Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Share

Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup Learn how to handle debts responsibly for a better future. AKPK does not provide loans or financing.

AKPK services are:

Financial Education (FE)
Financial education programmes on basic money management skills as well as tips on how to use credit responsibly

Financial Advisory (FA)
Personal advice on managing your finances wisely - from budgeting, money management and credit related issues. Debt Management Programme (DMP)
Regain control of your life and your debts. Our counsellors will work wit

14/05/2026

Kadangkala, langkah paling sukar dalam menguruskan kewangan adalah untuk bermula.

Jika bebanan hutang mula mengganggu ketenangan hidup anda dan keluarga, ingatlah bahawa anda tidak perlu melaluinya sendirian.

Biarkan kami di AKPK membantu anda merangka pelan penyelesaian yang lebih realistik melalui Program Pengurusan Kredit. Kami bantu meringankan ansuran bulanan dan memudahkan urusan bayaran anda supaya anda boleh kembali fokus pada perkara yang benar-benar bermakna.

AKPK menyediakan panduan dan penyelesaian pengurusan kewangan kepada isi rumah dan PKS. Ketahui lebih lanjut di akpk.org.my

13/05/2026

Gelaran “CEO Rumah Tangga” bukan biasa-biasa, kerana di sebaliknya ada individu yang memainkan peranan penting sebagai pengurus kewangan isi rumah.

Bagaimana memastikan perbelanjaan dapur dan keperluan persekolahan anak-anak kekal terurus hingga hujung bulan?

Episod 1 Tanya Jer Thursday (TJT) kembali lagi! Kali ini kita akan berkongsi mengenai strategi pengurusan kewangan isi rumah dalam mendepani cabaran kos sara hidup harian.

Jom bersama kami secara LIVE di Tik Tok: tiktok.com/

13/05/2026

Langkah pertama dalam menangani cabaran kewangan adalah dengan mendapatkan perspektif yang objektif.

Melalui khidmat nasihat profesional, kami membantu anda melihat gambaran lebih besar supaya setiap keputusan yang diambil membina asas yang lebih kukuh untuk hari esok.

Sama ada untuk kelangsungan perniagaan atau ketenangan peribadi, bimbingan yang tepat mampu mengubah beban menjadi pelan tindakan yang realistik.

Usah bertangguh sehingga keadaan mendesak. Rancang fasa pemulihan anda dengan sokongan pakar yang dipercayai.

AKPK menyediakan panduan dan penyelesaian pengurusan kewangan kepada isi rumah dan PKS. Ketahui lebih lanjut di akpk.org.my.

12/05/2026

Ilmu ialah perisai paling ampuh dalam ekonomi yang mencabar.

Jangan biarkan ketidaktentuan menjejaskan kelangsungan perniagaan anda.

Ilmu kunci kejayaan. Pelajari selok-belok pengurusan kewangan untuk kemajuan PKS anda melalui modul dalam talian AKPK, ‘Bijak Wang Bijak Niaga’ di sini: power.akpk.org.my/eLearning/Courses/View/45.

11/05/2026

Apabila timbul cabaran kewangan, tindakan segera amatlah bermakna.

Mulakan dengan menghubungi Institusi Kewangan anda untuk meneroka pilihan bantuan bayaran balik yang sesuai.

Bagi membina laluan masa hadapan yang lebih teratur dan lestari, AKPK sedia menyokong individu serta PKS melalui penyelesaian bayaran balik yang holistik:

✔ Program Pengurusan Kredit (PPK) – menyokong individu dalam menstrukturkan semula komitmen bayaran balik.
✔ Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) – membantu PKS memperkukuh kelestarian perniagaan.

Pemulihan kewangan bukan sekadar mengurus komitmen hari ini. Ia adalah tentang membina ketahanan jangka panjang dan ketenangan minda.

Jangan tunggu sehingga tekanan memuncak. Mulakan perbincangan awal.

Dapatkan maklumat lanjut di akpk.org.my.


