Sufi Sharifudin - SS

Sufi Sharifudin - SS

Share

Income Replacement | Hibah | Medical Card | Saving |Investment

29/01/2024

Jom dengarkan pengalaman saya sendiri membantu client saya menguruskan proses HIBAH Takaful kepada waris arwah client saya.

Arwah baru sahaja mencarum Hibah Takaful tak sampai setahun. Tetapi Allah lebih sayangkan arwah. Arwah terlibat dengan kemalangan di tempat kerja dan meninggal di tempat kejadian.

Alhamdulillah. Arwah sempat mencarum Hibah Takaful bersama saya dan dapat meninggalkan sejumlah wang sebanyak RM 1 JUTA kepada isteri dan 3 orang anaknya.

Dengan adanya duit hibah ni, sedikit sebanyak waris dapat meringankan banyak perkara seperti beban hutang dan beban kos sara hidup keluarga.

Tuan dan puan, Hibah takaful ni bukan beban tetapi persediaan kita untuk menghadapi perkara yang paling kita takuti iaitu Kematian dan Tiada Kemampuan Untuk Bekerja (TPD).

“Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan itu lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan meminta minta” - Hadith Riwayat Al Bukhari

Mohd Sufi
Al Isra’ Group
FWD Takaful

07/09/2023

Saya ingin membuat perkongsian beberapa perkara atas pengalaman sendiri kehilangan kakak dan abang ipar sekelip mata dalam kemalangan jalan raya dengan meninggalkan 3 orang anak kecil yang masih dibawah umur.
Hanya sebagai persediaan kerana kamatian pasti berlaku cuma saat dan masanya sahaja belum diketahui.

1. Jangan rahsiakan apa jua no pin atau password kepada pasangan kita bagi yang berkahwin. Bagi yang masih bujang tidak salah untuk mempercayai ibubapa atau adik beradik. No pin ATM sangat perlu untuk mengeluarkan duit yang ada kerana setelah mendaftar sijil kematian semua akaun simpanan akan dibekukan bermaksud tidak boleh dikeluarkan. Andai berjuta sekalipun duit kita di dalam bank, bagaimana waris utk gunakannya sekiranya dibekukan? Waris gunakan untuk meneruskan membayar hutang sekiranya tiada perlindungan insuran/takaful, urusan berkaitan pengurusan harta pusaka. Walau bagaimanapun simpanan tersebut perlu di faraidkan juga. Bukan menjadi hak pasangan. Ingat tu!

2. Senaraikan semua hutang-hutang(loan rumah, loan kereta, loan penapis air, loan peribadi, kredit kad, hutang rakan2, loan asb dan bermacam2 loan lain) dan beritahu kepada pasangan atau adik beradik lain.

3. Senaraikan juga aset yang ada (geran tanah, simpanan asb, tabung haji, sspn, pelaburan, kereta, motor, takaful/insuran dan sebagainya) simpan di dalam satu fail khas. Senarai hutang dan harta yang dimiliki ini sangat penting untuk urusan harta pusaka nanti. Waris yang ditinggalkan akan berasa susah namun kita yang 'pergi' ini akan lebih susah dengan hutang yang ditinggalkan andai tidak diurus dengan betul.

4. Sediakanlah Perlindungan Takaful Nyawa walaupun sedikit kerana pampasan takaful tidak akan dibekukan seperti harta2 lain yang kita ada. Duit pampasan takaful akan diberi kepada penama terus dan orang lain tidak berhak atas pampasan tersebut kerana diberikan secara Hibah atau hadiah. Duit pampasan tersebut boleh digunakan untuk membayar segala kos urusan harta pusaka, membayar hutang2 yang ada dan sebagainya sebelum harta yang ada dicairkan.

5. Lantiklah perunding harta pusaka sekarang untuk membuat hibah harta-harta yang ada dan wasi yang akan menguruskan segala urusan kita selepas kematian kita. Hal ini sangat penting sekiranya kita tidak mahu waris naik turun pejabat serta pembahagian harta dilakukan mengikut hukum faraid sebenar.

6. Andai kita waris, sediakan salinan kad pengenalan sebelum diserahkan ke pejabat pendaftaran, sijil kematian, surat beranak si mati, surat beranak anak2,laporan post-mortem,geran2 dan apa jua dokumen yang telah disahkan. Simpan dalam satu fail dengan rapi dan bawa kemana sahaja untuk membuat segala urusan tuntutan.

7. Pergi ke bank, asb, tabung haji, perkeso, berjumpa ejen takaful, kwsp dan sebagainya untuk menuntut khairat kematian jika ada. Dapatkan laporan simpanan, kwsp dan sebagainya untuk urusan harta pusaka. Diingatkan lagi sekali, simpanan itu bukan milik pasangan.

8. Mohon untuk mendapatkan pencen setiap bulan dari pihak socso untuk anak-anak sekiranya sedang/pernah bekerja serta mencarum socso setiap bulan.

9. Waris perlu tahu cara atau wajib bertanya kepada pakar pengurusan harta pusaka berkaitan Faraid. Hal ini dikhuatiri akan termakan harta anak yatim! Ramai menganggap penama adalah pemilik harta tersebut. Silap ya tuan/puan. Penama hanya orang yang mengurus harta sebelum diagihkan.

10. Sementara masih hidup, buatlah perancangan sesuatu. Hibahkanlah harta anda, melantik wasi dan ambil perlindungan takaful. Ramai beranggapan mati lama lagi, tiada harta dan sebagainya. Namun kita tidak sedar kematian tidak mengira usia dan anak-anak adalah harta paling besar dalam kehidupan. Berfikir sejenak, siapa dan sumber apa yang akan menguruskan mereka setelah kita tiada?

18/07/2023

Alhamdulillah. Syukur. Sedikit berita gembira utk dikongsi bersama. Hibah ni real tuan2. Semalam terima berita gembira daripada isteri kepada arwah client sufi. Arwah baru sahaja mencarum takaful beberapa bulan dan ditakdirkan meninggal dunia tahun lepas. Jadi tuan2 kita sebagai seorang lelaki dan seorang ketua keluarga wajib sediakan hibah utk keluarga, supaya keluarga kita tak perlu hidup dalam keadaan susah selepas ketiadaan kita satu hari kelak. Dengan hanya mengalihkan 10% sahaja dari gaji kita utk sediakan hibah utk keluarga.

“ Meninggalkan isteri dan keluarga dlm kesenangan lebih baik dari meninggalkan mereka dlm keadaan meminta-minta “ Hadith Riwayat Bukhari.

http://www.wasap.my/60123450513
http://www.wasap.my/60123450513

Mohd Sufi
Al Isra’ Group

28/06/2023

The only plan yg cover the whole family with just one policy ‼️‼️

✅ auto 2.5x of sum covered for Family Cover Limit
(RM100,000 x 2.5) RM250,000
✅ Minor Critical Illness - RM25,000
✅ Major Critical Illness - RM100,000

Jom Apply Now
http://www.wasap.my/60123450513
http://www.wasap.my/60123450513

14/03/2023

Assalamualaikum.

*Plan Hibah (Future First)*

✅1. *Hibah Asas: Rm500,000.00*
- Kematian semulajadi
- Kematian Kemalangan
- TPD (Hilang Upaya Kekal)
*Kekal bermaksud “Tidak dapat disembuhkan & disahkan pegawai perubatan.

✅ 2.Jika berlaku kematian : Tunjuk Sijil Mati dan *claim 10%* daripada jumlah Hibah.
Contoh : *(Rm500k x 10% = Rm50k)*

✅ 3. Manfaat Penyakit Terminal & Kritikal : *Rm 500,000.00* akan dapat kepada peserta hibah sebagai income replacement.

✅ 4 . Manfaat Takaful Pasangan :
👩‍❤️‍👨 Akan diberikan sijil Hibah Secara Percuma Sebanyak *Rm 100,000.00* selama 2 tahun.

✅ 5. Badal Haji : Akan diuruskan oleh pihak Takaful Sebanyak Amount diperuntukkan adalah *Rm 2,000.00 *

✅ 6. Khidmat Guaman :
👨‍⚖️Free sebanyak 3 kali mendapat nasihat secara khas daripada penasihat undang-undang Maksimum *Rm 2,000.00 *

✅ 7. Kaunseling Kesedihan Secara Free Sebanyak 10 Sesi Kaunseling bernilai
Rm 2,000.00

*Kenapa Anda Perlu Apply Plan *Hibah Income Protection Future First *❓

✏️ Hibah Tinggi , caruman berbaloi
✏️ Cover banyak keadaan .
✏️ Dapat 10% awal jumlah hibah
✏️ Pasangan Dapat polisi Hibah Secara Percuma 100k Tanpa perlu Apply.

Dengan benefits seperti di atas hanya memerlukan sumbangan sebanyak RM200 sahaja. Bagus ke bagus?

Jom Apply SEKARANG🚨🚨🚨

http://www.wasap.my/+60123450513

http://www.wasap.my/+60123450513

Want your business to be the top-listed Accountant in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Seremban
70200