03/02/2020
Kini etiqa memberi perlindungan sepenuhnya daripada jangkitan coronavirus 💪🏼
Saya menyediakan perkhidmatan konsultasi kewangan anda secara percuma! Bertindak sekarang dan dapatk
03/02/2020
Kini etiqa memberi perlindungan sepenuhnya daripada jangkitan coronavirus 💪🏼
29/01/2020
SALAH FAHAM MENGENAI TUNTUTAN HARTA PUSAKA
Puan sebagai isteri, sebenarnya boleh beli polisi Takaful ke atas suami puan. Apa-apa jadi kat suami, puan dapat gantirugi 100%, hak milik penuh, tak payah bagi kat orang lain atau ikut Faraid.
Ramai orang ingat bila dah letak nama isteri sebagai pemilik bersama dah secure rumah tu dari tuntutan orang lain.
Ya betul, letak nama isteri sebagai pemilik kedua walaupun dia tak sumbang 1 sen pun ia dikira hibah kepada isteri.
Maksudnya hak suami 50% hak isteri 50%
Tapi.. hakikatnya bahagian hak suami tu perlu difaraidkan mengikut hukum faraid yang telah ditetapkan.
▶️ Kalau ikut faraid, isteri akan dapat 1/8 saja.
▶️ Kalau bermadu p**a, akan dapat 1/16 je
Rasa-rasa puan, berbaloi tak dengan pengorbanan puan selama ni?
Sebab tu la puan-puan boleh ambik takaful untuk suami dan letakkan puan sebagai penerima hibah. Hibah 100% tu hibah bersyarat yang akan jadi hak milik puan
Bila berlaku situasi yang mana bahagian suami tu perlu difaraidkan dan mak/ayah mertua tuntut bahagian dia, kita tak risau.
Kalau rumah tu RM 500,000
50% dah jadi hak isteri
50% lagi akan difaraidkan
So jadilah :
1/6 ayah RM 41,666
1/6 mak RM 41,666
1/8 isteri RM 31,250
See, sikit kan bahagian hak isteri?
Kalau digabungkan hak mak dan ayah mertua tu dah jadi RM33,332.
Persoalannya, mana isteri nak cekau duit untuk bayar bahagian mak dan ayah mertua tadi?
Dah la arwah suami tak buat hibah untuk duit simpanan dalam bank, kwsp, saham, dll. So nak tunggu duit tu difaraidkan lambat.
Adik beradik ipar dah dok tanya. Dah dok tekan bila nak bagi hak dan bahagian mak bapak depa untuk rumah tu.
Kalau isteri tu hanya surirumah yang tak ada sumber pendapatan, tambahan kena tekanan macam mana nak selesaikan?
Ini bukannya rekaan semata-mata. Baru ni team saya handle pampasan kematian client bernilai RM140k. Tak sampai 2 minggu dah dengar bunyi-bunyi dari pihak ipar untuk bahagian itu ini.
Dah la baru hilang suami, tengah sedih, nak jaga anak-anak, nak survive tanpa suami.
Ni tambahlah p**ak tekanan dari pihak adik beradik dan mak pak mertua. Kesian tau. Saya sedih sangat-sangat bila tau keadaan macam ni.
Sebab tu la saya sarankan kepada kakak, adik, makcik, puan-puan kat luar sana utk duduk sembang dgn suami masing-masing pasal hibah ni.
Tanya la suami masing-masing "Abang dah hibahkan kat sayang ke untuk bahagian rumah kita ni?"
Ataupun, tanya suami "Abang dah sediakan hibah atas nama sayang tak jika esok abang dh tak ada lagi, syg nk handle semua perkara-perkara yang tak dijangka"
First sekali tengok nama pemilik rumah tu, ada tak letak nama puan-puan sekalian?
Kalau ada, alhamdulillah. Then buat la pengiraan berapa agaknya bahagian 1/6 mak dan ayah mertua.
