Pusat Pembiayaan Peribadi Kakitangan Awam Malaysia

Pusat Pembiayaan Peribadi Kakitangan Awam Malaysia

Share

Membantu anda mendapatkan Produk & Khidmat Pembiayaan Peribadi daripada Bank & Koperasi berdaftar.

03/04/2026

Produk Menarik Terbaru:-

Pembiayaan Peribadi Coshare-Al Rajhi Bank adalah skim patuh syariah (Murabahah) khas untuk penjawat awam, menawarkan amaun pinjaman tinggi (sehingga RM200,000-RM250,000), kadar faedah kompetitif (serendah 3.75%-4.98%), dan kelulusan cepat. Ia direka untuk pembiayaan peribadi atau penyatuan hutang dengan potongan gaji.

Ciri-ciri Utama & Kelayakan (Coshare Prihatin/Al Rajhi)
Pembiaya: Al Rajhi Banking & Investment Corporation (M) Berhad melalui platform Coshare.

Kadar Keuntungan:
Kompetitif, bermula sekitar 3.75% - 4.98% hingga 7.99% bergantung kepada jenis pakej.

Amaun Pinjaman: RM5,000 hingga RM200,000 (atau sehingga RM250,000 berdasarkan kriteria tertentu).

Tempoh Pembiayaan: 3 tahun (36 bulan) hingga 10 tahun (120 bulan).

Kelayakan:
Penjawat awam persekutuan/negeri, badan berkanun, dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Warganegara Malaysia, berumur 21 - 59 tahun.

Gaji kasar minimum RM1,500 (termasuk elaun).

Tempoh bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan.
Kelebihan:

100% Patuh Syariah (Murabahah).

Potongan gaji terus melalui Biro Angkasa.

Kelulusan cepat & Payout tinggi (sehingga 95% atau sekitar 84%).

Membenarkan penyatuan hutang.

i. Improvement Coshare Prihatin (Al Rajhi)
- OT diterima sebagai Additional Income
- Purata 6 bulan x 60% (

03/04/2026

Pindaan kepada Akta Sewa Beli dijangka berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026 dengan tujuan memperkukuh perlindungan pengguna serta memodenkan sistem pembiayaan sewa beli di Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pindaan itu akan menghapuskan penggunaan kadar faedah rata dan kaedah “Rule of 78” yang sebelum ini menyebabkan sebahagian besar bayaran awal pinjaman digunakan untuk faedah berbanding mengurangkan prinsipal.

Sebaliknya, sistem baharu akan menggunakan kaedah baki berkurangan serta kadar faedah efektif, sekali gus menjadikan pengiraan pinjaman lebih telus dan adil kepada pengguna, selain membenarkan penggunaan tandatangan digital serta memperketat proses pengesahan identiti bagi mengurangkan risiko penipuan.

Sebagai contoh, katakan seseorang membeli kereta bernilai RM100,000 dengan pinjaman 9 tahun pada kadar 3% setahun.

Di bawah sistem lama flat interest rate, faedah dikira atas jumlah pinjaman penuh sepanjang tempoh pinjaman.

Ini bermakna jumlah faedah kira-kira RM27,000 akan dikira dari awal lagi, menjadikan jumlah bayaran sekitar RM127,000 walaupun baki hutang sebenarnya semakin berkurang setiap bulan.

Jika peminjam mahu langsaikan pinjaman lebih awal, contohnya selepas 4 tahun, baki hutang masih kelihatan tinggi kerana sebahagian besar bayaran awal tadi sebenarnya digunakan untuk membayar faedah, bukan mengurangkan prinsipal.

Sebaliknya di bawah sistem baharu reducing balance dan effective interest rate, faedah hanya dikira berdasarkan baki pinjaman semasa.

Dalam contoh sama, selepas 4 tahun baki pinjaman mungkin sudah turun kepada sekitar RM60,000 kerana setiap ansuran mengurangkan prinsipal dahulu sebelum faedah dikira semula.

Ini bermakna jika peminjam mahu selesaikan pinjaman lebih awal, jumlah yang perlu dibayar jauh lebih rendah dan lebih mencerminkan baki sebenar hutang.

Sistem ini dianggap lebih adil kerana pengguna tidak lagi “terperangkap” membayar faedah tinggi pada tahun-tahun awal pinjaman.

03/04/2026

Sistem kewangan Malaysia akhirnya melangkah ke arah yang lebih adil, telus dan berpihak kepada pengguna. Ini bukan sekadar pindaan undang-undang tapi satu perubahan besar dalam cara kita faham tentang pinjaman dan faedah.

Dewan Rakyat baru sahaja meluluskan Pindaan Akta Sewa Beli (Hire Purchase Amendment Bill) 2025, dan bagi saya, ini adalah langkah bersejarah dalam memperbetulkan sistem pinjaman yang selama ini berat sebelah terhadap pengguna.

