Legasi Berkat

Legasi Berkat

Share

Membantu anda merancang dan membina LEGASI melalui instrumen perwarisan PATUH SYARIAH. Moga pendekat Pertikaian antara warispun dapat dikurangkan.

Menawarkan khidmat bimbingan, nasihat dan rundingan bagi sesiapa yang ingin membuat perancangan dan pengurusan harta PATUH SYARIAH melalui pelbagai instrumen keawangan seperti Takaful, Wasiat Hibah, Harta Sepencarian, Amanah dan sebagainya demi menjaga kemaslahatan dan kelestarian harta untuk generasi anda. Perancangan awal yang dibuat mampu mengelak berlakunya percanggahan dokumen agar setiap dokumen yang disediakan selari dengan hasrat untuk dilaksanakan dikemudian hari.

12/09/2021

WARIS MASIH GAGAL MENUNTUT RM90B HARTA YG DITINGGALKAN SI MATI

Jumlah harta si mati yang belum dituntut oleh ahli waris telah meningkat ke RM90B mengikut laporan terkini. Jumlah ini meningkat agak drastik dan kian meningkat setiap tahun. Ditambah lagi dengan kematian semakin tinggi disebabkan wabak pandemik Covid-19 ini, dijangka jumlah harta si mati yang terbeku akan makin melonjak tinggi.

Segala hasil titik peluh si mati menjana harta sepanjang hayatnya dibazirkan tanpa dapat dimanfaatkan sebaiknya samada untuk ahli waris mahupun kepada masyarakat awam. Ini antara kesan dari kurangnya kesedaran perancangan harta dalam masyarakat kita.

Berdasarkan pengalaman kami dalam bidang ini, apabila ditanya berkaitan kepentingan perancangan harta kepada orang awam, majoritinya mempunyai hasrat tersendiri ke mana harta mereka akan disalurkan setelah berlaku kematian. Namun, mereka masih belum berminat untuk terus membuat perancangan awal disebabkan alasan-alasan ini:

1. Mereka merasakan umur mereka masih panjang, nanti-natilah buat perancangan harta bila dah terasa nak mati. Masalah utamanya, sangkaan mereka semua meleset. Tiba-tiba p**ak mati. Kalau sempat sedarpun, dah agak terlambat, kebanyakan perancangan sudah tidak layak lagi dibuat.

2. Mereka dengan yakin mengatakan hukum faraid dah ada. Jadi mereka merasakan urusan tuntutan itu akan diuruskan oleh badan kerajaan secara automatik dan amat mudah, waris hanya perlu menunggu tanpa perlu berbuat apa-apa. Sedangkan waris perlu melalui pelbagai proses yang agak remeh dengan pelbagai pihak untuk setiap tuntutan yang hendak dibuat. Walaupun waris semuanya sepakat, proses-proses tersebut perlu dibuat satu persatu. Apatah lagi jika ada sengketa antara waris, terbengkalailah harta tanpa boleh dimanfaatkan.

3. Mereka merasakan urusan tuntutan harta pusaka itu adalah tanggungjawab siapa yang nak mewarisi harta mereka. Jadi, mereka tidak mahu membazir (kedekut) untuk membuat perancangan awal dan berharap pandai-pandailah waris itu membuat tuntutan. Sedangkan dalam kebanyakkan kes, waris langsung tidak mempunyai pengetahuan bagaimana untuk membuat tuntutan. Tambahan lagi tiada masa untuk mereka menguruskan tuntutan.

4. Mereka merasakan masalah pengurusan pusaka ini hanya menjadi masalah waris sedangkan merekalah yang lebih terbeban selagi urusan pusaka itu belum diselesaikan terutama dalam bab melangsaikan hutang yang ditinggalkan. Bab hutang ini amat-amat dititik beratkan oleh agama kerana ia juga menentukan nasib si mati di alam seterusnya.