So, ambil la sebuah polisi takaful untuk bahagian tersebut. Contohnya
Harga rumah RM 500,000
50% hak isteri RM 250,000
50% hak suami RM 250,000
Hak mak & ayah mertua : RM 83,332 (1/6 x2)
So isteri ambik polisi bernilai RM 250,000 & hibah kat isteri 100%.
Baki dari tu boleh la buat bayar hutang ke apa ke.. benda ni kita plan untuk perkara yang tak terduga macam ni la.
Saya bukannya nak hasut ke buruk sangka. Tapi perkara ni dah banyak terjadi. Cuma nak elakkan puan-puan terkena perkara yang sama. Tu je
Apa yang saya nk highlights kat sini adalah jika isteri tak ada duit nak tebus bahagian mak ayah, kebarangkalian tinggi rumah akan dijual.
Bila jual, hasil jualan akan diberikan kepada mak ayah dll (saya rasa hampa faham)
Apabila rumah telah dijual kat mana lagi nk berteduh?
So peranan takaful kat sini adalah untuk mengelakkan daripada jual rumah tersebut ekoran pihak si isteri tak dapat nak tebus bahagian hak-hak penerima faraid yang lain.
Apabila suami hibahkan pampasan takaful kepada isteri, guna je duit pampasan tu sebagai tebus hak bahagian tadi.
Sebab tu penting bagi semua isteri-isteri kat luar sana pastikan suami ambik sekurang-kurangnya satu polisi. Faraid ni adalah hukum Allah SWT yang sangat adil dan baik. Ada sebab mak ayah dapat bahagian yang lebih.
Tapi yang jadi masalahnya adalah manusia ni.
Depa memanip**asi hukum dan mengambil kesempatan atas semua ni. Apa yang jadi, kesannya kepada balu yang teraniaya.
Contoh kes yang jadi dalam masyarakat adalah seperti dibawah ni "Isteri kena halau dgn ipar duai apabila suami meninggal dunia"
Recommendation saya adalah ambik 1 polisi takaful yg sum cover dia 100% harga rumah, atau 50% harga rumah ataupun minimum 1/6 bahagian mak ayah mertua
Apa-apa pertanyaan boleh dm saya atau WhatsApp di 013-2275636 atau terus klik pada link ni
https://wa.me/60132275636
Saya sedia berkongsi tentang plan hibah suami kepada isteri. Insyaallah semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada semua.
11/12/2019
09/12/2019
APA ITU HIBAH???
Makna Hibah
Hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris.
Perlu diingat, kesan daripada hibah, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid.
Semua orang wajar mempelajari hukum faraid dan hibah dengan mendalam secara berguru dan dapatkan nasihat daripada mereka yang bertauliah serta tidak menggunakan perkara ini untuk mencari keuntungan.
Hibah ada dua jenis iaitu:
1.Hibah mutlak
2.Hibah bersyarat (takaful)
Di bawah hibah mutlak, ia berkuat kuasa serta-merta. Sekiranya penukaran hak milik sudah dibuat, ia terus menjadi hak si penerima. Penerima berhak membuat apa saja dengan haknya termasuk menjualnya. Dari sudut faraid p**a, sekiranya penerima meninggal dunia, ia menjadi harta pusaka penerima.
Hibah bersyarat p**a penghibah meletakkan sesuatu syarat sampingan bersama-sama.
“Boleh menggunakan hibah bersyarat. Sekali lagi, kita buatlah surat hitam putih sebagai bukti. Saksi adalah pilihan. Dalam surat hitam putih itu ditulis, hibah ini berkuatkuasa sebaik pemberinya meninggal dunia dan sekiranya penerima yang dipilih itu mati dahulu, ia kembali kepada pemberi supaya boleh diberikan kepada penerima baru. Jadi tidak wujud kerisauan sekiranya penerima mati dahulu daripada pemberi dengan menggunakan hibah bersyarat ini,” kata Ustaz Khairul.
