Rancang harta melalui wasiat & hibah

Rancang harta melalui wasiat & hibah

Share

Membantu melindungi legasi anda melalui khidmat hibah dan perancangan harta pusaka. Bersama, kita bina ketenangan untuk anda dan insan tersayang.

Pakar dalam penyelesaian berlandaskan undang-undang dan nilai-nilai Malaysia.

21/03/2026

SALAM AIDILFITRI 1447H 🌙

Syawal mengajar kita satu hikmah:
yang paling bernilai bukan harta yang ditinggalkan,
tetapi hubungan yang kita pelihara.

Semoga Aidilfitri ini:
🤍 mengeratkan silaturrahim
🤍 menyembuhkan hati
🤍 mengingatkan kita untuk membina legasi yang tersusun dan penuh barakah

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu.”

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ✨

19/02/2026

SALAM RAMADHAN 1447H/2026M 🌙

Ramadhan adalah ruang untuk refleksi.
Bukan tentang pencapaian luaran, tetapi pembaikan dalaman.

Di bulan penuh rahmat ini,
kita memperbaharui niat,
memperhalusi akhlak,
dan memperkukuh hubungan dengan Allah.

Semoga setiap usaha kecil yang konsisten
membawa kita kepada keampunan dan rahmat-Nya.

🕌📿

Photos from Rancang harta melalui wasiat & hibah's post 14/02/2026

Pentadbir atau wasi bertanggungjawab mengurus harta pusaka si mati secara amanah. Tugasnya termasuk mengenal pasti aset dan hutang, melindungi harta, memohon surat kuasa mentadbir, menyelesaikan hutang, cukai serta tuntutan, dan akhirnya mengagihkan baki harta kepada waris mengikut faraid atau persetujuan. Individu yang layak ialah waris yang dipercayai, matang, berintegriti, tidak muflis, serta mampu mengurus dokumen dan urusan undang-undang. Selain waris, peguam, syarikat amanah atau pihak profesional juga boleh dilantik.

Photos from Rancang harta melalui wasiat & hibah's post 13/02/2026
Photos from Rancang harta melalui wasiat & hibah's post 11/02/2026

Jika Suami benar-benar mahu lindungi isteri tanpa bergantung pada ihsan sesiapa, hibah rumah adalah jawapannya.

📩 DM “Hibah Rumah” untuk tahu pilihan yang sesuai ikut situasi keluarga anda.

Photos from Rancang harta melalui wasiat & hibah's post 08/02/2026

Isteri tinggal di rumah itu setiap hari.
Dia jaga, kemas, besarkan anak-anak di situ.
Namun bila suami meninggal dunia, rumah itu tidak automatik jadi milik isteri.

Ia menjadi harta pusaka dan perlu dibahagikan kepada waris lain.
Isteri mungkin terpaksa berkongsi hak, meminta persetujuan, malah berdepan risiko rumah dijual.

Bukan kerana waris jahat.
Tetapi kerana suami tidak sempat merancang.

Hibah rumah bukan soal harta.
Ia soal melindungi masa depan isteri.

DM “RUMAH” untuk fahami pilihan hibah yang sesuai.

Photos from Rancang harta melalui wasiat & hibah's post 07/02/2026

Soalan paling menakutkan untuk seorang isteri bukanlah
“Macam mana nak teruskan hidup?”
Tapi…
“Rumah ni sekarang hak siapa?”
Bila suami meninggal dunia, rumah tak terus jadi milik isteri.
Ia jadi harta pusaka.
Isteri terpaksa berkongsi hak dengan waris lain — walaupun dia dan anak-anak yang tinggal di situ.
Bukan sebab waris jahat.
Tapi sebab suami tak sempat lindungi rumah itu untuk isteri.

📩 DM “RUMAH” untuk faham pilihan hibah yang boleh lindungi isteri sepenuhnya.

Photos from Rancang harta melalui wasiat & hibah's post 29/01/2026

📍Siapa sangka, niat baik ayah jadi gaduh besar anak-beranak! Ini pun semasa ayah masih hidup. Kalau ayah dah meninggal?

📍Ceritanya bermula begini. Haji Ramli ada 4 biji rumah. Hasratnya nak hibahkan rumah kepada semua anak-anak, 2 lelaki & seorang anak perempuan. Semuanya berjawatan tinggi di KL & masing-masing dah berkahwin. Keempat-empat biji rumah dah bebas hutang. Pendek kata, anak cuma "basuh kaki" jer. Sayangnya market value setiap rumah tak sama sebab setiap rumah berlainan specs & lokasinya.

Haji Ramli berhasrat untuk hibahkan sebuah rumah

kepada setiap anak lelaki dan 2 biji rumah kepada anak perempuan.

📍Nilai setiap rumah kepada anak lelaki ialah RM 700 ribu, sementara nilai rumah kepada anak Perempuan ialah RM 350 ribu. Maksudnya di sini, anak perempuan mendapat rumah yang bernilai RM 700 ribu in total.

Tak disangka-sangka, Ketika sesi akad hibah berlangsung, salah seorang anak lelaki refuse untuk terima hibah sebab katanya, beliau cuma dapat sebuah rumah sahaja, manakala adik perempuan dapat 2 buah rumah. Setelah Haji Ramli bagi tazkirah, barulah anak lelaki tadi cool down dan terima hibah ayahnya.

📍Ini bagi kes yang merancang. Bayangkan kalau Haji Ramli tidak membuat apa-apa perancangan harta semasa hidup. Ko rase?

Sebab tu, lebih baik kita merancang harta sekarang. Sebagai ibubapa, kita tak tahu masa depannya macam mana. Hari ni anak-anak atau adik beradik semuanya manis mulut, semuanya "ya saya terima apa saja pesanan ayah" akan bertukar menjadi singa lapar!

Hibah Kerana Sayang!

🚨Niat ayah nak bagi kasih sama rata, tapi hampir jadi punca retak keluarga. Nilai tak sama, hati pun mudah terasa. Mujur sempat rancang & buat hibah masa hidup. Harta boleh dicari, hubungan anak-beranak jangan sampai musnah sebab salah faham. Sayang keluarga? Rancang harta sekarang, bukan nanti.

28/01/2026

📍Suami ingin memberikan rumah kepada isteri, tapi ingin memastikan bahawa jika isteri meninggal dunia lebih awal, rumah tersebut akan berbalik kepada suami. Dalam hal ini, suami perlu memilih antara hibah mutlak dan hibah bersyarat. Nak pilih yang mana?

📍Apa itu Hibah Mutlak?

Hibah mutlak adalah pemberian rumah yang tidak boleh ditarik balik atau dibatalkan. Jika suami memilih hibah mutlak, rumah tersebut akan menjadi milik isteri sepenuhnya, dan jika isteri meninggal dunia, rumah tersebut akan menjadi harta pusaka isteri dan akan dibahagikan mengikut undang-undang Faraid kepada waris-waris isteri.

📍Apa itu Hibah Bersyarat?

Hibah bersyarat adalah pemberian rumah yang boleh "make U-turn". Dalam hal ini, suami membuat hibah bersyarat yang menyatakan bahawa jika isteri meninggal dunia terlebih dahulu, rumah tersebut akan berbalik kepada Suami.

📍Kelebihan Hibah Bersyarat

Hibah bersyarat adalah pilihan yang lebih sesuai untuk anda kerana:

❤️Mengelakkan Rumah menjadi Harta Pusaka Isteri: Jika isteri meninggal dunia, rumah tersebut tidak akan menjadi harta pusaka isteri.

❤️Rumah Berbalik kepada suami: Jika isteri meninggal dunia, rumah tersebut akan berbalik kepada suami, seperti yang diinginkan.

📍Langkah-langkah Membuat Hibah Bersyarat

Untuk membuat hibah bersyarat, anda perlu:

1. Buat dokumen deklarasi Hibah: Buat dokumen yang sah di sisi undang-undang yang menyatakan syarat-syarat hibah.

📍Apa yang Perlu Anda Lakukan Sekarang?

Jika anda ingin membuat hibah bersyarat, pastikan anda mendapatkan nasihat dari profesional untuk memastikan bahawa proses hibah anda sah. Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan bantuan! 😊

Klik link diprofile.

23/01/2026

“Saya cuma nak tahu dulu.”

Semalam saya jumpa seorang bisnes owner, 55 tahun, lelaki, ada rumah besar, kereta besar, akaun bank pun besar.

Tapi bila saya tanya satu soalan, dia diam lama...“Kalau Tuan meninggal malam ni, siapa yang pegang ‘kunci’ semua harta-harta?” Selamba jer dia jawab, “Takkanlah mati malam ni kot".

Di sinilah ramai suami silap.

Suami rajin belajar ilmu bisnes. Rajin belajar ilmu pelaburan.
Tapi bab perancangan harta pusaka, suami buat macam optional. Padahal sebagai pemimpin keluarga, tugas suami bukan sekadar bagi makan minum ahli keluarga. Tugas suami ialah pastikan aset dirancang dan dapat diuruskan dengan baik, bila suami meninggal dunia.

Saya pernah mengalami pengalaman dimana bila ayah meninggal, tiba-tiba, anak sulung promoted jadi “ketua” tapi tak tahu kepala ekor bagaimana nak urus pusaka ayah. Ibu jadi pendiam sebab mati akal. Adik-beradik mula bisik-bisik pasal pusaka ayah.

Rumah atas nama arwah. Akaun arwah dibekukan. Duit ASB & Tabung Haji tak boleh keluarkan. Yang paling menyedihkan, keluarga yang sepatutnya bersatu, jadi pecah belah & saling menyalahkan antara satu sama lain.

Dan semuanya bermula dengan satu ayat yang Allahyarham selalu berulang-ulang kali cakap semasa hayat dulu: “Saya cuma nak tahu dulu pasai hibah ni.”

Nak Tahu dulu memang bagus.Tapi kalau ada ilmu tanpa ambil tindakan merancang harta pusaka, itu tidak bagus. Itu alasan yang nampak “sopan”. Sebab kematian tak tunggu kita “ready”.

Soalan saya…👉 Kalau esok keluarga kita hilang kita, adakah mereka akan rasa dilindungi… atau ditinggalkan dengan masalah?

Want your business to be the top-listed Accountant in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


B-G-29 Dataran Cascades No. 13A Jalan PJU 5/1
Petaling Jaya
47810