“Saya simpan bukan sebab saya ada duit lebih — saya simpan sebab saya tak nak anak saya susah nanti.”
Minggu lepas saya duduk borak dengan seorang kawan lama.
Gaji dia tak besar. Ada dua anak, isteri suri rumah, komitmen rumah dan kereta. Tapi saya kagum — sebab tiap bulan, dia tetap asingkan RM100 untuk simpanan hari tua.
Saya tanya, “Macam mana kau boleh disiplin macam ni?”
Dia senyum dan cakap:
“Aku tak simpan untuk aku je. Aku simpan sebab aku tak nak anak-anak aku kena tanggung aku bila aku dah tak larat kerja nanti.”
It hit me hard.
Kita selalu fikir, “Nanti lah simpan… sekarang pun tak cukup.” Tapi makin lama kita tangguh, makin tinggi risiko kita menyusahkan orang yang kita paling sayang — anak-anak kita.
⸻
Fun fact:
Rata-rata umur persaraan di Malaysia ialah 60 tahun. Tapi jangka hayat rakyat Malaysia p**a ialah 75 tahun.
Itu 15 tahun hidup tanpa gaji tetap — kalau kita tak sedia dari sekarang, siapa akan tanggung?
⸻
Simpan RM100-RM200 sebulan mungkin nampak kecil. Tapi dengan masa dan konsistensi, itu boleh jadi penyelamat besar bila kita dah tua nanti.
Contoh:
Kalau simpan RM150 sebulan selama 25 tahun, dengan p**angan 5% setahun — boleh capai lebih RM85,000.
Bukan jutawan, tapi cukup untuk hidup dengan tenang — dan yang penting, tanpa bebankan anak-anak.
⸻
Kalau hari ni kita jaga kewangan kita, esok anak-anak kita boleh bina hidup mereka sendiri — tanpa perlu pikul beban kita.
Tak perlu tunggu gaji besar untuk mula.
Mula dengan kecil, tapi jangan berhenti.
JFPC Amirah & Azraei
An associate of Registered Financial Planner
Julainah FP Consulting Sdn Bhd
20/03/2025
“Gaji besar tapi tak pernah cukup? Mungkin bukan salah gaji, tapi salah bajet.”
Ramai rasa kalau dapat gaji besar, masalah kewangan selesai. Tapi realitinya, tanpa bajet yang betul, duit akan tetap “hilang” setiap bulan.
Bajet bukan sekadar catat duit masuk dan keluar. Ia tentang rancang perbelanjaan supaya kita tak terperangkap dalam kitaran ‘cukup-cukup makan’ sampai hari tua.
Jadi, macam mana nak bajet dengan cara mudah?
1️⃣ Guna formula 50/30/20
• 50% untuk keperluan (sewa, bil, makanan)
• 30% untuk kehendak (makan luar, shopping, hiburan)
• 20% untuk simpanan & pelaburan (dana kecemasan, retirement fund)
2️⃣ Pastikan ada simpanan tetap
• Simpan sebelum belanja, bukan belanja dulu baru simpan.
3️⃣ Kurangkan perbelanjaan tak perlu
• Langganan yang tak guna? Makan luar hari-hari? Ubah tabiat kecil, kesannya besar!
4️⃣ Sediakan dana persaraan awal
• Jangan tunggu umur 50 baru nak fikir. Lagi awal mula, lagi tenang masa depan.
5️⃣ Gunakan aplikasi bajet
• Senang track duit keluar, tak ada alasan ‘tak ingat’ ke mana duit pergi.
Masa terbaik untuk mula bajet? Sekarang. Jangan tunggu sampai duit tinggal sifar baru nak sedar.
Nak tahu cara kira bajet dengan lebih mudah? DM je, kita bantu!
19/03/2025
“Duit masuk banyak, tapi kenapa hujung bulan tetap kering?”
Pernah rasa macam ni? Gaji masuk, duit ada… tapi entah ke mana lesapnya. Bila check baki akaun, tinggal cukup-cukup makan.
Itu tanda cash flow tak sihat. Dan kalau dibiarkan, boleh jadi punca stres jangka panjang.
Cash flow yang baik bukan tentang berapa banyak duit kita buat, tapi macam mana kita uruskan duit yang masuk dan keluar.
Bayangkan duit macam air sungai—kalau aliran lancar, hidup tenang. Kalau tersekat, boleh jadi banjir (banyak hutang) atau kemarau (tak cukup duit).
Jadi, macam mana nak kawal cash flow?
1️⃣ Kenal pasti duit masuk & keluar
• Berapa gaji/pendapatan kita?
• Berapa banyak kita belanja setiap bulan?
