Ingatan dan larangan Allah bila diberi kesenangan dan kesempitan.
Kesenangan/kemewahan
1. Merasa sombong dan dimuliakan Allah. - Al Fajr 89:15
2. Merasa bakhil dan kedekut
- Al Ma'arij 70:21
Kesempitan/ujian
1. Resah menyangka dihinakan Allah
- Al Fajr 89:16
2. Merasa resah gelisah
Al Ma'arij 70:20
Selepas ayat ayat diatas didalam kedua surah, Allah ingatkan manusia akan hak orang lain keatas harta yang Allah kurniakan kepada kita iaitu hak infaq dan sedekah kepada fakir dan miskin, anak yatim dan hak kepada waris pusaka.
Semoga kita dihindarkan penyakit sayangkan dunia berlebihan.....
Bicara PusakaKu
Membicarakan ilmu perancangan harta pusaka Islam, masalah dan solusinya.
22/02/2021
Biarkan kepada takdir?
Atau usaha kemudian baru berserah?
Bagaimana mengelak anak berdosa dan derhaka? Fikir fikirkan....
Seorang ibu atau bapa boleh bela 10 orang anak TETAPI 10 orang anak belum tentu boleh bela seorang ibu atau ayah. Tak percaya? Buka mata, gambar dibawah salah satu contoh...
Masa kita sihat tiada masalah. Malah anak anak berebutkan kita. Yelah kalau kita baru pencen, duit hadiah banyak, duit pencen ada bawa cucu jalan sana sini, sukalah anak anak.
Tetapi cabaran dan ujian datang bila kira sudah sakit, terlantar atau berperangai macam anak kecil. Kencing berak sana sini, nak kena tukar pampers dan cuci luka kencing manis. Masa itu kita akan kenal erti kasih sayang sebenar, erti kesetiaan dan sabar seorang anak.
Kalau kita bertuah, anak anak jaga kita dengan baik, maka itulah kurniaan Allah yang sebesar besarnya. Kalau tidak bernasib baik, hancur luluhlah hati kita diperlakukan seolah tiada harga oleh darah daging sendiri.
Seminggu dua atau sebulan dua manusia akan bertahan, tetapi kalau berbulan bulan atau bertahum tahun? Perlahan laham sabar hilang, kecewa dan marah datang.
Letih urus ibu ayah terlantar, adik beradik lain lepas tangan, kos ditanggung seorang diri, tak boleh bercuti! Pening?
Jalan singkat hantar ke rumah orang tua tua. Lebih sadis tinggalkan sahaja di tepi jalan.
Kesian kepada diri...
Kesian kepada anak anak, mereka akan berdosa...
Soalnya, bolehkah kita rancang supaya meminimakan natijah sebegini?
Jawapannya ada!
Rancang harta anda sekarang semasa masih sihat. Jangan hanya mengharap waris untuk menjaga kebajikan kita.
Dah rancang, kalau mereka tak ambil tanggungjawap kita terbela. Kalau mereka ambil tanggungjawap, kita gembira, mereka pun bahagia. Macam mana?
1. Lantik wasi dan pemegang amanah supaya tuntutan harta kita akan dilakukan segera. Ingat, selepas pengebumian, 2 perkara yang wajib disegerakan adalah bayar hutang dan agihkan pusaka. Selesaikan tanggungjawap kita keatas harta.
2. Buat dana amanah. Bayangkan anak umur 18 tahun terima 1 juta. Atau anak umur 16 tahun tahu akan dapat 1 juta bila berumur 18 tahun. Bermotivasikah dia untuk belajar? Bolehkah dia bijak mentadbir duit? Atau akan dihabiskan berpoya poya atau ditipu yang mengambil kesempatan? Dengan amanah, duit diberi secara berkala keoada anak, contohnya 2 ribu sebulan sehingga umur 25 tahun kemudian selebihnya diperolehi anak. Lebih berkesan? Mungkin ya. Atau dana dituntut dan diberi bila sambung belajar, beli rumah atau berkahwin? Anda boleh tentukan.
3. Dana kebajikan diri
Kalau sihat dan waras sehingga akhir hayat, alhamdulillah. Bagaimana kakau hidup tetapi tidak lagi competent? Dana kebajikan boleh diarahkan untuk bayar kos perubatan, kos penjagaan, dan saguhati kepada sesiapa yang menjaga kita. Tak perlu anak anak risau siapa nak bayar bil. Bayangkan, anak yang menjaga kita dibayar dari dana amanah setiap bulan RM5000 ringgit. Kos hospital pun dibayar dana amanah. Mungkin ada anak berebut nak jaga mak dan ayah. Dapat duit dan pahala serentak!
4. Hadiah kepada waris
Kita boleh rancang, waris yang menjaga kita diberi hadiah selepas kematian kita. Boleh dari tunai, boleh dari takaful. Wah! Silap silap berebut anak anak nak jaga ayah dan ibu! Sayang memang sayang, tapi bertambah sayang bila tahu selain pahala ada ganjaran bakal tiba.
5. Ambil pelan perubatan
Ramai orang lokek untuk ambil perlindungan takaful. Ya, nampak membazir semasa sihat. Tapi tanya kepada yang sakit, apa yang paling disesalkan? Pasti dia sanggup bayar kalau masa boleh diundur walau berapapun premiumnya. Carilah, ada bermacam macam pelan takaful yang sesuai dengan kemampuan kita, tak semuanya mahal. Ia berbaloi.
Tunggu apa lagi. Ambil tindakan sekarang!
019 339 9278
017 2358700
https://bicarahartawarisan.wasap.my
22/02/2021
Sharing...
Sila ke page Pembahagian harta pusaka untuk maklumat dan bacaan lanjut.
