SK Group Membership Card

SK Group Membership Card

Share

SK Group menyediakan platform mencipta LIFETIME PASIF INCOME. Ketahui bagaimana anda boleh 'bersara' awal dengan 'pencen' puluhan ribu RM setiap bulan.

03/04/2023
03/01/2018

Malam tadi saya membantu team Seremban menemui bakal partner baru menjelaskan tentang advisor MediSavers. Beliau telah berbelas tahun dalam industry dan masih kekal bersama syarikat Z sekarang ini. Selepas saya huraikan mengapa ejen2 takaful/insurance perlu mendaftar sebagai advisor MediSavers, beliau sangat setuju dan beliau akui serta yakin sudah tiba masanya masing-masing turut mengambil peluang keemasan ini. Nak tahu apa dan kenapa yang menyebabkan beliau berkata sedemikian? Jom jumpa saya kita minum kopi.

http://umc5.wasap.my

18/08/2017

Takaful / Insurans dan Pelaburan

TAKAFUL DAN PELABURAN

Produk takaful adalah untuk perlindungan kewangan, bukan untuk simpanan atau pelaburan. Jika ada simpanan dan pelaburan, ia hanyalah ciri sampingan dan bukan yang utama. Yang utama tetap perlindungan kewangan, yang tidak diperolehi dalam mana-mana produk kewangan lain selain takaful / insurans.

Jika mahukan p**angan maksima dalam pelaburan, produk pelaburan adalah pilihan terbaik, bukan produk takaful / insurans. Jika tidak, kita akan menyesal dan kecewa dengan hasilnya kelak. Simpanan RM100 sebulan di dalam produk takaful / insurans, tidak akan mampu menandingi RM100 sebulan di daam akaun simpanan.

Daripada buku-buku tentang pengurusan kewangan yang ditulis oleh pakar-pakar kewangan tempatan dan antarabangsa, tiada satu pun yang mengesyorkan takaful / insurans sebagai instrumen pelaburan.

Kadang-kadang saya keliru / kasihan dengan perunding-perunding takaful / insurans yang mempromosi produk takaful / insurans sebagai intrumen pelaburan.

Lebih kasihan kepada pelanggan.

Hakikat Investment Link Takaful / Insurans

Dalam takaful / insurans ada satu produk yang bernama ‘INVESTMENT LINK TAKAFUL / INSURANS”, yang selalu disalah-faham oleh pelanggan dan diberi pemahaman salah oleh perunding takaful / insurans.

INVENSTMENT LINK ada dua jenis, iaitu;
1) INVESTMENT LINK PREMIER, dan
2) INVESTMENT LINK CAPITAL

Produk INVESTMENT LINK PREMIER tetap fungsi utamanya untuk perlindungan kewangan, bukan untuk pelaburan. Malah perlindungan untuk produk ini, lebih besar daripada produk takaful / insurans tradisional atau endownment.

Manakala INESTMENT LINK CAPITAL, ia mirip UNIT AMANAH dan ia sesuai untuk pelaburan, tapi tidak ramai perunding yang memasarkannya kerana komisen sedikit.

Komisen produk INVESTMENT LINK CAPITAL lebih kurang komisen produk UNIT AMANAH IAITU SEKITAR 3%, berbanding komisen bagi produk INVESTMENT LINK PREMIER iaitu setinggi 25%.

Kes Penipuan Ejen dan Ejensi

Ada kes yang sudah dibawa ke bank negara dan ejensi terbabit disenarai-hitam.

Ia berlaku di syarikat XYZ-Insurans apabila memasarkan produk XYZ-Cash dengan mendakwa ia adalah produk pelaburan.

Tambahan p**a, syarikat XYZ-Insurans adalah dalam satu kump**an sama XYZ-Bank dan ejen-ejennya mendakwa mereka dari XYZ-Group dan memasarkan produk pelaburan XYZ-Bank.

Mengapa ia berlaku? Kerana komisen produk insurans lebih tinggi berbanding produk pelaburan unit amanah. Klien hanya mengetahui mereka ditipu selepas setahun, apabila menerima penyata daripada pihak syarikat, dan ketika itu ejen berkenaan sudah menikmati komisen, menerima pelbagai anugerah dan sudah mendapat hadiah percutian ke luar negara.

Selepas beberapa tahun ia dipasarkan dan aduan demi aduan diterima dan siasatan dilakukan, akhir sekali Bank Negara Malaysia mengambil tindakan untuk menyenaraihitamkan ejensi berkenaan dan menarik balik produk XYZCash tersebut dari pasaran.

