Bijak ASB

Bijak ASB

Share

Servis dan perkhidmatan kami :

1. Pengurusan kewangan
2. Pelaburan Unit Trust
3. ASB Financing
4. Takaful & Insurance (Life & General) Simpanan persaraan
ii.

Dapatkan portfolio 'BIJAK KEWANGAN' anda sekarang. Portfolio kewangan lengkap :
i. Pelaburan
iii. Perlindungan
iv. Pemilikan aset

PM kami untuk sesi penerangan

Tutorial Pendaftaran Akaun ASNB Secara Online 07/03/2023

Buka akaun ASB secara online tanpa perlu ke cawangan atau mana-mana ejen ASB (Bank).

Sebelum apply ASB Financing, kita perlu ada akaun ASB dulu. Boleh register secara online dan masukkan duit minimum RM10 sahaja.

Jangan tersilap pilih dana sebab dalam ASNB ada banyak pilihan dana. Pastikan pilih dana yang betul iaitu *AMANAH SAHAM BUMIPUTERA*.

⚠️ Tips : Semasa mendaftar, bakal pelabur perlu menjawab soalan untuk menilai tahap kesesuaian dana. Sila jawab seolah-olah kita newbie dan tak tahu apa-apa mengenai pelaburan. Pilih risiko yang paling rendah dan tidak mahu kehilangan modal. Supaya pilihan dana yang dicadangkan adalah ASB.

Kalau tersalah pilih dana, jangan risau. Boleh buat *PELABURAN BARU* dan masukkan sahaja duit ke dalam dana ASB.

Link rujukan seperti dibawah πŸ‘‡

https://youtu.be/a2-GTQgytgQ



Tutorial Pendaftaran Akaun ASNB Secara Online

12/01/2023

Umur 40 50 lebih tapi nak ASBF yang tenure 40 years ?
Boleh, ada caranya 😁.

Photos from Bijak ASB's post 20/09/2021

Cara Kira Principal ASB Financing
====================

Principal kat sini bermaksud nilai duit yang akan dapat setelah proses termination ASB Financing selesai.

Korang tidak akan dapat full 100% yang korang sudah bayar, tetapi korang akan dapat sebahagian sahaja apa yang telah korang bayar.

Berapa sebahagian tu ?
10% 30% 50% ?

SALAH.

Ada langkah kiraan tersendiri.

Formulanya ,
NILAI SIJIL - BAKI LOAN/FINANCING = # #

Rujuk gambar πŸ‘‡



17/09/2021

Cara Kira Dividen ASB
βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–

‍‍‍‍‍‍ ‍‍

Apakah Dividen ASB ⁉️
1. Diagihkan kan oleh PNB mengikut peratus % yang diumumkan.
2. Bukan bank yang bagi. Jadi jangan tanya bank mana bagi dividen ASB paling tinggi πŸ˜….
3. Kiraan berdasarkan Baki Minimum Bulanan (BMB).
4. Masuk dalam akaun ASB.

‍‍‍‍‍‍ ‍‍

ASB adalah tempat pelaburan yang paling diminati oleh rakyat Malaysia. Namun ramai lagi yang masih belum faham cara kiraan Dividen ASB.

‍‍‍‍‍‍ ‍‍

Pemahaman cara kira dividen adalah sangat senang dan simple. Yang penting asalkan faham maksud BAKI MINIMUM BULANAN (BMB).

‍‍‍‍‍‍ ‍‍

BAKI MINIMUM BULANAN (BMB)
BAKI MINIMUM BULANAN (BMB)
BAKI MINIMUM BULANAN (BMB)

‍‍‍‍‍‍ ‍‍

Apakah Baki Minimum Bulanan ⁉️
1. Baki yang paling rendah dalam akaun ASB pada setiap bulan iaitu dari 1hb - 31hb.
2. Bukan baki terakhir, tetapi baki paling rendah.

‍‍‍‍‍‍ ‍‍

Cara Kira Dividen ASB ⁉️
1. Kenalpasti BMB setiap bulan iaitu BMB bulan 1 hingga BMB bulan 12.
2. Puratakan BMB untuk 12 BMB tersebut.
3. Setelah dapat purata BMB, gunakan formula kiraan dividen.
4. Done. Simple kan ?

‍‍‍‍‍‍ ‍‍



16/09/2021

Group Bijak Ke.wangan
============
‍‍‍‍‍‍ ‍‍

Dalam group ini, saya akan kongsikan ilmu-ilmu tentang pengurusan ke.wangan dengan betul dan pe.laburan ASB Fi.nancing secara pada setiap hari.
Platform pe.laburan ASB Fi.nancing yang dijamin oleh kerajaan khas hanya untuk sahaja.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍

Jika berminat nak join, boleh klik group link ni πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
‍‍‍‍‍‍ ‍‍

Group *Whatsapp* Bijak Kewangan
https://chat.whatsapp.com/FMLiSlkzvTX8ayKxqP2dRN

Group *Telegram* Bijak Kewangan
https://t.me/BijakASB22

Photos from Bijak ASB's post 17/07/2021

6 Bulan Moratorium, 23 Bulan Loan/Financing Lambat Habis
βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–

Kerajaan umumkan 6 bulan moratorium, jadi bermula bulan 8 hingga bulan 1 2022, kita tak payah bayar loan/financing. No compounded interest, no penalty charges tapi harus diingat, sepanjang 6 bulan tersebut, INTEREST (PROFIT BANK) masih berjalan. Ada beza tu ye.
Ini untuk loan jenis effective rate macam loan rumah.
Loan jenis flat rate macam hire purchase belum dapat info lagi.