Bercerai, apa hak isteri? Pastikan anak perempuan, adik, kakak dan ibu kita tahu hak ini! Lindungi dan dapatkan hak seorang isteri!
Perceraian adalah perkara yang dibenci Allah tetapi adalah dibenarkan dalam syariat. Alhamdulillah, Islam agama syumul yang memberi penyelesaian kepada semua permasalahan berkeluarga.
Bila bercerai, timbul p**a isu penjagaan anak, nafkah dan harta sepencarian.
Sekali lagi Islam menyediakan jawapannya. Seorang isteri yang diceraikan dijamin haknya disisi Islam dan beliau berhak untuk menuntut dan mendapat hak tersebut.
Hak isteri yang perlu kaum wanita ketahui adalah.
1. Tuntutan mutaah
Ia adalah tuntutan pampasan harta yang wajib diberi oleh seorang suami kepada bekas isteri yang telah disetubuhi dan diceraikan bukan berpunca daripada isteri. Tuntutan dibuat di Mahkamah Syariah.
2. Nafkah Eddah
Perempuan yang diceraikan dengan talak rajie(boleh rujuk) berhak mendapat nafkah dalam tempoh eddah beliau. Manakalah perempuan mengandung talak bain(tak boleh rujuk) juga berhak mendapat nafkah eddah sehinggalah anak dilahirkan.
3. Hadhanah
Dalam islam ibu adalah pihak paling utama untuk mendapat hak jagaan anak dibawah umur bahkan seorang ibu lebih berhak mendapat hak jagaan anak daripada seorang bapa. Kecuali atas pertimbangan mahkamah, ibu pada dasarnya lebih mudah untuk mendapat hak jagaan anak.
4. Nafkah anak
Ramai golongan wanita terpaksa bersusah payah membesarkan anak seorang diri selepas perceraian. Undang undang menetapkan seorang bapa wajib memberi nafkah untuk setiap anaknya mengikut kemampuan. Nilai nafkah ini akan ditentukan mahkamah sesuai dengan keperluan anak dan kemampuan bapa.
5. Harta sepencarian
Wanita yang diceraikan berhak menuntut harta sepencarian iaitu harta yang diperolehi atau dan ditambah nilai dalam tempoh perkahwinan. Mahkamah akan menentukan nilai yang berpatutan dan hak ini mestilah dituntut di mahkamah syariah.
Wallahualam.
019 339 9278
Anda tanya kami jawap.
04/11/2020
Peluang Kerjaya.
Pembacaan mengenai Harta dan Pusaka di fb page Pembahagian Harta Pusaka.
https://www.facebook.com/bicarahartawarisan/
Peluang kerjaya dan membantu insan lain dalam perancancangan harta islam.
Sekiranya tuan/puan menepati syarat dibawah,rebutlah peluang ini.
Untuk mendapat diskaun 50% pendaftaran perunding, click link dibawah.
https://emawarith.com.my/promosi_recruitment.php?id=T1RHZEhYWUNvRDNBWk10N2IrT2RoZz09
Hubungi kami.
019 339 9278
017 253 8700
23/10/2020
Jom berbincang...
20/10/2020
20/10/2020
Yang Haram....
Harta Pusaka Dari Hasil Yang HARAM?
Islam menuntut umatnya mencari rezeki yang halal lagi baik.
Malah salah satu komponen daripada maqasid syariah adalah MENJAGA HARTA.
Dalam konteks ini bukan sahaja menjaga harta supaya diuruskan dan digunakan untuk tujuan yang baik kepada yang berhak malah memastikan juga harta itu bersih daripada unsur yang haram dan syubhah.
Harta yang kita kumpul akan kita tinggalkan kepada waris.
Sekiranya ia diperolehi dari sumber atau cara yang haram, maka berterusanlah unsur haram itu wujud didalam harta yang kita tinggalkan generasi demi generasi sehingga kiamat.
Bayangkan betapa ramainya waris yang memakan harta haram dan betapa besar p**a dosa ditanggung?
Harta pusaka juga boleh menyebabkan keturunan kita memakan harta haram. Bagaimana?
Sekiranya kita mengambil harta pusaka daripada ayah kita yang sepatutnya diagihkan juga kepada waris lain maka ia adalah harta yang haram.
Sebagai contoh, kita adalah penama kepada KWSP ayah. Apabila ayah meninggal kita membolot semua wang KWSP tanpa memberi kepada adik beradik yang lain, maka kita mengambil hak orang lain secara bathil(haram).
Kemudiannya kita meninggal dunia dan mewariskan p**a duit hak orang lain tadi kepada anak isteri kita, maka mereka pun memakan harta yang haram!
Begitulah seterusnya sehingga kiamat!
Jadi berhati hatilah dalam soal harta. Ambillah hak kita tetapi jangan sekali kali mengambil hak orang lain.
https://bicarahartawarisan.wasap.my
https://bicarapusaka.wasap.my
06/10/2020
Apa dibuat dengan simpanan Tabung Haji?
Adakah simpanan Tabung Haji benar bensr memberi manfaat kepada pendeposit? Tabung Haji! Siapa rakyat Malaysia yang beragama Islam pasti sangat mengenali institusi ini. Hasil buah fikiran Engku Aziz ini telah membole...
28/09/2020
Nak RUGI atau nak UNTUNG? Kita sendiri yang menentukan.
Ruginya tidak bersedekah semasa hidup. Bertambah rugi tidak bersedekah selepas mati. Hidup ini adalah fasa paling singkat dalam perhalanan seorang insan. Masih jauh lagi perjalanan seorang hamba Allah. Ketika kita ada urusan ...
Apa yang akan menjadi manfaat buat kita?
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."
- Al Kahfi 18:46
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Address
Selangor
40000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |