Bila masuk umur 25, kita start bekerja dan juga start berhutang. Setiap bulan dapat gaji. Bayar hutang (pembiayaan), belanja rumah, keluarga dan buat simpanan/pelaburan.
Umur 28 hingga 48 (20 tahun) merupakan tempoh kritikal bagi kewangan kita. Maksudnya dalam tempoh umur ini lah kita banyak hutang dan komitmen. Anak-anak masih kecil.
Bila umur dah cecah 50 ke 60 tahun, hutang makin berkurang. Ada yang dah habis bayar. Anak-anak dah besar dan boleh berdikari.
Apa yang saya nak sampaikan tak semua orang sesuai buat hibah takaful.
Contohnya individu umur 55, pembiayaan rumah, pembiayaan kereta semua dah selesai. Anak² dah besar bekerjaya. Time ni bukan lagi keutamaan dia buat hibah. Contoh kalau meninggal umur 55, rasanya waris tak susah dah sebab hutang dah selesai, anak-anak dah besar.
Yang jadi keutamaan buat hibah takaful adalah yang golongan muda yang hutang banyak, yang anak masih kecil. Yang mana kalau meninggal masa tu, waris agak susah/struggle sebab banyak hutang dll komitmen.
Jadi, tentukan diri anda dalam kategori mana. Kalau umur dah esok lusa nak pencen, bukan keutamaan dah. Kalau masih muda dan banyak hutang, anda la orang sepatutnya ambil hibah.
Terima kasih.
Takaful by Faizal Hassan
Financial Consultant
Takaful seumpama spare tire. Kita akan bawa kemana mana walaupun kita tak gunakan. Dan tiba masanya, ia akan memudahkan kita. Adakah anda sentiasa membawa “spare tire” anda?
02/09/2021
Sijil Takaful Kasih Sayang “LOVING COUPLE”:
TAHUKAH ANDA…..
Kebiasaannya, jika kita buat Sijil Takaful Hibah Silang, kita meletakkan nama pasangan sebagai penerima hibah. Tetapi dengan Sijil Takaful Kasih Sayang ini, anda tidak perlu meletakkan nama pasangan kerana pasangan adalah PEMILIK SIJIL. Apa yang anda perlu, adalah meletakkan nama anak / ibu bapa yang mana ianya akan berfungsi jika berlaku kematian serentak suami isteri.
Ianya lebih terjamin dan selamat berbanding meletakkan nama pasangan sebagai penerima hibah kerana PEMILIK SIJIL boleh mengubah penama hibah tanpa pengetahuan penerima hibah pun!
Namun begitu, sekiranya PEMILIK SIJIL dan ORANG YANG DILINDUNGI ingin membuat perubahan, perlulah mendapat persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Jika satu pihak sahaja yang bersetuju, maka perubahan tersebut tidak dapat dilaksanakan.
Apabila berlakunya kematian salah seorang, sijil pasangan yang masih hidup tidak perlu dicarum lagi kerana ianya telah ‘dibayar’ oleh pasangan yang telah pergi…
Ini barulah dinamakan SAYANG ❤️
12/08/2021
Hibah takaful bukanlah penyelesaian terbaik, namun ianya adalah ikhtiar yang boleh diambil sebelum berlaku sesuatu.
12/08/2021
𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛, 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛... 𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗔𝗞𝗦𝗨𝗗 𝗗𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔?
Hibah ni bermaksud hadiah. Dalam takaful, konsep hibah digunakan untuk peserta mencarum melalui sijil takaful.
Pencarum akan bersetuju untuk meletakkan penama sebagai penerima sejumlah pampasan yang telah dihibahkan keatas nama penerima.
Pampasan yang diterima tak perlu difaraidkan, sebab memang akan diterima terus ke si penama.
Takde lah nanti bila pencarum dah takde, mula lah macam-macam drama Samarinda keluar. Time tu lah semua tahu hukum hakam harta dan faraid. 🤔
Sementara masih sihat dan ada kudrat, mencarumlah. Anda pilihlah sendiri, nak tinggalkan hibah atau hiba kepada ahli keluarga?
Assalamualaikum
Sebelum ni kita duk kira kes covid yang tinggi. Tapi sehari dua ni kes kematian p**a makin bertambah. Tak kira umur dah. Semalam saja 200+ kematian. Bila ditidurkan, peluang sedar tu 50-50.
Pertamanya saya nak pesan berkaitan harta-harta, sesuai dengan nama channel.
1. Ada akaun TH dan ASB, jumpa wakil diorang buatlah hibah amanah.
2. Ada rumah yang masih dalam pembiayaan, check balik MRTT cover cukup atau tidak.
3. Rumah yang dah habis pembiayaan dan cukup coverage MRTT, cari wakil syarikat amanah. Buatlah hibah rumah tersebut. Contohnya ke Amanah Raya. Bayaran proses biasanya lebih RM1500. Ingat, tak semua harta kita boleh dihibahkan.
4. Kos proses harta pusaka dengan syarikat amanah biasanya tinggi bergantung kepada jumlah harta. Biasanya melebihi RM4000. Cari wakil syarikat Amanah.
5. Jika tahu isteri tak mampu pun nak sediakan 4-5 ribu RM untuk selesaikan pusaka, ambillah hibah takaful.
6. Banyak servis yang syarikat amanah boleh buat seperti wasiat, deklarasi harta sepencarian, hibah harta, amanah hayat dll. Cuma kos tu kita mampu/tidak.
7. Pernah tengok cerita P Ramlee Tiga Abdul? Babak P Ramlee jumpa peguam Sulaiman Akhlaken, rupanya arwah ayah beliau ada tinggalkan harta di luar negara berjuta pound sterling. Semuanya untuk P Ramlee. Sedangkan harta dalam negara semua dirampas dua abangnya. Yang dibuat oleh ayahnya dalam cerita ni adalah Amanah Hayat. Cari peguam/syarikat trustee untuk buat.
8. Lantiklah nama isteri sebagai penama pada akaun EPF kita. Penama akan mentadbir duit tersebut. Bukan pemilik.
9. Isteri tak kerja/suri rumah sepenuh masa, wajarlah ambik takaful hibah. Sebagai backup jaminan kewangan pada keluarga.
Setakat ni dulu. Nanti ada yang rasa perlu ditambah, nanti saya akan tambah.
"Ahh, admin nak menjual la tu. Ambik kesempatan".
Takpe tuan/puan. Menjual/tidak, memang itu realiti yang kita akan hadapi. Tak beli hibah takaful, duit tetap habis nak uruskan harta pusaka. Borang kosong pun waris kena bayar RM50 untuk urus pusaka. Kalau ada 5 waris? Habiskan RM250 untuk borang.
Yang masih sihat, dan tak pernah kena covid, apply hibah takaful secepatnya. Tuan rasa ejen menjual je, cari la hibah free. Ada je untuk B40. Skim MySalam kalau tak silap. Google je. Daftar online.
Yang dah sakit teruk dan pernah kena covid, cari syarikat amanah/trustee untuk uruskan harta.
Jaga diri. Jaga keluarga.
Covid itu benar.
Terima kasih.
09/08/2021
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fuanhu”. Moga Allah Ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, Semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِن
Click here to claim your Sponsored Listing.