Case Study
πŸ”·Loan 200,084
πŸ”·Interest 3.45%
πŸ”·Tenure 40 years
πŸ”·Start Bayar Januari 2021

Berapakah INTEREST(PROFIT BANK) selama 6 bulan tersebut?
1. Kenal pasti berapakah Principal Outstanding.
2. Guna Formula.
Principal os x 3.45% x days/year
= 198,691 x 3.45% x 184/365
= *RM3,455.59*

Maksudnya selama 6 bulan, interest(profit bank) sebanyak RM3,455.59 telah berjalan dan meninggikan Baki Loan/Financing kita.

(Refer gambar)
Boleh tengok Baki Loan pada Ogos 2021 ialah RM199,273, tetapi Baki Loan pada Januari 2022 ialah *RM202,147*. BERLAKU PENINGKATAN BAKI LOAN ‼️

......................................................

Selepas berakhir moratorium 6 bulan, Payment yang kita bayar tu tak bergerak langsung pun principal outstanding kita. Sebab hampir *17 bulan* Payment diperlukan untuk bayar interest(profit bank) ketika moratorium lepas DAN JUGA INTEREST(PROFIT BANK) KETIKA SELEPAS MORATORIUM. Jadi selepas 17 bulan selepas moratorium lah baru principal bergerak. (refer gambar)

Kiraan ni utk case study seperti dalam gambar, benda ni akan BERBEZA mengikut Principal Outstanding korang masing-masing.

Jadi pada bulan ke-18 baru lah loa/financing kita start macam normal balik. Normal tu maksudnya portion untuk interest dan portion untuk principal dah kembali normal macam sebelum sebelum ini.

Kenapa 23 bulan lambat habis loan?
Kenapa bukan 6 bulan?

Sebab ketika moratorium, interest(profit bank) berjalan. Pahtu selepas moratorium, interest(profit bank) pun still berjalan jugak. Jadi Payment Installment selepas Moratorium tu digunakan 100% untuk bayar Interest(profit bank). *PRINCIPAL X BERGERAK LANGSUNG*. Sebab tu lah loan/financing tu lambat habis 23 bulan.

Kesimpulannya, saya Mustakim Kadir SEMESTINYA ambil Moratorium. 😁

*RM1 hari ni tak sama dengan RM1 akan datang.*



13/07/2021

Sekarang ni nak beli rumah senang je lebih-lebih lagi rumah jenis undercon.
Hanya perlu letak duit booking RM500 - RM1000 dan tunggu loan approve je.
Ada jugak developer jual rumah yang tak perlu letak duit booking sesen pun πŸ˜….
Sebaliknya kalau beli rumah jenis subsale atau lelong, kena prepare deposit 10%.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Pada saya, banyak kemudahan yang diberikan oleh kebanyakan developer dan sifat terburu-buru tanpa ilmu untuk memiliki rumah ini lah yang menyumbang kepada peningkatan kes rumah kena lelong.
Lebih-lebih lagi kepada fresh graduate yang semestinya akan teruja untuk memiliki rumah pertama.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
5 Kesilapan Yang Saya Selalu Tengok :
1️⃣ Beli Rumah Yang Mahal
Loan boleh lulus tak bermaksud mampu membela rumah itu.
Ada banyak lagi kos-kos selain monthly installment rumah yang kena bayar.
2️⃣ Tiada Persediaan Rapi
Sebelum nak beli rumah, kena cipta habit bayaran bulanan.
Sebagai contoh, rumah berharga RM300K anggaran bayaran bulanan adalah RM1.5K.
Jadi cuba dulu simpan RM1.5K setiap bulan tanpa culas.
Kalau dah bersedia, baru boleh beli rumah.
3️⃣ Tidak Ambil Tahu Kos-kos Lain
Kebanyakannya hanya fikir kos monthly installment rumah je.
Sebenarnya ada banyak lagi kos-kos bulanan lain yang kita kena bayar.
Contohnya bil api air, maintenance fee, IWK, cukai pintu dan cukai tanah.
4️⃣ Tiada Simpanan Cash
Salah satu risiko sangat besar dalam hartanah ni adalah kecairan rendah.
Andai korang terdesak dan masa tu xde simpanan untuk cover kos bulanan rumah ataupun pendapatan dari sewa rumah lagi rendah daripada bayaran bank, korang akan merana.
Jika nak jual balik, proses jual beli rumah makan masa agak lama boleh jejak sehingga 2 tahun.
5️⃣ Lokasi Rumah Yang Jauh
Tidak kisah samada beli rumah untuk pelaburan atau duduk sendiri, pastikan lokasi rumah tu senang untuk kita capai.
Kalau boleh, pastikan juga rumah tu sesuai untuk dibuat sewa walaupun plan beli rumah untuk duduk sendiri.
Andai korang terpaksa berpindah kerja, at least rumah tu boleh bagi sewa untuk cover kos rumah tu.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Oleh itu sebelum membeli rumah, pastikan korang ada ilmu mencukupi.
Takut nanti tak pasal-pasal masa muda dah kena bankrupt 😒.
‍‍‍‍‍‍ ‍



12/07/2021

Jangan malu beli rumah murah.
Malu-lah bila beli rumah mahal tapi tak mampu nak bayar monthly installment.
Lagi teruk rumah terpaksa kena lelong 😒.

