12/02/2026
Thank you for all my clients for the support and trusted
Hai saya Haida, Perunding Takaful Hong Leong Msig Takaful. SELAMAT DATANG.. saya bersedia memberi kh
12/02/2026
Thank you for all my clients for the support and trusted
22/07/2025
HIBAH TAKAFUL BUKAN HARTA PUSAKA
Milik mutlak penerima. Tak perlu difaraid.
Dibantah dengan apa cara sekalipun ianya tetap milik penerima
📌 Pampasan diserahkan terus kepada penerima hibah.
📌 Tidak perlu tunggu proses faraid atau bicara kuasa.
📌 Legasi kasih sayang yang kekal dan terjamin.
Jom buat hibah takaful ..
www.wasap.my/60175708645/hibah
26/04/2025
RM10.20 Bilion Takaful Dibayar ke rakyat Malaysia pada 2024
Industri takaful Malaysia terus membuktikan komitmen kepada rakyat dengan bayaran manfaat perlindungan mencecah RM10.20 bilion pada tahun 2024 — peningkatan 16.73% berbanding tahun sebelumnya!
06/01/2025
Virus sudah semakin pelbagai. Take care yourself ..
Sekarang musim demam virus,mana-mana hospital penuh dan sesak.Jika client nak warded , saya akan bantu untuk call hospital terlebih dahulu untuk pastikan ward/bilik ada kosong (macam booking hotel),mudahkan client untuk terus tuju sahaja. Sedia maklum, medical card HLMT hanya cover bil hospital Inpatient. Outpatient bayar dan claim, jika kemalangan dan pre&post hospitalisation sahaja. 👍🏼
Take care uolls.
Bagaimana prosedur Colonoscopy dijalankan ?
31/08/2024
KITA SEMUA ADALAH RAKYAT MALAYSIA..
ADA JIWA MERDEKA !
17/07/2024
Saya baca statement viral daripada pengguna Medical Card HLMT ini,saya relaks je baca sbb nak tahu endingnya,lulus juga ya .
Ramai client saya yang share link untuk saya bagi komen atau explaination untuk isu ini,risau takut terjadi kepada mereka suatu hari nanti. Mana tidaknya, "No Cashless Facility" bila² masa kut,saya disituasi begitu pun cuak !
Sedikit nak selit,paling saya hairan, ada antaranya Takaful Agent lain pun "menangguk air yang keruh",seolah² Syarikat Takaful mereka wakili itu suci,tiada isu no cashless facility,tak pe la.
Jom kita selongkar, bukan "kepalatao" tapi base pengalaman di HLMT. Ada sudut positif dan ada sudut negatif, sebagai pengguna dan agent wajib tahu dan terima walau pahit.
"NO CASHLESS FACILITY" dengan "CONTESTABLE PERIOD" memang maksud yang berbeza tapi fokus atau cara tindakan yang sama. Contestable period ini bukan hanya ada di Syarikat Hong Leong Msig Takaful ya !
Tempoh contestable period adalah 2 tahun. Apa itu contestable period ? Syarikat diberi hak untuk menyiasat dulu tuntutan client sebelum meluluskan permohonan tersebut. Sekiranya, perlu details disiasat, akan wujud sistem pay&claim then reimburse kemudian. Bila kes begini,maka akan timbul No Cashless Facility, berdasarkan siasatan syarikat ada hak untuk tidak membayar balik tuntutan- pay&claim itu sekiranya penyakit itu wujud sebelum atau dalam tempoh contestable period kepada policy.
Namun tiada dinafikan, ada juga tuntutan yang bertukar jadi Cashless Facility,jika siasatan mendapati penyakit itu baru dapat dan genuine case. Contoh, kes ini,dapat juga bila keputusan siasatan jelas .
Tiada istilah Takaful Agent menipu atau menafikan perkara No cashless Facility ini,tapi lebih kepada pemahaman client itu sendiri tentang tempoh penggunaan. Policy tidak cukup 2 thn, boleh bertukar no cashless facility. Ada ketika juga sudah lebih 2 thn pun boleh bertukar no cashless facility sbb ada rekod lama sebelum mohon medical card yang berkaitan penyakit yang dihidapi sekarang. Be careful ! Kerap kali claim sakit yang sama dalam tempoh yang dekat pun,boleh mencurigakan .. So, keputusan pun dah jelas,tuntutan pun sudah diterima. Siasatan pun bukan 1-2 hari, ada yang makan bulan dan ada yang cepat 7 hari bekerja.
