Pengurusan Dan Perancangan Harta Islam

Pengurusan Dan Perancangan Harta Islam

Share

ONE STOP CENTRE SERVICE

18/02/2022

Ya Allah forgive all of us, our beloved parents, family and children with Your Rahmah

Ya Allah, bless all of us on straight path with Sihat wa Al- Aafiyyah and Success in dunia and akhirat

19/07/2021

‏اللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ، لا إِلهَ إِلاَّ اللهُ واللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ وَِللهِ الحَمْدُ

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, indahnya persaudaraan dan manisnya berkongsi nikmat dan rezeki Tuhan. Semoga kita terus bersatu hati dalam perjuangan melawan pandemik COVID-19.

17/07/2021

Betul ke orang Islam tak boleh rancang harta pusaka untuk tetapkan siapa yang dapat harta pusaka kita? BETUL .... kita tak boleh rancang harta pusaka kerana selepas pemilik harta mati, pemilik mutlak ke atas harta pusaka itu ialah waris faraid. Tiada sebarang khilaf tentang hal ini.
Harta pusaka hanya boleh DIURUS sahaja yang bermaksud ia perlu melalui kronologi agihan yang betul, dibawa ke dalam proses perundangan di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil, ditetapkan siapa pewaris harta itu di dalam perintah pembahagian dan akhirnya diagih oleh pentadbir yang dilantik kepada waris yang berhak seperti di dalam perintah pembahagian atau persetujuan sesama waris.

HARTA BOLEH DIRANCANG TAK?
Berbeza dengan harta pusaka yang tidak boleh dirancang agihannya kerana pemilik mutlaknya ialah waris faraid, HARTA boleh dirancang oleh pemilik harta kerana dia masih hidup hari ini dan harta itu dibawah penguasaannya.
Pemilik harta boleh menghibah, mewasiat, mewaqaf, mengamanahkan hartanya kepada sesiapapun yang dikehendakinya kerana harta itu milik dia hari ini dan dia masih hidup jadi terserahlah kepadanya untuk buat apa sahaja ke atas hartanya.

KENA FAHAM APA BEZA URUS HARTA PUSAKA DAN RANCANG HARTA.
Ramai orang kita termasuklah orang di dalam industri pewarisan harta sendiri yang tidak faham apa beza URUS HARTA PUSAKA dan RANCANG HARTA PUSAKA.
Saya biasa jumpa dipromosikan dalam media sosial, RANCANGLAH HARTA PUSAKA anda hari ini. Saya ulangi harta pusaka tidak boleh dirancang agihannya kerana atas status ia sebagai harta pusaka, ia milik mutlak waris faraid.

AYAT YANG BETUL IALAH RANCANGLAH HARTA ANDA HARI INI.
Ini barulah ayat yang betul kerana atas status harta itu milik pemilik harta dan pemilik harta masih hidup, dia bebas merancang hartanya mengikut kaedah hibah, wasiat, waqaf atau amanah kepada sesiapapun yang dikehendakinya.
Jika anda jika anda masih hidup dan nak rancang supaya harta anda diterima oleh orang-orang tertentu seperti pasangan atau anak-anak, maka bertindaklah sekarang sebelum mati.
Kalau dah mati, harta pusaka tidak boleh lagi dirancang kerana ia memang menjadi milik mutlak waris faraid (atau secara permuafakatan / takharruj). Jangan keliru ya.

Sumber : Ariffin Sabirin Official

Jika ingin tahu lebih lanjut berkenaan Perancangan dan Pengurusan Harta Pusaka Islam, boleh hubungi kami di talian:
https://www.wasap.my/60195146384/Hibah



10/07/2021

Boleh jual & bahagi duit sama rata. Jika sayang pada tanah tersebut minta adik beradik yang berkemampuan untuk beli bahagian yang satu lagi dan bagi tunai kepada adik beradik yang tak boleh masuk nama.

INGAT!!! Jangan lambatkan pembahagian, jika salah seorang adik beradik meninggal bahagiannya akan jadi berlapis lebih2 lagi jika dah berkahwin dan ada anak.

Jika ingin tahu lebih lanjut berkenaan Perancangan dan Pengurusan Harta Pusaka Islam, boleh hubungi kami di talian:
https://www.wasap.my/60195146384/Hibah



04/07/2021

Proses dokumentasi mestilah dibuat semasa hidup. Pelaksanaan pindah milik kepada penerima hibah akan dilaksanakan selepas kematian penghibah.

Walaubagaimanapun anda boleh meletakkan syarat tambahan bagi melaksanakan pindah milik antaranya adalah:
- Koma
- Penyakit kritikal
- Lumpuh kekal
- Penghibah menarik diri daripada hibah

Jika ingin tahu lebih lanjut berkenaan Perancangan dan Pengurusan Harta Pusaka Islam, boleh hubungi kami di talian:
https://www.wasap.my/60195146384/Hibah



04/07/2021

Ya Allah,Engkau eratkanlah hubungan kami sekeluarga dalam mencari redhaMu. Semoga kami sekeluarga sentiasa berkasih sayang selamanya. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

03/07/2021

Maknanya harta itu atas nama suami. Isteri tak boleh buat hibah sebab bukan milik mutlak isteri.

