Kolej Profesional MARA Beranang Selangor

Call Directions Website Contact the business

Kolej Profesional MARA Beranang Selangor Kolej Profesional MARA Beranang Selangor

SATU ENTITI, SATU SEMANGAT, SATU LEGASI.36 tahun menabur bakti bersama MARA, meninggalkan jejak kepimpinan, jasa dan leg...
24/09/2026

SATU ENTITI, SATU SEMANGAT, SATU LEGASI.

36 tahun menabur bakti bersama MARA, meninggalkan jejak kepimpinan, jasa dan legasi yang bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan buat YBhg. Dato’ Seri Zulfikri Osman atas segala dedikasi dan khidmat bakti dalam memimpin MARA.

Dalam semangat Unified Entity, legasi ini akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan kita.

Jasamu dikenang, baktimu disanjung, legasimu diteruskan.

Selamat bersara, YBhg. Dato’ Seri.


PROGRAM SIJIL KOMPETENSI GOOGLE DIGITAL MARKETINGMemperkasa Kemahiran Digital, Memacu Kebolehpasaran Graduan!Kolej Profe...
23/09/2026

PROGRAM SIJIL KOMPETENSI GOOGLE DIGITAL MARKETING

Memperkasa Kemahiran Digital, Memacu Kebolehpasaran Graduan!

Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) melalui Jabatan Pengurusan Perniagaan telah menganjurkan Program Sijil Kompetensi Google Digital Marketing yang melibatkan pelajar Semester 3 Diploma in Business Studies (DBS).

📅 Tarikh: 23 September 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Bilik Seminar, KPM Beranang

Program ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan kompetensi pelajar melalui laluan Sijil Kompetensi Pelajar DBS, bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran digital yang relevan dengan keperluan industri semasa.

Program telah dikendalikan oleh Ts. Abdul Razak bin Abdul Majid, CMILT, M.T.A.M, P.P.C. (Persekutuan) dari Y5Data Integrated Network.

Sepanjang program, para pelajar didedahkan kepada kemahiran penting dalam pemasaran digital seperti:

🔹 Search Engine Optimization (SEO)
🔹 Google Search Console
🔹 Keyword Research
🔹 Content Strategy
🔹 Pengurusan kata kunci dan strategi kandungan
🔹 Analisis prestasi laman web

Pendekatan pembelajaran yang menekankan aspek teori dan praktikal ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami bagaimana platform dan strategi digital digunakan dalam dunia pemasaran sebenar.

Dalam era ekonomi digital, penguasaan kemahiran digital menjadi salah satu nilai tambah penting bagi graduan. Justeru, pensijilan kompetensi ini diharapkan dapat membantu meningkatkan keyakinan, kompetensi dan kebolehpasaran pelajar DBS sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan serta bidang keusahawanan.

Program ini juga selaras dengan usaha KPM Beranang dalam melahirkan graduan yang kompeten, progresif, berdaya saing dan celik teknologi, serta bersedia memenuhi keperluan industri yang sentiasa berkembang.

Learn. Apply. Get Certified. Be Industry Ready!












Iklan Sebut Harga 505/2026/15 CADANGAN PERKHIDMATAN MENCUCI BANGUNAN DAN MEMBERSIH KAWASAN DI KOLEJ PROFESIONAL MARA BER...
23/09/2026

Iklan Sebut Harga 505/2026/15

CADANGAN PERKHIDMATAN MENCUCI BANGUNAN DAN MEMBERSIH KAWASAN DI KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

17/09/2026

PRODUK ADA. PASARAN ADA. TETAPI SIAPA YANG MEMASARKAN?

Tahukah anda?

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) merupakan antara penggerak penting ekonomi negara. Pada tahun 2025, PMKS menyumbang 39.7% kepada KDNK Malaysia, dengan nilai ditambah sebanyak RM689.8 bilion.

Pasaran digital p**a terus berkembang. Pada tahun 2024, pendapatan transaksi e-dagang Malaysia mencecah RM1.288 trilion, meningkat 8.8%, manakala transaksi Business-to-Consumer (B2C) sahaja bernilai RM374.7 bilion.

Namun, mempunyai produk dan berada dalam pasaran digital sahaja belum mencukupi.

Berdasarkan kaji selidik SME Corp. Malaysia, 59.0% responden PMKS mahu mempergiat promosi melalui media sosial, manakala 32.9% mahu meneroka pasaran baharu di dalam dan luar negara.

DI SINILAH WUJUDNYA PELUANG.

Usahawan mempunyai produk dan perkhidmatan untuk ditawarkan. Mereka memerlukan sokongan untuk memperluas pasaran, memperkukuh promosi dan mendapatkan lebih ramai pelanggan.

Bayangkan anda membantu mereka:

Memahami pasaran → Merancang strategi → Membina jenama & kandungan → Melaksanakan kempen → Mendapatkan pelanggan → Menjana jualan.

Mereka fokus kepada produk. Anda membantu memasarkannya.

Inilah ProBiz Marketing Expert.

