03/12/2021
Great news!
We have extended our Principal’s Private Retirement Scheme (PRS) Year End Top Up 2021 Campaign with Touch n 'Go e-Wallet Reload Pin reward until 30 December 2021.
No more excuses, grab this second chance with Principal’s PRS campaign and secure your rewards as below.
Touch 'n Go e-Wallet Reload Pin value:
• RM30 for Existing PRS Member
• RM40 for New PRS Member
For more info https://bit.ly/3BAyijU.
To top up or sign up for PRS, visit PPA portal at https://bit.ly/3CdB3bd.
04/04/2021
5 SEBAB RAMAI TIDAK MAHU MELABUR DENGAN UNIT TRUST
Unit trust adalah salah satu bentuk pelaburan yang kurang risikonya.
Mungkin tidak ramai yang kenal dengan unit trust. Tapi bila sebut je ASB, mesti terus cakap dah tahu.
ASB adalah satu bentuk unit trust yang ditawarkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Jom tengok apa sebab orang ramai tidak mahu melabur dalam unit trust:
-
1. PULANGAN DAPAT TERLALU LAMBAT
Kebanyakan kita semua mahukan p**angan atau keuntungan dengan cepat dan tak nak tunggu lama sangat.
Unit trust adalah satu pelaburan untuk jangka masa panjang dan tidak sesuai untuk jangka masa pendek. Biasanya digunakan sebagai dana ketika persaraan. Sebab tu ramai orang kita yang join skim cepat kaya. Semua nak untung cepat
-
2. KWSP SUDAH ADA
Statistik dari KWSP sendiri menunjukkan majoriti rakyat Malaysia sebenarnya tidak mampu bertahan lama dengan duit KWSP yang mereka terima.
Salah satu sebab utama adalah kos hidup yang semakin tinggi dan caruman yang tidak banyak serta pengeluaran yang sudah dibuat sebelum umur persaraan.
Tahukah anda?
Anda boleh keluarkan Akaun 1 KWSP dan pindahkan ke akaun unit trust tertakluk kepada syarat. Sila rujuk Unit Trust Consultant yang berdekatan dengan tempat anda.
-
3. MODAL TERLALU TINGGI
Ramai yang beranggapan bahawa untuk melabur dalam unit trust memerlukan modal yang tinggi. Dan ada juga yang beranggapan bahawa pelaburan ini hanya untuk orang kaya.
Tahukah anda?
Pelaburan unit trust boleh bermula dari serendah RM500 sahaja. Bagi pengeluaran KWSP akaun 1 p**a, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang tunai kerana duit dari akaun 1 KWSP boleh dipindahkan ke akaun pelaburan tertakluk kepada syarat.
Bagi orang muda, anda boleh membuat Regular Saving Plan (RSP) di mana anda boleh membuat potongan setiap bulan serendah RM200 sebagai pelaburan masa hadapan anda.
-
4. TIDAK TAHU APA ITU UNIT TRUST
Masih ramai orang awam terutama golongan muda masih tidak faham tentang pelaburan unit trust. Namun begitu, mereka lebih tahu tentang kewujudan ASB sedangkan ASB tersebut juga adalah satu dana unit trust.
Orang awam perlu diberi pendedahan tentang kepentingan pelaburan unit trust supaya lebih ramai lagi yang akan membuat pelaburan di instrument yang sesuai dengan portfolio seseorang.
Di Malaysia sahaja, terdapat pelbagai jenis dana unit trust yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dengan portfolio anda.
-
5. PULANGAN RENDAH SANGAT
Ada yang beranggapan bahawa pelaburan unit trust memberi p**angan yang rendah jika dibandingkan dengan pelaburan hartanah dan juga saham.
Apa yang boleh kami simpulkan adalah pelaburan unit trust, hartanah dan saham adalah instrumen pelaburan yang berbeza.
Setiap dari instrumen tersebut mempunyai ciri-ciri yang berbeza seperti p**angan (profit) dan risiko (risk). Sebagai seorang pelabur yang bijak, anda perlu untuk membuat portfolio yang pelbagai (diversify) supaya risiko pelaburan anda lebih terkawal.
Semoga perkongsian tentang unit trust di atas membuka minda kita terhadap instrumen tersebut.
