07/07/2024
SALAM MAAL HIJRAH 1446H
Maal Hijrah atau awal Muharram, merupakan hari yang amat signifikan bagi setiap umat Islam. Ia memperingati peristiwa bersejarah dalam Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. bermula dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Setiap kali tiba 1 Muharram, kita menyambut tahun baru dalam kalendar Hijrah dengan penuh kesyukuran dan refleksi atas perjalanan spiritual dan sejarah umat Islam.
16/06/2024
✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ✨
Kami daripada Simply Takaful ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia! Semoga ibadah qurban kalini ini diterima Allah S.W.T
Tiga hari beraya, semoga selamat perjalanan, memandu sambil ingat yang tersayang.
Salam AidilAdha buat semua. 😇
16/05/2024
Selamat Hari Guru!
Jutaan terima kasih pada pendidik kerna mendidik anak2 kami untuk menjadi pelapis negara insan hebat, rakyat yang terbaik dan sukses dunia akhirat.
Terima kasih dari saya dan tim SimplyTakaful.com
Dapatkan Cashback Takaful RM100 apabila anda melanggan mana2 pelan PruBSN Takaful. Komen 'Cashback'
11/03/2024
Ramadhan Kareem!
Allahu Akram. ✨
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia.
Semoga pada bulan puasa ini, kita berusaha untuk tingkatkan amal ibadah dan terus bertenaga untuk tunaikan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Ikhlas daripada Simply Takaful.
12/11/2023
Selamat Hari Deepavali 2023!
Tim SimplyTakaful mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua masyarakat Hindu di Malaysia yang meraikannya.
Jom mudahkan perkhidmatan takaful dengan sistem SimplyTakaful anda.
Layari https://www.simplytakaful.com
16/09/2023
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan sebuah negara yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Sempena hari Malaysia, marilah kita tingkatkan semangat patriotisme serta kukuhkan perpaduan demi membangunkan Malaysia Madani.