Memahami Konsep Hibah
Hartanya ada satu sahaja. Sebuah rumah di kampung. Anaknya p**a empat orang. Siapakah bakal mewarisi? Ada yang berkata, dia memilih semua anaknya mendapat rumah itu. Kongsi-kongsilah empat beradik, bila balik kampung ada rumah untuk menginap.
Namun, empat beradik itu bukan anak kecil lagi. Mereka sekarang sudah ada keluarga sendiri. Rumah yang dahulu menjadi tempat membesar kini tidak lagi selesa dihuni.
Anak mula jarang p**ang kerana tidak ada yang mengambil tanggungjawab menjaga rumah itu.
‘Takkan saya sahaja yang nak jaga rumah. Rumah ini milik semua.’
Itu kata seorang anak yang sudah bosan kerana hanya dia yang mengeluarkan wang membaik pulih rumah tua. Hendak diduduki, ada yang membantah kerana ia disifatkan milik semua.
Kerosakan rumah semakin besar dan mereput. Ia ditinggalkan dan akhirnya rumah itu tidak dikunjungi lagi kerana masing-masing tidak mahu mengambil tanggungjawab. Ada yang mahu, tidak berani p**a kerana ia rumah pusaka, di atas geran tercatat semua nama.
Inilah konflik yang sering berlaku, kerana ibu bapa mahu anak mereka berkongsi harta yang satu dan merapatkan hubungan. Namun inilah yang terjadi, adik-beradik bertelingkah dan berenggang kerana harta yang satu itu.
Lalu, bagaimana? Empat orang anak, hendak beri pada siapa? Rumah sebuah sahaja. Inilah sebabnya kita diberi pilihan hibah.
Pilihan Hibah
Kini, ramai semakin tahu fungsi hibah dan berasakan ia penyelesaian terbaik. Namun, hibah itu sendiri mempunyai ilmu yang meluas. Belajar dan bergurulah untuk mengetahuinya lebih mendalam. Apabila ilmu tidak ada, kita akan membuat keputusan yang kelak membuatkan ramai insan teraniaya. Apabila sesuatu harta sudah dihibah ketika pemberi hidup, kita tidak berhak mempertikaikannya.
Peniaga dalam talian, Adha Mansor, 38, yang ditanya kefahamannya mengakui tahu hibah itu adalah hadiah.
“Setahu saya, hibah adalah hadiah untuk ahli keluarga atau mereka yang disayangi dan ia dilakukan ketika masih hidup,” katanya.
Puan Adha mahu menggunakan hibah dalam pembahagian hartanya kelak kerana baginya ia antara cara terbaik mengelak pertelingkahan di kemudian hari.
“Juga ini peluang untuk memudahkan proses pembahagian harta apabila kita sudah mati kelak. Sebagai isteri dan ibu, saya memang akan memilih kaedah hibah ini. Jika ada lebih harta baru buat faraid,” katanya.
Seterusnya, Puan Zaidatul Akhmar, 49, juga memahami hibah adalah pemberian hadiah. Dia juga akan memilih hibah bagi pembahagian hartanya kelak.
“Faraid sesuatu yang sudah tetap dalam hukum tetapi saya akan pilih hibah. Ramai lagi yang tiada pendedahan mengenai hibah ini,” akui Zaidatul.
Puan Raja Saliza Jaafar, 49, p**a berkata tidak banyak yang diketahui mengenai hibah. Namun dalam pengetahuannya, dia nampak hibah lebih sesuai dengan dirinya.
Hibah makin dikenali dan semakin ramai yang mahu menggunakannya. Keadaan ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya, adakah hibah jalan terbaik dan lebih elok berbanding faraid? Ada juga yang ragu-ragu. Sekali lagi, bertanyalah kepada mereka yang arif mengenai hukum-hakam hibah.
