16/05/2026
Selamat Hari Guru 2026 🌸❤️
Kepada semua insan yang bergelar pengajar dan pendidik dalam apa jua bidang — guru, pensyarah, trainer, mentor dan semua yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu… terima kasih di atas segala ilmu, bimbingan, inspirasi dan tunjuk ajar yang diberikan.
Jasamu tidak ternilai, baktimu sentiasa dikenang. Semoga terus diberikan kekuatan, kesihatan dan kebahagiaan dalam mendidik anak bangsa. ✨
“GURU BITARA NADI NEGARA”
28/03/2026
27/3/2015 — 27/3/2026
Sepatutnya 2 hari lepas aku nak tulis tentang Abah…
tapi aku tak sempat.
Dah genap 11 tahun Abah pergi.
Rindu itu masih ada,
tapi kini aku belajar untuk reda dengan takdir.
Aku percaya, setiap doa yang aku kirim…
sampai buat Abah di sana.
Terima kasih Abah,
kerana membesarkan aku menjadi kuat walaupun tanpa Abah hari ini.
Semoga Abah tenang,
dilapangkan kubur, dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah untuk Abah ❤️
08/03/2026
12 Years Remembering MH370.
We honour and remember the 239 lives on board. Their memory remains in our thoughts ❤️
19/02/2026
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi tentang sabar, syukur, dan muhasabah diri.
Moga bulan mulia ini menjadi titik perubahan untuk jadi insan yang lebih baik.
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙✨
14/02/2026
14 Februari 2000 – 14 Februari 2026
Genap 27 tahun lalu aku melangkah masuk ke MRSM Beseri.
Dari budak yang penuh impian… kini jadi manusia yang terus belajar tentang kehidupan.
Terima kasih untuk kenangan dan perjalanan yang membentuk siapa aku hari ini 💙
22/01/2026
Done meeting dengan bos, Mr. Terry dan sebahagian kawan-kawan Team Utara 🔥
11/01/2026
UNTUK IBU BEKERJA.
YANG PEGANG DUA PERANAN SERENTAK — IBU & PENCARI NAFKAH.
Bila ibu sakit kritikal:
❌ kerja terhenti
❌ gaji terputus
❌ anak tetap perlukan ibu
❌ bil & komitmen tetap berjalan
Kanser.
Strok.
Serangan jantung.
Ini bukan sekadar soal rawatan.
Ini soal siapa urus keluarga bila ibu tumbang.
👉 Takaful Sakit Kritikal beri pampasan tunai sekali gus.
Untuk:
• Terus sara keluarga walaupun tak bekerja
• Bayar komitmen tanpa bebankan pasangan
• Fokus sembuh & jaga anak
Ibu selalu kuat demi anak.
Tapi anak perlukan ibu yang terjaga, bukan ibu yang tertekan.
📩 DM saya.
Jangan tunggu bila ibu sudah sakit baru nak mencari perlindungan.
11/01/2026
✨ Selamat Kembali Ke Sekolah! ✨
Buat semua anak-anak yang memulakan sesi persekolahan hari ini,
semoga langkah pertama ke sekolah dipenuhi semangat, senyuman dan keberanian 🌱
Belajar rajin-rajin, hormati guru, sayangi kawan-kawan
dan jangan lupa… setiap hari adalah peluang untuk jadi lebih baik 💙
Selamat maju jaya! 📚🎒