08/09/2026
RM400,000 DALAM KWSP. PENAMA DAPAT SEMUA?
Posting ni sebenarnya dah lama.
Tapi sampai hari ni, masih ramai yang salah faham tentang penamaan KWSP.
Ramai ingat bila letak nama isteri sebagai penama, RM400,000 tu terus jadi hak mutlak isteri.
Untuk ahli KWSP beragama Islam, bukan begitu.
Penama bertindak sebagai wasi/pentadbir untuk menguruskan simpanan tersebut dan mengagihkannya kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.
Contoh mudah.
Kalau arwah meninggalkan RM400,000 dalam KWSP dan mempunyai anak, bahagian asas isteri ialah 1/8.
RM400,000 × 1/8 = RM50,000.
Kalau tiada anak, bahagian isteri ialah 1/4.
RM400,000 × 1/4 = RM100,000.
Dan itu baru bahagian isteri. Waris-waris lain yang berhak juga perlu diambil kira dalam pembahagian pusaka.
Sebab itu, jangan berhenti setakat:
“Dah letak nama isteri sebagai penama.”
Check siapa waris.
Faham kedudukan harta.
Kemudian mula rancang.
KWSP bukan satu-satunya harta yang kita akan tinggalkan.
Rumah ada.
Tanah ada.
Simpanan ada.
Pelaburan ada.
Bisnes mungkin ada.
Semua tu perlu dilihat sebagai satu keseluruhan dalam perancangan harta.
Penamaan memudahkan urusan.
Perancangan p**a menentukan bagaimana harta kita boleh disusun untuk keluarga.
Kalau anda tak pernah check penamaan KWSP atau tak pernah buat perancangan harta, mungkin hari ni masa yang sesuai untuk mula.
Check waris.
Check harta.
Then plan.
Kalau nak saya bantu terangkan asas perancangan harta dan bagaimana KWSP boleh disusun bersama perlindungan seperti hibah, boleh PM saya.