Buatlah Kontrak
Tidak dinafikan, bukan semua orang perlukan hibah. Ada yang berasakan hartanya lebih selamat dan adil menggunakan hukum faraid. Dia mahu semua waris mendapat secara adil. Ada yang tidak peduli kerana memikirkan selepas mati, hartanya adalah urusan masalah waris. Ada juga risau akan melukakan hati warisnya sekiranya dia berhasrat untuk hibah. Semua itu adalah pilihan masing-masing.
Namun, ada keperluan mendesak terhadap hibah contohnya orang yang tiada anak, mereka yang hanya ada anak perempuan, si bujang sebatang kara, yang mempunyai anak angkat dan banyak lagi kes lain.
Bolehkah sekiranya kita mahu menghibahkan semua harta kita?
Boleh! In jawapan Pensyarah Syariah di Aqrab al Istiqomah, Melaka Ustaz Khairul Che Salleh. Hibah sesuatu yang murni dan besar pahalanya. Hibah boleh diberikan tanpa had. Sebanyak mana pun boleh. Ia adalah hak pemberi.
“Perlu diingat, hibah adalah perkara yang berbeza dengan faraid. Ia tidak ada kena- mengena langsung dengan faraid. Ini kena jelas. Faraid adalah mekanisme menguruskan harta si mati supaya ia diuruskan dengan adil dan diberikan kepada yang berhak.
“Hibah p**a hak seseorang yang hidup untuk mencapai keredaan Allah. Banyak dalil mengenai hibah, antaranya surah ali-Imran ayat 133 dan 134. Daripada perspektif muamalah, ini adalah dorongan untuk manusia membuat kebaikan,” jelasnya.
Menurut Ustaz Khairul, hibah adalah perbuatan yang lebih mulia daripada memberi hadiah. Hibah dan hadiah, dalam masyarakat Arab adalah berbeza. Dorongan memberi ini memang disuruh Allah dan tiada kena-mengena dengan faraid.
“Jangan salah faham dengan isu hibah contohnya dakwaan hibah ini tidak kuat berbanding faraid atau walaupun sudah hibah, faraid akan diguna pakai juga.
“Ada empat rukun hibah, pertama ialah pemberi, kedua penerima, ketiga harta yang hendak dihibah dan keempat ijab kabul. Rukun keempat ini sangat penting kerana ia bermaksud kontrak. Kontrak ini berdasarkan surah al-Baqarah ayat 282. Ia keperluan penting sebagai rujukan dalam hitam putih. Buatlah surat secara bertulis dan sahkannya.
Bolehkah mencabar hibah?
“Mengapakah mahu mencabar hibah sedangkan ia sudah jelas dan ada bukti hitam putih? Sekiranya ada penipuan, orang yang menipu itulah yang menanggung dosanya. Selagi penerima mempunyai bukti hitam putih yang sah, kita kenalah terima,” katanya.
Walaupun ada ketikanya berlaku hibah secara mulut sebagai contoh, suami memberitahu isterinya dia mahu menghibahkan rumahnya kepada si isteri, ia sebenarnya sudah sah. Jadi tidak perlu pertikai lagi.
“Saya terkenangkan ramai ibu tunggal yang kematian suami akhirnya hidup dalam keadaan sengsara sebab tidak tahu hak mereka dalam faraid. Paling utama, mereka tidak tahu boleh menerima hibah sebelum berlaku kematian. Mereka p**a disuruh meninggalkan rumah walhal suami pernah beritahu, rumah itu diberi kepadanya.
“Ingatlah, hibah perlu dilakukan sewaktu hidup. Apa yang dibuat selepas kematian memanglah tidak boleh menjadi hibah kerana selepas kematian, semua harta menjadi harta pusaka dan ia tertakluk kepada faraid. Hibah diberi daripada seorang yang hidup, sedar dan berakal sihat kepada seorang yang sihat, sedar dan berakal juga. Ia sudah sah. Orang lain tidak boleh lawan sebab ia hibah dan berlaku ketika pemberi hidup,” katanya.