Ramai tak sedar bahawa sistem inilah yang menyebabkan ramai peminjam “tersepit” bila nak buat penyelesaian awal. Hari ini, sistem tu akhirnya akan digantikan dengan sesuatu yang lebih adil, jujur dan telus.



Apa Masalah Dengan Sistem Lama

Bayangkan korang buat pinjaman kereta RM55,600 selama 9 tahun dengan kadar faedah 2.8%. Nampak rendah dan menarik. Tapi di sebalik angka tu, bank dah siap-siap kira jumlah faedah untuk keseluruhan tempoh pinjaman, bukan berdasarkan baki semasa. Inilah maksud flat rate, di mana korang bayar faedah seolah-olah hutang tak pernah berkurang.

Selain tu, ada p**a Rule 78, yang menyusun bayaran faedah supaya sebahagian besar dibayar pada awal tempoh pinjaman. Jadi bila korang nak selesaikan hutang lebih awal, korang akan terkejut tengok baki pinjaman masih tinggi walaupun dah bayar bertahun-tahun.



Apa Yang Akan Berubah

Mulai tahun 2027, kedua-dua sistem lama ni, iaitu flat rate dan Rule 78, akan dimansuhkan sepenuhnya.

Sebagai ganti, semua pinjaman sewa beli akan guna kaedah Baki Berkurangan (Reducing Balance Method). Dalam kaedah ni, faedah dikira berdasarkan baki hutang semasa dan bukannya jumlah asal pinjaman.

Dengan kaedah baru ni, setiap bayaran tambahan akan terus mengurangkan baki pokok pinjaman. Faedah dikira secara lebih adil ikut baki sebenar, dan korang akan jimat lebih banyak kalau bayar awal.



Contoh Mudah

Katakan korang beli sebuah kereta Myvi 1.5 AV dengan jumlah pinjaman RM55,600, tempoh 9 tahun, dan kadar faedah tetap 2.8% setahun. Ramai tak tahu bahawa kadar 2.8% tu hanyalah kadar rata.

Bila dikira semula menggunakan kadar faedah sebenar (Effective Rate), kadar sebenarnya ialah 5.31% setahun. Inilah kadar sebenar yang menggambarkan kos pinjaman korang.

Sekarang bayangkan korang buat penyelesaian awal pada akhir tahun ketiga. Dalam sistem lama (Rule 78), baki hutang ialah RM40,251. Dalam sistem baru (Baki Berkurangan), baki hutang ialah RM39,923. Korang jimat RM328.

Kalau korang selesaikan pinjaman pada akhir tahun kelima, baki hutang dalam sistem lama ialah RM28,249, manakala dalam sistem baru hanya RM27,998. Korang jimat RM251.

Semakin awal korang selesaikan pinjaman, semakin besar penjimatan yang korang akan dapat di bawah sistem baru ni.



Apa Maknanya Untuk Kita

Pertama, sistem ni lebih telus, sebab korang boleh tahu dengan jelas berapa banyak bayaran yang pergi untuk faedah dan berapa banyak yang kurangkan baki pokok.

Kedua, sistem ni lebih adil, sebab faedah dikira atas baki semasa dan bukannya baki asal.

Ketiga, korang akan lebih jimat bila bayar awal, sebab setiap ringgit tambahan yang korang bayar terus mengurangkan jumlah faedah keseluruhan.

Pihak industri kewangan diberi masa 18 bulan untuk sesuaikan sistem mereka dengan perubahan ni. Walaupun ada cadangan supaya tempoh ni dipendekkan, langkah ni tetap satu kemajuan besar untuk masa depan yang lebih adil kepada pengguna.



Soalan yang orang selalu tanya bila, sharing bab ni:

1. Apa sebenarnya Rule 78?
Ia cara lama pengagihan faedah di mana bayaran awal korang lebih banyak digunakan untuk bayar faedah. Nombor 78 datang daripada jumlah 1+2+3+…+12 = 78 (untuk 12 bulan). Semakin awal tempoh pinjaman, semakin banyak faedah yang korang dah bayar.

2. Adakah perubahan ni hanya melibatkan sewa beli kereta?
Ya, pada awalnya fokus kepada pembiayaan kenderaan. Tapi berita baiknya, Bank Negara Malaysia juga dah umumkan bahawa penggunaan flat rate dan Rule 78 untuk pinjaman peribadi pun akan dimansuhkan. Ini perkembangan yang sangat positif untuk pengguna.

3. Macam mana dengan pinjaman rumah dan LPPSA?
Pinjaman perumahan kat Malaysia tak guna kaedah flat rate. Ia dah lama guna sistem Baki Berkurangan, jadi perubahan ni tak jejaskan pinjaman rumah.

