01/01/2025
๐๐ ๐๐ฆ
Ada sorang ibu tunggal ni , ada dua orang anak, Aina dan Azlan (bukan nama sebenar). Ibu ni dikenali sebagai seorang yang sederhana, tetapi beliau memiliki koleksi emas perhiasan yang cukup bernilai. Emas-emas ini adalah hadiah daripada anak sulungnya, Aina, yang selalu ingin melihat ibunya gembira dan berhias.
Semasa hayatnya, Aina sering berkata kepada ibunya:
โMak, semua emas ini Aina hadiahkan untuk mak. Gunalah sepuas hati mak, sebab mak berhak dapat yang terbaik.โ
Si ibu tersenyum, tetapi tidak pernah menulis sebarang dokumen rasmi tentang pemilikan emas itu.
Selepas Pemergian Si Ibu.
Semua ahli keluarga berkumpul untuk membincangkan pembahagian harta pusaka. Semasa perbincangan, Azlan bertanya tentang koleksi emas milik arwah ibu mereka.
โBagaimana dengan emas ibu? Kita perlu bahagikan mengikut faraid,โ kata Azlan.
Namun, Aina dengan tegas menjawab:
โItu bukan harta pusaka. Semua emas itu Aina hadiahkan kepada ibu. Jadi, emas itu adalah milik Aina.โ
Azlan terkejut.
โTapi, selepas ibu meninggal, semua yang ada pada ibu termasuk emas itu menjadi harta pusaka. Kita tak boleh sesuka hati mengambilnya tanpa mengikut hukum.โ
Aina tidak bersetuju dan merasakan dia berhak sepenuhnya ke atas emas tersebut kerana ia asalnya datang daripada dirinya.
โโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโ
For information,
Harta yang diberikan kepada ibu semasa hayatnya adalah hadiah atau hibah. Namun, selepas ibu meninggal, semua yang berada dalam pemilikan ibu akan dianggap sebagai harta pusaka, kecuali jika ada bukti yang jelas bahawa emas itu dipindah milik sepenuhnya kepada si pemberi semasa hayat. Maka, emas itu harus dibahagikan mengikut faraid.โ
Aina masih berat hati menerima keputusan itu. Baginya, emosinya terikat dengan pemberian emas tersebut kepada ibunya sebagai tanda kasih sayang.
Selepas beberapa perbincangan, keluarga bersetuju untuk membahagikan emas itu mengikut faraid. Sebagai anak lelaki, Azlan menerima dua bahagian, manakala Aina menerima satu bahagian. Walaupun berat hati, Aina akhirnya akur.
๐ต๐๐๐๐, ๐จ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐.
โAina, bahagian emas aku ini, aku hadiahkan semula kepada kau. Aku tahu kau sangat sayangkan ibu, dan aku mahu kau terus menyimpannya sebagai kenangan. Aku cuma nak pastikan segalanya berlaku dengan cara yang halal. Aku nak selamatkan kau dari termakan harta bathil.โ
Aina terharu dan menangis. Dia akhirnya menyedari bahawa mengikuti hukum faraid bukan hanya soal pembahagian harta, tetapi juga menjaga keberkatan dan hubungan keluarga.
Ingatlah:
1. Harta Pusaka Adalah Amanah
Harta yang ditinggalkan oleh si mati bukan sekadar milik individu, tetapi amanah untuk dibahagikan secara adil mengikut hukum Islam.
2. Hibah Perlu Jelas
Jika seseorang ingin memberikan sesuatu secara kekal, seperti hibah, ia perlu dilakukan dengan jelas dan rasmi semasa hayat untuk mengelakkan pertikaian selepas kematian.
3. Jaga Hubungan Kekeluargaan
Harta pusaka sering menjadi punca perselisihan dalam keluarga. Penting untuk mengutamakan silaturahim dan mencari penyelesaian secara musyawarah.
4. Ikut Hukum Membawa Keberkatan
Mengikuti hukum faraid bukan hanya mematuhi syariat, tetapi juga memastikan keberkatan dalam harta yang dimiliki.
5. Keikhlasan dalam Memberi
Jika sesuatu hadiah diberikan, ia harus dilakukan dengan ikhlas tanpa harapan untuk menuntut kembali.
Kisah ini mengingatkan bahawa harta adalah ujian, tetapi kasih sayang dan hubungan keluarga lebih bernilai daripada apa-apa pun.
ASYIKIN ANUAR
PERUNDING PENTADBIRAN HARTA DAN TAKAFUL ANDA
Utk konsultasi: https://wa.link/9gs8lh
01/01/2025
๐ ๐๐ข๐ค๐ ๐ฎ, ๐๐๐ฉ๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐๐๐ข๐๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ ๐๐ก๐๐ฌ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ง๐๐ ๐
Hanya RM8 sehari, hibah sehingga RM500,000!
Manfaat Medical Card yang Anda Dapatkan:
โ ๐๐๐ซ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐ฎ๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐ โ Termasuk perlindungan untuk pasangan dan anak-anak!
โ ๐๐๐ซ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง๐๐ง โ Perlindungan untuk rawatan hospital.
โ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ญ๐ข๐๐ง & ๐๐๐ข๐ฅ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ฅ โ Hibah sehingga RM500,000 jika berlaku kematian atau keilatan kekal.
โ ๐๐ข๐๐๐ ๐๐ซ๐จ๐ฌ๐๐ฌ ๐
๐๐ซ๐๐ข๐ โ Hibah diserahkan terus kepada penerima tanpa proses faraid yang memakan masa.
โ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐๐ก, ๐๐๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข โ Hanya RM8 sehari, dengan bayaran bulanan jadi PERCUMA jika disahkan menghidap salah satu daripada 46 penyakit kritikal!
โ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ก ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐๐ก โ Perlindungan yang selaras dengan prinsip Syariah.
๐พ๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐ ๐ถ๐๐๐๐ข ๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ถ๐๐๐ ๐ผ๐๐?
โ Tiada simpanan kecemasan
โ Tidak mahu keluarga terbeban
โ Risiko faraid yang memakan masa
โ Perlukan perlindungan untuk masa depan keluarga
Jangan tunggu lagi, lindungi keluarga anda dengan Medical Card khas untuk cikgu sekarang!
๐ Klik link ini: https://wa.link/9g3lpv
26/12/2024
๐๐ข๐ฌ๐๐ก ๐๐๐๐ฅ๐ข๐ญ๐ข: ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐ง๐๐ค-๐๐ง๐๐ค ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐๐ค๐ฎ๐ญ ๐๐๐๐ฌ๐ฎ?
Dekat Melaka, ada seorang balu muda, baru umur 34 tahun. Suami dia, seorang anggota polis, meninggal dunia secara tiba-tiba. Arwah tinggalkan hibah RM500,000, sebuah rumah LPPSA yang dah settle bayar walaupun rumah tu masih dalam pembinaan, dan pencen terbitan tiap bulan. Mereka ada tiga orang anak. Anak sulung baru 13 tahun. Kecil lagi, masih perlukan kasih sayang dan perhatian penuh dari seorang ibu.
Syikin jumpa balu ni untuk bantu dia uruskan semua rezeki yang arwah suami tinggalkan. Syikin siapkan satu pelan yang mudah dan straight to the point:
1. ๐๐ข๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐๐ง ๐ฉ๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง โ Supaya anak-anak boleh belajar sampai universiti atau lebih tinggi.
2. ๐๐ข๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐๐ง ๐ฃ๐๐ง๐ ๐ค๐ ๐ฉ๐๐ง๐๐๐ค & ๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ง๐ โ Untuk pastikan duit ni boleh guna sekarang dan masa depan.
3. ๐๐๐ค๐๐๐ฎ๐ฅ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ง๐๐ค-๐๐ง๐๐ค โ Kalau jadi apa-apa, anak-anak ada back-up kewangan.
Tapi korang tahu apa? Semua cadangan Syikin dia tolak mentah-mentah. Sebab apa? Dia cakap nak kahwin lagi. Edah pun baru dua bulan. Tapi soal kahwin baru ni nampaknya lebih penting daripada fikir masa depan anak-anak.
Syikin tertanya-tanya, di mana tanggungjawab seorang ibu? Rezeki hibah, rumah dah lunas, pencen setiap bulanโsemua tu rezeki Allah beri untuk bantu dia dan anak-anak survive lepas kehilangan suami. Tapi kalau tak diurus dengan bijak, duit sebanyak mana pun boleh lesap begitu saja.
