17/01/2026
Alhamdulillah, tak baca rugi, nak baca kena beli....
Khidmat taklimat berkaitan pengurusan kewangan dan membina satu platform kewangan yang mantap untuk
WAN ROSLAN BIN WAN SALLEH
Latar belakang / pengalaman penutur:
- Government servant
- Private sector
- Contractor
- Business owner (taska/tadika)
- Property investor
- Motivational speaker
- Soon-to-be: Self development book writer
By profession: Electrical Engineer
17/01/2026
Alhamdulillah, tak baca rugi, nak baca kena beli....
Semalam saya menyaksikan perdebatan mengenai Ekonomi Madani di antara 2 orang yang hebat (Faiz dan Din) di media sosial yang ramai pengikut masing-masing. Saya bukan mahu bercerita siapa menang atau siapa kalah kerana saya bukan orang politik.
Persoalannya, berapa ramai di antara kita yang memahami secara keseluruhan tentang ekonomi yang diperdebatan?
Untuk permudahkan pemahaman tentang ekonomi biar kita bermula dengan asas atau dasar makna apa itu ekonomi.
Saya masih ingat, jiran saya berbangsa Minang pada masa saya masih budak-budak sekolah lagi sudah memberi makna, apa itu ekonomi? Katanya, "Ekau no money". (Engkau tak ada duit)
Ya, benar sekali, senang cerita ianya berkait soal duit. Ya, soal kewangan. Wang yang bergerak dari satu tangan kepada tangan yang lain dalam bentuk sama ada transaksi jual beli, pelaburan atau perniagaan.
Boleh faham?
Dipendekkan cerita lagi, ekonomi membentuk satu sistem di mana pergerakan mata wang, barang-barang atau perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakyat dalam sebuah negara akibat dari aktiviti-aktiviti yang disebut di atas tadi, sedang beredar dan bergerak setiap masa.
Sabagai contoh,
1. Apa PENGELUARAN yang dihasilkan oleh rakyat dalam sesebuah negara? -makanan, kenderaan dan apa-apa servis/jenis perkhidmatan.
2. Apa yang rakyat JUAL DAN BELI setiap hari? -mengikut tahap kemampuan masing-masing.
3. Bagaimana rakyat berusaha menghasilkan PENDAPATAN dan merangka PERBELANJAAN?
Semua ini berkait tentang wang dan inilah yang membentuk satu sistem kewangan negara yang kita namakan sebagai SISTEM EKONOMI.
Setakat ini sahaja untuk hari ini, jika ada kesempatan kita sambung lagi.......Salam Jumaat!
15/10/2025
Ada kalanya kita dibawah, ada kalanya kita disebelah...duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.... tak baca rugi, nak baca kena beli.
05/10/2025
Watch this story by Keluarga on Instagram before it disappears. 167K Followers, 455 Following, 20K Posts
23/05/2025
Dari atas rak kedua... kanan sekali... dah standby...PBAKL 2025
Kita ada pilihan nak jadi kaya atau miskin
22/05/2025
Datang, jangan tak datang....
Tak semesti wang berjuta...
20/05/2025
Lagi 2 hari ke PBAKL 2025 di PWTC..
Bayar hutang dahulu....
Cara paling mudah untuk mengurangkan hutang anda!
1. Pastikan niat anda itu mahu menyelesaikan hutang yang telah anda buat!
2. Hubungi semua pemiutang anda yang anda sedang berusaha menyelesaikan hutang-hutang mereka. URUS hutang anda bukan lari daripada hutang.
3. Pastikan anda melupakan untuk sementara membuat hutang baru.
4. Pastikan juga anda ingat dengan siapa anda telah berhutang. Senaraikan nama dan jumlahnya sekali.
5. Susun atur yang paling sedikit jumlahnya di atas dan yang besar paling di bawah.
6. Ingat, semua jenis hutang termasuk peribadi, badan agensi, bank, kerajaan, PTPN, dll, tersenarai.
7. Sedaya upaya cuba kekal membuat bayaran wajib bulanan pinjaman berjadual dibuat ikut perjanjian.
8. Pastikan belanjawan wajib dan belanjawan ‘tak perlu’ (kehendak/keinginan) dipisahkan.
9. Kumpulkan jumlah wang lebihan itu ke dalam satu tabung yang dipanggil Tabung Hutang Dunia daripada belanjawan ‘tidak perlu’ tadi.
10. Perhatikan jumlah THD cukup untuk membayar hutang paling rendah sepenuhnya . Pastikan jumlah yang paling kecil diselesaikan sepenuhnya dahulu.
12. Tak perlu menunggu THD penuh pun. Bila dapat bonus atau duit terpijak atau duit bantuan atau duit pusaka yang boleh menyelesaikan hutang sepenuhnya mengikut senarai tadi satu persatu ikut aturan dari jumlah kecil le jumlah terbesar.
13. Apabila anda ada niat membayar balik hutang, insyaaAllah, Allah akan permudahkan usaha anda itu!
14. Selamat membayar hutang dan jangan ulangi tabiat s**a berhutang tak tentu pasal itu lagi!
15. Jika anda bernasib baik, sipemiutang yang berjiwa mulia dan menghargai usaha anda untuk menyelesaikan hutang itu, melupuskan hutang anda itu dengan rela hati. Rezeki yang tak disangka.... yang penting anda buat dulu perkara-perkara asas di atas!
Selamat mencuba!
20/05/2025