Warisan Rahmat

Warisan Rahmat

Share

Our services and products consist of advisory for financial and estate planning, insurance, accounting, and goods and services tax.

Perkhidmatan Perancang Harta Pusaka, Kewangan, Perakaunan, Perwakilan dan Teknologi Maklumat

Ahli keluarga berkelahi tuntut harta RM12.6 bilion 12/04/2022

Ahli keluarga berkelahi tuntut harta RM12.6 bilion ALOR SETAR – Sebanyak RM12.6 bilion harta pusaka di negara ini masih tertunggak dan berdaftar atas nama pemilik yang sudah meninggal dunia disebabkan sikap sambil lewa waris si mati yang enggan menuntut segera harta berkenaan selepas berlaku kematian. Selain itu, perbalahan dalam kalangan ahli kel...

10/11/2021

👆👆👆
Peluasan Bidang Kuasa dan peningkatan nilaian keseluruhan harta pusaka si mati kepada *RM5 Juta* daripada RM2 juta.

28/02/2020

Jgn lupa buat wasiat ya

01/01/2020

Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan...

1. Mesti tahu & faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.

2. Sentiasa berdoa supaya kita & pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.

3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kpd pasangan psswrd hp, email, myeg & pin no kad2 ATM dll. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit2 yang ada. (Wp begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.)Sebaik shj kita daftar utk dptkan sijil kematian, semua acc akan dibekukan.

4. Buat salinan ic pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak & ic anak2. Dokumen2 ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila mbuat semua urusan bkaitan.

5. Maklumkan kpd pasangan semua tanggungan (bil2 bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang2 etc) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan b*k urusan utk uruskan hutang2 & harta2 yg ditinggalkan.
“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yg meninggal akan lebih susah jika hutang2 & harta2 tidak diurus dengan segera”
Jika kita betul2 sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.

6. Hubungi bank2 yang berkaitan supaya outstanding bil tdk dikira faedahnya. Kita juga blh claim khairat kematian drpd bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dlm tempoh 6bln tp Bnk Rakyat dlm masa 3 bln shj. Klu lewat, hangussss)
Pastikan jg semua acc diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.
*SOCSO ada pencen bulanan utk waris

7. Kepada isteri2, belajar mengenai IDDAH.
Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bkn 44 hari ye?

8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yg berhak ke atas harta yang ditinggalkan & brp b*k yg perlu diagih2kan. PENAMA bknlah bmakna harta ditinggalkan seratus peratus kpd mereka. Penama WAJIB menguruskan pbahagian harta mengikut syariat yg tlh ditetapkan. Jgn sampai termakan harta ANAK YATIM!

9. Jika berkemampuan, mcarumlah dgn mana2 takaful utk semua pinjaman bank, diri sendiri & keluarga. Wang tuntutan takaful blh mbantu mlangsaikan hutang2, meneruskan kelangsungan hidup serta blh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*

10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya.

11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu2 lagi sbb malaikat maut blh dtg mjemput kita pada bila2 masa sahaja. Panggil pasangan & bincangkan perkara ini.

Dengan sdkt pkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri2) tidak akan hilang punca.

Allahualam.

buat ingatan...

Photos 31/07/2019

May Allah Help Us to Gain & Spread Beneficial Knowledge. Ameen.

31/07/2019

Anak-anak simpan mesej ini.

Sebagai pedoman, andai ada kematian di rumah kita.

1) Call ambulans. Doctor akan sah kan kematian. akan bagi beberapa surat/borang untuk di bawa buat laporan ke balai polis.

2) Call orang surau/jiran yang terdekat.

3) Bawa document yang di bagi doctor tadi. ic si mati. sijil lahir. segala surat perubatan jika ada ke balai polis utk buat laporan.

4) Ingat .
Bahagi kan tugas.
Apabila di sah kan oleh doktor tentang kematian. sebelum hadir nya jiran-jiran

5) Letak jenazah atas tilam.
Kaki ke arah kiblat.
Muka mengadap kiblat.

6) Chek seluar/ pampers jika ada terberak terkencing. Jika ada cuci dulu.

7) Salin seluar baju yg bersih.

8) Cari perca kain bersih .
Buat brberapa tali.
Sedia kan minyak zaitun/baby oil.
Mula kan dari muka. Urut pelan-pelan muka. Rapat kan mulut dan ikat dari dagu ke kepala.

9) Urut mata pelan-pelan dan rapat kan.
Jika tak rapat, letak duit syiling 50 Sen di kelopak.

Bila dah rapat, keluar kan duit tu.

10) Tangan siku hendaklah urut pelan-pelan . Kiam kan elok-elok dan ikat kan kemas-kemas.

11) Punggung peha rapat kan elok-elok2 dengan urut pelan-pelan.

12) Lutut rapat kan elok-elok - ikat tali.

13) Betis rapat kan - ikat tali.

14) Pegelangan kaki urut dengan minyak rapat kan dan ikat kemas-kemas.

15) 2 ibu jari di rapat kan dan ikat kan.

16) Ambik kain tudung bawal putih jarang dan tutup bahagian muka.

17) Ambik kain batik panjang dan tutup keseluruhannya.

18) Siap kan dlm beg .
kain batik panjang 4 helai dan towel satu.

19) Daun pandan sepokok di bersih kan dan kerat-kerat letak dalam plastik.

20) Sebelum kedatangan jiran-jiran anak-anak yg lain mesti tutup aib dengan cepat-cepat bersihkan rumah.

21) Bila jenazah dan rumah dah ready semua. sementara tunggu urusan yang seterusnya. Cuba ambik kesempatan berehat serta makan minum secukup nya .

Tujuan urut; supaya segala sendi-sendi tetap lembut sehingga memudah kan waktu nak mandi/kapan.

Buat pelan-pelan sambil sedekah Al Fatihah kerana jenazah yg tercabut nyawa nya dalam keadaan perit sakit.

Semoga bermanafaat untuk semua.

Credit kpd Lam De Orchids..tqvm😘😘😘

Want your business to be the top-listed Accountant in Sungai Buloh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Gajah 8, Kampung Kubu Gajah
Sungai Buloh
47000