Selangor : 3 bulan Gaji
Percayalah kalau mindset s**a berhutang dan tiada tabiat menyimpan duit, gaji sebesar mana sekalipun tetap akan rasa sempit
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. Al-Furqan 67
Tak perlu tunggu kaya baru nak simpan emas. Tetapi simpanlah emas sampai jadi kaya
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
Ipoh