19/09/2026
PIZZA PETTOK TALAM by TAXES PIZZA.
Biasanya kami buat dalam bentuk bulat. Hari tu ada buat dalam bentuk Pettok ( empat segi) sebab Cikgu order untuk pelajar sekolah, senang nak potong.
Kemudian kami dapat idea untuk buat dalam bentuk talam besar. Khas dijual di Pasar Tani Chukai dan Pasar Malam Bandar Baru Bukit Mentok.
Semalam, 18/09/2026 Jumaat. Kami bakar 6 talam pizza Pettok untuk dijual di Pasar Tani Chukai.
Alhamdulillah, Allah bantu dengan kasih sayangNya... Maka Allah hadirkan pelanggan yang budiman dari seluruh Kemaman dan pengunjung luar yang singgah mendapatkan Pizza Pettok Talam kami.
Oleh kerana topping yang kami ada sebelum ini dan banyak idea baru... Boleh tengok jenis topping kat gambar di bawah ye... Maka ada yg di buat 2 jenis topping atas setalam dan ada yg dibuat khas atas satu talam kerana peminatnya ramai.
Minggu depan, kalau tiada aral...kami akan tambah menu lain lagi. Atau kami kekal kan menu topping, cuma tambahkan kuantiti.
Tengok lah guane...
Lokasi: Pasar Tani Chukai, Jalan Padang, Chukai, Kemaman, Terengganu. ( Tapak Baazar Jalan Padang)
Hari: Jumaat
Waktu 8 pagi hingga 11 pagi.
Kalau lambat.. dah habis... kita ketemu lagi dilain hari yang sama, lokasi yang sama deh!
Nota: Pizza Pettok Talam ni diambil gambarnya sebelum di bakar dalam oven. Gambar lepas bakar dokdang ambik. Orang serbu awal Lain kali deh!