27/05/2026
Salam Aidiladha buat semua klien, rakan niaga, dan sahabat usahawan daripada team Isa Othman & Co. ✨
Hari Raya Korban ini mengajar kita erti keikhlasan dan pengorbanan yang sebenar.
Selamat Hari Raya Aidiladha! 🐐🐄
25/05/2026
Pejabat Ditutup Seminggu — Salam Aidiladha! 🕋✨
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, team Isa Othman & Co akan tutup laptop, simpan fail, dan recharge tenaga seminggu sempena cuti bagi menyempurnakan ibadah korban dan menyambut perayaan hari raya korban.
Pejabat kami akan bercuti dari 25 Mei hingga 31 Mei 2026 dan akan kembali beroperasi penuh pada 1 Jun 2026 (Isnin).
Oopps! Terlupa p**a ada cuti umum berturut-turut untuk Hari Keputeraan Agong dan Cuti Ganti Hari Wesak. Jadi, cuti kita lajak lagi 2 hari dan kami akan kembali beroperasi penuh pada 3 Jun 2026 (Rabu)! 😆🚀.
Bagi pemilik bisnes yang ada urusan penting, boleh tinggalkan mesej atau emel dahulu ya. Balik raya nanti kami terus tackle akaun tuan-puan dengan tenaga baharu! 💼
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua klien, rakan perniagaan, para usahawan, serta seluruh komuniti yang sentiasa menyokong kami! 🤝✨
Isa Othman & Co
010-835 2157
30/04/2026
Selamat Hari Pekerja 2026! ✨
Menjadi nadi penggerak bangsa bukan sekadar bekerja keras, tetapi bekerja dengan penuh integriti dan nilai murni. Bersempena tema "Pekerja MADANI KESUMA Bangsa", marilah kita jadikan kerjaya kita sebagai satu ibadah yang membawa manfaat kepada masyarakat.
🔹 Al-Qawiyy: Kompeten dan berkemahiran tinggi.
🔹 Al-Amin: Amanah dan berintegriti.
🔹 Itqan: Bekerja dengan tekun dan berkualiti.
Terima kasih kepada semua pekerja yang terus mengharumkan nama bangsa! Terus cemerlang di dunia, berkat di akhirat. 🇲🇾💼
19/04/2026
📢 Perkongsian Program untuk Peniaga
Program Business Entrepreneur Support And Training (BeST) – Edisi Peniaga anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
Program ini memberi pendedahan kepada peniaga mengenai:
✅ Penyediaan Penyata Kewangan
✅ Kepentingan Tax Compliance Certificate (TCC)
✅ Amalan pengurusan akaun & cukai yang lebih teratur
🖥️ Dijalankan secara ONLINE sahaja
📲 Pendaftaran mudah — hanya scan QR code yang disediakan
💡 Ramai bisnes ada sales…
Tapi tak jelas untung rugi sebenar.
💡 Ramai juga tak sedar…
Dokumen seperti TCC boleh beri kesan besar kepada urusan bisnes (loan, tender, dll).
👉 Sesuai untuk:
Peniaga kecil & sederhana
Owner yang urus akaun sendiri
Sesiapa yang nak faham asas kewangan bisnes
📌 Ambil peluang ini untuk tambah ilmu & elakkan risiko di masa depan
Dan kalau lepas attend program ini anda rasa:
“Faham… tapi tak sempat nak urus sendiri”
Kami boleh bantu.
✔️ Penyediaan Penyata Kewangan
✔️ Susun rekod akaun dengan lebih teratur
✔️ Bantu anda faham nombor bisnes sendiri
📩 PM kami untuk pertanyaan lanjut.
Isa Othman & Co
Program Business Entrepreneur Support And Training (Best) - Edisi Peniaga
HASiL Sabah
19/02/2026
Salam Ramadan Al-Mubarak.
Dalam keberkatan Ramadan ini, semoga setiap urusan dipermudah dan setiap rezeki diberkati. Moga ia mendidik jiwa dengan sabar dan taqwa, memperteguh integriti serta amanah dalam setiap tanggungjawab, agar setiap usaha bukan sekadar meraih kejayaan dunia, tetapi juga mendapat redha Ilahi.
Moga segala amal diterima dan setiap langkah dipandu dalam rahmat-Nya.
