Zakat KASIH

Zakat KASIH

Share

Zakat KASIH wakil tauliah kutipan & agihan zakat bagi 4 negeri (Kuala Lumpur,Selangor,Terengganu&Per

31/08/2021
09/08/2021

KASIH Holdings mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam 1443 Hijrah.




19/07/2021

KASiH Holdings mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga Aidiladha kali ini disambut dengan penuh bermakna dan gembira di samping keluarga tercinta. Patuhi SOP dan arahan kerajaan demi kepentingan kita semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

14/05/2021

KASiH Holdings mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh bermakna dan gembira di samping keluarga tercinta. Patuhi SOP dan arahan kerajaan demi kepentingan kita semua. 😷

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
🙏🙏.MAAF ZAHIR & BATIN.🙏🙏

.0

13/04/2021

Assalamualaikum w.b.t,
KASiH Holdings mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak & Selamat menunaikan ibadah berpuasa. Semoga segala amalan kita diredhai dan diterima Allah SWT.
Pemegang Amanah Zakat, Infaq & Endowmen -> https://www.ikasih.com/

Photos from Zakat KASIH's post 01/04/2021

Sempena “SAMBUTAN HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA”, KASiH Holdings ingin berkongsi 5 TIPS cara berinteraksi & berkomunikasi berkesan.

Kongsikan info ini untuk manfaat bersama. Selamat Mencuba..






19/01/2021

❤️ 𝓑𝓲𝓬𝓪𝓻𝓪 𝓚𝓐𝓢𝓘𝓗 ❤️

𝐃𝐎𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐖𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗.

BERDOALAH, mohon kepada Allah S.W.T agar DIRI, KELUARGA DAN SAHABAT KITA TERLINDUNG DARIPADA WABAK COVID-19 yang merbahaya ini.
Tidak pernah kita menduga sebegini kuatnya serangan wabak yang melanda.
Seluruh dunia berubah sekelip mata.
Angka kematian terus meningkat.

ZAKAT berhubung rapat dengan isu kemasyarakatan.
Boleh ikuti aktiviti memasyarakatkan zakat dalam kehidupan di Zakat KASIH, layari: www.ikasih.com

MASIH BANYAK LAGI DANA DIPERLUKAN untuk membantu asnaf membina kehidupan mereka.
Tunaikan zakat dengan mudah dan pantas secara online di: www.ikasih.com














12/01/2021

❤️ 𝓑𝓲𝓬𝓪𝓻𝓪 𝓚𝓐𝓢𝓘𝓗 ❤️

𝗦𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯. 𝗔𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗸𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗾𝘂𝗲𝘀𝘁𝗶𝗼𝗻.

Ada satu masa ini. Masa tu masih tinggal di Canberra. Pakcik Mohd Kasih asyik mengira duit zakat yang perlu dibayar. Dalam masa sama dok sembang dengan Cikpuan isteri pasal zakat ni.

Masa tengah syok sembang ni tiba tiba Maryam datang duduk dekat. Dia kata Ustaz kat sekolah ada sebut pasal zakat. “I don’t understand kata Maryam.

Dia kata lagi “wouldn’t sadaqah be enough. Why pay zakat?” Uish menarik dan mencabar soalan Maryam ni.

Maryam baharu 5 tahun waktu tu. Dah bersekolah di Islamic School of Canberra. Satu satunya sekolah agama di Canberra waktu tu.

Pakcik Mohd Kasih tengok Cikpuan isteri. Angkat kening kat dia. Harapkan dia akan jawab. Dia senym sambal tunjukkan tangan seolah olah “silakan ye”.

Pakcik Kasih garu kepala kejap. Walaupun tak gatal. Maryam p**a tengok muka pakcik Kasih.

Pakcik Kasih teringat satu cerita. Dia pun kata ‘let me tell you a story.” Maryam angguk. Nampak excited p**a.

“Ada satu masa ni ada seorang orang kaya. Dia sedang berjalan. Memandangkan Maryam baharu 5 tahun pakcik Kasih pun bangun dan tunjukkan gaya orang kaya berjalan.