๐๐๐ฌ๐๐ง๐๐ง ๐๐ฒ๐ข๐ค๐ข๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ ๐๐ญ๐๐ฎ ๐ฐ๐๐ซ๐ข๐ฌ ๐๐ข ๐ฅ๐ฎ๐๐ซ ๐ฌ๐๐ง๐:
โข Anak-anak tu amanah, bukan pilihan. Jangan abaikan keperluan mereka.
โข Uruskan harta pusaka dan hibah dengan bijak. Jangan sesuka hati belanja tanpa hala tuju.
โข Kahwin semula tu tak salah. Tapi pastikan masa depan anak-anak tetap jadi keutamaan.
Fikir-fikirkan: Duit habis boleh cari balik, tapi masa depan anak-anak tak boleh diganti. Pendidikan, kasih sayang, dan perlindungan kewangan tu pelaburan paling penting. Jangan buat keputusan ikut nafsu, sampai nanti yang menangis kita dan anak-anak sendiri.
ASYIKIN ANUAR
PERUNDING PENTADBIRAN HARTA DAN TAKAFUL ANDA
Untuk konsultasi: https://wa.link/9gs8lh
15/12/2024
Sampai Bila Ummat Islam Nak Tergopoh-Gapah Dalam Menguruskan Harta Pusaka?
Salah satu isu besar yang sering kita lihat ialah tergesa-gesa dalam pembahagian faraid tanpa memahami langkah-langkah yang sebenar dalam menguruskan harta pusaka. Akibatnya, berlaku konflik, salah faham, dan kadang-kadang kezaliman kepada waris lain.
Faraid memang penting, tetapi ia bukanlah langkah pertama dalam pengurusan harta pusaka! Perlu difahami bahawa ada perkara-perkara yang WAJIB diselesaikan dahulu sebelum pembahagian faraid boleh dilakukan:
1. Harta Milik Penuh Arwah Sahaja
Bukan semua yang ada di rumah arwah secara automatik menjadi harta faraid! Perlu dibuktikan dahulu apa yang benar-benar milik arwah. Harta yang dimiliki oleh isteri, anak, atau orang lain TIDAK BOLEH difaraidkan. Jika tidak ada bukti yang jelas, seperti resit, syarat utama ialah โbeban bukti berada pada yang menuntut.โ Jika keluarga arwah ingin menuntut, mereka perlu buktikan bahawa barang tersebut adalah milik arwah, bukan sebaliknya.
2. Tanggungan Hutang Arwah
Segala hutang, termasuk pinjaman, nafkah yang tertangguh, zakat, atau nazar arwah, WAJIB diselesaikan dahulu. Harta faraid hanya boleh diagihkan selepas semua tanggungan arwah selesai. Malangnya, ramai yang terlupa aspek ini, hingga tergesa-gesa berebutkan harta.
3. Perbelanjaan Pengurusan Jenazah
Kos pengebumian dan pengurusan jenazah juga perlu diambil kira daripada harta arwah sebelum pembahagian faraid. Ini adalah hak yang lebih utama.
4. Hibah, Wasiat, dan Harta Sepencarian
Jika arwah ada membuat hibah (pemberian ketika hayat), wasiat, atau tuntutan harta sepencarian oleh pasangan, semua ini perlu diselesaikan dahulu. Sebarang tuntutan faraid tidak boleh mendahului perkara ini.
Nasihat Tegas!
Ummat Islam wajib memahami bahawa harta faraid adalah hak, tetapi hak itu mesti diuruskan dengan adil dan penuh ilmu. Jangan tergesa-gesa masuk ke rumah waris lain dan mendakwa semua barang sebagai harta pusaka. Jika tidak pasti, rujuklah kepada peguam syariah atau pihak berautoriti.
Jangan sampai kerana kejahilan kita, harta yang sedikit menjadi punca perpecahan keluarga dan menzalimi waris lain. Ingat, setiap tuntutan akan dipersoalkan di akhirat kelak! Utamakan keadilan dan hak setiap individu dalam keluarga.
