AXA Corporate Sdn Bhd

AXA Corporate Sdn Bhd

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AXA Corporate Sdn Bhd, 23A-1 (1st floor), Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, Kajang.

17/04/2026

πŸ“’ BERITA PENTING: KEMPEN PEMULIHAN SSM 2026 – PENGURANGAN KOMPAUN SEHINGGA 98.75%!

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) baru sahaja melancarkan Kempen Pemulihan Serah Simpan Dokumen Statutori yang bermula dari 16 April sehingga 30 September 2026.

Inisiatif ini adalah peluang keemasan untuk syarikat-syarikat yang mempunyai tunggakan dokumen untuk kembali patuh (compliant) dengan penjimatan kos yang amat signifikan.

Kenapa Syarikat Anda Perlu Sertai Kempen Ini?

β€’ βœ… Pengurangan Kompaun Drastik: Nikmati pengurangan antara 90% hingga 98.75%. Anda berpotensi menjimatkan sehingga RM39,500 mengikut jenis kesalahan.

β€’ βœ… Pengecualian Pendakwaan: Syarikat yang menandatangani akujanji pemulihan akan dikecualikan daripada tawaran kompaun dan tindakan pendakwaan dalam tempoh 6 bulan.

β€’ βœ… Tempoh Fleksibel: Anda diberikan masa 3 hingga 6 bulan (bergantung kepada jenis dokumen) untuk mengemas kini Penyata Tahunan, Penyata Kewangan, dan maklumat Pemunyaan Benefisial (BO).

β€’ βœ… Pembersihan Nama Syarikat: Bagi syarikat yang tidak lagi aktif, anda boleh memohon proses pemotongan nama (striking off) dengan lebih mudah.

Klinik Pematuhan SSM
Bagi menyokong kempen ini, SSM turut mengadakan Klinik Pematuhan di lima negeri (Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sabah, dan Sarawak) sepanjang April hingga Mei 2026 untuk khidmat nasihat langsung.

πŸ’‘ Perlukan Bantuan Profesional?
Jangan biarkan tunggakan dokumen menjejaskan kredibiliti perniagaan anda. Pastikan status pematuhan syarikat anda berada di tahap terbaik bagi mengelakkan tindakan undang-undang di masa hadapan.

Jika anda memerlukan bantuan untuk urusan Serah Simpan Dokumen Statutori atau rundingan mengenai Pematuhan Akta Syarikat 2016, hubungi kami di AXA CORPORATE SDN BHD sekarang!

Photos from KPDN Laman Rasmi's post 03/04/2026

TEMPOH TERHAD UNTUK SYARIKAT BERMASALAH PEMATUHAN

SSM membuka peluang pemulihan khas bermula
πŸ—“οΈ 16 April hingga 30 September 2026 sahaja

Dalam tempoh ini:
βœ”οΈ Peluang selesaikan dokumen tertunggak
βœ”οΈ Potensi pengurangan kompaun
βœ”οΈ Elak tindakan penguatkuasaan lebih serius

⚠️ Lepas tempoh ini, risiko tindakan akan meningkat.

Jangan tunggu saat akhir.

πŸ“© Hubungi kami untuk semakan & tindakan segera.

02/04/2026

MITRS LHDN : Kewajipan baru syarikat bermula 2025

Di bawah Seksyen 82B, penghantaran dokumen cukai melalui Malaysian Income Tax Reporting System (MITRS) adalah satu keperluan mandatori selepas submission Borang C.

Perancangan awal dan penyediaan dokumen yang lengkap amat penting bagi memastikan pematuhan.

Baca atikel penuh di link
https://axacorp.my/blogs/f/mitrs-lhdn-kewajipan-baru-syarikat-bermula-2025



axacorp.my

20/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H daripada kami di AXA Corporate Sdn Bhd. πŸŒ™βœ¨

Di kesempatan ini, kami ingin memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan sepanjang kerjasama kita. Semoga sambutan hari raya ini menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lebih besar di masa hadapan.

Selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya buat yang pulang ke kampung!

18/02/2026

Salam Ramadan 1447H.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, kesihatan yang baik dan kejayaan berterusan kepada semua pelanggan serta rakan niaga AXA Corporate Sdn Bhd.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda.