5. Ada yang telah membuat dokumen wasiat dan merasakan semuanya telah selesai. Semua hasrat mereka akan tertunai hanya dengan wasiat itu sahaja. Bagi mereka dalam golongan ini, kami amat kesiankan mereka kerana telah mendapat maklumat yang kurang tepat. Benar wasiat itu ada keperluannya tetapi terhad untuk urusan tertentu sahaja. Terutamanya kepada orang Islam, ia langsung tidak berfungsi untuk pembahagian harta kepada ahli waris seandainya wasiat itu tidak dipersetujui ahli waris selepas kematian pewasiat. Undang-undang negarapun tidak membenarkan, apatah lagi hukum agama.

6. Begitu juga mereka yang telah mengambil hibah takaful dimomokkan yang kesemua urusan pusakanya akan selesai dengan mudah. Betul, takaful itu bagus untuk menyediakan dana tunai kepada penerima hibah, tetapi urusan pusaka tetap tidak boleh diselesaikan dengan mudah. Matlamat utama hibah takaful adalah untuk menyediakan dana kewangan kepada keluarga yang ditinggalkan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup terutama mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Pampasan dari hibah takaful bukanlah untuk dihabiskan dalam jumlah yang besar untuk urusan pusaka. Proses-proses pusaka dan persepakatan waris tetap perlu diuruskan dan mungkin terus bermasalah.

7. Ada yang telah membuat dokumen hibah seperti yang dicadangkan oleh "seller" dokumen hibah tanpa mengetahui secara terperinci sejauhmana dokumen yang disediakan itu mampu dilaksanakan setelah mereka mati.
Dokumen hibah ini adalah dukumen syariah dan ia perlu disahkan di Mahkamah Tinggi Syariah bagi memastikan pemberian hibah itu sah dari segi hukum agama dengan menepati rukun-rukun dan syarat hibah. Jika hibah itu tidah sah dari sisi syarak tetapi tetap diberikan kepada penerima hibah, dikhuatiri ia akan menjadi harta batil untuk penerimanya. Sekiranya hibah itu tidak sah, ia akan kembali tertakluk kepada hukum faraid yang waris lain juga mempunyai hak terhadap harta tersebut.

Itulah antara faktor-faktor yang membuatkan harta si mati terus terbeku dan tidak boleh diselesaikan. Isu berkaitan urusan harta pusaka ini bukan sahaja berkaitan dengan proses perlaksanaannya setelah berlaku kematian pemilik harta sahaja tetapi ia turut memberi implikasi besar kepada keturunan si mati kerana ia berkaitan secara langsung dengan hukum agama.

Harta yang dikurniakan Allah itu adalah amanah dan ujian buat pemiliknya yang mana akan dipersoalkan secara terperinci di akhirat nanti. Bertanggungjawablah atas setiap harta kamu dengan mengambilkira hukum syarak dalam setiap tindakan yang diambil.

Tinggalkan waris kamu dengan harta yang cukup adalah lebih baik dari tinggalkan mereka meminta-minta. Namun, pastikan mereka mendapat harta yang halal bukannya yang batil. Jika tidak, lebih baik tinggalkan mereka apa yang perlu sahaja asalkan ia halal untuk mereka. Sediakanlah perancangan yang tepat buat mereka agar apa sahaja harta yang ditinggalkan itu dapat dimanfaatkan dengan sempurna dan memenuhi kehendak syarak.

Lebih utama, tinggalkan mereka dengan bekal ilmu agama yang benar. Itu adalah terbaik buatmu kerana mereka pasti dicukupkan dan dilindungi Allah.

Wallahu a'lam bissowab.

29/10/2020

Salam Maulidur Rasul 1442H

18/06/2020

Persoalan yang ramai keliru dan tertanyaยฒ.. moga menjawab segala persoalan berkaitannya..

30/05/2020

๐๐ž๐ซ๐ ๐š๐ฒ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ค๐š ๐๐ข ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ซ๐š๐ฒ๐š
====+++====+++====+++=====+++=====

1. Kereta adalah aset pusaka yang paling payah sekali diuruskan berbanding aset pusaka lain.


2. Antara sebab utama kerana pindahmilik tidak boleh diberikan melebihi seorang pemilikan.


3. Apatah lagi kereta pada adat kebiasaan dibeli secara ansuran dan tidak ada jaminan takaful terhadap hutang yang dibuat.