2️⃣ Bezakan keperluan vs kehendak
• Keperluan: Sewa rumah, makan, bil
• Kehendak: Netflix, kopi mahal, shopping tak perlu
3️⃣ Gunakan konsep “pay yourself first”
• Simpan dulu sebelum belanja, bukan belanja dulu baru simpan
4️⃣ Elakkan “duit bocor”
• Subscription yang tak guna
• Bayar minimum hutang kredit kad (interest tinggi!)
• Makan luar setiap hari
5️⃣ Ada dana kecemasan
• Simpan 3-6 bulan gaji supaya tak panik bila ada kecemasan
Cash flow ni macam kesihatan kewangan kita—kalau tak jaga dari awal, lambat laun boleh beri kesan besar.
Duit tak pernah cukup kalau kita tak kawal cara kita guna. Nak tahu macam mana nak kira cash flow sendiri dengan cara yang mudah? Boleh DM kami, kita sembang!
“Jika Pendapatan Terhenti, Apa Pelan B?”
Kita bekerja keras untuk menyediakan kehidupan terbaik untuk keluarga. Tapi, pernah tak kita fikir—kalau sesuatu berlaku yang menyebabkan kita tak boleh bekerja, apa akan jadi pada pendapatan kita?
Income protection bukan tentang kaya atau miskin, tapi soal kepastian dan ketenangan. Ia melindungi pendapatan kita sekiranya berlaku perkara di luar kawalan seperti:
✅ Kematian – Supaya keluarga tidak terbeban dengan kewangan selepas kita tiada.
✅ Lumpuh kekal – Jika hilang upaya dan tidak boleh bekerja lagi, ada pampasan untuk teruskan kehidupan.
✅ Penyakit kritikal – Jika disahkan menghidap penyakit serius, ada sumber kewangan untuk rawatan dan perbelanjaan harian.
Ramai ingat simpanan cukup untuk menghadapi situasi ini, tapi hakikatnya, kos kehidupan tidak akan berhenti. Bil masih perlu dibayar, anak-anak masih perlu makan, rumah masih perlu dijaga.
Income protection bukan sekadar insurans, ia adalah safety net untuk memastikan keluarga terus bertahan walaupun kita tidak lagi mampu bekerja.
Soalan penting untuk kita renungkan hari ini:
“Jika pendapatan saya terhenti kerana sesuatu yang tidak dijangka, bagaimana keluarga saya akan bertahan?”
Lebih awal kita lindungi diri, lebih tenang kita hadapi masa depan.
13/03/2025
Bila Kehamilan Tak Seindah Yang Dibayangkan…
Ramai orang fikir pregnancy glow tu normal. Tapi realitinya, tak semua wanita alami kehamilan yang mudah. Ada yang terpaksa lalui kehamilan berisiko tinggi dengan komplikasi yang boleh menjejaskan ibu dan bayi.
Contohnya:
❗ Pre-eclampsia – Tekanan darah tinggi yang boleh sebabkan sawan atau strok
❗ Placenta previa – Uri menutup laluan bayi, berisiko untuk pendarahan teruk
❗ Gestational diabetes – Boleh sebabkan bayi besar & komplikasi ketika bersalin
❗ Ectopic pregnancy – Kehamilan luar rahim yang boleh mengancam nyawa
Fun fact: Tak ramai tahu yang sesetengah komplikasi ini boleh berlaku walaupun seseorang itu sihat dan tiada sejarah kesihatan serius. 1 daripada 10 wanita hamil boleh mengalami pre-eclampsia!
Bila bercakap tentang kehamilan, kita selalu fokus pada kegembiraan menyambut orang baru dalam hidup. Tapi persediaan untuk sebarang risiko sama penting—sebab kesihatan ibu adalah segalanya.
Dengan pelan seperti AIA Lady Plan, beberapa komplikasi kehamilan ini boleh mendapat perlindungan, membantu wanita menghadapi detik sukar tanpa tekanan kewangan.
Mommies-to-be, jaga diri baik-baik. Pregnancy is beautiful, but being prepared makes it even better. 💙
“Ala… Biasalah period pain.” Tapi Kalau Sakit Luar Biasa, Jangan Abaikan.
Ramai wanita anggap sakit ketika haid tu perkara biasa. Tapi… apa jadi kalau sakit tu makin lama makin teruk?
Ada satu kisah—seorang wanita umur awal 30-an. Setiap bulan, sakit dia bukan biasa-biasa. Sampai tak boleh bangun, muntah-muntah, pengsan. Dia pergi hospital, buat check-up… rupanya endometriosis.
Apa itu endometriosis?
📌 Ia berlaku bila tisu yang sepatutnya ada dalam rahim, tumbuh di tempat lain.
📌 Sakit boleh jadi terlampau kuat, bukan masa haid je tapi sepanjang bulan.
📌 Kalau tak dirawat, boleh sebabkan masalah kesuburan.
Dan bukan endometriosis je…
Banyak penyakit wanita lain yang kita selalu tak ambil kisah:
❗ Ovarian cyst
❗ Kanser serviks
❗ Fibroid
❗ Kanser payudara
Masalahnya? Banyak yang terlambat dapat rawatan sebab ingatkan sakit tu normal.
Kita selalu jaga orang lain—keluarga, anak, kerja. Tapi siapa yang jaga kita?
Kesihatan wanita bukan benda remeh. Jangan tunggu sampai terlewat baru nak ambil tindakan. Paling kurang, buat check-up tahunan.
18/10/2024
Rasa Risau Tentang Kos Perubatan?
Sebagai pasangan berkeluarga, menjaga kesihatan adalah keutamaan. Tapi tanpa medical card, kos rawatan boleh melambung tinggi, terutamanya untuk penyakit serius atau pembedahan. Ini boleh menyebabkan tekanan kewangan yang besar, dan keputusan sukar seperti menangguhkan rawatan.
Medical Card AIA dapat melindungi keluarga daripada beban kewangan yang tidak perlu.
Apa yang kita dapat?
✅ Bil Rawatan Hospital Sepenuhnya Ditanggung: AIA akan tanggung semua kos rawatan, jadi kita tak perlu risau tentang bil yang tinggi!
✅ Akses kepada Rawatan Berkualiti: kita akan dapat akses kepada hospital dan klinik terbaik tanpa perlu fikir panjang tentang kos.
✅ Bebas daripada Tekanan Kewangan: Medical card ini membantu mengurangkan beban kewangan, jadi kita boleh fokus pada apa yang lebih penting—kesihatan keluarga kita.
Lindungi orang tersayang, tak perlu risau pasal bil hospital yang tak terjangka dan tak perlu compromise dengan kualiti rawatan.
wa.link/73kn4i
wa.link/73kn4i
wa.link/73kn4i
18/10/2024
Rasa Risau Tentang Kos Perubatan?
Sebagai pasangan berkeluarga, menjaga kesihatan adalah keutamaan. Tapi tanpa medical card, kos rawatan boleh melambung tinggi, terutamanya untuk penyakit serius atau pembedahan. Ini boleh menyebabkan tekanan kewangan yang besar, dan keputusan sukar seperti menangguhkan rawatan.
Medical Card AIA dapat melindungi keluarga daripada beban kewangan yang tidak perlu.
Apa yang kita dapat?
✅ Bil Rawatan Hospital Sepenuhnya Ditanggung: AIA akan tanggung semua kos rawatan, jadi kita tak perlu risau tentang bil yang tinggi!
✅ Akses kepada Rawatan Berkualiti: kita akan dapat akses kepada hospital dan klinik terbaik tanpa perlu fikir panjang tentang kos.
✅ Bebas daripada Tekanan Kewangan: Medical card ini membantu mengurangkan beban kewangan, jadi kita boleh fokus pada apa yang lebih penting—kesihatan keluarga kita.
Lindungi orang tersayang, tak perlu risau pasal bil hospital yang tak terjangka dan tak perlu compromise dengan kualiti rawatan.
wa.link/73kn4i
wa.link/73kn4i
wa.link/73kn4i
Perlu ke dapat persetujuan ahli waris yang lain baru boleh buat wasiat?
Antara soalan yang kerap ramai orang tanya di fasa awal dalam nak buat wasiat
Kalau tak tahu, boleh lihat video ni
Harap sharing ringkas ini dapat manfaat kepada anda 😊
21/05/2024
Sebagai pasangan yang berkahwin, suami isteri telah berusaha untuk membina kehidupan bersama. Rumah yang suami isteri dirikan, asset yang suami kumpulkan - semuanya adalah hasil usaha bersama suami dan isteri. Tetapi pernah tak suami terfikir apa yang akan terjadi sekiranya salah seorang dari suami atau isteri meninggal dunia secara mengejut?
Tanpa wasiat Islam yang lengkap, isteri dan anak-anak mungkin akan menghadapi senario ngeri. Rumah yang suami isteri kongsikan, tempat di mana anda membina kenangan bersama, mungkin terpaksa dijual untuk menyelesaikan tuntutan pewarisan daripada pihak lain. Isteri dan anak-anak anda mungkin terpaksa keluar dari rumah yang mereka anggap sebagai kediaman.
Tak termasuk tekanan emosi lagi dengan bebanan kewangan yang isteri akan hadapi.
Dengan mengisytiharkan beberapa asset sebagai harta sepencarian dalam wasiat, isteri boleh menuntut sehingga 50% daripada harta suami. Itulah bahagian haknya, hasil daripada tahun-tahun yang suami isteri lalui membina kehidupan bersama-sama.
Amirah Ramlan
whatsapp -> wa.link/g2trqt
Julainah FP Consulting
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Suite 1, Level 23, Tower A, Plaza 33, No 1, Jalan Kemajuan, Seksyen 13
Petaling Jaya
46200
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 22:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |