27/09/2026
Kadang-kadang masalah kita bukan sebab tak cukup duit.
Tapi sebab kita terlalu sibuk nak nampak macam kita cukup duit.
Kita nak kereta yang lebih besar.
Telefon yang terbaru.
Barang branded.
Makan tempat yang nampak mahal.
Pergi tempat yang orang boleh nampak kita pergi.
Sampai kadang-kadang kita sendiri tak sedar…
kita bukan sedang membina kekayaan.
Kita sedang membina imej.
Orang selalu cakap,
“Orang kaya makin kaya, orang susah makin susah.”
Ada benarnya.
Bila seseorang sudah ada modal, dia ada satu kelebihan yang besar.
Duit boleh bekerja untuk dia.
RM1 juta yang diurus dengan baik boleh menghasilkan lebih banyak duit.
Sebab itu RM1 juta pertama memang terasa sangat susah untuk dicapai. Bila modal sudah ada, proses untuk mengembangkan kekayaan biasanya jadi berbeza.
Tapi ada satu perkara menarik.
Semakin lama seseorang belajar tentang duit, kadang-kadang semakin kurang dia rasa perlu menunjukkannya.
Dia tak perlu setiap bulan tukar barang.
Tak perlu kejar semua benda yang tengah trending.
Tak perlu pastikan orang tahu apa yang dia pakai, makan atau bawa.
Bukan sebab dia tak mampu.
Dia cuma sudah tahu beza antara mampu membeli dengan perlu membeli.
Barang mahal tak salah.
Kalau mampu dan memang s**a, belilah.
Cuma sebelum swipe kad, mungkin boleh tanya diri sendiri:
“Aku beli sebab aku memang s**a, atau sebab aku nak rasa aku lebih bernilai?”
Sebab ada benda yang kita beli RM30,000.
Seronok mungkin sekejap.
Tapi nilainya boleh jatuh sebaik sahaja keluar dari kedai.
RM30,000 yang sama, kalau digunakan untuk membina aset atau pelaburan yang sesuai dengan kemampuan dan risiko kita, sekurang-kurangnya ada peluang untuk berkembang.
Itulah sebabnya semakin matang seseorang dengan kewangan, semakin banyak dia fikir sebelum berbelanja.
Bukan sekadar,
“Boleh beli atau tak?”
Tapi,
“Benda ni akan tambah nilai dalam hidup aku, atau sekadar tambah barang?”
Dan bila umur makin meningkat, kita mula nampak satu lagi bentuk kekayaan.
Kesihatan.
Apa gunanya ada duit kalau badan sendiri tak mampu menikmati kehidupan?
Makan tak terkawal.
Tidur tak cukup.
Badan tak dijaga.
Kesihatan mula merosot.
Akhirnya duit banyak pun belum tentu boleh membeli kembali masa dan kesihatan yang kita abaikan.
Sebab itu kekayaan sebenar bukan hanya tentang berapa banyak yang masuk.
Tetapi berapa banyak yang kita mampu simpan, kembangkan, nikmati dengan baik dan gunakan untuk perkara yang bermakna.
Dan bila sudah sampai tahap kita rasa cukup…
kita mula nampak satu lagi bentuk pelaburan.
Pelaburan akhirat.
Sedekah.
Wakaf.
Bantu keluarga.
Bantu orang yang susah.
Beri peluang kepada orang lain untuk mencari rezeki.
Sebab ada harta yang habis bila kita mati.
Dan ada harta yang terus mengalir manfaatnya walaupun kita sudah tiada.
Mungkin itu beza antara nampak kaya dengan memahami erti kekayaan.
Akhir sekali, aku nak tanya:
Pada zaman sekarang, kita berbelanja kerana benar-benar memerlukan dan menyukainya… atau kadang-kadang kita cuma nak orang lain nampak kita berjaya?