Tengku Azrul & Co

Tengku Azrul & Co

Share

Public

Photos from Tengku Azrul & Co's post 18/12/2025

Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai seminar kita.

Tajuk Program : Seminar Pematuhan Cukai 2026
Tarikh : 16.12.2025
Platform : Zoom meeting
Anjuran : Tax Depart. Tengku Azrul & Co

Semoga perkongsian ini dapat membantu para peniaga memahami keperluan pematuhan cukai dengan lebih jelas dan teratur.

Terima kasih juga kepada pihak yang terlibat atas kerjasama yang diberikan.

Seminar ini kita bagi secara percuma sahaja kepada client kita ,Jadi nak join seminar meh jadi client kita dulu !

07/12/2025

Baru baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa pengecualian E-invois kepada perniaga yang memperolehi pendapatan 1 juta kebawah dikecualikan.

Jadi masa ini lah ,para perniaga mempunyai ruang untuk susun semula rentak niaga anda!

Photos from Tengku Azrul & Co's post 06/12/2025

Perniagaan bawah RM1 juta dikecualikan e-invois.

Sebagai pengamal percukaian, saya rasa keputusan macam ni…
lebih menyusahkan daripada membantu.

Jujur cakap — kalau nak buat sistem separuh masak,
baik tak payah buat langsung.

Kenapa saya cakap macam tu?
1. Majoriti SME takkan guna.
Jadi apa point bangunkan sistem yang tak merangkumi majoriti ekonomi sebenar?
2. Data policy jadi kelakar.
Nak “kurangkan ketirisan” tapi exclude hampir semua pemain kecil – data pun cacat.
3. Bisnes akan ‘main angka’.
Ramai owner akan purposely control revenue supaya tak trigger threshold.
Then later salahkan “ekonomi tak berkembang”.
4. Akhirnya siapa pening?
Akauntan, tax agent, dan bisnes yang tengah grow — sebab sistem compliance masuk tetiba.

Malaysia ni masalah bukan kurang sistem,
masalah s**a implement sebelum siap.

Kalau ni langkah “politik”, just admit.
Tapi jangan jual narrative seolah-olah ini solusi pintar.

Photos from Tengku Azrul & Co's post 25/11/2025

Ramai pemilik bisnes sebenarnya rugi sebab rekod kewangan tak teratur.

Bukan sebab tak pandai — cuma tak tahu flow yang betul.

Pengurusan akaun yang kemas = kurang stres, kurang silap, kurang risiko kena penalti.
Yang penting, anda boleh fokus pada benda yang jana untung.

Jom belajar cara pengfailan akaun yang betul — simple, practical dan memang membantu usahawan.”

Photos from Tengku Azrul & Co's post 25/11/2025

Ramai ingat akauntan cuma buat kira-kira.
Sebenarnya, mereka adalah ‘pengawal trafik’ kewangan syarikat.
✔️ Susun aliran tunai
✔️ Kesan kebocoran duit
✔️ Elak masalah audit & LHDN
✔️ Bantu anda buat keputusan dengan yakin
Akaun kemas → Bisnes lebih tenang.

Photos from Tengku Azrul & Co's post 23/11/2025

Ramai pemilik syarikat tak tahu — ada beberapa dokumen penting wajib disimpan oleh Company Secretary untuk pastikan syarikat kekal patuh SSM.

"Simpan dengan betul → Elak denda → Operasi lebih teratur.”

Photos from Tengku Azrul & Co's post 20/11/2025

“Company Secretary bukan figure ‘atas kertas’ — mereka lindungi compliance syarikat."

Tukar director? Transfer share? Pindah alamat?
Hubungi mereka dulu sebelum buat apa-apa perubahan penting.

Photos from Tengku Azrul & Co's post 18/11/2025

"Ramai pemilik Sdn. Bhd." tak sedar kesilapan kecil boleh sebabkan kompaun SSM.
Ini 5 kesalahan biasa yang anda wajib elakkan untuk lindungi syarikat anda.

Photos from Tengku Azrul & Co's post 14/11/2025

Selamat menunaikan ibadah Umrah buat boss Tengku Azrul dan keluarga 🤍

Kami di sini mendokan semoga dapat umrah yang mabrur ,segala urusan dipermudahkan, perjalanan diberkati, dan pulang dengan hati yang lebih tenang dan suci.

Doa kami sentiasa mengiringi langkah boss dan keluarga ✨

Photos from Tengku Azrul & Co's post 12/11/2025

Dah bersedia nak masuk 2026?😱😱

Untuk lebih jimat cukai, anda perlu tahu perbezaan antara rebat cukai dan pelepasan cukai. Ini sangat penting untuk menjadikan cukai anda rendah dan jimat .

Nak tahu apa lagi yang perlu dibuat sebelum 2026 ,boleh tinggalkan komen ye 😊

11/11/2025

AI Training TAZ 2025 ✨telah berjaya dilaksanakan pada 10 November 2025, khusus untuk warga kerja sebagai langkah memperkukuh kemahiran digital dalam era transformasi pintar.

Melalui training ini, peserta didedahkan kepada penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam tugasan harian bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan daya saing syarikat.

Langkah ini selari dengan visi kami untuk membina tenaga kerja yang berinovasi, berpengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Photos from Tengku Azrul & Co's post 29/10/2025

Langkah pertama sebelum daftar Sdn Bhd 🏢

Fahamkan dulu kos yang terlibat supaya anda tidak mempunyai masalah dalam mengatur kewangan syarikat.
Bijak urus bajet, lancar urus niaga!

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address

29-1 Jalan 2A/6, Taman Setapak Indah
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30