23/11/2020
Syukur suami ada tinggalkan hibah buat meniti hari-hari.
Hidup tanpa pasangan bukan sesuatu yang mudah, kita sudah terbiasa terbang dan hinggap berpasangan..bila hilang tak kembali segala beban yang biasa dipikul bersama terus jadi lelah dan parah. Perit berdarah bukan hanya dihati.
Takaful bukan pengganti kehilangan tersayang tapi ia pasti melepaskan rantai beban kehidupan yang melemaskan.
Berhibahlah untuk yang dikasihi, pasti besar ganjarannya, didunia pun sudah ternampak...apatah lagi diakhirat kelak. Berbunga harum sampai ke Jannah
Hadiah besar arwah suami
Port Dickson: “Pemergian suami secara mengejut akibat kemalangan ketika anak-anak sedang membesar bukan sesuatu yang mudah diterima,” kata ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai, Ida, 42, di rumahnya, semalam.
08/06/2020
TIPS NAK AMBIL TAPI NAK CONSIDER DULU
1. Fokus pada PERLINDUNGAN DIRI dulu bukan KAD PERUBATAN.
2. Mulakan dengan Perlindungan Asas dulu. Gaji x 12 = Jumlah PERLINDUNGAN
3. Bila dah mampu, lindungi pendapatan kita dengan Gaji x 12 x 10= Jumlah PERLINDUNGAN PENDAPATAN
4. Tanda aras yang sihat buat takaful adalah 5%-7% dari gaji kita sahaja.
5. Pelan SIMPANAN dan PELABURAN ada resikonya, seeloknya abaikan pelan ini. Takaful khaskan kepada pelindungan tujuan ambil takaful adalah ùntuk kita buat (tuntutan). Minta agent tunjukkan fund fact sheet.
6. Ambil kad perubatan bila ada lebihan wang atau tiada perlindungan dari majikan.
7. Jika usia kita bawah 30 tahun, manfaatkan RM50 sebulan untuk perlindungan diri sekitar RM100,000.
8. Bagi usia 40 tahun kebawah, peruntukan sekitar RM100-RM150 sebulan untuk perlindungan.
9. Jika usia 50 tahun kebawah, biasanya peruntukan takaful sekitar RM300 sebulan.
Memiliki takaful perlindungan asas itu keperluan
Paling minimum buatlah adalah RM100,000 sahaja.
Semakin awal bermula, semakin baik.
01/06/2020
Persediaan untuk menghadapi situasi luar jangkaan
#1 – 52% rakyat Malaysia berasa sukar untuk menyediakan RM1,000 sekiranya berlaku kecemasan.
#2 – Hanya 24% rakyat Malaysia dapat menampung perbelanjaan sara hidup untuk sekurang-kurangnya 3 bulan atau lebih sekiranya kehilangan sumber pendapatan utama mereka (10% boleh bertahan untuk lebih daripada 6 bulan).
Ulasan: Untuk poin #1 dan #2 ini, berkait dengan dana kecemasan. Setiap orang kena ada dana kecemasan untuk menghadapi situasi-situasi yang di luar jangkaan.
#3 – Hanya 17% rakyat Malaysia mempunyai insurans hayat dan perlindungan takaful.
Ulasan: Andai ditimpa musibah seperti kematian, kemalangan, kelumpuhan, sakit, insurans hayat dan perlindungan takaful dapat membantu. Jadi, ambillah insurans hayat dan perlindungan takaful mengikut keperluan dan kemampuan sendiri.
31/05/2020
Pengurusan aliran tunai (cashflow) adalah proses asas dalam perancangan kewangan. Sangat penting untuk mencapai apa pun objektif perancangan kewangan kita.
Ideanya adalah sudah pasti matlamat kita adalah aliran tunai yang positif.
Maksud aliran tunai positif adalah, aliran masuk tunai kita (seperti Gaji bersih, Dividen, dapatan sewa, sumber perniagaan) boleh cover semua perbelanjaan kita dan kita ada lebihan p**a.
Maksud aliran tunai negatif p**a adalah sebaliknya.
Berapa kerap kena buat semakan aliran tunai?