Follow case by case.
Ada juga client saya hadapi masalah yang sama,tapi syukur mereka waras, tak viral isu begini sebab kita sama-sama cari solution dan bekerjasama walau berbulan-bulan untuk mendapatkan semula.Kalau perkara betul, kami akan fight habis-habisan
Nak mohon medical card supaya tak lama tunggu policy jadi kurang 2 tahun dah ada sakit kritikal,wasap saya.
www.wasap.my/60175708645/claimviral
02/07/2024
Bukan agent ler, kalau tidak pernah collect Medical Report untuk client kan.🤗
Itu perkara biasa,tapi persoalannya .....
👉🏼👈🏼
𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙙𝙞𝙘𝙖𝙡 𝙧𝙚𝙠𝙤𝙙 ?
Ada 2 waktu kebanyakan kes,kita perlu dapatkan medical report daripada hospital yang telah diminta oleh syarikat takaful.
1. 𝙒𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙥𝙚𝙧𝙢𝙤𝙝𝙤𝙣𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙠𝙖𝙛𝙪𝙡
Setelah client declare,ada sejarah penyakit atau sedang menghidapi penyakit dan pernah mendapatkan rawatan MRI,X-Ray, Ct Scan di hospital,Medical Report perlu untuk proses manual under-writing tentang keadaan kesihatan terkini dan sebab rawatan itu dijalankan. Adakah ianya akan menjadi kesan kritikal dimasa akan datang terutama penyakit yang simpton ke arah penyakit kritikal atau penyakit boleh berulang. Harus diingat,jika client tidak declare, kes ini akan menjadi masalah sewaktu tuntutan dan penggunaan perlindungan takaful setiba waktunya.
2. 𝙒𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙥𝙚𝙧𝙢𝙤𝙝𝙤𝙣𝙖𝙣 𝙩𝙪𝙣𝙩𝙪𝙩𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙖𝙮𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙡𝙞𝙠
Kebanyakan kes seperti ini sering terjadi waktu tuntutan bayaran balik setelah permohonan GL ditolak.Medical Report ini lah antara perkara yang perlu dalam proses siasatan tuntutan oleh syarikat takaful.
Ini adalah untuk mengetahui rekod rawatan tersebut,adakah mungkin ada kaitan atau tidak dengan penyakit yang dihadapi ketika tuntutan. Kebiasaan ianya berlaku,bila mana penyakit yang dihadapi itu adalah penyakit yang boleh dikategorikan penyakit tanam lama dalam badan dan telah mempunyai simpton-simpton yang kita rasa perkara biasa.Untuk makluman, medical rekod ini diminta ketika tuntutan bilamana polisi takaful tidak melebihi 2 tahun (incontestable period).Namun ianya tidak perlu dikhuatiri,sekiranya terbukti penyakit itu baru dihidapi dan report tentang diagnoses ketika itu tidak mencurigakan, hal seperti ini tidak terjadi dan proses tuntutan tidak lama.
Ditanya pengalaman kes client saya, sehingga kini, atas kerjasama yang baik diberi oleh client saya dan kesabaran client yang tinggi,semua kes tuntutan berjaya walau melalui siasatan dan penantian kelulusana yang berbulan-bulan
Moral of the story .
Mohon Medical Card sebelum anda didiagnose penyakit kritikal. .
19/05/2024
𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗖𝗔𝗟 𝗖𝗔𝗥𝗗 ?
Memperkenalkan Medical Card terlajak murah bulanan dan lengkap manfaatnya
Ramai yang telah rebut peluang ini.
Jangan terlepas peluang.
Fast respon klik link di bawah.
http://www.wasap.my/60175708645/mcdec
Atau follow page saya,Haida
https://www.facebook.com/makcikinsurance?mibextid=ZbWKwL
Salam Aidilfitri 2024 daripada saya untuk semua ..🤗