27/12/2023
Salam semua! 😊 saya nak kongsikan sikit info yang mungkin korang tak perasan. Kad perubatan ni penting tau, tapi seronoknya bila kita ada pilihan had tahunan tanpa limit! 🌟
Korang ada cek tak had tahunan kad perubatan masing-masing atau tahu tak berapa kad perubatan company sediakan?
Cuba semak dengan kos rawatan sekarang dan di sini saya ada kongsikan anggaran peningkatan kos ini untuk 10 tahun akan datang. Masih relevan mah had tahunan lama?
Berita gembira, kita tak perlu risau lagi bila had tahunan pelan lama dah tak relevan pada masa sekarang. Kenapa? Sebab dengan had tahunan tanpa limit, kita boleh tenang-tenang je menerima rawatan tanpa fikir pasal had-tahunan cukup atau tidak. Sesuai sangat untuk zaman moden ni yang banyak cabaran kesihatan yang serba serbi kos makin meningkat.
Bayangkan, kita tak perlu risau kalau ada keperluan rawatan yang lebih besar dari had tahunan biasa. Bukan setakat tu, kita pun tak perlu sibuk-sibuk nak upgrade plan bila dah ada had tahunan tanpa limit ni. Seronok bukan?
Di Great Takaful, kami ada pilihan had tahunan tanpa limit yang pastinya akan memberikan kebebasan dan ketenangan fikiran. Harga bulanan yang mampu milik, tanpa had tahunan, dan yang paling best, tak payah risau nak upgrade lagi!
Jangan lepaskan peluang ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, roger saya segera sebelum peluang ini tamat pada 31 Disember 2023. Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya saya atau perunding takaful yang lain. Jaga kesihatan, dan stay chill! ✌️😄
25/12/2023
Yang follow saya mesti tahu pada 8hb salah seorang client saya yang kena serang stroke telah dipindahkan dari Hospital Sg Buloh ke KPJ Damansara.
Alhamdulillah beliau telah dicaj pada 18hb baru setelah berada di ICU 10 hari. Total bill RM142K dan bukan dikira kos perubatan RM4.9K++. Sebanyak RM137K++ telah dibayar menggunakan manfaat kad perubatan. InsyaAllah saya akan ulas lebih detail pasal ini setelah saya terima laporan lengkap.
Hari ini saya ingin kongsikan proses pindah dari hospital ke hospital yang lain. Untuk kes saya pindah dari Hospital Sg Buloh ke Hospital KPJ Damansara. Untuk maklumkan klien saya telah menjalankan operation pertama di Hospital Sg Buloh dan perlu operation kedua. Walau bagaimanapun untuk mempercepatkan procedure kedua doktor mensarankan buat di hospital swasta (perlu pindah/transfer).
Untuk pindah, kedua belah pihak iaitu doktor yang memberikan rawatan sekarang perlu setuju untuk dipindahkan dan doktor yang bakal terima juga perlu setuju untuk diterima. Untuk proses pindah kebiasaannya doktor yang memberikan rawatan biasanya akan bantu kenal pasti doktor mana yang mempunyai kepakaran untuk meneruskan rawatan pesakitnya. Oleh itu, waris perlu berbincang dengan pihak doktor untuk proses ini.
Seterusnya untuk proses pindah pihak hospital yang menerima memerlukan doktor yang memberikan rawatan sekarang menghubungi doktor pakar mereka secara langsung. İni bertujuan kedua belah pihak jelas keadaan pesakit yang ingin dipindahkan. Sebagai perundingan takaful hanya bantu dalam proses memudah cara sahaja. Setelah kedua pihak setuju baru proses pemindahan dapat dijalankan.
Satu lagi mungkin orang terlepas pandang pasal kos ambulan. Alhamdulillah di Great Eastern Takaful manfaat ambulan ditanggung sepenuhnya. Ada setengah operator takaful/insuran tiada manfaat ambulan atau ada juga yang memberi manfaat dengan limit tertentu. Oleh itu, anda perlu kenal pasti manfaat yang diambil/ditawarkan. Untuk penggunaan ambulan ini, pastikan menggunakan perkhidmatan ambulan dari pihak hospital yang menerima pesakit ini. Untuk kes saya ini, menggunakan khidmat ambulan dari Hospital KPJ Damansara. Sekiranya menggunakan khidmat ambulan pihak ke-3, caj bayaran ambulan perlu dijelaskan kemudian baru dibuat tuntutan (pay & claim). Kelebihan menggunakan khidmat ambulan dari hospital baru yang akan memberikan rawatan, koş ambulan akan dimasukkan dalam kos rawatan hospital itu nanti. Jadi bayaran ambulan akan menggunakan surat jaminan (GL) yang diperoleh semasa proses admission nanti.
Proses permohonan GL kebiasaannya akan dilakukan apabila pesakit telah berada dihospital baru. Ada setengah-setengah kes proses GL dapat dilakukan sebelum proses pemindahan. Oleh itu, sebagai perundingan takaful perlu tahu status sijil klien dan peratusan kemungkinan GL diluluskan atau sebaliknya. Ketika ini, sebagai perundingan takaful perlu jelaskan sebarang kemungkinan kepada waris.
Saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.
27/03/2023
Business partner tanya ada prospek cakap Great Eastern itu insurance... Kita terus buatkan gambar ni nak tunjukkan apa perbezaan..
19/08/2022
Kepada sesiapa yang belum mempunyai Medical Kad..jangan lepaskan peluang ini... Plan dengan medical dengan had 300k dan 500k setahun. Promo sampai 31/8 ni sahaja semperna bulan kemerdekaan..
Jangan lepaskan peluang..
29/07/2022
Berikut adalah antara alasan yang biasa kita berikan.
Pernahkah kita terfikir?
A. Musibah tidak pilih usia. Tambahan p**a masa sihat dan muda adalah paling sesuai ambil sebab dapat lebih nilai dengan caruman yang dibayar.
B. Masa kurang komitementlah masa paling sesuai untuk ambil perlindungan. Anda boleh bertimbangkan ambil manfaat kad perubatan pada masa ini.
C. Bayangkan, sekarang pun perbelanjaan harian kita sudah cukup ketat, apa akan terjadi jika anda sebagai ketua keluarga (punca pendapat keluarga) pergi buat selama-lamanya? Anda boleh mempertimbangkan untuk ambil manfaat hibah takaful pada situasi begini.
D. Kad perubatan ada tempoh menunggu (Kecuali manfaat kemalangan). Semakin lambat anda ambil semakin lambatlah melepasi tempoh menunggu.
Sebenarnya takaful tidak mahal. Tetapi yang mahal adalah KESEDARAN. Harap perkongsian di atas dapat membantu anda.
Di sini saya hendak uar-uarkan, Great Eastern Takaful ada melancarkan plan hibah i-Great Ilham (buka sehingga 18 Ogos 2022 sahaja). Plan ini tanpa melalui proses penilaian status kesihatan. Untuk lebih mudah paham, orang yang telah ada sedia penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya pun layak untuk mohon. Yang paling syoknya plan ini dijamin LULUS. Anda dialu-alukan untuk panjangkan maklumat ini pada sahabat-sahabat anda diluar sana sebelum terlambat ya!!