Saya tidak dapat menyebut syarikat berkenaan kerana tiada sebarang hitam putih tentang maklumat itu kerana faktor P&C dan menjaga nama baik industri dan syarikat. Saya menerima maklumat ini dari beberapa sumber yang dipercayai.

Dalam hal ini, saya berbeza pandangan. Sepatutnya, untuk menjaga nama baik industri, lebih baik telus mendedahkan nama syarikat dan ejensi berkenaan kepada awam supaya tidak ramai yang tertipu dan ejen-ejen lain mengambil perhatian.

Untuk dapatkan medical card terbaik dengan harga jimat sila klik link http://umc.wasap.my

Rujukan tulisan fb Aftan Mat Rawi

umc.wasap.my

23/06/2017

KELEBIHAN TAKAFUL

1. Memelihara & memartabatkan agama melalui konsep Tabarru' (derma) kepada ahli-ahli yang ditimpa musibah.

2. Saling membantu di antara satu sama lain dengan melakukan kebaikan terhadap diri sendiri dan ahli-ahli.

3. Mewujudkan ketenangan jiwa dan juga minda. Segala transaksi/urus niaga Takaful adalah bebas dari unsur-unsur Riba, Maisir dan Gharar.

4. Melindungi kesejahteraan & kelangsungan hidup ahli-ahli dan keluarga (An-Nasl). Tinggalkan kepada mereka harta daripada meninggalkan mereka dalam kemiskinan dan keadaan yang meminta-minta dari orang lain. Sekiranya berlaku malapetaka, Takaful akan memastikan keluarga anda ditinggalkan bersama-sama dengan bantuan kewangan yang mencukupi.

5. Takaful bukan sahaja memberikan perlindungan kewangan dan memelihara harta benda ahli keluarga, malah ianya mempunyai konsep yang jauh lebih luas iaitu menyemai semangat kerjasama, persaudaraan, kesaksamaan, keadilan & keseimbangan sosial kepada semua ahli.

20/06/2017

"Ambil je yang limit rendah, nanti lepas 5 tahun upgrade medical card baru."

Tiada istilah upgrade medical card.

Yang ada ialah kita tukar polisi baru atau 'Take-Over' polisi lama.

Jadi hati-hati jika ada ejen kata bagus untuk 'upgrade' medical card. Ada risikonya. Baca lebih lanjut di bawah.

Tidak banyak syarikat tawarkan take over policy ini.

Dan saya pernah bertanya kepada syarikat yang ada kelebihan take over policy ini.

Take over policy ini membolehkan kita untuk waive tempoh menunggu.

Biasanya bila kita mula ambil medical card, akan ada tempoh menunggu 30 hari untuk sakit biasa dan 120 untuk sakit-sakit tertentu atau kritikal.

Jadi bila kita ambil tukar medical card baru, tempoh menunggu ini perlu ulang semula dari kosong.

TAPI jika medical card baru itu boleh take over policy lama kita, maka waiting period itu akan diketepikan (waive).

Cuma syarikat itu juga beritahu pre existing illness yang sudah wujud sebelum ambil polisi baru tetaplah tidak dilindungi.

Contohnya, sebelum ini kita pakai medical card company A dan dalam tempoh itu kita ada asthma.

Bila kita tukar medical card company B yang ada take over policy, penyakit asthma itu akan dikecualikan daripada dilindungi.

"Kalau kita ada sakit kritikal tapi tak pernah claim atau buat rawatan hospital, boleh cover ke?"

Jika simptom sesuatu penyakit sudah wujud sebelum kita ambil medical card baru, ini juga tidak dilindungi!

Ketahui risiko sebelum buat keputusan untuk tukar medical card baru.

Apa-apa hal kita masih ada alternatif yang power iaitu hospital kerajaan.

Rujukan tulisan Azree Hanifiah.

20/06/2017

Take Over Policy.

Anda perlu tahu, apabila kita memiliki policy yang melebihi 2 tahun, SEBENARNYA ia sudah cukup matang dari segi klausa dan terma yang tercatat di dalam polisi.

Namun demikian, kadangkala kita tidak mampu untuk membayar sumbangan bulanan/tahunan disebabkan kekangan kewangan semasa dan memerlukan perubahan caruman bulanan.

Keduanya, polisi yang sedia ada tidak mampu memenuhi bajet kewangan semasa anda. Anda perlukan perlindungan dalam masa yang sama anda ingin bajet kewangan yang betul dan juga tidak MAHU membeli polisi yang baru kerana terpaksa bermula dengan "cooling period" dan terma-terma lain.

