16/08/2021
Kepentingan Hibah.
Mengapa anda perlukan hibah takaful?
Berikut adalah sebab mengapa kita perlu mengambil hibah takaful :
1. Pengganti Pendapatan :
- Anda menyimpan RM 100 sebulan = RM 1200 setahun
10 tahun = RM12000
Jika apa2 terjadi kepada anda, RM 12000 akan diagihkan kepada waris /yang tersayang anda (faraid).
- Dengan Hibah Takaful sebanyak RM 100 sebulan, jika apa2 terjadi kepada anda dalam jangkamasa 10 tahun yang sama ataupun 1 minggu sekalipun, anda akan meninggalkan sekurang-kurangnya RM150000 kepada waris/yang tersayang.
2. Penyelesaian Hutang :
Islam sangat menuntut penyelesaian hutang walaupun setelah kematian.
Sabda Rasulullah SAW, "Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang" (Hadis Riwayat Muslim).
Apabila seseorang meninggal dunia, hutang piutang haruslah dijelaskan oleh waris. Maka dengan jumlah pampasan yang diterima oleh waris sedikit sebanyak dapat membantu waris melunaskan hutang si mati.
3. Penerima mutlak dan tuntutan pantas :
Berbeza dengan wasiat dan pembahagian harta pusaka, hibah adalah pemberian mutlak kepada seseorang waris tanpa boleh dipertikaikan.
Proses tuntutan/kecairan harta yang pantas tanpa melibatkan kos tambahan. Kebiasaannya masa tuntutan Hibah adalah dalam jangkamasa 30-90 hari sahaja. Tuntutan wasiat mengambil masa hampir 2 tahun dan tuntutan tanpa wasiat lebih dari 5 tahun.
16/08/2021