Ini bermaksud, apabila harta sudah dihibah secara sah, tetapi jika ada yang mahu merampasnya maka mereka yang terbabit itu melakukan dosa.
Jadi, jom bertindak sekarang!
Klik link di bawah untuk dapatkan info lanjut MENGENAI HIBAH:
https://perundingkewanganipoh.wasap.my
https://perundingkewanganipoh.wasap.my
https://perundingkewanganipoh.wasap.my
AZAM ACHIEVER MANAGEMENT CONSULTANCY
16/11/2019
APA ITU TAKAFUL?
Takaful mengikut tafsiran syara’ ialah pakatan satu kump**an untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain. Konsep ini bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan masyarakat selari dengan konsep taa’wun (kerjasama). Istilah Takaful yang digunakan dalam perniagaan adalah konteks insurans yang dijalankan secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekump**an peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.
Takaful ialah satu pelan insurans yang memiliki ciri patuh Shariah. Ini bermaksud di bawah Takaful, terdapat banyak produk patuh Shariah yang lain seperti Takaful perubatan, Takaful kenderaan, dan banyak lagi. Istilah Takaful juga merujuk kepada konsep insurans Islamik yang berasaskan kerjasama bersama, dimana segala risiko dan dana dikongsi bersama. Bantuan kewangan juga disediakan dibawah Takaful yang dikenali sebagai Tabarru’ (sedekah) dengan dana yang disumbang oleh individu dibawah perlindungan Takaful.
Syarikat Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1985 selepas penggubalan Akta Takaful 1984. Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association MTA) ialah badan yang bertanggungjawab untuk menjadi rujukan untuk semua perkara berkaitan Takaful di Malaysia. Selain itu, industri Takaful di Malaysia turut dikawal selia oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
CIRI-CIRI TAKAFUL:
Perkongsian risiko – risiko tidak hanya ditanggung oleh syarikat insurans sepertimana insurans konvensional, tetapi turut ditanggung oleh semua pihak dibawah Takaful tersebut.
Polisi ‘no claim cashback’ – jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh perlindungan tersebut, anda akan terima rebat tunai dari syarikat Takaful anda. Jumlah rebat tersebut ditentukan oleh syarikat Takaful dan tiada jumlah tetap.
Patuh Shariah – perlu mematuhi undang-undang Shariah dan tidak terlibat dalam sebarang transaksi haram.
SALAH FAHAM TERHADAP TAKAFUL
Takaful Hanya untuk Muslim
Takaful terbuka untuk semua, dan individu bukan Muslim juga boleh medapatkan perlindungan Takaful atau menjadi ejen Takaful. Kurang tahap kesedaran dan salah faham mungkin sebab mengapa ramai berfikiran Takaful hanya untuk golongan Muslim, padahal perlindungan Takaful luas dan tanpa sepadan. Jadi, masyarakat perlu tahu terdapat banyak pelan insurans yang boleh dimohon selain pelan konvensional.
Prinsip asas takaful berbeza dengan insurans konvensional
Takaful dan insurans konvensional berkongsi prinsip asas dan objektif yang sama. Kedua-duanya melindungi individu dan badan korporat dari kerugian dan bahaya. Terdapat objektif sama iaitu untuk meringankan beban kewangan yang tercetus dari bencana dan kemalangan.
13/11/2019
KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM
Hari ini, dunia telah pun memberikan pengiktirafan kepada sistem kewangan Islam. Pada masa kini, negara kita dilihat sebagai pelabuhan kewangan Islam yang sangat berkembang dan bergerak maju ke hadapan. Dari itu, hal ini merupakan penyelesaian yang paling tepat dan mudah bagi umat Islam khususnya di negara kita untuk menjalankan urusniaga dan menguruskan kewangan secara sistematik serta patuh syariah. Tiada lagi alasan bagi umat Islam untuk mengelak daripada menyelesaikan masalah pengurusan kewangan mereka. Tiada lagi perkataan ‘darurat’ dan ‘terpaksa’ yang boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh umat Islam hari ini, kerana semuanya telah tersedia mengikut acuan al-Quran dan as-sunnah.