Jika ingin tahu lebih lanjut berkenaan Perancangan dan Pengurusan Harta Pusaka Islam, boleh hubungi kami di talian:
https://www.wasap.my/60195146384/Hibah



25/06/2021

Isteri menghibahkan rumah kepada suaminya. Nama isteri tersebut masih kekal di geran rumah dan tidak perlu tukar nama. Sepanjang isteri hidup dia boleh tinggal di rumah tersebut seperti biasa. Rumah itu dituntut menjadi milik suami apabila isteri meninggal dunia.

Jika suami meninggal dahulu, rumah itu tidak perlu difaraid kepada waris suami kerana rumah tersebut akan patah balik menjadi hak milik isteri (hibah ruqba).

Suami tidak boleh halau isteri dari rumah tersebut kerana sepanjang hidup isteri nama geran rumah tersebut masih kekal nama isteri. Tuntutan rumah sebagai hibah hanya boleh dibuat oleh suaminya selepas isteri meninggal.

Jika ingin tahu lebih lanjut berkenaan Perancangan dan Pengurusan Harta Pusaka Islam, boleh hubungi kami di talian:
https://www.wasap.my/60195146384/Hibah



15/06/2021

Ia adalah HIBAH. Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘Iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat.
Mengikut pembahagian harta secara faraid, hanya waris-waris si mati sahaja yang layak mendapat harta pusaka. Mengikut konsep wasiat p**a, ia hanya boleh dibuat kepada bukan waris sahaja. Namun, hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh pemberi hibah sama ada ia merupakan waris atau bukan waris.
Oleh itu rancanglah harta dengan sebaiknya sebelum anda pergi meninggalkan yang tersayang buat selamanya.

Jika ingin tahu lebih lanjut berkenaan hibah, boleh hubungi kami di talian:
https://www.wasap.my/60195146384/Hibah



10/06/2021

Pada asasnya wasiat hanya diberikan kepada bukan waris kerana tujuannya adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mengharapkan pahala. la juga diharap dapat memenuhi segala kekurangan yang ada ketika hayat.

Dalam situasi kes ini isteri merupakan waris yang berhak menerima pusaka jika pewasiat meninggal dunia kelak. Bagaimanapun, wasiat kepada ahli waris masih boleh dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan dari ahli waris yang lain. Perlu diingat, ahli waris yang dimaksudkan mestilah ahli waris semasa kematian pewasiat dan bukan ahli waris semasa hayat pewasiat. Jika kesemua ahli waris bersetuju dengan wasiat yang dibuat maka perlaksanaan wasiat tersebut boleh dilaksanakan.

Jika ingin tahu lebih lanjut berkenaan Perancangan dan Pengurusan Harta Pusaka Islam, boleh hubungi kami di talian:
https://www.wasap.my/60195146384/Hibah



09/06/2021

Betulkah barang dapur mesti difaraidkan?

Secara hukum ya memang segala harta yang ditinggalkan si mati, termasuk barang dapur, menjadi harta pusaka dan mesti difaraidkan.
Barang dapur seperti beras, gula, minyak dan sebagainya dibeli oleh si mati semasa hayatnya sebagai satu tanggungjawabnya kepada keluarga untuk memberi makan kepada anak isterinya, maka barang dapur tersebut tidak lagi termasuk sebagai harta pusaka.

Kerana jika difahami keadaan ini sebenarnya si suami telah pun memberikan (hibah) barang dapur tersebut kepada ahli keluarganya. Maka bolehlah anak isteri menggunakannya tanpa perlu mendapatkan kebenaran dari waris faraid yang lain (jika ada).
Cuma masalah yang timbul adalah situasi tersebut tidak jelas kerana tidak ada sebarang lafaz akad yang menyatakan pemberian tersebut. Ia hanya difahami secara urf sahaja.
Jadi timbul kekeliruan berkaitan masalah ini, sama ada barang dapur perlu difaraidkan atau tidak.
Apa pun, dengan naluri insan, tergamakkah waris si mati yang lain nak menuntut juga barang-barang dapur yang ada di dalam rumah?
Sekalipun kalian ada hak faraid atas barangan tersebut, tidaklah salahnya melepaskan hak faraid untuk diberi kepada balu dan anak-anaknya.
Kita tak rugi apa pun, malah mendapat pahala lagi. Percuma saja!

Jika ingin tahu lebih lanjut berkenaan Perancangan dan Pengurusan Harta Pusaka Islam, boleh hubungi kami di talian:
https://www.wasap.my/60195146384/Hibah



07/06/2021

Tidak perlu, kerana hak pewasiat melakukan kebajikan adalah 1/3 dari harta tersebut. Jika harta yang nak diwasiatkan lebih dari 1/3 maka hanya 1/3 sahaja yang boleh diwasiatkan. Baki selebihnya perlu dikembalikan kepada waris.

Bagi untuk memberikan semua harta kepada anak angkat, pemilik harta mestilah buat hibah terlebih dahulu.

Jika ingin tahu lebih lanjut berkenaan Perancangan dan Pengurusan Harta Pusaka Islam, boleh hubungi kami di talian:
https://www.wasap.my/60195146384/Hibah



Want your business to be the top-listed Accountant in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Station 18 Ipoh
Ipoh
31650