Salam Ramadan 1447h | 2026
30/01/2026
Assalamualaikum dan Salam Jumaat Semua
17/01/2026
LANGKAH PERTAMA SME UNTUK HADAPI 2026
Panduan Mudah Pengurusan Rekod Kewangan Yang Betul
SME yang bersedia untuk 2026 bukan yang paling besar,
tetapi yang paling faham angka bisnes sendiri.
1️⃣ Asingkan Kewangan Bisnes & Peribadi
Langkah asas yang ramai ambil ringan, tapi paling kritikal.
Apabila aliran duit bercampur,
keputusan bisnes juga jadi kabur.
2️⃣ Rekod Jualan & Perbelanjaan Secara Konsisten
Bukan sekadar simpan resit, tetapi rekod lengkap, tepat & berdisiplin.
Rekod yang betul hari ini
menyelamatkan banyak masalah di hujung bulan.
3️⃣ Faham Untung Rugi Sebenar
Untung bukan apa yang tinggal dalam bank.
Tanpa kira kos sebenar dan komitmen bisnes,
ramai SME “nampak untung” tapi sebenarnya rugi.
4️⃣ Susun Rekod Kewangan Dengan Struktur Yang Betul
Struktur yang betul memudahkan segalanya:
☑️laporan
☑️pemantauan
☑️perancangan
☑️audit & cukai
Bisnes yang tersusun lebih bersedia untuk berkembang.
Rekod kewangan yang betul bukan untuk hari ini sahaja,
tetapi untuk kelangsungan bisnes bertahun ke hadapan.
Isa Othman & Co
Rakan Perniagaan Anda
02/01/2026
Isa Othman & Co | 6 Azam Strategik 2026 🏛️
Tahun 2026 adalah fasa baru untuk kami di Isa Othman & Co. Selari dengan tagline kami, Rakan Perniagaan Anda, kami memperkukuh hala tuju firma untuk memastikan kejayaan setiap klien adalah keutamaan kami.
Berikut adalah 6 fokus utama kami tahun ini:
1️⃣ Rakan Pertumbuhan Strategik – Kami bukan sekadar buat bookkeeping dan fullset Account. Kami bantu anda dalam rancang aliran tunai (cash flow) dan buat ramalan bajet bagi keperluan perniagaan.
2️⃣ Kepakaran Industri Spesifik – Kami fokus mendalami selok-belok industri anda (Perladangan dan penternakan, F&B, JMB/MC, Construction) supaya nasihat kami lebih tepat dan relevan.
3️⃣ Kepantasan & Ketelusan – Tiada lagi teka-teki status dokumen. Kami komited membalas setiap pertanyaan dalam masa 24 jam!. InshaAllah.
4️⃣ Pendidikan Pelanggan – Kami nak anda pandai. Kami akan bimbing anda memahami maklumat-maklumat dari penyata kewangan, apa itu kos langsung, keuntungan dan lain-lain lagi.
5️⃣ Pengoptimuman Kos & Profitability – Kami jaga kesihatan kewangan firma kami supaya kami terus mampu berikan servis terbaik dan harga yang berpatutan buat anda.
6️⃣ Kerjasama Strategik – Perlukan CoSec? Tax Agent? Auditor? Pegawai Bank? Software Accounting? Kami sedia membantu anda!
Kami sedia untuk bersama memacu kejayaan perniagaan anda ke tahap yang lebih premium tahun ini. ✨
Selamat Tahun Baru 2026 dari kami di Isa Othman & Co.
💬 Mula bincang hala tuju bisnes anda bersama kami di sini: WhatsApp 010-835 2157
Isa Othman & Co
Rakan Perniagaan Anda
22/12/2025
📢 Pengumuman Pejabat Ditutup Sementara
✨ Rehat Sejenak, Kembali Lebih Kuat! ✨
Pejabat Isa Othman & Co. akan ditutup mulai 22 Disember 2025 hingga 28 Disember 2025 bagi cuti hujung tahun & persiapan dan perancangan tahun baharu 2026.
📅 Kembali beroperasi: 29 Disember 2025
Terima kasih atas sokongan dan kefahaman anda.
🌟 Semoga hujung tahun ini membawa kejayaan, keberkatan, dan semangat baru untuk semua!
Isa Othman & Co
Rakan Perniagaan Anda
Auto Count Cloud Partner.