Kini dengan kaedah TAKE OVER POLICY yang ditawarkan oleh Medisavers Takaful, anda tidak lagi perlu "WAITING PERIOD" dan boleh meneruskan polisi baru seperti polisi asal!

Selain itu, tawaran ini juga sesuai jika polisi lama tidak menyediakan pakej perlindungan VIP yang ditawarkan oleh Medisavers Takaful dengan harga yang murah.

Dapatkan plan Medisavers Takaful VIP dengan serendah RM 89 sebulan, klik link berikut http://umc4.wasap.my untuk dapatkan sebutharga.

Photos 10/06/2017

Testimoni pengguna Medisavers. Masuk wad dapat hadiah lagi.

08/06/2017

Ini jawapan kepada yang selalu tanya pasal payor benefit (waiver).

"Medical card standalone tak ada payor benefit."

Begitu kerisauannya bila saya cadangkan ambil medical card standalone sahaja untuk anak.

Payor benefit ini jika parent meninggal maka polisi akan jadi free sampai umur 23/25.

Mari kita kira berapa sebenarnya manfaat payor benefit.

Katakan anak itu baru usia dua bulan. Lepas sebulan ambil polisi, parents meninggal dunia.

Kita ambil contoh polisi anak dengan rider Payor, RM150 sebulan.

Jadi polisi akan free sehingga umur dia 25 tahun.

RM150 x 12 x 25 = RM45,000.

Katakan polisi medical card standalone hanya RM90 sebulan untuk anak, tuan sudah jimat RM60 untuk seorang anak.

Jika 4 orang anak, tuan sudah jimat RM240 sebulan.

Tuan boleh lebihkan caruman untuk polisi diri sendiri bagi melindungi sumber pendapatan.

Ini jauh lebih penting daripada Payor Benefit.

Bila sumber pendapatan sudah dilindungi, boleh sahaja pasangan/famili gunakannya untuk bayar medical card anak sehingga mereka dewasa.

Nak cari medical card VIP untuk anak dengan caruman RM89 sebulan?

PM saya segera!

*Nota* - ambil pengiraan penjimatan RM240 di atas jika jumlah ini digunakan, boleh cover group life takaful Archipelago untuk manfaat hampir RM600,000 (2 nama pencarum), jauh lebih baik jika kos ini digunakan untuk dapat manfaat waiver.

Photos 12/04/2017

INFO

Tempoh menunggu kad perubatan insurans/takaful

Sepertimana yang tuan/puan tahu, tempoh menunggu insurans/takaful Medisavers adalah 30 hari bersamaan 1 bulan (setelah polisi lulus) untuk penyakit berat.

Kecuali berkaitan kemalangan. Berkaitan kemalangan tidak perlulah tunggu sehingga 1 bulan.

Untuk sebarang penyakit berat contohnya ketumbuhan, jantung dll. sila jangan percaya tempoh menunggu adalah 1 bulan. Penyakit sedemikian ambil masa lama untuk wujud.

Pelik sangat jika setelah genap tempoh menunggu 1 bulan, tiba-tiba bulan ke 2 disyaki baru dapat sakit jantung. Automatik pihak insurans/takaful akan menjadi sangsi.

Status GL mereka automatik akan diabaikan (jika mahu membuat rawatan), maka tuan/puan terpaksa bayar dan klaim dahulu.

Setelah itu, pihak insurans/takaful akan menyiasat segala sejarah perubatan tuan/puan sebelum dapat klaim.

Jadi, berapa lamakah tempoh menunggu yang agak ideal untuk penyakit-penyakit berat?

Jawapan: Lebih dari 2 TAHUN! (bergantung di atas laporan doktor sekali).

: Apakah yang kita dapat pelajari dari isu ini? Saya merayu, milikilah pelan insurans/takaful persendirian (bukan dari syarikat bekerja) semenjak dari gaji pertama kerja.

Jika gaji terlalu kecil, dapatkan kad perubatan dahulu. Jika hendak tambah pampasan kematian boleh ambil kemudian sedikit. Jika mampu, langgan kedua-duanya sekaligus.

Medisavers murah!

Saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman karier. Tuan/puan memang tidak akan jumpa apa yang saya tulis ini dari mana-mana syarikat insurans/takaful atau Bank Negara.

Sebab itu kena ambil insurans/takaful sewaktu masih teramat sihat. Tamat sahaja belajar IPT, terus langgan.

Rujukan tulisan Anwar Suran.

18/03/2017

Sila ikuti perkembangan kami.

Sila like page UMC Advisory Malaysia.

Atau klik sini http://umc.wasap.my

UMC Advisory Malaysia.

Want your business to be the top-listed Accountant in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Seremban
70400