Panduan kewangan Raya 2026: tetapkan bajet, elak hutang, utamakan keperluan, sambut sederhana bersama keluarga.
Bebas Hutang 2019
Komuniti Bijak Wang
02/11/2025
Untuk Ironman Malaysia 2025:
Siim Erik Alamaa (Estonia): 9 jam 8 minit 40 saat
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Malaysia): 12 jam 22 minit 18 saat
Perbezaan masa mereka ialah kira-kira 3 jam 13 minit 38 saat.
Siim berada di tahap atlet profesional dunia dengan kelajuan konsisten dan strategi perlumbaan rapi. Syed Saddiq p**a seorang peserta amatur yang berjaya menamatkan perlumbaan di bawah 13 jam — pencapaian besar bagi bukan atlet sepenuh masa.
Kalau Siim menunjukkan keunggulan fizikal dan teknik, Syed Saddiq p**a menonjol dari segi ketahanan mental dan disiplin — dua bentuk kekuatan yang berbeza, tapi sama hebat pada medan masing-masing.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga hari ini penuh ketenangan, rezeki, dan keberkatan untukmu.
TENTANG ORANG BIJAK
Orang bijak tahu masa itu berharga. Dia buat hari ini apa yang orang lain tangguh tiga hari kemudian. Dia kalahkan dirinya sendiri, bukan orang lain. Sementara orang bodoh p**a, cepat melangkah ke tempat yang malaikat pun takut mendekat. Kadang, cinta pun boleh buat orang bijak bertindak bodoh.
Orang bodoh rasa dirinya bijak, tapi orang bijak tahu dia masih banyak perlu belajar. Dunia ini penuh dengan orang yang nampak pandai, tapi sebenarnya hanya meniru tanpa faham. Teman bodoh lebih berbahaya daripada musuh yang bijak — sebab niat baik pun boleh bawa padah bila tanpa ilmu.
Sementara anda bekerja keras untuk gaji setiap bulan, sebenarnya duit anda juga boleh bekerja untuk masa depan anda.
Ramai orang habiskan seumur hidup bekerja untuk duit, tapi tak pernah belajar cara buat duit bekerja untuk mereka. Sebab itu ramai yang kekal di tempat sama — dapat gaji, habis belanja, ulang semula.
Anda tak perlu gaji enam angka untuk bina kekayaan. Yang penting, ada pelan yang buat duit anda bergerak dan berkembang.
Bila anda mula melabur secara konsisten, masa dan kuasa gandaan akan buat kerja berat untuk anda. Waktu itu, anda bukan lagi tukar masa dengan duit — anda sedang bina kebebasan.
Penasihat kewangan yang baik bukan sekadar cakap pasal pelaburan. Mereka bantu anda faham, bimbing langkah anda, dan bantu anda buat keputusan kewangan dengan yakin.
02/11/2025
Satu inisiatif yang sangat baik...
𝗙𝗟𝗘𝗫𝗜𝗠𝗔𝗥𝗧 beroperasi sepenuhnya hari ini, 1 November 2025.
Di Fleximart, anda boleh mendapatkan makanan dan barangan pada harga berikut:
-Aiskrim - RM1 per cone
-Kopi - antara RM2.90 ke RM4 secawan
-Mee kari & jus - RM5
-Mee segera & condiments (bebola ikan dan lain-lain) & jus - RM5
-Detergent (sabun basuh baju) - RM1 seliter, kuantiti flexi ikut sukatan sendiri
Makanan siap dimakan dari Flexivending - semua di bawah RM5:
Nasi lemak, Chicken wrap, Ayam Korea, Ayam cheese, Ayam goreng crispy, spaghetti carbonara, spaghetti bolognese, mee goreng basah telur mata, nasi goreng seafood, sandwich telur, sandwich tuna, sandwich ayam, roti sosej cheese
𝗙𝗟𝗘𝗫𝗜𝗠𝗔𝗥𝗧:
📍 35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam (sederet dengan Speedmart)
https://maps.app.goo.gl/NvWuuaD98Eciu4E7A?g_st=ipc
02/11/2025
Bila pemimpin sendiri tak tahu kawal mulut dan perangai, rakyatlah yang hilang keyakinan. Lepas tu nak salahkan siapa? Rakyat dah penat tengok drama dan sandiwara politik. Yang sepatutnya jaga maruah parti dan kerajaan, tapi perangai macam budak sekolah. Kebodohan melampau.
Afdlin tegur Nga: Kuasa bukan lesen malukan wartawan Ketua Cabang PKR Setiawangsa ingatkan rakyat akan hilang kepercayaan pada kerajaan jika pemimpin gagal kawal sikap mereka.
Berhenti berlagak macam orang kaya.
Hakikatnya, anda tak ada duit pun.
Pendapatan RM5 ribu, RM8 ribu, atau RM12 ribu sebulan tapi hujung bulan tetap kosong. Hutang keliling pinggang, kereta bayar, rumah bayar, kad kredit pun tak pernah habis. Tapi gaya bukan main lagi. Dalam bahasa Texas, orang panggil — topi besar, tapi lembu tak ada.
Cukup-cukuplah. Sampai masa anda kena cakap pada diri sendiri:
“Saya penatlah jadi orang tak berduit.”
“Saya kerja siang malam, tapi masih tak ke mana.”
“Saya hadap banyak benda, tapi akaun tetap kosong.”
Kalau orang tak gelakkan anda sebab cara anda urus duit, mungkin sebab anda masih buat macam kebanyakan orang lain — hidup gaji ke gaji.
Nak terus hidup macam tu? Saya tak nak.
Berita baiknya — anda boleh ubah. Mulakan dengan bajet, hapus hutang, dan bina kekayaan cara betul.
Tak mudah, tapi sangat berbaloi. Anda dah kerja terlalu keras untuk tak ada apa-apa. Dah tiba masa kawal duit anda sendiri dan ubah masa depan.
Saidina Abu Said Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW telah memasuki masjid pada suatu hari lalu ternampak seorang lelaki Ansar yang bernama Sayyidina Abu Umamah.
Baginda berkata kepadanya.
“Wahai Abu Umamah, kenapa aku lihat engkau duduk bersendirian dalam masjid di luar waktu solat?”
Saiyyidina Abu Umamah menjawab, “Wahai Rasulullah berbagai bagai kebimbangan dan hutang-hutang yang banyak sedang saya tanggung”.
Baginda bersabda,
“Tidakkah patut saya ajarkan kepada kamu satu doa yang apabila kamu membacanya maka Allah akan menghilangkan kebimbangan kamu dan akan melangsaikan hutang kamu.”
Sayyidina Abu Umamah berkata,
“ Bahkan, ya Rasulullah!”
Baginda SAW bersabda.
“Kamu baca lah doa ini setiap pagi dan petang”.
Ya Allah, aku berlindung dengan Mu daripada kebimbangan dan kesedihan.
Aku berlindung dengan Mu daripada berasa lemah dan sifat malas.
Aku berlindung dengan Mu daripada sifat takut dan kedekut.
Aku berlindung dengan Mu daripada bebanan hutang dan tekanan orang ramai.”
Saiyyidina Abu Umamah berkata,
“Saya telah membaca doa itu setiap pagi dan petang lalu Allah telah menghilangkan kebimbangan saya dan Dia telah melangsaikan segala hutang saya." (HR Abu Daud)
Sebarkan. Moga Allah memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat kerana kita memudahkan urusan orang lain.
1. Saya menulis post menerangkan kita tidak disyorkan untuk meminjam wang untuk membuat pelaburan (kecuali untuk membeli hartanah) baru-baru ini.
2. Seperti dijangkakan, ada orang yang kurang bersetuju dengan poin saya ini. Saya tidak terkejut kerana mereka asyik mendapat mesej – malah mereka di hujani setiap hari – yang mengambil hutang untuk membuat pelaburan itu adalah amat bagus sekali. Leverage 10X!!!
3. Saya perlu menjelaskan yang saya tidak berkata meminjam wang untuk membuat pelaburan itu salah, haram atau berdosa. Praktis ini sah dan malah AMAT MENGUNTUNGKAN KEPADA PIHAK YANG MEMBERIKAN PINJAMAN DAN EJEN MEREKA (yang menerangkan mengapa mereka begitu beria-beria mempromosikannya!). Tetapi ianya merupakan strategi yang songsang untuk pelabur individu.
4. Pasti ada orang yang akan berkata si Awang menjadi kaya raya kerana melabur dengan wang hutang. Mereka ini mungkin betul. Tetapi saya juga boleh berkata yang untuk setiap orang yang menjadi kaya raya kerana melabur dengan wang hutang, 95 yang lain merana dan menanggung beban sebesar dinosaur.
5. Saya juga boleh berkata yang ada orang yang menjadi kaya raya kerana menang loteri! Tetapi ini tidak bermakna yang kita semua boleh menjadi kaya raya main loteri!
6. To proof my point further, saya belum pernah membaca lagi buku dimana sipenulis mengesyorkan kita meminjam wang untuk membuat pelaburan. Dan saya telah membaca lebih 1,000 buah buku.
7. Saya juga belum pernah mendengar mana-mana speaker terkenal yang mengesyorkan kita meminjam wang untuk membuat pelaburan.
8. Saya belum pernah bertemu dengan mana-mana jutawan yang mengesyorkan kita meminjam wang untuk membuat pelaburan.
9. Dan sebagai seorang Chartered Financial Consultant (ChFC) dan Islamic Financial Planner (IFP), saya mengesyorkan anda untuk TIDAK meminjam wang untuk membuat pelaburan.
10. Rumusan post ini? Melabur? Sudah tentu dan sudah pasti. Tapi gunakan modal anda sendiri untuk membuat pelaburan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kuala Lumpur