Dari aspek simpanan wang, pelaburan, takaful sehinggalah kepada pembiayaan modal perniagaan, semuanya mampu disediakan oleh sistem kewangan Islam. Aspek pengurusan kewangan peribadi seperti pelaburan untuk masa hadapan, takaful dan insurans nyawa untuk diri dan keluarga juga mampu ditawarkan, begitu juga untuk tujuan perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kad debit dan kredit telah tersedia untuk kita manfaatkan dan pada masa yang sama beroleh keberkatan kerana membantu perkembangan sistem ini. Di samping aspek pengurusan kewangan untuk kelestarian hidup dunia pada masa hadapan, Islam turut memberikan peluang kepada umatnya melaksanakan pelaburan untuk kelestarian akhirat seperti sedekah dan wakaf. Amalan wakaf juga sebahagian daripada sistem ekonomi dan kewangan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada penyumbang, malah terus menerus membantu perkembangan ekonomi dan kebaikan sosial. Marilah kita jadikan kehidupan ini bukan sahaja baik untuk diri kita, malah dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain..” (HR al-Bukhari & Muslim)
RESOLUSI PENGURUSAN KEWANGAN
Bagi mencapai pengurusan kewangan yang sistematik, perancangan tersusun amat diperlukan. Di sini dicadangkan lima (5) Resolusi Pengurusan Kewangan sebagai panduan bersama di dalam menguruskan kewangan secara sistematik, di antaranya:
PERTAMA: MENETAPKAN MATLAMAT DI DALAM KEWANGAN
Penetapan matlamat kewangan akan mewujudkan aliran kewangan yang teratur dan tersusun tanpa sebarang gangguan terhadap sumber kewangan sedia ada. Hal ini akan mengelakkan daripada berlakunya pembaziran seterusnya mengawal selia perbelanjaan agar tidak berlebihan dan berbelanja untuk perkara yang tidak perlu. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya pembaziran itu adalah saudara kepada syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya”
(Surah Al-Isra’:27)
KEDUA: MENINGKATKAN PENGETAHUAN PENGURUSAN KEWANGAN
Melalui agensi pengurusan kewangan kerajaan dan swasta, terdapat pelbagai bentuk informasi dapat diperolehi. Malah, agensi tersebut juga menyediakan seminar dan kursus pengurusan kewangan dan hutang dalam usaha memberikan pendidikan kepada seluruh masyarakat. Di antara agensi yang terlibat seperti Unit Khidmat Nasihat Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Jabatan Insolvensi Malaysia dan eTiQa Takaful. Adalah satu kebaikan jika institusi perbankan dan kewangan swasta turut sama memainkan peranan dalam menyediakan program dan aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap pengurusan kewangan. Teruskan usaha untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan yang akhirnya pengetahuan itu akan membantu menguruskan kewangan dengan baik.
KETIGA: PENGURUSAN HUTANG DENGAN BIJAKSANA
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mengambil harta manusia, dengan niat ingin menghancurkannya, maka Allah SWT juga, akan menghancurkan dirinya.” (HR al-Bukhari)
Setiap individu tidak akan terlepas daripada hutang-piutang seperti pembiayaan perumahan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, berazamlah untuk melunaskan segala hutang- piutang kerana ianya bukan sahaja menjadi beban di dunia malah di akhirat.
KEEMPAT: MELANGGAN PRODUK TAKAFUL SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIBAH
Adalah tidak patut bagi mereka yang berharta untuk terus menyimpan sahaja tanpa ada usaha untuk mengembangkan harta tersebut. Harta perlu dikembangkan melalui beberapa kaedah yang disediakan seperti pelaburan dan sebagainya. Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam Surah Yusuf yang bermaksud:
“Dia (Yusuf) berkata: “Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.”
Takaful ialah produk perlindungan yang berlandaskan syariah. Kontrak takaful berbeza dengan insurans kerana ia menggunakan konsep ‘bantu-membantu’ dalam kalangan peserta takaful. Tiada unsur faedah dan ketidakpastian (gharar) sebagaimana sebuah kontrak insurans.
Orang awam kadangkala menghadapi dilema apabila ejen takaful mempromosi pelan perlindungan yang ada di pasaran. Hal ini berlaku kerana terdapat terma yang kurang difahami dan ejen tidak memberi penjelasan yang mudah dan mencukupi.
Produk takaful adalah keperluan bagi anda yang mempunyai tanggungan dan sebagai persediaan menghadapi musibah seperti sakit. Anggap ia suatu perbelanjaan untuk masa depan. Peserta takaful membuat sumbangan secara bulanan dengan kadar yang telah ditetapkan. Sumbangan ini nampak kecil kerana dibuat secara konsisten setiap bulan. Apabila berlaku musibah, operator takaful akan membayar manfaat perlindungan kepada peserta.
Semua peserta dalam pelan takaful seolah berpegangan tangan, jika seorang peserta terjatuh yang lain akan membantu dan menghulurkan tangan supaya dia dapat bangun semula atau sekurang-kurangnya keluarganya dapat bangkit daripada beban kewangan yang melanda.
Walaupun betapa berhati-hatinya anda dalam menjalani kehidupan, anda tidak boleh mengelak daripada berdepan dengan kemalangan. Takaful telah direncanakan untuk melindungi harta anda daripada kemalangan, kesakitan, kecacatan, dan kematian. Matlamat anda adalah untuk mendapatkan takaful yang sesuai bagi setiap perkara takaful
utama (hidup, kesihatan, kecacatan, kekayaan dan tanggungan).
KELIMA: MELIBATKAN AHLI KELUARGA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN
Firman Allah SWT di dalam Surah At-Tahrim, ayat 6 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-Malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
Keterlibatan ahli keluarga terdekat adalah perlu untuk memastikan perancangan dan penyusunan kewangan menjadi teratur serta mencapai matlamat yang ditetapkan. Didiklah anak-anak untuk menyimpan daripada lebihan wang saku dan berbelanja untuk perkara yang perlu sahaja. Pada masa yang sama, bawa kepada pengetahuan keluarga tentang komposisi hutang piutang yang ada, sempurnakan wasiat agar dengannya semua proses pembahagian harta selepas peninggalan kita dapat dijalankan dengan sempurna.
06/11/2019
MANUSIA SEBAGAI PENGURUS
Manusia diciptakan oleh Allah SWT untuk mentadbir dan menguruskan kehidupan mereka di dunia. Surah al-Baqarah ayat ke 29 menggambarkan satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul oleh manusia khususnya umat Islam sebagai khalifah atau pentadbir alam ini. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.”
Semua ini adalah dengan satu tujuan iaitu mengharapkan redha serta rahmat Allah di dunia dan akhirat. Perancangan dan pengurusan kewangan juga adalah salah satu elemen di dalam kuasa pentadbir yang dirangkumkan bersama sifat khalifah seperti yang dinyatakan tadi.
Jika diperincikan, pengurusan kewangan amat penting bagi pembentukan kehidupan setiap individu, pembangunan masyarakat malah sehingga kepada pembinaan negara maju dan berjaya. Bagi setiap individu, keperluan kepada kewangan amat kritikal sehinggakan urusan harian menjadi keutamaan sepanjang masa demi memenuhi keperluan tersebut. Kelangsungan kehidupan semasa dan masa hadapan merupakan elemen yang diambil kira sebagai kepentingan untuk menguruskan kewangan secara terperinci dan teliti. Hakikat ini diterjemahkan p**a kepada kelangsungan interaksi sosial di antara anggota masyarakat, yang mana melalui pengurusan kewangan yang sistematik, dapat menggalakkan kehidupan yang harmoni serta mewujudkan sistem ekonomi yang stabil di dalam sesebuah komuniti sosial di dalam negara kita.
Melihat lebih jauh ke hadapan, perkembangan dan pembangunan negara juga memerlukan kepada pengurusan kewangan dan aset yang cekap serta proaktif. Hanya melalui pengurusan dan perancangan kewangan yang sistematik, negara dapat dibangunkan dengan baik dalam memenuhi cita-cita serta impian negara bangsa yang membangun. Lihatlah penegasan Allah SWT di dalam Surah Yusuf ayat 47 – 48, mengenai peri pentingnya perancangan sebelum menghadapi sesuatu perkara dan bijak dalam menguruskan kehidupan agar tidak susah di kemudian hari.
“Dia (Yusuf) berkata: “Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (bibit gandum) yang kamu simpan.”
PENGURUSAN KEWANGAN DARI PANDANGAN ISLAM
Bertitik tolak dari salah satu elemen Maqasid Syariah yang digariskan iaitu Hifz Mal (penjagaan harta), Islam sememangnya meletakkan kepentingan untuk menjaga dan menguruskan kewangan dengan baik. Islam menggalakkan umatnya untuk menghasil, mengembang dan menggunakan harta dengan bijaksana dan tersusun. Malah, melalui harta yang dikurniakan kepada manusia, akan menjadi medan ujian kepada mereka sama ada terus merasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan ataupun berada di dalam kufur serta bongkak dengan kemewahan dunia yang sementara. Harta jugalah yang akan menjadi wasilah atau jambatan kepada kelestarian taqwa manusia kepada Allah SWT. Berpandukan kepada kewajipan yang diamanahkan oleh Allah SWT seperti zakat, nafkah, sedekah dan sebagainya, manusia dapat menjadikan harta itu pemangkin kepada jawapan syurga yang didambakan di akhirat kelak.
Menurut ruang lingkup Islam, harta dan kewangan merupakan alat untuk menjamin keselesaan dan kelangsungan hidup di dunia. Kehidupan dunia perlu dijalani dengan penuh hemah dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat akhirat. Oleh itu, pengurusan yang baik, dapat menjamin kelangsungan hidup manusia dalam berkeluarga, bermasyarakat dan seterusnya memperolehi keberkatan dan rahmat dalam kehidupan. Di samping keperluan dunia, matlamat utama yang ingin dicapai sudah tentulah kejayaan akhirat yang abadi. Begitu juga harta dan kewangan adalah pemangkin kepada kejayaan ini. Maka, pengurusan harta yang bermatlamat dan mengikut kehendak syarak, akan memandu kehidupan manusia dengan baik dan mengikut acuan Islam, seterusnya mencapai matlamat redha dan rahmat Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan, (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian), kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”
(Surah al-Baqarah: 278 & 279)
Kegagalan manusia di akhirat adalah disebabkan kegagalan menuruti perintah Allah di dunia. Melalui ayat di atas, telah jelas pengharaman riba dan kesan daripada pengulangan mengamalkan riba. Sejak sekian lama manusia telah bergelumang dengan riba dalam sistem ekonomi dan kewangan. Acuan sistem kewangan telah diolah untuk mengejar keuntungan dunia semata-mata dan seterusnya umat Islam terus terjerumus ke lembah ancaman yang dijanjikan oleh Allah SWT akibat daripada tidak mengambil berat urusan halal dan haram di dalam aktiviti kewangan mereka. Fahamilah sabda Baginda Nabi SAW di dalam satu hadis yang bermaksud:
“Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ditanya tentang empat perkara: Tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya dan apa yang diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya” (HR at-Tirmidzi: Hasan Sahih)
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |