02/03/2025
Hibah Takaful Rahmah
URUS HARTA SAMPAI SYURGA
🌹Hibah Harga Rahmah
🌹Medical Card Mampu Milik
🌹Wasiat, Pusaka & Pewarisan Harta Islam
02/03/2025
18/09/2024
AMBIL TAKAFUL SEBAB KITA LEMAH IMAN?
Ada orang share satu video tahun 2013 oleh (Allahyarham) Ustaz Rasul Dahri. Dalam video terebut, beliau mendakwa seperti berikut:
1. Insurans/takaful haram melainkan terpaksa diambil seperti nak perbaharui lesen kereta, keperluan di tempat bekerja.
2. Insurans/takaful haram sebab takut kepada insurans/takaful, bukan takut kepada Allah SWT. Kalau ada insurans/takaful baru berani.
3. Insurans/takaful haram sebab jadikan kita tidak tawakal kepada Allah SWT.
4. Insurans/takaful haram sebab kadang-kadang beri manfaat kepada orang Yahudi.
5. Insurans/takaful haram sebab boleh merosakkan iman kita
Kami berpendapat hujah-hujah di atas adalah hujah-hujah yang tidak relevan dan tidak tepat mengenai insurans/takaful kerana:
1. Produk tidak jadi halal atau haram sebab kita silap niat, kita silap tawakal. Yang haram ialah kita silap niat dan silap tawakal. Contoh, ubat adalah halal tetapi jika kita ada keyakinan ubat adalah penyembuh, bukan Allah SWT, kita mungkin terlibat dengan syirik. Tetapi ubat tetap halal.
2. Malah Nabi SAW suruh kita ikhtiar dan usaha dahulu sebelum tawakal.
3. Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam Sahihnya:
Seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: Aku lepaskan unta aku dan aku bertawakkal? Baginda menjawab: Ikatlah unta itu dan bertawakkallah. [Sahih Ibn Hibban, no: 731]. Shaikh Syu'aib al-Arnaouth menyatakan bahawa hadis ini hasan.
4. Halal atau haram sesuatu bukan berdasarkan samada beri manfaat kepada orang Yahudi. Kita boleh bermuamalat dengan sesiapa sahaja asalkan ia halal. Malah Nabi saW pernah bermuamalat dengan Yahudi. 'Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah membeli makanan daripada seorang Yahudi yang akan dibayar kemudian pada tempoh tertentu dan Baginda menggadaikan kepadanya sebuah baju besi." (Abū Husayn Muslim Bin Al-Hajjāj bin Muslim Al-Qushayrī Al-Nisāburī. Ṣahīh Muslim, (Maṭba’ah ‘Isa al-Bābī al-Halabī, Beirut, Lubnan: 1955). Jil. 3, ms. 1336.)
5. Antara sebab yang merosakkan iman kita ialah kita tidak belajar ilmu tetapi kita mengeluarkan hukum-hakam tanpa dalil atau hujah yang tepat.
6. Takaful adalah suatu ikhtiar melalui pengurusan risiko yang halal. Takaful adalah berdasarkan perkongsian murni berkonsepkan iltizam bi tabarru’ iaitu konsep bantu-membantu antara satu sama lain dan melindungi serta membantu sesiapa yang mengalami kecelakaan.
7. Takaful merupakan suatu rancangan untuk kelestarian hidup. Bayangkan susahnya hidup jika kita mengalami kerugian yang besar yang tidak dapat ditampung oleh simpanan kita. Kita perlu merancang kerana ia merupakan sunnah atau jalan para Rasul. Dalam hal ini, kisah Nabi Yusuf AS seperti yang digambarkan dalam al-Quran dapat memberikan pengajaran yang jelas betapa pentingnya perancangan untuk masa depan.
8. Insurans konvensional sudah di fatwakan haram sebab ada riba, gharar dan judi. Takaful sudah difatwakan halal. Maka langganlah takaful.
Rujukan video https://www.youtube.com/watch?v=_RBvVmd9jOk
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Insha Allah…😬
16/09/2024
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah Syukur..
Salam Rahmat Allah..
Salam Maulidur Rasul saw..
Selamat Hari Malaysia 🇲🇾
CINTA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA
1️⃣ Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Bilakah akan berlaku hari kiamat? Rasulullah menjawab: Apakah yang telah engkau sediakan untuk hari kiamat? Lelaki itu menjawab: Aku tidak menyediakan apa-apa melainkan aku mencintai Allah dan RasulNya. Lalu Rasulullah bersabda: (di akhirat kelak) "Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai."
2️⃣ Mendengarkan hadis ini, Saidina Anas berkata: "Aku tidak pernah berasa sangat gembira seperti gembiranya aku hari ini." Aku sangat mencintai Rasulullah, Abu Bakr dan Umar dan aku berharap akan dapat bersama mereka di akhirat kelak sekalipun aku tidak mempunyai amalan seperti mereka."
3️⃣ Tanda cinta Rasulullah adalah mengamalkan apa yang Baginda perintahkan, meninggalkan setiap perkara yang Rasulullah larang dan meneruskan kerja *Dakwah Nabi SAW*
Salam Maulidur Rasul SAW...💥
Marilah kita Muhasabah Diri, Dakwah Hati dan Teruskan Berselawat dan Berdakwah..
SEBAGAI UMMAT AKHIR ZAMAN YG TERBAIK JOM KITA SAMBUNG KERJA DAKWAH NABI SAW, MENGAJAK MANUSIA KPD ALLAH SWT.
24/04/2024
Hidup suatu PERJUANGAN ke AKHIRAT.
KEEP FIGHTING 💪🏻💪🏻💪🏻🔥🔥🔥
Semalam saya terima satu mesej daripada seorang lelaki.
Di ruangan komen adalah nasihat yang saya berikan kepada dia :
Doa Perpisahan Ramadhan:
Hari ini mungkin adalah hari terakhir Ramadhan kita pada tahun ini.
Marilah kita berdoa banyak-banyak agar Allah menerima segala amalan soleh kita, puasa, solat, bacaan al-Quran dan semuanya:
i- Doa minta diterima segala amalan:
اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَـقَـبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا وَصِيَا مَنَا وَرُكُوْ عَنَا وَسُجُوْدَنَا وَقُعُوْدَنَا وَتَضَرُّ عَنَا وَتَخَشُّوْ عَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَ نَا يَا اَلله يَا رَبَّ الْعَا لَمِيْنَ
“Ya Allah, terimalah solat kami, puasa kami, rukuk kami, sujud kami, duduk rebah kami, kerendah-dirian kami, kekhusyukan kami, pengabdian kami, dan sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama kami menunaikan solat. Ya Allah, Tuhan sekalian alam".
“There’s no harm in hoping for the best as long as you’re prepared for the worst.”
Sebaik-baik sedeqah adalah kepada ahli keluarga kita.
24/03/2024
PANDUAN RANCANG KEWANGAN 2024
Terdapat 4 tahap perancangan kewangan yang mudah.
1. Simpanan.
Simpan sekurang kurangnya 10%-30% dari pendapatan dan jangan sesekali sentuh simpanan ini walau MYVI ba
2. Perlindungan. Beli takaful sebagai perlindungan dengan jumlah tidak lebih 5-10% pendapatan, jika dapat yang komprehensif lebih bagus
3. Pelaburan.
Cari pelaburan yang menawan di jiwa kita, halal dan kita faham. Ingat, tiada pelaburan yang sempurna. Semakin seksi semakin tinggi risikonya.
4. Persaraan.
Rancang persaraan kita dari hari pertama kerja, mahu bersara seperti raja atau masih mahu menjadi jaga sahaja kawan.
Klik link dibawah untuk info lebih lanjut👇🏻
📱wasap.my/60168677796/hibah
Takaful tak MAHAL pun sebenarnya. Kesedaran yang lebih mahal. Sebabtu ramai yang TIDAK MAMPU memilikinya
19/03/2024
FAKTA YANG MENYEDIHKAN 🥺😞
Bangsa Melayu kita merupakan kuasa pembeli terbesar dan online shopper tertinggi di Malaysia.
Tapi jugak merupakan bangsa paling MISKIN dan MUNDUR berbanding Cina & India.
Orang Melayu yang paling rendah memiliki kesedaran mengenai TAKAFUL/INSURANS.
Orang Melayu paling ramai s**a MEMINTA-MINTA DERMA/BANTUAN jika ditimpa musibah atau kemudaratan.
Orang Melayu juga paling ramai memiliki HUTANG dan diisytiharkan MUFLIS.
Orang Melayu paling ramai memiliki ASET TERBEKU sehingga 90 billion dibazirkan dan termakan harta yang HARAM
Adakah kita masih ingin berterusan menjadi BUTA KEWANGAN dengan memandang REMEH bab pengurusan harta dan membiarkan keluarga terus mewarisi KEMISKINAN?
Sebenarnya realiti Melayu tidaklah MISKIN HARTA, tetapi mereka MISKIN ILMU dan KESEDARAN.
Fikir fikirkan lah? 👉🏻🧠
15/03/2024
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
JUMAAT 15 MARCH 2024
4 RAMADHAN 1445H
BERDOALAH KERANA ALLAH PASTI AKAN MAKBULKAN DOAMU DAN JADILAH KAMU ORANG YANG BERIMAN
وَاِذَا سَاَلَـكَ عِبَادِىۡ عَنِّىۡ فَاِنِّىۡ قَرِيۡبٌؕ اُجِيۡبُ دَعۡوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِ فَلۡيَسۡتَجِيۡبُوۡا لِىۡ وَلۡيُؤۡمِنُوۡا بِىۡ لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُوۡنَ
Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.
( Al-Baqarah 186 )
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
21070