Public Gold by Nurul Izzah

Public Gold by Nurul Izzah

Share

Priority Dealer Public Gold

22/08/2025

Menukarkan duit pencen kepada emas adalah satu langkah kewangan yang ramai orang ambil atas beberapa sebab yang kukuh.

Berikut adalah antara kebaikannya:

1. Melindungi nilai wang daripada inflasi

• Nilai duit kertas akan menyusut apabila inflasi meningkat, tetapi emas biasanya mengekalkan (atau meningkat) nilainya dalam jangka masa panjang.

• Contoh: RM1,000 mungkin hanya mampu beli sedikit barang 10 tahun akan datang, tapi emas bernilai RM1,000 hari ini pasti meningkat harganya selepas 10 tahun.

2. Aset fizikal yang boleh disimpan dan diwarisi

• Emas adalah aset yang mudah disimpan (contohnya jongkong atau dinar) dan boleh diberikan kepada anak atau waris tanpa banyak prosedur.

• Ia tidak boleh “dibekukan” seperti akaun bank.

3. Kalis krisis dan kestabilan jangka panjang

• Dalam situasi krisis ekonomi, politik atau kejatuhan mata wang, emas tetap laku dan diiktiraf di seluruh dunia.

• Ia tidak bergantung pada sistem perbankan atau kerajaan.

4. Membantu disiplin simpanan

• Bila duit ditukar kepada emas, ia susah dibelanjakan sesuka hati kerana perlu dicairkan dulu dan ini membantu elakkan pembaziran.

• Ramai orang pencen “terlajak guna” duit sebab mudah sangat diakses & emas boleh bantu hadkan penggunaan duit tu.

5. Potensi kenaikan harga

• Dalam jangka panjang, harga emas cenderung meningkat. Jadi ia juga boleh jadi satu bentuk pelaburan.

Namun, ada juga perkara yang perlu dipertimbangkan:

• Kecairan: Emas tak secepat tunai bila nak guna. Perlu jual dulu untuk dapatkan tunai.

• Risiko keselamatan: Perlu tempat simpan yang selamat.

• Harga turun naik jangka pendek: Dalam jangka pendek, harga emas boleh turun naik.

Kalau duit pencen tu adalah simpanan jangka panjang dan bukan untuk perbelanjaan harian, tukar sebahagian kepada emas adalah strategi yang bijak.

02/09/2022

Apakah kelebihan Public Gold?

Jawapan: Public Gold sangat fokus kepada pemilikan emas fizikal.

Anda boleh buat bèlian terus emas fizikal, anda boleh buat pembèlian syariah epp10x dan 6x dan anda boleh juga sìmpan dalam akaun simpanan emas GAP yang boleh keluarkan emas fizikal.

Antara ketiga-tiga cara ni, anda boleh pilih mana-mana cara yang sesuai ikut bajet anda.

Anda boleh juga guna ketiga-tiga sekaligus. Tak ada masalah.

Terdapat banyak pemilihan emas fizikal untuk anda, samada gold bar, dinar emas dan juga gram bar (gold bar kecil).

26/07/2022

Wow.. Harga yg menarik..

14/07/2022

Tiada jaminan yang terjamin.

Memang itulah lumrah hidup di dunia.

Jangan fikir simpan duit di bank itu terjamin.

Saban tahun ada sahaja berita begini di negara-negara lain (dan minta dijuahkan dari negara kita). Walaupun duit kita banyak di bank, tapi duit itu tak boleh dikeluarkan.

Walhal duit itu sudah tentunya milik kita.

Tapi malangnya, ia bukan sepenuhnya di bawah kawalan kita. Ia di bawah kawalan bank dan kerajaan.

Dalam dunia ini apa-apa pun boleh terjadi. Syarikat boleh bungkus. Kerajaan boleh bertukar ganti. Bank dan syarikat insuran pun boleh jatuh bankrap!

Jadi sebahagian kekayaan kita mesti disimpan dalam bentuk yang kita mampu kawal sepenuhnya, sebagaimana simpanan emas fizikal yang ada di tangan kita sendiri.

Tak perlulah semua kekayaan ditukarkan kepada emas. Cukuplah sebahagian sahaja sebagai persediaan kalau-kalau perkara yang tidak diingini itu terjadi kepada dia.

Sediakan payung sebelum hujan... InsyaAllah.

26/04/2022

1. Kadar inflasi di Malaysia kian meningkat
2. Harga makanan, pakaian, pendidikan dan restoran / hotel amat terkesan dengan menunjukkan trend memuncak
3. Pengenalan gaji minima RM1,500 mampu meningkatkan kuasa beli pengguna, akan tetapi apabila ramai yang mampu membeli (secara hutang), maka ia mendorong untuk harga barangan terus meningkat.
4. Pendapatan ⬆️, hutang (pembelian secara kredit) ⬆️, wang dalam pasaran ⬆️, kemampuan membeli ⬆️. Natijahnya....jangan terkejut bila harga barangan dan perkhidmatan juga akan NAIK!!

Kredit to: M. Afzanizam

08/12/2021

SEJARAH HARGA EMAS

Jika melihat pada sejarah harga emas, maka ramai yang akan merasa kecewa kerana tak beli emas lebih awal. Sejarah hanya tinggal sejarah. Jangan menyesal lagi kerana harga akan terus naik. Saya yakin sebab harga ayam pun naik apatah lagi emas!

Jom lihat sejarah harga emas

Tahun 2000 = RM 30 segram
1kg emas RM 30,000

Tahun 2010 = RM 130 segram
1kg emas RM 130,000

Tahun 2021 = RM 265 segram
1 kg emas mencecah RM 260,000

Tahun 2030 = ????

Saya sendiri rasa kecewa tak beli lebih awal. Tapi tak kecewa sangat kerana tahun 2000 saya masih bersekolah dan tak tahu lagi tentang simpanan emas. Orang paling kecewa adalah mereka yang telah tahu kelebihan emas tetapi abaikan nasihat supaya simpan emas. Mereka akan sangat kecewa satu hari nanti.

Dan anda akan jadi orang paling kecewa pada tahun 2030 kerana tak mula menyimpan pada hari ini, kerana anda telah pun tahu kelebihan simpanan emas namun tidak menyimpan emas. Percaya atau tidak. Banyak faktor yang akan mendorong kenaikan harga emas pada masa akan datang.

Sebelum saya share tentang kelebihan emas di media sosial saya ada share pada kawan rapat pada tahun 2013. Rata rata mereka kecewa tak simpan pada masa itu. Mereka masih lagi menunggu harga emas turun. Sedangkan ada yang mulakan simpanan tahun lepas telah ada beratus gram emas harini. Telah ada kewangan yang kukuh dengan simpanan emas.

Ada juga yang beli masa tahun 2013 tetapi mereka tak konsisten simpan. Kemudian jual semula bila harga turun atau tak naik. Mereka menyesal kerana tak konsisten simpan emas. Harini, Mereka menyesal kerana jual emas tu.

"BUKANLAH EMAS YANG MEMBUATKAN ANDA UNTUNG TETAPI ILMU TENTANG EMAS"

Take action. Dapatkan ilmu dan mulakan sedikit. Bila dah pandai baru invest big. Bukan saya suruh beli 1kg terus. Beli 1gram setiap bulan dan kumpul hingga 1kg. Jika dapat bonus beli lebih sikit. Pada masa sama tambah ilmu emas dan kewangan.

05/12/2021

3 sebab kenapa anda perlu mulakan simpanan emas:

1. Kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang.

Emas simpan nilainya, tidak terjejas dengan inflasi. Tidak seperti wang fiat yang nilainya semakin menurun.

Dalam masa 3-5 tahun, kita dapat untung atas kenaikan harga emas.

2. Emas ialah aset senang dicairkan. Ia boleh dipajak di ArRahnu dan dijual balik dengan mudah.

Sesuai untuk dana kecemasan kepada penyimpan emas.

3. Emas bantu anda daripada sikap boros berbelanja.

Ini faktor utama buat ramai orang simpan emas. Bila simpan emas, anda akan berkira-kira untuk berbelanja barang yang bukan keperluan.

Kalau anda ada rasa sesuai dengan salah satu faktor ini, jangan tunggu lama untuk buat keputusan.

Terus bermula dengan 1 gram dan konsisten kembangkan sedikit demi sedikit.

Keputusan anda hari ini akan mengubah hidup anda lagi 5 tahun.

24/11/2021

Assalamualaikum semua.

Bagi anda yang berminat mulakan simpanan emas. Saya nak maklumkan harga emas dunia sekarang ini tengah rendah.

Harga emas harini RM261/gram, turun RM9/gram berbanding 2 hari lepas.

Maksudnya setiap 1gram kita beli harini, jimat RM9 daripada kebiasaan.

Kalau mulakan dengan RM100, dapat 0.3817 gram. Lebih kurang.

Harga harini paling rendah sejak 2 minggu lepas.

So recommended untuk mulakan simpanan emas harini. Kalau beli lebih banyak gram, lagi bagus. Boleh buat average low price untuk belian harga sebelum ini.

So kalau nak daftar, boleh click link di bawah dan isi borang , nanti saya guide cara nak beli emas.

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG020884&is_dealer=1

Tapi kalau dah daftar tapi belum beli emas lagi, boleh whatsapp saya di.
www.wasap.my/60172816669/saya+nak+simpan+emas

Kita buat sampai jadi.

24/11/2021

Harga emas turun mendadak... Waktu terbaik untuk mulakan simpanan dan tambah gram emas.

Want your business to be the top-listed Accountant in Melaka?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Melaka
Melaka