4. Kereta yang dibeli kadang-kala diambil tidak setaraf dengan pendapatan kita sebagai contoh pendapatan RM 3,000 sudah memiliki Honda City. Jika masih hidup kita sudah terkesan dengan pengurusan dan 'maintenance aset ini, apatah lagi selepas ditinggalkan untuk waris.


5. Kereta berbeza dengan rumah dan takaful, memerlukan cukai jalan yang perlu diperbaharui setiap tahun barulah boleh dibawa berjalan. Maksimum pembaharu cukai jalan dari tarikh kematian kita adalah sebanyak 3 tahun.


6. Kereta juga tidak boleh dipisah-pisahkan komponannya kepada bahagian-bahagian faraid melainkan dijual dan ditukar kepada 'cash.


Walaupun bersetuju hendak dijual, proses pusaka untuk tukar nama kepada pembeli juga agak payah!


7. Kereta semasa hidup adalah aset mewah yang menjadi tanda aras bisnes kita berjaya tetapi selepas kita mati, tidak siapa yang hiraukan kejayaan kita melalui kereta-kereta yang kita miliki.


8. Kereta perlu diproses di Mahkamah tinggi atau Amanah Raya Berhad. Sekiranya salah satu aset pusaka kita ada beserta aset tak alih seperti rumah atau tanah, urusan boleh dibuat terus ke pejabat pusaka kecil (JKTPG) atau mahkamah tinggi.


9. Ada sebahagian kes dikalangan waris-waris tidak memahami point 1-8 seperti di atas menyebabkan perbalahan yang hanya semata-mata atas nama HAK bahagian sedangkan secara urusannya banyak perlu difahami.


10. Sebagai contoh bayaran bulanan kereta sebanyak RM 2,000 sebulan. Apabila mati pemilik harta ini, isterinya tetap meneruskan pembayaran agar tidak ditarik oleh bank. Semasa berbincang pusaka, isteri serta waris-waris layak berkaitan terus mengaitkan hak seperti 1/2, 1/4, 1/8 dsb tanpa diselwsaikan terlebih dahulu arwah ada berhutang dengan isteri yang membayarkan kereta tadi RM 2,000 x 6 bulan.


11. Contoh lain, perkiraan nilai hutang terhadap kereta ini lebih tinggi berbanding jika ia dijual. Sudahlah sepakat tidak mahu, bahkan tidak mahu meneruskan pembayaran ansuran dan juga jika dijual, menambah hutang si mati. Contoh nilai kereta apabila dijual RM 80,000 sedangkan hutang kereta ini RM 90,000.


12. Untuk topik ini, tidak termasuk bagaimana nak uruskan kereta sambung bayar, kereta dibeli atas nama suami bayaran bulanan isteri yang langsaikan, kereta masih di atas nama orang mati, kereta di mana tuan punya nama sudah bankrap, kereta sudah ditarik oleh bank, dan kereta api.


CADANGAN PENYELESAIAN

1. Beli kereta dengan kadar kemampuan yang kita ada dan bukan kadar 'loan yang boleh dibuat.

2. Pastikan sebelum membeli kereta, kita sudah ada aset-aset yang lain untuk ditinggalkan. Contoh TH, rumah, tanah, akaun bank. Jika tidak ada, boleh wujudkan harta melalui takaful.

3. Jika berkemampuan, wujudkan jaminan khas takaful terhadap hutang kereta.

4. Wujudkan polisi urusan pusaka di mana ada pihak profesional hadir ke rumah kita selepas kematian kita untuk memberikan khidmat bacaan faraid dan petadbiran pusaka. Begitu juga hal penfailan kes ke Pejabat Pusaka atau Mahkamah Sivil.

5. Jika ada lebihan harta dan ingin membuat amal kebajikan selepas mati, boleh mewasiatkan harta kepada masjid, surau, tahfiz. (jika ditanya mana lebih afdhal amal kebajikan semasa hidup atau mati, sudah tentu semasa hidup lebih afdhal)

6. Digalakan membuat dokumen wasiat melantik wasi. Wasiat wasi ini tidak semestinya dibuat, tetapi jika dibuat adalah terlebih baik.

7. Kos dan fi keseluruhan jika tidak ada aral melintang boleh peruntukan dari duit kita sendiri supaya selepas meninggal, waris kita tidak terbeban dengan kos.

Contoh takaful sudah hibah kepada isteri, kemudian isteri p**a nanti kena bayar kos pusaka. Sepatutnya takaful yang isteri terima secara hibah tidak perlu diusik.

8. Sebelum meninggal, ceritakan juga tentang pewarisan pusaka kepada isteri dan anak-anak supaya apabila berlaku kematian, mereka sudah siap siaga dengan harta pusaka yang kita ditinggal.

9. Cadangan terakhir, wujudkan beg pusaka yang diiisi salinan kp waris-waris, geran kereta, geran harta lain, sijil kematian mak ayah (jika ada), sijil-sijil nikah.

Kredit C&P dari Tuan Mohamad Akmal Mohamad

Photos from Legasi Berkat's post 28/05/2020

Menyebarkan ilmu itu suatu yang dituntut dalam Islam tapi pastikan dulu ia ilmu yang benar.

Ilmu faraid ni melibatkan hukum hakam, jadi biarlah ia tepat sebagaimana haknya. Bergurulah dengan guru yang benar untuk dapatkan ilmu sebelum menyebarkannya.

Screenshot dibawah merupakan antara kesilapanยฒ yang disebarkan.

Moga ada iktibar disebaliknya.

24/05/2020

kami di Legasi Berkat mengucapkan โ€œSelamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batinโ€ buat semua yang mengenali.

Semoga semangat ukhwah kita akan terus kekal dan bertambah erat walaupun berjauhan di hari lebaran ini. Dan tidak dilupakan pada insan-insan yang kita sayangi yang telah pergi meninggalkan kita, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka..

Moga segala amal yang kita lakukan diterima Allah..

Photos from Legasi Berkat's post 10/05/2020

'Harta peninggalan jangan guna kahwin lain'

Selamat berehat, semoga Pn Sharifah Shahora segera sembuh.

Jom kita bincang berkaitan pesanan yang diberikan dalam nada seloroh itu.

Andaikan pesanan itu benar-benar dinyatakan dalam dokumen wasiat atau hibah, adakah penerima harta peninggalan itu terikat dengan pesanan tersebut?

Jika si suami melanggar pesanan tersebut, adakah hak si suami untuk menerima harta tersebut terbatal?

Apa komen anda?

24/04/2020

Salam Ramadhan Kareem

Semoga segala amalan kita diterima Allah.

14/04/2020

BERITA BAIK BUAT SEMUA WANITA

Buat pertama kalinya diadakan sesi live Bicara Syariah mengenai *Hak Isteri Ke Atas Harta Suami* yang menghadirkan penel yang tepat untuk anda mendapatkan kepastian atas sebarang kemuskilan dan tanda tanya anda sebelum ini.

Jangan lupa bersama kami untuk mengupas isu ini bersama Yang Arif Tuan Haji Azhari - Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pahang.

Sesi ini akan dikelolakan oleh Tuan Haji Ariffin Bin Sabirin - CEO Wasiyyah Shoppe Bhd sebagai moderator program.

Sila LIKE page Legasi Berkat untuk mengikut sesi live tersebut yang akan diadakan pada:

Tarikh: 16 April 2020
Hari: Khamis
Jam: 10.00 pagi

Sila sediakan soalan kemusykilan anda untuk anda tujukan semasa sesi live tersebut.

Jangan lupa sesi temujanji anda!!

08/04/2020

Salam Nisfu Syaaban 1441H..

Ya Allah berkatilah kami di bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan..

Want your business to be the top-listed Accountant in Cheras?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Cheras
43200

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 23:00
Saturday 09:00 - 23:00
Sunday 09:00 - 23:00