Program pembangunan keusahawanan yang membimbing peserta menjadi Marketing Entrepreneur — menjadikan kepakaran pemasaran sebagai sebuah perniagaan dan menawarkan perkhidmatan kepada usahawan serta pemilik produk sebenar.

Peserta akan melalui latihan intensif, bimbingan, pemadanan dengan klien dan projek pemasaran sebenar, seterusnya dibimbing membangunkan Marketing Agency, Consultancy atau Independent Marketing Services.

ANDA MINAT MARKETING?
JADIKAN KEPAKARAN ITU PERNIAGAAN ANDA.
Turn marketing expertise into your own business.

📢 Permohonan dibuka sekarang sehingga 6 Oktober 2026.

🌐 Mohon melalui:
laman sesawang https://hiedumara.edu.my

Tempat adalah terhad kepada 10 peserta sahaja.

Keputusan Pemenang Pertandingan Innovation and Entrepreneurship Challenge 2026 (iIEC 2026) anjuran Kolej Vokasional Sult...
15/09/2026

Keputusan Pemenang Pertandingan Innovation and Entrepreneurship Challenge 2026 (iIEC 2026) anjuran Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Pahang.

Tahniah kepada penasihat projek, Pn Rozana binti Suman pensyarah komputer Jabatan Sains Kuantitatif KPM Beranang dan pelajar-pelajar dari program Diploma in Computer Science (DCS) dan Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB).

Pencapaian Silver Medal 🥈
Penasihat : Puan Rozana binti Suman

PROJEK 1: TEKIOTASK
1. MUHAMMAD EZADDIN BIN MOHD EFFANDI (BCS2402-033)
2. MUHAMMAD FAYYADH 'ABID BIN FAUZI (BCS2402-036)
3. ⁠ WILKINSON WILLIAM (BCS2403-044)

PROJEK 2: KACHING 2.0
1. MUHAMMAD FARIS BIN ABDUL HAKIM (CFAB2502-013)
2. NOOR SYUHADA AQILAH BINTI MOHD NU'MAN HADI (BCS2502-059)
3. NUR FATIHAH BATRISYIA BINTI AHMAD ZAIRI (BCS2502-070)

PROJEK 3: A REAL TIME HOTEL INVENTORY SYSTEM
1. MUHAMMAD NUR AKMAL BIN MOHD SHUKRI (BCS2402-039)
2. MAISARAH FARHANA BINTI SALEH (BCS2402-022)
3. NUR AMIRAH BINTI MOHD AZMI (BCS2402-049)

Semoga dengan kejayaan ini akan menjadi inspirasi untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Tahniah! ✨✨✨










Malaysia lahir daripada keberanian, dibesarkan dengan pengorbanan dan dipelihara oleh kasih antara insan yang berbeza ba...
14/09/2026

Malaysia lahir daripada keberanian, dibesarkan dengan pengorbanan dan dipelihara oleh kasih antara insan yang berbeza bangsa, bahasa serta budaya.

Semenanjung, Sabah dan Sarawak berpadu erat, merangkai sebuah kisah indah tentang kebersamaan. Perbezaan yang ada bukanlah jurang pemisah, tetapi warna yang menjadikan tanah air ini begitu istimewa.

Pada bumi bertuah ini, kasih disemai, perpaduan dipelihara dan harapan diwariskan kepada generasi seterusnya. Semoga ikatan yang terjalin terus utuh, kedamaian sentiasa bersemi dan kesejahteraan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 daripada seluruh warga KPM Beranang.

Berbeza budaya, satu jiwa. Berbeza cerita, satu cinta—Malaysia. ❤️💙💛🤍











14/09/2026

MENYELUSURI PROFESIONAL DALAM SAINS

Ts. Dr. Mohd Ilman bin Che Abdullah, AMIHRM merupakan Ketua Jabatan Sains, Kolej MARA Kulim (KMK). Beliau berkelulusan PhD dalam Biologi Persekitaran dari USM, dengan kepakaran dalam bioakumulasi logam berat. Beliau turut diiktiraf sebagai Professional Technologist (Ts.) oleh Malaysia Board of Technologists.

Dalam bidang penyelidikan, kajian beliau telah diterbitkan dalam pelbagai jurnal berindeks Scopus dan Web of Science, dengan 86 sitasi Scopus dan 130 sitasi Google Scholar. Pada tahun 2023, beliau menerima geran penyelidikan RM20,000 daripada BITK, MARA bagi kajian risiko pencemaran logam berat kepada pelajar MRSM dan Kolej MARA di Semenanjung Malaysia.

Kepakaran beliau turut diiktiraf melalui pelantikan sebagai penilai artikel jurnal antarabangsa berindeks Scopus dan Web of Science.

Dalam bidang inovasi, beliau aktif sebagai penyelaras dan penyelia projek pelajar yang telah meraih kejayaan di ITEX, MTE, MTE-SDG dan I-MARATeCH. Dalam ITEX 2025, KMK berjaya membawa p**ang 4 pingat Emas dan 1 pingat Perak. Selain, turut dilantik sebagai juri MTE & ITEX pada tahun 2026. MTE & ITEX merupakan pertandingan inovasi di Malaysia yang diiktiraf International Federation of Inventors’ Associations (IFIA).