โTidak akan masuk syurga sesiapa yang memakan harta orang lain secara zalim.โ
ASYIKIN ANUAR
PERUNDING PENTADBIRAN HARTA ISLAM & TAKAFUL
Untuk Konsultasi, Tekan Link: https://wa.link/9gs8lh
12/12/2024
๐ฅ CLIENT DAY 2024 โ Peluang Emas untuk Anda! ๐ฅ
Nak selesaikan urusan harta pusaka, kurangkan cukai, atau belajar tips kewangan? Jom sertai CLIENT DAY 2024 โ acara PERCUMA penuh manfaat untuk semua!
๐ Kenapa Anda Wajib Hadir?
โ
Voucher RM300 untuk kos pengurusan pusaka dari Assalihin Trustee
โ
Tips & Strategi OPR 2024 serta cara kurangkan cukai oleh IFP berpengalaman
โ
Taklimat PERCUMA: Faraid & Pengurusan Harta Pusaka Islam
โ
Khidmat Nasihat Kewangan secara PERCUMA
โ
Rahsia Pendekkan Hutang Rumah
โ
Hadiah Istimewa untuk 50 peserta terawal
โ
Cabutan Bertuah dengan hadiah menarik!
๐
Tarikh: 14 Disember 2024
โฐ Masa: 9:30 pagi
๐ Lokasi: ICONIX GROUP BUSINESS CENTER
๐ Sahkan kehadiran anda sekarang:
Klik untuk Daftar
๐ Hubungi: 016-7971847 (Asyikin Anuar)
๐จ โIlmu faraid adalah ilmu pertama yang akan diangkat Allah sebelum hari kiamatโ
Jangan lepaskan peluang ini โ Ilmu & manfaat menanti anda!
23/07/2022
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐ฌ๐๐ก๐๐ฐ๐๐ง ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ฎ ๐๐ข๐ง๐๐ง๐
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang yang dirasmikan oleh YB Dato' Sri Reezal Merican Bin Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.
Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan peluang kepada saya untuk memperkenalkan diri, syarikat serta perkhidmatan yang kami tawarkan. Dalam sesi business pitch, saya tekankan bahawa "Business Capital Protection" seharusnya diutamakan para usahawan dalam mewujudkan "Exit Plan" kepada sesebuah syarikat agar kepentingan dan keuntungan masa depan syarikat terjamin.
Tak dilupakan juga, tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pemenang Anugerah Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2022.
Terlalu banyak input berguna buat usahawan disampaikan pada hari ini. Dari segi pembiayaan, perlindungan, Inisiatif pekerjaan sehinggalah ke perkongsian peranan dan peluang oleh Agensi / Jabatan seperti MARA, PUNB, TEKUN, MATRADE dan lain-lain lagi yang mana jabatan-jabatan dan agensi-agensi ini sangat dekat dengan para usahawan tempatan.
Alhamdulillah, peluang dan program begini patut di hadiri oleh semua usahawan m kerana terlalu banyak perkara yang kita boleh dapat dan bertanya terus kepada agensi berkenaan untuk mengembangkan bisnes.
Tahniah dan selamat maju jaya buat semua yang hadir serta jutaan terima kasih kepada penganjur program yang sangat memberikan manfaat kepada peserta.
Asyikin Anuar
https://linktr.ee/AsyikinAnuar
08/07/2022
๐๐ค๐ฌ๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ ๐๐ฎ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฃ๐๐ฐ๐๐ญ ๐๐ฐ๐๐ฆ ๐จ๐จ
Kini anda berpeluang utk gandakan elaun COLA bulanan anda dengan pelan Islamik terjamin.
Jadi BIJAK adalah mudah.
๐จ Simpan 3/4 dari Elaun COLA bulanan anda dalam tempoh yang singkat & nikmati ganjaran utk tempoh yang panjang
๐จ Jika selama ini elaun ini hilang entah ke mana selepas terima gaji, inilah masanya anda akan nikmati gandaan elaun COLA secara total
๐จ Secara automatik, akan akan menerima elaun secara tahunan sebanyak 19 kali.
๐จ Manfaat Lump Sum akan di terima di akhir tempoh simpanan.
๐จ Pelan ini akan mencipta tabung simpanan secara berkala
๐จ Nilai simpanan boleh digunakan sebagai pengecualian pendapatan tahunan
๐จ Pelan fleksibel dan di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia
Hubungi segera kerana kuota adalah terhad
https://ColaAllowanceBooster.wasap.my
https://ColaAllowanceBooster.wasap.my
https://ColaAllowanceBooster.wasap.my