12/03/2023
BAGAIMANA NAK TAHU PEMBIAYAAN PERUMAHAN KITA ADA COVERAGE MRTT? DAN APA KAITAN MRTT NI DENGAN HIBAH RUMAH?
Semua pelanggan saya yang nak buat hibah rumah, saya akan bertanya soalan tentang adakah rumah yang ingin dibuat hibah ini memiliki MRTT?
MRTT ni penting kerana ia adalah antara cara memastikan rumah tersebut berjaya dihibahkan kepada penerima hibah. Terutamanya jika penerima hibah ialah anak yang masih bawah umur dan isteri yang bergelar surirumah.
Kerana rumah yang masih dalam hutang, boleh dihibahkan kepada sesiapa sahaja. Tetapi bagi pihak bank sebagai pencagar rumah tersebut, apabila berlaku kematian pemilik rumah, bank akan pastikan jika ada baki loan rumah, perlulah dilangsaikan melalui cara ini :
1. Pembeli rumah ada MRTT.
2. Pembeli rumah ada MLTT atau hibah takaful.
3. Pembeli rumah mempunyai wang simpanan yang cukup supaya waris dapat membayar baki loan rumah dengan wang tunai tersebut.
4. Penerima hibah rumah bersetuju untuk melangsaikan baki hutang loan rumah yang dihibahkan kepadanya.
Jadi, amatlah penting rumah dalam cagaran itu dapat dilangsaikan baki hutangnya (jika ada) supaya penerima hibah dapat menerima hibah rumah yang diberikan kepadanya.
Tunggu apa lagi. Dah semak ke rumah anda ada MRTT atau MLTT ke tidak?
Bagaimana nak semak rumah kita tu ada MRTT? Ini caranya.
Semak di Offer Letter Loan (Surat Tawaran Pembiayaan) anda. Di offer letter loan tersebut ada dinyatakan :
a) Jenis coverage. Contohnya MRTT
b) Jumlah coverage. Contohnya RM500,000
c) Tempoh coverage. Contohnya 30 tahun.
d) Jumlah tempoh loan rumah. Contohnya 30 tahun.
e) Orang yang dicover. Contohnya suami & isteri bagi mereka yang membuat loan bersama.
Kalau tak jumpa Offer Letter Loan, call sahaja bank tempat anda buat loan rumah ya. Tanya la staff bank tersebut maklumat A hingga E tu.
Jika tempoh coverage bersamaan dengan jumlah tempoh loan rumah, ini bermakna MRTT itu adalah full. Jika tempoh coverage contohnya 20 tahun dan tempoh loan ialah 30 tahun bermakna jika berlaku kematian pada tahun ke-21 hingga tahun ke-30, cara melangsaikan baki loan rumah ialah cara 2 hingga 4 bagi memastikan rumah tersebut boleh dihibahkan kepada penerima hibah.
Cara nak semak MLTT p**a ialah dengan semak sijil takaful hayat jika ada ambil takaful hayat atau ramai panggil takaful hibah tu. Pastikan takaful tak lapse/tamat ya. Jika tak jumpa sijil/polisi takaful, bolehla call agent atau syarikat takaful untuk mendapatkan jawapannya.
Jika pemberi hibah iaitu pemilik rumah tidak memiliki MRTT, MLTT, hibah takaful, wang dalam akaun atau penerima hibah juga tidak mampu melangsaikan baki hutang rumah tersebut, maka rumah itu diagihkan secara faraid.
Jadi dah tahu kan kenapa pentingnya ada MRTT, MLTT terutama yang buat hibah rumah kepada anak bawah umur. Kalau hibah rumah kepada anak yang sudah bekerja atau isteri yang berkerjaya mereka pasti berkemampuan untuk melangsaikan baki loan rumah yang dihibahkan kepada mereka. Jika tak sempat ambil MRTT atau ada MRTT tapi tempoh & jumlah coverage tidak full/cukup, anda ambillah hibah takaful. Mereka sudah pasti dapat mewarisi rumah yang anda hibahkan kepada mereka sebagai tanda kasih sayang dan tanda anda bertanggungjawab memastikan kebajikan mereka terjamin selepas kematian anda.
Rumah sebagai tempat pasangan dan anak-anak kita berteduh.
Rumah itu keperluan.
Pastikan kebajikan waris kita terjamin.
Hibahlah kerana anda sayang.
Hibah cara pembahagian harta yang flexible dan mudah kepada pemberi dan penerima harta. Sebab itulah hibah menjadi pilihan no. 1 dalam pembahagian harta.
Perancangan penyelesaiannya...???
Jom...! Ayuh Diskusi..
http://www.wasap.my/60102799585/lhperundingKIT
Share on WhatsApp
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.
21/02/2023
Harta beku adalah harta yang tidak dituntut oleh waris dan masih berdaftar atas nama pemilik yang sudah meninggal dunia disebabkan beberapa faktor seperti tidak mengetahui cara menguruskan pusaka, tiada masa, tiada persepakatan dalam kalangan ahli keluarga dan tiada wang bagi menguruskan harta tersebut.
RM90b harta beku tidak dituntut
PETALING JAYA: Dianggarkan hampir RM90 bilion jumlah harta beku dan tidak dituntut di negara ini pada tahun lalu melibatkan 90 peratus daripadanya milik orang Melayu. Amalan konvensional yang memerlukan waris berkumpul dalam pengurusan harta kematian seperti Amanah Raya Berhad (Amanah Raya), m...
20/02/2023
5 PERKARA KITA KENA AMBIL MASA HIDUP SUPAYA KEWANGAN TAK GAWAT MASA KITA SAKIT ATAU MATI.
Hidup ini kena buat perancangan terutamanya mengenai kewangan. Jangan dapat gaji setiap bulan, terus habiskan tanpa buat sesuatu untuk masa hadapan.
1. KHAIRAT KEMATIAN.
Kita masuk KHAIRAT KEMATIAN tula yang akan bantu uruskan jenazah kita.
2. KHAIRAT PUSAKA.
Kita masuk KHAIRAT PUSAKA tula akan bantu uruskan hutang & harta pusaka kita.
3. HIBAH HARTA.
HIBAH HARTA tula bantu waris kita tak makan harta batil, dapat rumah sebagai tempat berlindung.
4. HIBAH TAKAFUL.
Kita masuk HIBAH TAKAFUL tula bantu sara diri waris kita atau kita guna untuk keperluan diri kita sendiri andai kata berlaku cacat kekal kat kita (nauzubillahiminzalik).
5. MEDICAL CARD.
MEDICAL CARD tu la bantu kita bayar kos rawatan bila kita sakit.
5 perkara ini sebagai PERLINDUNGAN atau PROTECTION. Tak ada 5 perkara ni, memang berhutang atau meminta ihsan orang la nanti.
Jadi, sebelum nak melabur, seperti rumah nak lebih dari satu, emas nak simpan berkilo-kilo pastikan 5 perkara ni dah ada. Tengok piramid kewangan ya. Basic ialah protection atau perlindungan kena sediakan dahulu. Dah mampu barulah nak buat pelaburan emas ke rumah sewa ke buatlah.
Tak ikut step yang betul, jika diuji sakit, rumah pun kena jual bila tak mampu tanggung kos rawatan hospital atau kena penyakit kritikal.
Atau jika diuji mati tak buat hibah harta, pusaka kena faraid janganlah viral sampai masuk surat khabar berbunuhan asbab berebut harta pusaka.
Jadikan kisah kita baca sebagai pengajaran ya. Jom ambil tindakan. Pastikan 5 perkara ni kita buat sekarang.
http://www.wasap.my/60102799585/lhperundingKIT
Share on WhatsApp
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.
18/02/2023
JOM SERTAI KAMI! PELUANG KERJAYA SEBAGAI PERUNDING PEWARISAN HARTA ISLAM/TAKAFUL KELUARGA.
PELUANG untuk anda yang sedang mencari kerjaya yang lebih fleksibel dan lumayan.
Rebutlah peluang untuk menjadi salah seorang Perunding bersama kami. Kami bimbing hingga sukses!
KENAPA PERLU SERTAI KAMI?