11/07/2021

Kumpul Deposit Rumah dalam Masa 3 Tahun
==================

Mungkin ada dalam kalangan kita yang bercita-cita untuk beli rumah pertama.
Tapi masih belum cukup duit untuk deposit rumah 10% dan legal fee sekitar 5%.
Jom kumpul deposit rumah menggunakan ASB Financing dalam masa 3 tahun je.

Cara-caranya :

Apply ASB Financing 100K, tempoh 40 tahun.
Rate 3.45%, ansuran bulanan RM385. Simpan setiap bulan tanpa usik dividen. Maknanya buat *Teknik Compounding*.

*Dividen*

Tahun 1
100,000 x 4.25% = 4,250

Tahun 2
104,250 x 4.25% = 4,431

Tahun 3
108,681 x 4.25% = 4,619

Jumlah Dividen = *RM13,300* βœ“

Selepas 3 tahun, terminate ASB Financing untuk dapatkan nilai principal terkumpul. Baki hutang selepas 36 bulan sekitar RM96,426.

*Pulangan principal*

100,000 - 96,426 = *RM3,574*βœ“

*Total Hasil*

13,300+ 3,574 = *RM16,874 βœ“*

Selepas 3 tahun, dengan simpanan RM385 setiap bulan, dapat mengumpulkan lebih kurang cash RM17K++.
Jika mampu simpan RM770 setiap bulan, boleh buat ASBF200K, hasilnya sekitar RM34K++.

Ataupun boleh buat pelan simpanan suami isteri.
Setiap seorang simpan RM385 setiap bulan.
Selepas 3 tahun, total hasil bersama mencapai RM34K++.

*Apa boleh buat dengan RM32K?*

Katakan harga rumah sekitar RM200K (apartment), 10% deposit + 5% legal fee (anggaran RM12K) bersamaan total RM32K.
Belum termasuk lagi kos valuation fee RM1K.

Tinggi sebenarnya kos untuk masuk rumah baru ni.
So standby lah simpan duit seawal yang mungkin.
Kurangkan belanja-belanja yang bukan keperluan.
Tahan dahulu kehendak diri.

*** Kiraan ilustrasi di atas ialah dari saya sendiri. Tiada kena mengena dengan mana-mana bank dan PNB.
Pengiraan adalah berdasarkan andaian dividen dan bonus ASB 4.25% setiap tahun dan kadar keuntungan bank 3.45%



30/03/2019

Dividen ASB2 6.0%
βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–

Dividen ASB2 yang baru diumumkan semalam (28.03.2019) tidak dinafikan memang agak rendah. Ramai yang kecewa, namun tetap masih ada yang okay.

✴️Jika ASBF 200k, bermaksud DIVIDEN hanya RM12,000 sahaja.




Ramai orang melihat DIVIDEN vs INSTALLMENT 1 TAHUN. Cuba tengok πŸ‘‡

β­• Tenure 35 tahun
RM1009 sebulan | RM12,108 setahun
Kurang RM108 ❗

Namun jangan lupa PRINCIPAL average RM2,100 βœ”οΈ



β­• Tenure 30 tahun
RM1074 sebulan | RM12,884 setahun
Kurang RM884 ❗

Namun jangan lupa PRINCIPAL average RM2,900 βœ”οΈ




Ye, Dividen ASB2 x dapat full cover untuk installment setahun bagi teknik Rolling Dividen. Loan 35 tahun pun still x dpt cover. Apatah lagi yang amik Full Takaful/Insuran.

Ramai yang kecewa sebab dividen ini.

Tapi bagi yang FAHAM PRINCIPAL, mereka rilek je. Cool je. Sak kot luh. πŸ˜‚

Yang kecewa tu padahal ada brp k je ASB2F. Entah2 xde pun. Gebang je lebih.

Kami yang rilek ni bukan 200k je ASB2F, malah beratus2 ribu.

Ini lah beza buat dengan ILMU dan buat dengan ikutan.

β›” YANG X FAHAM KONSEP ASB2 FINANCING, SILA LAH TERMINATE. SEBAB RAMAI YANG BERATUR UNTUK APPLY ASB2F. BUAT MASA SEKARANG KUOTA FINANCING/LOAN ASB2 MASIH DITUTUP. TAPI MUNGKIN AKAN BUKAK SEBAB MAYBE RAMAI YANG AKAN TERMINATE. πŸ˜‚




Want your business to be the top-listed Accountant in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Petaling Jaya
46200