08/05/2026

Menghadapi kemelut kewangan bukannya satu perkara yang mudah, namun ingatlah bahawa Anda Tidak Bersendirian.

Pengurusan kewangan yang bijak bermula dengan langkah pertama: mendapatkan bimbingan yang betul.

Sebagai sebahagian daripada ekosistem sokongan kewangan negara, AKPK bersama-sama institusi kewangan komited membantu individu dan PKS membuat keputusan kewangan yang lebih teratur demi masa depan yang lebih stabil.

Jangan biarkan bebanan kewangan menghimpit anda.

Rancang strategi pemulihan anda hari ini.

✅ Berbincanglah dengan institusi kewangan anda.
✅ Rujuk AKPK untuk sokongan lanjut.

AKPK menyediakan panduan dan penyelesaian pengurusan kewangan kepada isi rumah dan PKS. Ketahui lebih lanjut di: akpk.org.my.

07/05/2026

Kesejahteraan yang dinikmati hari ini bermula daripada keputusan kewangan yang bijak dan perancangan yang dibuat sejak awal.

Setiap langkah kecil yang diambil hari ini mampu menjadi perlindungan dan ketenangan buat diri serta keluarga pada masa hadapan.

Jika anda berdepan cabaran kewangan atau memerlukan panduan untuk mengurus kewangan dengan lebih teratur, AKPK sedia membantu melalui khidmat nasihat kewangan dan penyelesaian yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Ambil langkah bijak ke arah ketenangan kewangan bersama AKPK di akpk.org.my.

06/05/2026

Kena penjara?

Aduh… ini salah faham ya, bang/kak. AKPK tidak memenjarakan sesiapa.

Jika ada isu kewangan, anda boleh berjumpa dengan pegawai penasihat kewangan kami. Kami sedia membantu.

Langkah pertama bermula dengan kesedaran untuk bangkit, dan kami akan bantu anda sepanjang perjalanan itu, ke arah kesejahteraan kewangan yang lebih kukuh dan terjamin.

Jom tambah ilmu kewangan secara dalam talian di akpk.org.my.

05/05/2026

Bulan Mei ini, AKPK membawakan perkhidmatan bimbingan kewangan terus ke lokasi berhampiran anda. Ambil langkah bijak dengan mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka daripada penasihat kami yang bertauliah.

Ingat, urusan hanya sah dilakukan terus dengan pegawai AKPK. Kami tidak menggunakan khidmat ejen atau pihak ketiga dalam sebarang urusan perkhidmatan.

Layari portal rasmi kami di akpk.org.my.

05/05/2026

Perkhidmatan sokongan khas kini tersedia untuk semua melalui Hari Bersama Pelanggan AKPK.

Jom hadir ke Hari Bersama Pelanggan AKPK sepanjang bulan Mei ini. Khidmat nasihat pakar menanti anda di lokasi berikut:
- Wilayah Tengah: Kuala Lumpur
- Wilayah Utara: Alor Setar, Sungai Petani, Kamunting
- Wilayah Pantai Timur: Pasir Mas, Kuala Terengganu, Kuantan
- Wilayah Selatan: Melaka, Johor Bahru
- Wilayah Timur: Kota Kinabalu, Kuching, Bintulu

Ambil langkah awal untuk masa depan yang lebih cerah. Sila imbas kod QR atau klik pautan berikut:
https://shorturl.at/N5gRc

04/05/2026

Capai kebebasan kewangan dan selesaikan isu pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan anda dengan sokongan AKPK.

Kami memahami cabaran yang anda hadapi. Jangan berputus asa. AKPK berperanan sebagai perantara untuk membantu anda berunding dengan institusi kewangan secara lebih teratur dan berkesan.

Menghadapi masalah bayaran balik? AKPK menyediakan Penstrukturan Semula Pembiayaan sebagai salah satu solusi untuk meringankan komitmen kewangan anda.

Layari: www.akpk.org.my untuk maklumat lanjut.

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Level 5 & 6, Menara Aras Raya (formerly Known As Menara Bumiputera Commerce)
Kuala Lumpur
50350