Ianya sepatutnya berkala contohnya sebulan sekali atau 3 bulan sekali atau setengah tahun sekali. Paling malas buatlah setahun sekali. Ini untuk pastikan kita keep track dan mampu buat keputusan seterusnya untuk melepaskan tengkok dari serabut kewangan.
===
Macamana jika aliran tunai adalah negative...apakah petanda?
+petunjuk kepada "slow bleed networth kita"
+simpanan kita mungkin semakin kurang jika ianya berpanjangan
+berpotensi menjadi penghutang
Tips untuk kembali ke aliran tunai positif
+Pantau perlakuan perbelanjaan anda. Hentikan terus "Overspending" dan berhemah dalam berbelanja
+Tingkatkan pendapatan. Boleh mula lakukan kerja lebih masa atau kerja sambilan atau mencabangkan lagi bidang perniagaan. Jangan hanya bergantung kepada satu punca pendapatan.
+Buat pemantauan bulanan aliran tunai.
Far Ahmad
Jika mahu tahu kaedah mengira aliran tunai boleh wasap ke no dibawah
http://www.wasap.my/+60165354802/calculatecashflow
http://www.wasap.my/+60165354802/calculatecashflow
28/05/2020
Tahap pengetahuan kewangan
tahap literasi pengurusan kewangan peribadi
#1 – Rakyat Malaysia memiliki tahap keyakinan yang rendah terhadap pengetahuan kewangan mereka sendiri. 1 daripada 3 rakyat Malaysia merasakan mereka mempunyai pengetahuan kewangan yang rendah.
Ulasan: Maka, strategi yang dilancarkan kerajaan adalah langkah yang penting untuk meningkatkan keyakinan dan pengetahuan pengurusan kewangan rakyat Malaysia. Dan rakyat Malaysia p**a, seharusnya mengambil peluang untuk sentiasa belajar bagi meningkatkan literasi pengurusan kewangan mereka sendiri.
#2 – Isi rumah yang berpendapatan rendah cenderung untuk memiliki tahap pengetahuan kewangan yang rendah.
Ulasan: Mungkin mereka yang berpendapatan rendah berpendapat bahawa mereka sentiasa kekurangan wang, maka tidak perlu untuk mereka belajar cara urus wang. Sebenarnya, tak kira anda berpendapatan rendah, sederhana atau tinggi, semua perlu mempunyai tahap pengetahuan kewangan yang baik supaya duit yang diperoleh dapat diuruskan dengan baik.
#3 – 75% rakyat Malaysia memahami bahawa inflasi bermaksud kos sara hidup akan meningkat, tetapi hanya 38% dapat mengaitkan kesan inflasi kepada kuasa beli mereka sendiri.
Ulasan: S**a atau tidak, inflasi akan tetap berlaku sepanjang masa disebabkan oleh banyak faktor. Kita sendiri pun boleh rasa kan, bagaimana harga barang meningkat dari semasa ke semasa. Amaun duit yang dulu dirasakan mewah, sekarang boleh habis dalam masa sekejap sahaja. Inflasi memang akan menjejaskan kuasa beli kita. Oleh itu, kita perlu bijak untuk mengurus wang kita agar tidak terjejas teruk dengan inflasi.
#4 – 43% rakyat Malaysia memahami bahawa wang bertambah pada asas kompaun mengikut peredaran masa, sementara 22% percaya bahawa wang bertambah secara malar.
Ulasan: Ini adalah pengetahuan asas berkaitan pelaburan wang. Bagi mereka yang melabur, adalah digalakkan untuk memahami tentang pertambahan kompaun dan seterusnya memanfaatkannya, agar p**angan yang diperoleh adalah lebih baik.
#5 – 92% rakyat Malaysia mempunyai produk deposit. Tidak ramai mempunyai produk pelaburan.
Ulasan: Produk deposit adalah seperti akaun simpanan, manakala produk pelaburan adalah seperti deposit tetap, unit amanah, bon dan saham. Nampaknya, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak melaburkan wang mereka. Mungkin kurang ilmu dan pendedahan, mungkin juga takut nak melabur. Agak rugi sebenarnya jika tidak melabur, lagi-lagi di Malaysia ini banyak produk pelaburan yang baik.
Anda sendiri, dah melabur?
Rujukan: Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023