4. Bukankah bank tetap akan untung juga?
Ya, bank tetap entiti perniagaan yang cari keuntungan. Tapi fokus utama pindaan ni ialah ketelusan. Sekurang-kurangnya sekarang, korang tahu kadar sebenar yang korang bayar. Dulu kadar 2.8% nampak rendah, tapi kadar efektif sebenar boleh mencecah 5.31%.

5. Bila perubahan ni akan berkuat kuasa?
Perubahan ni dijangka bermula sekitar tahun 2027. Ia tak berlaku serta-merta sebab pihak industri perlukan masa untuk ubah sistem dan proses dalaman mereka.

6. Macam mana dengan pinjaman lama yang tengah berjalan?
Pinjaman yang dah ditandatangani sebelum undang-undang baru berkuat kuasa tak akan terjejas. Perubahan ni hanya terpakai kepada pinjaman baru selepas akta baru dilaksanakan.



Kesimp**an

Sistem kewangan Malaysia akhirnya melangkah ke arah yang lebih adil, telus dan berpihak kepada pengguna.
Bagi saya, ini bukan sekadar pindaan undang-undang tapi satu perubahan besar dalam cara kita faham tentang pinjaman dan faedah.

Pernah tak korang rasa terperangkap bila nak buat penyelesaian awal sebab baki pinjaman masih tinggi walaupun dah bayar lama? Kongsikan pengalaman korang di ruang komen.

23/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin🌙✨

Semoga kehadiran Syawal yang penuh keberkatan ini dilimpahi dengan rahmat Allah SWT, serta dianugerahkan kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan yang berterusan buat anda sekeluarga🌙

Ikhlas Daripada Team Pengurusan
Pusat Pembiayaan Peribadi
Kakitangan Awam Malaysia

17/02/2026

Gong Xi Fa Cai! 🎋🧧🎋🧧
HAPPY CHINESE NEW YEAR🍊🧨🧨🍊
Wishing you and your loved ones a year full of joy, prosperity, and good health. May this year bring your life endless blessings, success, and happiness.

From the Management Team
Pusat Pembiayaan Peribadi
Kakitangan Awam Malaysia

26/12/2025

Selamat Hari Natal & Tahun Baru 2026 🎄🎁💝❄️
Semoga Natal dan tahun baru ini membawa peluang baru dan momen-momen indah yang tak terlupakan.

Ikhlas dari kami
Pusat Pembiayaan Peribadi
Kakitangan Awam Malaysia

11/12/2025

Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Selangor.

Semoga Tuanku dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik, dan kebijaksanaan dalam memimpin negeri Selangor ke arah kemakmuran. Daulat Tuanku!

24/10/2025

Anda Kakitangan Kerajaan atau Badan Berkanun?

Tengah mencari pembiayaan yang selamat, patuh syariah & mudah lulus?

Kami boleh bantu anda capai impian kewangan tanpa beban!

📌 Apa yang anda boleh dapat:
~ Kadar keuntungan serendah 4.7%
~ Pembiayaan sehingga *RM200,000
~ Tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun
~ Boleh gabung hutang lama jadi satu bayaran
~ Patuh syariah, urusan mudah & diyakini

🎁 BONUS: Semakan kelayakan PERCUMA — tiada komitmen awal!

📲 Klik link sekarang untuk semak. Jangan tunggu sampai komitmen makin tinggi.
https://www.wasap.my/60193473461/semakpembiayaan

24/10/2025

Rancang sebaiknya setiap pembiayaan pinjaman anda.
Pembiayaan peribadi tanpa perancangan yg baik boleh membuatkan anda terbeban di kemudian hari.

Kami di Pusat Pembiayaan Peribadi Kakitangan Awam Malaysia sentiasa memberikan khidmat terbaik. Mendengar dan memastikan pelanggan kami mendapatkan penyelesaian yang terbaik sebelum mereka membuat permohonan.

20/10/2025

𝐇𝐀𝐏𝐏𝐘 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓

Selamat menyambut Deepavali kepada seluruh warga Malaysia beragama hindu yang menyambut perayaan Deepavali. Semoga hari istimewa ini penuh cahaya dan keceriaan.

Ucapan Ikhlas dari kami warga kerja Pusat Pembiayaan Peribadi Kakitangan Awam Malaysia





16/10/2025

Jangan terjebak buat pembiayaan peribadi melalui Ahlong. Dapatkan khidmat yang diyakini, telus dan selamat. Boleh juga melalui khidmat Pusat Pembiayaan Peribadi Kakitangan Awam Malaysia. Kami sedia memberikan perkhidmatan kepada anda.

Saya seorang bapa, sudah pencen. Anak perempuan saya terjebak dengan hutang sampai ahl0ng sebarkan gambar anak saya, datang pejabat dia simbah cat merah. Anak saya hutang 200 ribu, habis licin simpanan saya. Baru ni, anak saya buat lagi hutang baru..

Artikel penuh kat komen

Want your business to be the top-listed Accountant in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


25-G, Jalan PJU 5/20A, Kota Damansara
Petaling Jaya
47810