16/02/2026

Gong Xi Fa Cai 🧧

Sempena Tahun Baru Cina ini, kami ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan kepada semua pelanggan dan rakan perniagaan yang meraikannya.

Semoga tahun baharu ini membawa kemakmuran, kesihatan yang baik dan kejayaan berterusan dalam setiap usaha yang diceburi.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan. Kami menghargai setiap kerjasama yang terjalin dan berharap dapat terus melangkah maju bersama pada tahun ini.

27/01/2026

Tahukah anda?

Bagi Tahun Taksiran 2025, tidak semua pendapatan individu dikenakan cukai.
Ambang pendapatan tidak dikenakan cukai berbeza mengikut status:
βœ”οΈ Bujang
βœ”οΈ Berkahwin
βœ”οΈ Bilangan anak
βœ”οΈ TaksiΒ­ran berasingan atau bersama

Sebagai contoh, individu bujang hanya mula dikenakan cukai jika pendapatan melebihi RM37,333 setahun, manakala pasangan berkahwin dengan 2 anak (taksiran bersama) sehingga RM52,000 setahun.

πŸ’‘ Perancangan cukai yang betul = penjimatan jangka panjang.
Kesilapan pilih taksiran atau gagal tuntut rebat boleh menyebabkan anda bayar cukai lebih dari sepatutnya.

πŸ“ž Perlukan bantuan berkaitan:
β€’ Percukaian individu
β€’ TakΒ­siran bersama vs berasingan
β€’ Rebat & pelepasan cukai
β€’ Pemfailan e-Filing

Hubungi AXA Management Services untuk khidmat nasihat profesional dan patuh LHDN.

12/12/2025

PELEPASAN CUKAI INDIVIDU – TAHUN TAKSIRAN 2025

LHDN telah mengemas kini struktur pelepasan cukai bagi individu pemastautin untuk Tahun Taksiran 2025. Antaranya merangkumi:
βœ” Pelepasan individu, pasangan & anak
βœ” Perubatan dan keperluan khas
βœ” Gaya hidup serta aktiviti sukan
βœ” Insurans, KWSP, PRS & SSPN
βœ” Pelepasan untuk ibu bapa dan datuk nenek
βœ” Pelepasan pembelian rumah pertama
βœ” Yuran taska/tadika dan peralatan penyusuan ibu

Para pembayar cukai digalakkan menyimpan resit dan rekod bagi tujuan pengesahan.
Kami menyediakan khidmat pengurusan cukai, perakaunan dan setiausaha syarikat sekiranya diperlukan.

Hubungi kami di talian 016-663 3049 atau 03-88251106 untuk maklumat lanjut.

27/03/2025

Please be informed that our office will be closed from 31 March 2025 (Monday) until 04 April 2025 (Friday) in conjunction with Eid al-Fitr. We will resume as usual starting on 07 April 2025 (Monday).

Thus, AXA Corporate Sdn Bhd would like to wish everyone Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
-------

Untuk makluman semua, pejabat kami akan ditutup bermula dari 31 Mac 2025 (Isnin) sehingga 04 April 2025 (Jumaat) bersempena Hari Raya Aidilfitri. Pejabat akan kembali beroperasi seperti biasa bermula dari 07 April 2025 (Isnin).

Pada kesempatan ini, AXA Corporate Sdn Bhd ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua.
-------

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
πŸ“ž +60166633049
πŸ”Ž www.axamanagementservices.com





17/03/2025

Notis Penutupan Pejabat Sempena Hari Nuzul Quran

Untuk makluman, pejabat kami akan ditutup pada hari Selasa (18 Mac 2025) bersempena Hari Nuzul Quran. Pejabat akan dibuka semula dan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Rabu (19 Mac 2025).

-------
Untuk info lanjut, sila hubungi kami di:
πŸ“ž +60166633049
πŸ”Ž www.axamanagementservices.com



28/02/2025

πŸ“’ Notis Operasi Sepanjang Bulan Ramadan πŸ“’

Untuk makluman semua, pejabat kami akan beroperasi dari 08.30 pagi sehingga 04.30 petang sepanjang bulan Ramadan.





28/02/2025

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak buat semua pelangan AXA yang beragama Islam πŸ•Œ





Want your business to be the top-listed Accountant in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Culinary Team

Attire

Website

http://www.axamanagementservices.com/

Address


23A-1 (1st Floor), Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9
Kajang
43650