Selain aktif dalam pelbagai NGO seperti NSA, MNS, MINDS dan MIHRM sebagai ahli bersekutu (AMIHRM), beliau turut menerajui agenda kelestarian melalui KMK EcoLegacy: Sea Turtle Conservation Mission 2026 bersama SEATRU dan WWF-Malaysia.

Beliau juga bertanggungjawab menyelaras penyertaan KMK dalam pelbagai pertandingan olympiad antarabangsa seperti SEASCO, AChO dan GELOSEA yang menghasilkan pelbagai pingat emas dan perak.

Daripada bilik kuliah ke makmal penyelidikan, daripada membimbing pelajar ke pentas antarabangsa — membuktikan warga MARA mampu melangkaui tugas hakiki dan terus mengharumkan nama KMK dan MARA.









SESI LIBAT URUS AKADEMIK DAN SAHSIAH PELAJAR (LIAS)11 September 2026 | Perpustakaan Za’aba, KPM BeranangAlhamdulillah, t...
11/09/2026

SESI LIBAT URUS AKADEMIK DAN SAHSIAH PELAJAR (LIAS)

11 September 2026 | Perpustakaan Za’aba, KPM Beranang

Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi Libat Urus Akademik dan Sahsiah Pelajar (LIAS) di Kolej Profesional MARA Beranang yang melibatkan pihak pengurusan, pensyarah serta ibu bapa/penjaga pelajar.

Melalui sesi libat urus ini, pihak kolej dan ibu bapa/penjaga dapat bekerjasama dengan lebih erat dalam memberikan sokongan, bimbingan dan perhatian terhadap perkembangan pelajar agar mereka dapat mencapai kejayaan dalam akademik serta membentuk sahsiah yang baik sepanjang tempoh pengajian di KPM Beranang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga yang hadir serta pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi ini.

Bersama kita membentuk generasi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.









MEMPERKASA KEMAHIRAN JUALAN PELAJAR MELALUI KERJASAMA INDUSTRI BERSAMA TELEKOM MALAYSIAKPM Beranang, 9 September 2026 – ...
11/09/2026

MEMPERKASA KEMAHIRAN JUALAN PELAJAR MELALUI KERJASAMA INDUSTRI BERSAMA TELEKOM MALAYSIA

KPM Beranang, 9 September 2026 – Kolej Profesional MARA Beranang (KPM Beranang) telah berjaya melaksanakan Program Kerjasama Aktiviti Jualan bersama Telekom Malaysia (TM) yang melibatkan pelajar Diploma in Business Studies (DBS) Semester 4.

Program ini merupakan satu inisiatif bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar terhadap situasi sebenar dalam bidang jualan serta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di dalam bilik kuliah dalam persekitaran industri.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar berpeluang berinteraksi secara langsung dengan warga kerja Telekom Malaysia, di samping melaksanakan aktiviti promosi dan jualan. Pengalaman ini memberi ruang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri, kerja berpasukan dan pengurusan aktiviti jualan secara profesional.

Program ini turut menjadi platform yang menghubungkan dunia akademik dengan industri, sekali gus membantu pelajar memahami dengan lebih dekat amalan dan keperluan sebenar dalam bidang pekerjaan.

Pihak KPM Beranang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Telekom Malaysia atas kesudian menerima dan memberikan peluang kepada para pelajar untuk memperoleh pengalaman pembelajaran berasaskan industri.

Semoga kerjasama antara KPM Beranang dan Telekom Malaysia ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan graduan yang berkemahiran, berkeyakinan dan bersedia menghadapi alam pekerjaan.









PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR: GOTONG-ROYONG DAN PAMERAN KESIHATAN Anjuran: Unit Teknologi Hijau Koloborasi Bersama  Pe...
11/09/2026

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR: GOTONG-ROYONG DAN PAMERAN KESIHATAN

Anjuran: Unit Teknologi Hijau Koloborasi Bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat, Unit Asrama, Unit Felo & Unit Mentor Mentee Kolej Profesional Mara Beranang

Tarikh: 11 September 2026
Lokasi: Blok Asrama KPM Beranang

Ringkasan Program: Program ini merupakan inisiatif bersama yang melibatkan warga asrama Kolej Profesional MARA Beranang dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat dalam meningkatkan kesedaran serta amalan kebersihan dan kesihatan dalam kalangan pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran kesedaran Denggi, gotong-royong membersihkan bilik asrama serta aktiviti pengump**an dan pembersihan sampah di kawasan sekitar kolej dan asrama. Program ini bertujuan memupuk sikap prihatin terhadap kebersihan persekitaran, mencegah pembiakan nyamuk Aedes serta mewujudkan persekitaran asrama yang lebih bersih, sihat dan selamat.









Address

Lot 2333, Mukim Beranang, Jalan Kajang/Seremban
Beranang
43700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

0387668935

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Profesional MARA Beranang Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kolej Profesional MARA Beranang Selangor:

Shortcuts

Share