✅ Ada pendapatan bulanan sehingga RM9000
✅ Ada Komisyen dan Bonus
✅ Bimbingan & Latihan
✅ Kerjaya Lebih Terjamin
✅ Waktu Kerja Fleksibel
✅ Melancong ke Luar Negara
Tiada pengalaman? Tiada skill? Jangan risau! Kami akan guide sampai jadi dan semuanya akan disediakan oleh agensi dan syarikat.
Apa yang anda tunggu lagi?
Come join us and BE YOUR OWN BOSS! 😎
Untuk keterangan lanjut, sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60102799585
http://www.wasap.my/60102799585
Share on WhatsApp
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.
16/02/2023
PEWARISAN HARTA ISLAM
APAKAH JENIS PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN?
1. Individu
Memberi perundingan tentang :
• Permasalahan & keperluan perancangan pewarisan harta di kalangan umat Islam mengikut hukum syariah & perundangan Malaysia
• Memberi ketenangan jiwa kepada waris² yang bakal ditinggalkan
• Beramal jariah secara konsisten walaupun pemilik harta telah tiada
2. Pemilik Bisnes
• Merancang & mengenalpasti pengganti ideal untuk mengambil alih perniagaan
• Membantu pemilik perniagaan terus memberi manfaat kepada diri mereka sendiri,keluarga,pemegang saham,pengendali syarikat dan pekerja syarikat
• Membantu pemilik perniagaan menangani cabaran perniagaan dari sudut :
- Kewujudan perniagaan
- Pemilikan saham syarikat
- Pengurusan perniagaan
- Isu penandatangan cek
• Allocate siap² kos pengurusan syarikat
Klik link untuk Perancangan & Perundingan :
http://www.wasap.my/60102799585/PewarisanHarta
*Rancang Harta Urus Pusaka Kini Tepat & Mudah*
19/01/2023
Hartanya ada satu sahaja. Sebuah rumah di kampung. Anaknya p**a empat orang. Siapakah bakal mewarisi? Ada yang berkata, dia memilih semua anaknya mendapat rumah itu. Kongsi-kongsilah empat beradik, bila balik kampung ada rumah untuk menginap.
Namun, empat beradik itu bukan anak kecil lagi. Mereka sekarang sudah ada keluarga sendiri. Rumah yang dahulu menjadi tempat membesar kini tidak lagi selesa dihuni.
Anak mula jarang p**ang kerana tidak ada yang mengambil tanggungjawab menjaga rumah itu.
‘Takkan saya sahaja yang nak jaga rumah. Rumah ini milik semua.’
Itu kata seorang anak yang sudah bosan kerana hanya dia yang mengeluarkan wang membaik pulih rumah tua. Hendak diduduki, ada yang membantah kerana ia disifatkan milik semua.
Kerosakan rumah semakin besar dan mereput. Ia ditinggalkan dan akhirnya rumah itu tidak dikunjungi lagi kerana masing-masing tidak mahu mengambil tanggungjawab. Ada yang mahu, tidak berani p**a kerana ia rumah pusaka, di atas geran tercatat semua nama.
Inilah konflik yang sering berlaku, kerana ibu bapa mahu anak mereka berkongsi harta yang satu dan merapatkan hubungan. Namun inilah yang terjadi, adik-beradik bertelingkah dan berenggang kerana harta yang satu itu.
Lalu, bagaimana? Empat orang anak, hendak beri pada siapa? Rumah sebuah sahaja. Inilah sebabnya kita diberi pilihan HIBAH.
Perancangan penyelesaiannya...???
Jom...! Ayuh Diskusi..
Share on WhatsApp
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.
18/01/2023
Kejadian TAK TERDUGA, mungkin boleh berlaku bila-bila sahaja.
TANPA perancangan pewarisan harta yang KOMPREHENSIF, adakah anda YAKIN akan ada PIHAK yang SIAP SIAGA MEMBELA PEWARIS ANDA??
MENGURUSKAN HARTA WARISAN ANDA SECARA PROFESSIONAL??
MENGURUSKAN HUTANG PIUTANG ANDA??
Dan lain-lain lagi...!
Untuk mendapatkan idea dan perundingan PERCUMA...
AYUH DISKUSI!!
http://www.wasap.my/60102799585/lhperundingKIT