Pakcik Kasih sambung.

Masa dia berjalan dia ternampak ada seorang peminta sedekah. Baju peminta sedekah ni koyak sana koyak sini. Rambutnya berserabut.

Bila nampak peminta sedekah timbul p**a rasa kasihan pada orang kaya ni.

Dia pun tanya peminta sedekah. “Macam mana encik boleh jadi peminta sedekah?”

Waktu tu pakcik Kasih pun buat suara macam lain. Buat suara besar sikit. Cuba lakonkan supaya Maryam boleh nampak perbezaan dan dengar.

Peminta sedekah itu kata “saya dah cuba minta banyak kerja. Macam macam kerja saya minta. Saya tak pilih kerja. Asal kerja itu halal. Tapi satupun tak dapat.”

Muka dia sedih waktu itu. Dia tundukkan kepala. Pandang ke lantai.

Kemudian dia angkat kepala. Dia tengok orang kaya itu. Peminta sedekah ini sebut “Tuan nampak baik.Nampak kaya. Bolehkan tuan beri saya kerja. Kalau boleh saya akan berhenti minta sedekah ni.”

Dia nampak bersungguh.

Orang kaya senyum. Dia kata “Saya akan bantu anda. Tapi saya tak akan bagi kerja. Saya akan beri satu yang lebih besar lagi. Saya mahu anda jadi rakan kongsi bisnes saya.’

Si peminta sedekah tu terkejut. Dia kata “Apa tuan? Jadi rakan kongsi bisnes tuan?” Allahu Akbar. Apa betul ni tuan?” pada masa sama gugur air mata si peminta sedekah.

Waktu ini pakcik Kasih tunjukkan kat Maryam. Siap sebut lagi tap-tap air air mata dia jatuh ke lantai.

“Ya betul. Jom buat bisnes dengan saya.” Kata Orang kaya itu. Kali ini dia p**a nampak bersungguh.

“Betul ke tuan? Tuan tak main-main dengan saya?” tanya si peminta sedekah. Dia konfius. “Tak kan orang semudah itu nak jadikan aku rakan bisnes”. Katanya dalam hati.

“Jangan takut. Saya ada kilang tepung. Kamu boleh jual tepung saya di pasar. Saya akan sediakan tempat dan bayarkan sewa. Saya akan beri elaun makan untuk kamu.

Sampai sebulan. Lepas sebulan kita sebagai rakan kongsi bisnes boleh bahagikan untung.”kata orang kaya. Dia harapkan apa yang dia terangkan si pengemis akan faham. Dia hanya mahu membantu.

“Subhanallah, Allahu Akbar. Terima kasih tuan. Terima kasih tuan Terima kasih tuan.” Kata si peminta sedekah berulang kali. Dipegangnya tangan orang kaya. Air mata si peminta sedekah terus mengalir laju.

Kemudian dia terfikir.

“Tapi tuan macam mana nak bahagikan keuntungan tu? Tuan ambil 90% saya 10%. Atau 50/50 tuan?” tanya si peminta sedekah inginkan kepastian. Saya macam tak percaya. Macam bermimpi.

Orang kaya hanya senyum. Dia kata ‘saya ambil 2.5% saja. Selebihnya 97.5% kamu ambil untuk diri kamu.

“Tapi kenapa tuan?” Kenapa 2.5% saja?” soal si pengemis lagi.

“Macam pelikkan Maryam. Kenapa orang kaya nak sikit sajakan.” Pakcik Kasih kata pada Maryam. Dia angguk dan kata ‘yes its weird.’

Pakcik Kasih sambung.

Orang kaya tu ketawa kuat. Dia kata ‘saya sudah banyak wang. Saya tak perlukan semua tu.”

Esoknya bermulalah kerjaya baharu si peminta sedekah. Dia menjadi penjual tepung di pasar. Awal pagi lagi dia keluar berniaga. Cukup masa dia dapat beli makan dari duit elaun. Tak perlulah dia ikat perut.

Si peminta kerja kuat betul. Dia paling awal sampai ke pasar. Dia paling akhir p**ang. Setiap hari begitu. Tiada cuti. Sampailah hari ke 30.

Bila sampai sebulan, dia kira untung hasil jualan. Dia kata ‘banyaknya. Tapi takkan aku nak kongsi untung ni dengan orang kaya. Dia bukan tolong pun. Tak pernah nampak muka langsung sepanjang sebulan ni. Aku yang kerja teruk. Jadi akulah yang patut dapat 100% untung ni”

Dalam masa dia berfikir ni, tiba-tiba pintu rumah diketuk. Tok tok tok. Terdengar bunyi salam dari luar. Si peminta sedekah kenal suara itu. Itulah suara orang kaya.

Diapun buka pintu. Orang kaya tu sebut ‘saya nak kutip share rakan kongsi 2.5% saya. Boleh kamu bagi sekarang.”

Dengar saja perkataan share rakn kongsi terus peminta sedekah naik angin. Dia kata “mana boleh nak minta 2.5%. Saya yang kerja siang malam. Tuan tak buat apa-apa langsung.” Keras suara peminta sedekah.

Orang kaya hanya senyum. Dia gelengkan kepala.
----------

“Now I want to ask you Maryam. Patut tak apa yang peminta sedekah tu buat.”

“Ungrateful!” kata Maryam. Siap tangan digenggam dan dihentak ke lantai.

“Uish dahsyat juga anak muda ni,” pakcik Kasih sebut dalam hati. Dia pegang tangan Maryam dan tersenyum.

“Maryam, kita ni macam peminta sedekah tulah. Masa kita tak ada apa-apa kita minta dari Allah. Doa minta Allah bagi banyak duit. BIla banyak duit kita boleh makan sedap. Boleh beli macam-macam.”

Tapi bila Allah minta hanya 2.5% sebagai zakat kita tak mahu bagi. Grateful ke ungrateful kita ni, Maryam?” pakcik Kasih bertanya pada Maryam. Nak ajak dia berfikir sama.

Dia kata ‘ungrateful’. Suara dia perlahan. Dia kata lagi ‘now I understand’

“Jadi kalau kita bagi 2.5% kita grateful kan?” tanya pakcik Kasih lagi. Cuba teknik Framing pada Maryam.

“Yes dad. Grateful.” Kata Maryam macam excited p**a. Pakcik Kasih senyum tengok keletah anak umur 5 tahun ni. Beza betul cara fikir mereka bila sekolah kat luar negara. Dia pun tak macam tu dulu.
Dia kata lagi pada Maryam ‘sebab tulah ayah kira duit untuk bayar zakat. We want to become grateful person.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Teman-teman,
Allah ni Maha Pengasih. Maha Pemberi Rezeki. Tak lokek, Minta saja DIA beri. Ada masa cepat. Ada masa lambat. Rezeki tak pernah salah alamat.

Apakata kita sama sama semak. 𝗦𝘂𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝘁𝘂𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝟮.𝟱% 𝗶𝘁𝘂. Semak adakah bertambah rezeki kita atau sama. Atau berkurang?

Semak lagi. 🆂🆄🅳🅰🅷 🆃🅴🆁🆃🆄🅽🅰🅸🅺🅰🅷 🆈🅰🅽🅶 𝟮.𝟱% 🅸🆃🆄.

12/01/2021

❤️ 𝓑𝓲𝓬𝓪𝓻𝓪 𝓚𝓐𝓢𝓘𝓗 ❤️

𝗞𝗛𝗨𝗧𝗕𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗟𝗟𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛𝗨 𝗔𝗟𝗔𝗜𝗛𝗜 𝗪𝗔𝗦𝗔𝗟𝗟𝗔𝗠.

Wahai manusia, dengarlah baik- baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh Itu dengarkanlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang- orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga- jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita- wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah ALLAH, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul
yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan p**a kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
===========================================
(Khutbah ini disampaikan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.)
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Want your business to be the top-listed Accountant?